Monday, 11 July 2011

Her Sports Day

Saya rasa semua orang satu dunia pun tahu apa yang berlaku pada hari Sabtu lepas. Oh tak, bukan perhimpunan Bersih, I would never associated what happened on Saturday to Bersih. Apa sebenarnya yang berlaku adalah massive jammed all over KL & Selangor akibat sekatan jalanraya. Semua orang kena tempias sekatan tu, tak terkecuali saya yang balik kerja hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad ada rancangan yang terpaksa dibatalkan. Semuanya kerana sekatan jalanraya!

Yang orang tak tau dan saya nak bagitau ialah Sports Day Yaya yang took place on Saturday. Kebetulan Fahmi pun kena attend kem solat bestari kat sekolah dia pagi tu. I took the day off, wahhh senang sungguh sekarang ni nak ambil cuti ye? Kerap pulak tu, heeee. Maunya saya tak cuti, nanti panjang pulak muncung cik Yaya tu. Dia dah ingatkan saya sejak hari Rabu lepas. Haruslah saya bagi moral support kat dia kan. Mestilah saya nak tengok gaya anak dara saya ni bersukan. Rasa macam tak percaya pulak minah control ayu ni nak bersukan.

Sports Day Yaya dibuat kat padang permainan taman subang impian. Majlis kecil je fully controlled by the principal teacher Aqilah. Ye, saya tahu bajet mereka kecil, pasal tu event semua dibuat atas court badminton je. Takde khemah for the parents nak berteduh, takde juga khemah for the children berteduh sementara tunggu giliran. Takde juga kerusi or tikar hatta kanvas buat the children alas duduk atas rumput basah dan tanah lecak dek hujan semalam. Basah bontot anak-anak semua. Duduk jelah atas rumput lecak beralaskan suratkhabar.

Tu bukan menggeliat warm up ke apa, dia dok geli pasal bontot basah

Takde juga refreshment disediakan hari itu melainkan aiskrim for the children. Tak kisahlah, Yaya pun dah saya bagi makan secukupnya pagi tu.

Seperti biasalah, sebelum mulakan acara sukan the children kena warm up dulu. Breath in, breath out, breath in... hold... hold... water.

Acara pertama Yaya sertai for 6 years children ialah lari bawa bean sack atas kepala. Kat pertengahan jalan kena imbang badan atas titi. She was in the Rumah Hijau or Starfish group. Untuk rumah hijau dia jadi pelari terakhir. Aduhaiii boleh harap sangat ke anak dara saya ni sampai jadi pelari terakhir. Pelari terakhir kan selalunya orang yang kuat berlari. Cik minah ni kalau ajak jogging half round pun semput, tiap kali balik mesti berdukung, macam mana ye kat sekolah boleh dapat important role? Musykil saya.

Dan benarlah seperti jangkaan saya, dia berlari anak dengan penuh sopan pada permulaannya, menjerit-jerit saya suruh dia run faster, faster, rasa macam nak masuk dalam court tolak dia kasi cepat *lol*. Bila dia pusing final round barulah dia lari laju sikit... sikit :-P. Mujurlah pasukan dia jadi juara, so thanks to?... her? I think the boys did they part very well, diaorang pecut laju even atas titi pun diaorang bantai lompat, bila sampai giliran girls bikin spoil semua catwalk! But the girl depan Yaya yang quite big size tu saya tabik spring sama dia, dia lari laju okeh!

Owh, anak dara saya Yaya selalu menang acara berdukung kat rumah rupa-rupanya terpilih juga masuk acara sprint! Perasan tak masing-masing ada tompok basah kat bontot? Tu yang paling obvious bontot anak dara sayalah. Semput saya tengok dia getting ready, jangan lah awak malukan mama awak yang sports girl throughout my school days ye. Saya cuma harap she make it to the finish line jelah tapi saya tak sangka pulak dia dapat No.2! Yang dapat No.1 is the girl in blue shirt yang nampak dalam gambar ni. Dia buat finishing run eh bukan dia buat finishing dive to the finish line! Brilliant strategy, anak siapa lah tu? I told my innocent kids, itu memang strategy biasa kalau nak cepat sampai ke finish line, haha mama dia ni tak tapis apa dia cakap!

They brought a Badut to entertain the kids. Punyalah lama duduk kat panas sampai anak dara saya yang kulit hot chocolate tu bertukar jadi black coffee. Dah orang kata dia adik beradik dengan Raj (the one and only Indian boy kat sekolah tu yang sekelas dengan Yaya) pulak!

I think I get quite a tan juga menunggu Yaya di tengah padang lapang sampai habis acara. Mujur juga cuaca hari Sabtu tak panas memancar, tapi dah jenis kulit banyak melanin kan, expose sikit je dah gelap.

Fahmi didn't get to watch adik dia bersukan. Dia tak nak pergi kem solat sebenarnya tapi saya suruh dia pergi juga. Dia balik dari kem solat dengan bibir bengkak terjuih! Akibat ditolak ke dinding oleh kawan sekelasnya. Akibat daripada... err salah dia sendiri suka ketawakan orang. Orang bergaduh dia pergi tengok, orang jatuh dia ketawa. Ni sifat dia yang nak kena kikis sebab ternyata undang masalah kepada diri sendiri. Pertama, saya kata ni memang salah dia. Maaflah nak, awak dapat mama macam mama ni. Dulu masa mama kecil pun nenek awak ajar jangan suka salahkan orang, dia kata semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Apa-apa hal pun saya akan cari root cause dia bukan terus marah kat orang. Kedua, saya memang nak marah kat budak tu sebab cederakan orang, kalau saya dapat memang saya sepak (sepak as in tampar bukan sepak dengan kaki), mujurlah bukan saya yang pergi fetch Fahmi tempohari, kalau tidak, dengan mak bapak dia sekali saya cari. Anak saya tetap saya salahkan, tapi anak orang tu mak bapak dia kena tau juga what he capable of. Now, saya rasa menyesal pulak suruh dia pergi kem solat, ada buruk dalam baiknya. Tak bukan saya maksudkan solat tu, benda-benda lain disekelilingnya. Kau baru belajar solat kau dah buat orang. Hai... namanya pun budak bila terlepas dari pandangan mata mak bapa macam-macam jadinya.

Wednesday, 6 July 2011

Ke'tumbuhan' Baru...

Bila saya sudah mula menulis hal-hal lain selain entry emo tangkap sentap itu bermakna emosi saya Alhamdulillah sudah boleh dikatakan back to ground level. Persetankanlah cakap-cakap orang di ofis pasal 'perceraian' saya dan soalan ala-ala melodi terjah tu. Tiap-tiap hari pergi ofis ada je soalan terjah kalau dilayan mau gugur jantung ni. Lantak koranglah buat gosip panas cerita sensasi, tak fikir langsung cakap-cakap korang tu melukakan perasaan orang.

My mil Alhamdulillah like I said before, sudah selamat menjalani pembedahan membuang sel-sel kanser. It was quite big size 6.5cmx5.1cmx3cm, hence it was staged at level 3. Tapi sebenarnya bukanlah semudah mengukur saiz saja boleh tentukan stage kanser. Saiz ketumbuhan itu adalah salah satu kayu pengukur, ada banyak lagi faktor lain i.e. whether the kanser dah spread ke organ-organ lain, how fast the sel multiply and so forth. For now, mil is still recuperating from the operation. After spending a week kat rumah saya, sekarang sudah beralih ke rumah my sil di sg long, cheras. Saya dengar mil dah berura-ura nak balik kampung pulak. Hai siapa pulak nak menjaga dia nanti. I told you my mil is one strong lady, bukan physically sahaja tetapi she is also a strong willed person. I guess hard work dan hard life makes what she is. Takde masa dia nak mengaduh sakit.

I just hope if she really gets her way and goes back to kampung, she will stay away from doing house chores. But knowing her takkannya dia nak duduk saja-saja. Just hope she don't overdo, lagi bagus kalau ada yang tolong uruskan hal rumah and makan minum. While she was here at my home bolehlah saya buat cara saya - sangat strict bab pantang makan minum ni okeh. Bila dah jauh tu, tak taulah.

Oh ya, saya pun ada ke'tumbuhan' baru di rumah. Ini pokok bunga telang atau pokok kacang telang. Dia ada bunga dan ada kacang in pods. Pokok ni dah lama saya idam-idamkan. Memang teringin sangat nak bela pokok ni sebab banyak khasiat. Bunganya boleh digunakan sebagai natural colouring dalam nasi kerabu dan kuih serimuka. The beans boleh buat ubat, cuma tak ingat ubat apa. Tanya je cik google sure dia boleh jawab. Saya dapat cari pokok ni pun secara kebetulan dalam bulan Mei lepas masa saya ambil cuti sakit. Dalam pada demam tu sempat juga pergi servis kereta. Balik dari servis kereta terus singgah nursery di kota damansara (sungai buloh) tu. Budak bangla dan indon yang jaga nursery duk ikut tanya cari apa. Saya cakap pokok bunga telang, haram dia tak kenal tapi boleh pulak dia jawab takde. Tak harap pun dia tahu, tapi dah gatal tanya, saya sebut jelah. Habis satu nursery dia saya keliling dari celah pokok kecil sampi pokok besar. Sampai melekat kat pokok lemon lah pulak. Akhirnya kerana tak putus asa mencari, saya jumpa juga 1 pokok telang ni dalam polibag dicelah-celah pokok bunga lain. Kat depan nursery je, entah macam mana boleh termiss tadi. Hmmph kalau percaya cakap budak bangla tu memang balik kempunan lah.

Sekarang dah transfer dalam pasu. Alhamdulillah daripada daunnya jarang-jarang sekarang makin lush dan tinggi. Bunga pun tak berhenti-henti keluar. Tapi belum pernah lagi saya petik untuk letak dalam masakan. Nantilah bila ada senang.

Monday, 4 July 2011

Cucur Udang & No.3

Pertama kali saya buat cucur udang untuk breakfast pagi ini. Kuih yang mudah macam ni pun jadi major milestone untuk saya, buat lawak je kan. Selalu nak makan beli je, sebab kalau buat sendiri pun belum tentu sedap. Nampak je simple, kacau tepung dengan air tapi rasa belum tentu sama. Entah apa craving saya tiba-tiba terasa nak cuba buat sendiri cucur udang. Pakai resipi yang jumpa kat internet... hmm oklah for first timer. Kalau setakat ikut resipi semata-mata bukan semua turn out menjadi. Certain thing nak kena ada pengubahsuaian sendiri baru menjadi. Buat kek lagi tedious boleh pulak, ni buat benda simple so-so je. I have no patience for simple things kah?



Lepas makan cucur udang kami pergi sekolah Fahmi. Ambil report card. Pertama kali nak jumpa his new class teacher Puan Rozina semenjak tukar kelas ni. Sepatutnya pukul 7 pagi lagi Fahmi dah kena ke sekolah, ada larian 1Murid 1Sukan tu yang serentak dibuat seluruh Malaysia kan. Tapi Fahmi dah cakap awal-awal, dia tak nak ikut larian tapi dia nak bangun awal untuk solat subuh. Aduhai sejuk perut mama awak ye kalau macam ni selalu ;-). Kami sampai kat sekolah dia pun dah pukul 11 pagi, selepas larian tamat. Beratur punyalah panjang kat luar kelas dia sebab ada parents yang lama berborak dengan cikgu. Jangan main-main, parents zaman sekarang banyak soaljawab dan sangat ambil berat walaupun anak baru darjah 1. Termasuklah saya.

Bila sampai giliran saya cikgu Rozina dah macam lost for words atau sebenarnya dia dah penat bercakap melayan parents. Saya tengok dia pun dah tak terkata, atau sebenarnya dia tengah berhati-hati merangka ayat takut silap cakap. Entah-entah dia dah dapat words pasal saya yang kuat komplen sampai hantar email panjang berjela kat HM. Kena pulak salah satu komplen saya tu berkait dengan dia! First words yang dia cakap lepas saya perkenalkan diri ialah dia minta maaf sebab ejaan nama anak saya pada report card belum sempat diperbetulkan. Erk... tergamam saya sekejap sebab tak sangka nota yang saya tulis tujukan kepada cikgu kelas lama dapat juga kat dia selepas handover task. Saya tengok kesan stapler saya masih ada tapi notanya dah dicabut. Hahah nak tergelak pun ada sebab saya sendiri sudah terlupa pasal kes nota tu. Mana saya tak marah, dah diberi sesalinan surat beranak tapi saya tengok ejaan nama anak saya pada semua dokumen rasmi sekolah langsung tak ikut ejaan sebenar. Habis di 'discount' huruf Z dan D double pada nama penuh Fahmi. Lain kali jangan pandai-pandai nak ubah, lari maksud nama dia.

Ok back to school... Tak banyak feedback dari cikgu Rozina pasal Fahmi. Semuanya dia kata OK. Baik, tak nakal, tak banyak cakap. Saya pulak tak puas hati, sebab part tak banyak cakap tu is quite alarming to me. Saya tak kisah kalau dia tak banyak berborak dengan kawan which is good if he pays attention to the teachers, tapi saya kisah kalau dia tak banyak bertanya - itu pun bermaksud tak banyak cakap juga kan? Hai sejak bila pula dia berubah jadi berat mulut ni? Masa kat kindy punyalah laser mulut sampai cikgu pun dia bahasa kan bila tak faham. As for his exam results, Alhamdulillah, he scored As for all 7 subjects taken. Cuma saya kurang berpuas hati sebab peratusan dia jatuh sedikit while markah subjek Matematik dan English dia pun kurang sedikit berbanding ujian bulan Mac dulu. Fahmi pun ada cakap, dia lebih suka subjek Sains daripada subjek lain. Memang maintain 100 pun Sains dia. Hmmm ni pengaruh baik TVIQ. Overall kedudukan dia no.3 dalam kelas of 42 students. Alhamdulillah, oklah tu setakat ini. Cuma mama dia yang rigid and sometimes can be too perfectionist ni dah mula bercadang nak bagi dia rigorous coaching and more exercise to do at home. Wehhh ingat-ingatlah anak kome tu baru darjah 1.

As a reward for his good result, kami pun bawalah anak-anak pergi makan kat luar at their favourite eatery Manhattan Fish Market kali ni dia Bukit Tinggi sebab daddy nak shopping kat JJ ada sale. Fahmi minta us treat him for an icecream, oklah sebab he did well in his exam kami pun bagi bukan 1 tapi 2 aiskrim!

Dan his PVP handheld game pun dah kami release dari 'kurungan' sebab he already proved to us game tu tak menggangu konsentrasi belajar. Si Yaya pun dah mula merungut asyik abang je dapat hadiah. Hmm tunggulah giliran awak next year, mama tak taulah awak esok macam mana sebab awak sebenarnya lagi ligat mulut berbanding abang dan belum nampak boleh terima konsep reward ni lagi.

Untuk Diana, ni dia resipi cucur udang. I believe ada banyak lagi resipi lain yang lebih baik rasanya. Anyway ini yang saya cuba kali pertama.

RESIPI CUCUR UDANG
Tepung gandum 2 cawan
2 sudu tepung beras
1 biji telur
Udang untuk hiasan
1 biji bawang besar (cincang) - saya tak letak
1 tangkai cili merah (cincang) - saya tak letak
Taugeh
Daun kuchai
Air
Serbuk kunyit
Garam
(saya tambah yis 1 sudu kecil)

1.Satukan semua tepung, sayur, cili, yis kedalam mangkuk.
2.Garam dibancuh bersama air.
3.Pecahkan telur ke dalam adunan dan tuangkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati dan mendapat pes yang diinginkan (biar cair sedikit kalau terlalu pekat doh akan keras setelah masak dan susah lekang dari senduk.
4.Taburkan sedikit serbik kunyit dan kacau lagi.
5.Tuangkan minyak yang banyak dalam periuk dan panaskan senduk kedalam minyak
6.Sudukan adunan dalam senduk dan letak udang
7.Biarkan sehingga cucur terkeluar dari senduk dan masak hingga kuning.


SOS CILI

Bahan A
10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat. (kalau tak suka pekat, tak payah letak tepung jagung)
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.

Saturday, 2 July 2011

Park Kereta Ala Orang Kahwin Banyak

Dah jumpa apa maksud "parking kereta ala orang kahwin banyak?" Tak jumpa?
Nak tau ke apa maksud "parking ala orang kahwin banyak"?
Tak payah explain with words panjang-panjang. Meh tengok kamus bergambar ni.

Tamak, dua lot sekali dia tibai. Macam orang kahwin banyak, si cantik pun dia suka, si gebu pun dia nak

Ni kereta ke jengkaut, bang? Takkan satu petak pun tak muat? Mentang-mentanglah parking free.

Ada lagi satu tabiat orang memandu yang sama gelar "bawak kereta macam orang banyak bini".
Nak tau apa? Tu... yang pesen bawa kereta ke tengah tidak ke tepi tidak, dia makan 1/3 ke or 1/2 lane sebelah sampai orang nak lalu pun tak boleh. Awatnya bang? Ada masalah kejiwaan ke apa tak boleh terima kalau orang lain nak ke depan dulu?

Ok dah, cukup setakat hari ini Driving Class 101.

Disclaimer:
Peringatan! Ini bukan modul kursus perkahwinan. Saya tidak bertanggungjawab jika ada yang ter "salah makan". Istilah yang disebutkan di atas adalah rekaan saya semata-mata untuk kegunaan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau telah meninggal dunia.

Next lesson:
Sila cari maksud "salah makan". (psstt! I should start a GA for this eh?)

Friday, 1 July 2011

Update Pesta Buku

Dah dekat 1 minggu pergi pesta buku barulah terhegeh-hegeh nak update. Bukan apa, sibuk tahap terlampau. Saya pergi pesta buku hari Sabtu lepas tu pun kira secara mengelat. Saya kata mengelat sebab sepatutnya dengan mil ada kat rumah dan tetamu tak putus menziarah mil saya kenalah stay kat rumah je kan. Tapi bab pesta buku ni saya tak boleh delay lagi, anak-anak pun tiap-tiap hari tanya saya bila nak pergi pesta buku. Lebih-lebih lagi bila Yaya balik sekolah hari Jumaat bawa balik book mark pesta buku dengan pesanan cikgu dia suruh pergi. Amboi, bila cikgu pesan lagilah kuat dorongan nak pergi kan? Tapi anak-anak saya tu daripada takde idea nak beli buku apa, lepas tengok bookmark ada gambar upinipin terus melekat idea nak beli komik upinipin. Kan saya dah kata… silap-silap komik je dibelinya!

Pagi-pagi sabtu lagi budak berdua tu dah bingit kat telinga saya, dok mengharuk bila nak pergi, bila nak pergi? Adoiiii anak-anak oit, my bil&sil ada kat rumah depa overnight Jumaat malam tu takkan saya nak angkat kaki. Memang asalnya dah janji nak pergi pesta buku pagi, tapi kenalah delay ke tengahari lepas tetamu balik. Lagipun kenalah masak lauk untuk mil dulu. Faham-faham jelah hidangan orang lepas operation mana boleh sama dengan orang sihat. Risau juga saya pegang amanah jaga orang sakit ni, kang dibuatnya masa dalam jagaan saya benda tak diingin berlaku kan susah.

Sudahnya pukul 2.30petang barulah saya dan anak-anak bergerak ke SACC. Tinggallah mil dengan hubby kat rumah. Sebelum tu saya siapkan pengat keledek supaya kalau ada tetamu lagi senang boleh terus hidang. Dapur saya kosong, takde snack atau kuih muih hatta biskut pun tersimpan. Nama je rumah tukang buat kek, tapi habuk kek pun takde. Bila masanya cik adik oit saya nak buat kek? Kalau dah dari hari Selasa sampai Khamis bertapa di hospital dari pagi sampai malam temankan mil. Bila balik rumah pun dah lewat, badan penat, anak-anak pun dah tidur. Saya bukan merungut tapi itulah kenyataannya. Selalunya saya tengok je my mum and aunties semua bergilir jaga arwah atuk and arwah nenek kat hospital dulu. Setakat tengok je pun saya dah tau ianya bukan kerja senang, took a lot of your time, energy dan jika keadaan pesakit teruk bisa make you emotionally drain. Alhamdulillah despite her age mil is one strong lady, she breeze through the operation and after.

Ok back to pesta buku. Sampai je kat SACC dekat 5 round juga saya keliling SACC cari parking. Tak taulah pasal parking SACC ni limited atau manusia terlampau ramai. Parking kat PKNS pun full, parking SACC mall pun diterjah pengunjung pesta buku juga. Sudahnya after 5 kali round dan anak-anak pun dah panas punggung tak sabar nak terjah komik upinipin saya pun masuk parking kat Anggerik Mall. Laaa kosong you boleh parking kereta ala orang kawin banyak! Free pulak tu. Yelah mana tak free nya, anggerik mall pun dah macam rumah abandon. Menapaklah kami 3 beranak ke SACC dalam panas terik. Takpe hati tengah bersemangat lagi, biar basah lencun pun sanggup anak-anakku redah. Cuba tengok hala balik nanti kalau tak muncung panjang sedepa (tapi itupun much better than kena dukung!)

Masuk je kat ruang legar SACC tu terkejut saya. Mak oiii ramainya umat macam ulat. Nak bergerak pun payah. Makin kuatlah anak-anak saya pegang tangan kiri kanan. Diaorang kan phobia sikit datang tempat orang ramai berpusu-pusu macam ni, takut hilang macam dulu kat Subang Parade tu. Ada sekali tu saya tengah bayar harga buku, Fahmi dok ralit tengok buku-buku tiba-tiba dia baru tersedar saya dah beralih ke tempat lain, bukan jauh pun kaunter bayar tu depan mata dia je. Tapi dia punyalah kalut siap menjerit panggil saya. Saya pulak tengah kalut pegang barang lambat sikit je menyahut, lagipun segan nak menjerit kat orang ramai, macam pasar ikan pulak lagaknya. Saya dengar suara dia dah bertukar bunyi serak-serak nak menangis. Alahai awat teruk sangat phobia kamu ni?

Lama juga pusing kat pesta buku mencari booth upinipin. Sebenarnya tak jauh pun booth dia dekat juga dengan pintu masuk tapi sebab ramai sangat orang sampai tak nampak arah mana nak tuju. Lepas je dapat komik, serta merta cik Yaya mengeoww lapar. Hah! Saya dah agak dah. Cik minah ni orang dah suruh makan dari rumah dia bagi alasan kenyang. Saya dah warn dia awal-awal, jangan buat pasal sampai kat SACC tetiba lapar pulak, bukan baru hari ni mama kenal anak mama ni. Tapi budak berdua ni memang bijak, selalu kat rumah kenyang tapi bila kat luar je datang macam-macam idea dia nak makan sedap. Merasalah minum petang kat West Side Bistro. Nak order Lemon Rice dia dah habis, nak order nasi tomato dia nanti Yaya tak makan pulak ayam merah (ayam goreng mau juga dia balun). Sudahnya minta macaroni dengan white sauce jelah. Saya makan marble cheesecake dia yang sangat ringan dan gebu. Sedap.

Lepas makan, kami masuk semula survey buku apa lagi nak beli. Tapi hampa sungguh sebab dengan keadaan yang sesak dengan manusia tu tak dapat nak bersantai-santai membelek buku. Fahmi lagilah frust sebab dia dok membayangkan dapat duduk bersila browse through books before decide which one to buy. Realitinya, serupa rancangan 'supermarket spree', just grab the first thing yang anda tertarik dan bayar. Jalan kena cepat, tak boleh emergency brake tengah lalu alamat berlakulah kemalangan. Anak-anak saya entah berapa kali kena sandwich. Anak orang ada sekali tu menyembam muka kat perut saya, mujur perut ku kempis, tiada kecederaan di situ.

Kesimpulannya, haii jauh benar berbeza pesta buku zaman remaja saya dulu ye. Dulu boleh lah belek dan baca buku lama skit. Sempatlah 'cuci' mata tengok abang-abang yang jaga booth or counter. Cuba jenguk weekend ni... manalah tau dah sampai penghujung barangkali demam pesta buku dah wear off dan orang pun tak ramai?


Nota kaki:
Sila cari makna "parking kereta ala orang kahwin banyak"
Carilah dalam kamus bahasa Tonga pun jangan harap nak jumpa...heheh

Monday, 27 June 2011

Emosi Sentap Tak Habis

Kronologi kejadian emosi tangkap sentap tak habis-habis... emmph memang lambat lagi nak habis drama bersiri yang satu ni tak taulah boleh lawan nora elena tak sampai episod 24. :-P


1 June
Saya print draft surat 'cerai' yang dah saya taip awal sejak 1 minggu sebelumnya. Dah bulat tekad dalam hati memang hari ini juga saya kena serahkan surat ni. Dah berbelas kali saya tangguhkan menunggu dan mencari masa yang sesuai. Saya kira hari ini memang sesuai sebab musim cuti sekolah, office sunyi sebab ramai yang cuti. Kurang havoc sikit kalau saya drop the bombshell.
Menggigil tangan saya melipat surat masukkan dalam envelope putih, sambil mata liar menjeling ke luar takut tengah syok siapkan surat terkantoi pulak dengan orang lain. Kiasu sungguh!
Petang tu saya nampak 'dia' mundar mandir, sibuk. Line tak berapa nak clear jadi saya eloklah saya tunaikan solar asar dulu. Moga dipermudahkan urusan nak serah surat ni.
Tapi entah apa rencana Yang Maha Esa untuk saya, sebaik melangkah keluar dari surau, saya lihat biliknya sudah gelap. Dia dah keluar. Melepas 1 peluang. Saya balik dengan perasaan kecewa.


3 June 2011
Surat itu saya cetak sekali lagi. Tukar tarikh ke tarikh semasa. Kepala saya terasa kosong, blank. Dan sekali lagi instead of going straight to his room, saya tunaikan solat asar dulu. Dan sekali lagi saya terlepas peluang kerana dia dah pun tinggalkan ofis. That was so unlike him. Selalunya dia duduk dalam ofis sampai malam, entah kenapa kebelakangan ni cepat pulak dia keluar. Saya balik dengan perasaan bercampur baur. Terdetik dalam hati kenapa ye susah pula laluan kali ni?


6 June 2011
Surat saya cetak lagi. Rasa macam orang bodoh pun ada, asyik kerja print surat 'cerai' je tapi hantarnya tidak. Cuma kali ini saya tidak begitu mengharap. Esoknya saya plan ambil cuti nak bawa anak-anak day trip ke Melaka. Saya pun dah dalam mood bercuti, tak harap sangat dapat serah surat kepada 'dia'. Rupa-rupanya bila saya tak mengharap sangat peluang itu muncul berkali-kali pula. Dia singgah ke bilik saya berbual hal kerja macam biasa. I am tempted tapi... tune nya agak lari jauh.

Balik rumah hubby drop his bombshell pulak. It was this very same day kami dapat berita my mum in law disyaki menghidap breast cancer. Hilang mood nak bercuti, masing-masing kepala ligat merangka plan untuk mil pula. Dalam hati saya akur, ada hikmah juga saya tak capitalised peluang yang ada siang tadi. Kalau tidak entah macam mana kami nak deal with two bombshells.


11 June 2011
I took the day off. Bawa mil pergi buat mammogram, ultrasound and biopsy di KPJ shah alam. I shut my mind off daripada plan nak tuntut 'cerai' tu. I had to divert my attention to other pressing matter. Mil comes first.
Kat KPJ saya terserempak pula dengan wife dia. Terdetik dalam hati, aii macam nak checking aku je. Maaf saya bukan jenis yang suka suki ambil cuti nak lari dari ofis kalau tak kerana hal besar. Track record saya mengesahkannya.


15 June 2011
We went back to KPJ for biopsy result. The result confirmed what we already accepted from the beginning. Harus saya akui, even before going to KPJ for the test saya sudah terima hakikat bahawa apa yang doktor di kampung suspect ada kebenarannya. Membaca report doktor di kampung buat saya rasa sukar untuk menidakkan kemungkinannya. Maka sudah kami persiapkan diri awal-awal untuk langkah seterusnya dan consider the options. Ligatlah saya search info pasal kanser. Penting untuk saya tahu lebih mendalam supaya bila berdepan dengan keadaan sebenar jadi lebih mudah nak digest. Pada suami dengan berat hati dan maaf berkali-kali saya katakan, saya suspect cancer itu sudah berada pada stage 3, hasil pembacaan dan compare result test. Dan tidak mungkin mil boleh tahan kemoterapi jadi harus kami segera cari option lain.


16 June 2011
Maka sekali lagi saya hantar sms kepada 'dia' mohon pemahamannya kenapa saya terpaksa ambil cuti emergency sekali lagi. Kami ke HUKM pagi ini. Kami sudah berkira-kira, jika perlukan operation dan rawatan lanjut rasanya sebaik-sebaiknya di HUKM saja, affordable dan reliable. Sejak kali pertama dapat news tu hati saya tak henti-henti merusuh. Rusuh kerana 2 perkara yang bakal dan telah berlaku dalam satu masa. Saya risau fikirkan kesihatan mil, bolehkah dia bertahan? Memang dia tak sakit secara fizikal tapi dengan umurnya yang dah lanjut mampukah dia. Siapa nak jaga. Kalau saya yang jaga, mampukah saya? Cukupkah ongkosnya dan macam-macam lagi.

Seperkara yang harus saya akui, bombshell yang satu ini benar-benar mengubah persepsi saya. Entah kenapa saya perasan ada satu perubahan yang agak besar berlaku. Kalau dulu si menantu hantu ini tak sanggup rasanya nak jaga orang tua sakit. Entah apa hikmahnya saya berubah. Terasa kejamnya diri kalau take a back seat dan lihat saja. Entah kenapa ringan je nak masuk campur. Dalam hati terselit juga rasa bimbang, janganlah kerana riak atau terasa diri lebih pandai. Biarlah ikhlas. Mungkin juga sebab mil di bawa ke KL, kalau di bawa anak-anak sebelah JB barangkali saya tak dapat hikmah apa-apa.

Serta merta saya teringatkan my mum, datang rasa rindu dan risau. My mum pun bukannya sihat sangat sekarang ni.
Saya tau rawatan untuk mil akan makan masa yang panjang. Bertahun barangkali. Kalau dia dirawat di KL memang nampak chances tu berat ke arah kami berdua (me & hubby) yang akan take charge. Untuk pertama kali dalam kehidupan dewasa saya berdepan dengan ujian berat, tanggungjawab yang besar. Persoalannya sama ada saya mahu pikul bersama tanggungjawab itu dengan hubby atau buat biasa je. Pesan my mum jadi pegangan.


17 June 2011
Saya bawa hati yang merusuh ke pejabat. Kepala saya berserabut. Bila hampir ke waktu tengahari tiba-tiba saya teringat nak print surat tu sekali lagi. Sedang elok saya sorok-sorok nak sumbat surat ke dalam envelop, datanglah jiran sebelah bilik saya. Terus saya jatuhkan surat ke dalam laci yang terbuka luas, pretend macam takde apa-apa.

Pertanyaan dia tentang sesuatu secara tiba-tiba membangkitkan emosi rusuh saya yang cuba saya benamkan untuk hari itu. Macam lahar gunung berapi meluap-luap saya mengomel. Tak plan pun nak berkongsi cerita peribadi dengan dia sebab saya pun tak rapat dengan dia. Tapi saya sedar air muka saya sangat keruh hari tu dan tak mungkin dapat saya brush him off tanpa beri sedikit penjelasan. Instead of telling him about my 'big plan' saya katakan saya tension seharian semalam tunggu appointment doktor di HUKM. Which was true anyway sebab saya tak biasa pergi government hospital dan made to wait lama-lama. He seems satisfied dan belum pun puas saya memuntahkan lahar dia dah angkat kaki - tak tahan panas kot. Hahaha.

After friday break, saya kumpulkan semua bahan untuk perbincangan dengan 'dia' sambil selitkan surat itu dalam folder. Saya nampak peluang yang agak cerah hari ni tapi tidak begitu mengharap. Bukan peluang saja yang saya perlukan hari ni. Kekuatan dalam diri juga mesti ada, I was a bit shaken sebenarnya dengan hal peribadi yang bercampur baur. Nervous jangan cakaplah tapi saya block mental cukup-cukup tak mau banyak fikir lagi dah. Even alasan kenapa saya nak 'tuntut' pun tak dapat saya sediakan. There are too many things in my mind. Too many reason kenapa saya mahu pergi - work and personal. Saya akan jawab apa saja perkara pertama yang terlintas di kepala. Saya panjatkan doa semoga dipermudahkan. Dan dari pengamatan saya selama berbulan lamanya saya yakin proses nak serah surat agak mudah, entah kenapa saya yakin dia tidak akan teragak-agak untuk menerimanya. After all, looking at the situation, I'm doing him a favour.

Kerana keyakinan itulah saya ter'duduk' apabila dia enggan menerima 'tuntutan cerai' saya. Saya akui bukan ini yang saya jangkakan atau bayangkan selama ini. Dia enggan terima kerana tak puashati dengan alasan saya. Saya cuba terangkan dengan cara baik tapi dia tak mahu terima. Dia suruh saya think about it dan bila sudah jelas baru jumpa dia semula. Gila! Saya yang rasa nak gila. Dah bertahun saya fikirkan tentag hal ini, saya dah tak mampu lagi nak harungi, lagi dia nak suruh saya fikir.

Saya balik dengan hati yang kecewa. Saya pelik kenapa dia tak mau terima surat saya? Bukankah dia pun dah tawar hati dengan saya? Arghhh tension punya pasal saya tak terus balik rumah. Pusing-pusing di subang parade layan hati. Saya terperangkap dalam rancangan saya sendiri. Lemas.

Friday, 24 June 2011

Rawat Hati

Esok nak bawa anak-anak pergi sini. Rawat hati yang merusuh, asyik dok layan emo je penat juga. Uihh orang rawat hati dengan zikir, saya ni lain macam skit. Ye, zikir dan doa pun buat juga, at the same time kena buat aktiviti as a distraction supaya tak merusuh sangat hehe. Lepak-lepak belek buku... Sure Fahmi & Yaya suka. Mama diaorang jangan cakaplah, lagilah suka giler boleh lupa daratan kejap dikelilingi buku.
Si Fahmi ni suka membaca sekarang. Yaya tempohari macam berminat belek komik kat kedai. Ughh tapi tak leh caya budak berdua ni. Sampai sana nanti ada potensi dia melekat dan merengek nak beli sticker book ben10 ke barbie ke. Takde keje lain. Harap-harap tidaklah.

Tu yang ikut hati ndak je saya pergi sorang-sorang. Tapi yuhuuuuu awak tu dah jadi mak orang. Kali terakhir pergi pesta buku was... errr when i was 16 or 17 gitu. Wow that was like 16 years ago! Ya rabbi awatlah ketinggalan zaman sungguh kamu ni. Tiba-tiba sekarang baru nak feeling gi pesta buku macam zaman remaja dulu.

Tapi kalau mak mentua discharge hari ni balik rumah saya, tak boleh berjimba di pesta buku lama-lama sangat ;-). Harap incik hubby boleh temankanlah mil kat rumah sementara saya dan anak-anak berjimba di pesta buku.

Kepada yang tak tau nak tuju ke SACC mall, silalah tenung-tenung map ni ye.


Jom pergi ramai-ramai!