Monday, 26 September 2011

28 Days and still counting

28 days since I was bitten by the red centipede

Pic taken 18 september lepas, bengkak pada kesan gigitan lipan masih ada
it turns purplish as the days pass by and now dah pinkish
gatalnya ya Rabbi... asyik menggaru jelah kerja saya
bengkak pada kesan gigitan tu keras kadang-kadang bila geram saya rasa macam nak toreh je tapak kaki nak tengok apa yang ada kat situ
ada satu malam last week masa jari terkena kulit di pinggul kanan saya baru terperasan yang saya tak rasa apa-apa
kawasan sebesar tapak tangan saya seolah-olah numb kalau disentuh lembut dengan jari tak rasa apa
kalau ditekan terasa jauh umpamanya kita pakai baju tebal
saya sentuh kulit pinggul belah kanan, saja nak compare manalah tahu saya berhalusinasi seorang diri di tengah malam
maklumlah incik hubby takde masa tu pergi outstation, kebiasaanya bila dia takde saya jadi pendiam yang amat sebab takde kawan bercakap
kot dah biol ke aku membayangkan yang bukan-bukan
tapi bila disentuh pinggul kiri ternyata saya boleh rasa sentuhan tu immediately
terus saya rasa jeng... jeng... jeng... apahal pulak dengan kulit aku ni

saya cuba ignore, anggap the numbness will go away the next morning tapi tak...
sudahnya saya rasa annoyed sendiri
jadi saya pergi klinik depan rumah, tujuan sebenar nak minta advise pasal bengkak gigit lipan yang tak hilang-hilang
terus saya tanya sekali pasal kebas kulit tu
doktor yang dah agak berumur tu cakap nothing can be done because the damaged has already been done
the doctor kat hospital segamat should have given me something to flush out the venom from my body
sekarang sebab the venom tak dibuang dari badan maka ia berehat di satu tempat penampungan, in my case it went to my hips area
entahlah saya pun tak tau nak kata betul ke tidak
tapi kena start balik ambil ubat-ubat yang sepatutnya diambil sejak mula
I was given neurobion juga to helps untuk kuatkan saraf-saraf saya hopefully boleh memulihkan saraf di hips saya dan membolehkan hips saya merasa deria sentuhan
Paling mengecewakan bila saya tanya berapa lama saya hips saya akan kebas begini
doktor cakap tak tau lah... well it is easy to put the blame pada kesilapan orang lama
tapi bila diminta beri indication dia sendiri pun tak pasti
nasib aku tak kena charge, free je sebab klinik panel incik suami!


Pic taken 2 days later.
Bengkak menjadi-jadi, dah jadi lebam dan makin merebak hingga tapak kaki dan menghampiri buku lali.
Ada rasa perit sikit.

Ubat hilangkan gatal yang doktor bagi makes me drowsy I couldn't go to work if I were to continue taking the medicine
So I went back to the clinic, dapat satu jab kat punggung dan referral letter to SJMC
I feel that it is necessary to consult a specialist sebab dah terlalu lama sangat saya dah naik risau
Dapat ubat lagi and kena tunggu 1 week to see the difference
Bila makan ubat Arcoxia untuk kurangkan bengkak timbul masalah lain pulak
the medicine playing havoc with my sistem perkumuhan pulak
Nak terkucil pun tak lawas, kenalah saya skip sikit ubat tu kalau tak memang pundi kencing rasa tak sedap je keras semacam sebab terkumpul tak boleh keluar

But this thing pasal kebas kulit ni... I've tried googling the internet to figure out what really happens tapi tak jumpa maklumat berguna
Silap tempat agaknya saya ni

Jadi sekarang, if any of you readers, by-passers tahu serba-sedikit or have experience or anybody you know have experience this before, please share with me
It really bothers me setiap kali tersentuh hip tak rasa apa-apa
bukan suka-suka nak pegang tapi tiap kali pakai seluar or tanggal seluar mestilah tersentuh kan?
setiap kali itu jugalah saya rasa terganggu... haisyyy apa nak buat ni?

Pesan saya untuk semua, kalau terkena gigitan lipan gergasi macam saya kena ni cepat-cepatlah cari kain atau tali dah ikat pada kaki atau tangan yang terkena gigitan.
Tujuannya untuk hentikan racun bisa tu daripada merebak.
Ada petua sapu kapur sirih kat tempat gigitan
Saya tak taulah kalau petua ni berkesan untuk gigitan lipan kecil
Tapi kalau kena lipan gergasi macam saya ni tok sah dengarlah petua petuwi ni semua
memang haram tak berkesan
Cepat-cepatlah pergi hospital or klinik dapatkan rawatan segera
Anti venom yang ada di hospital Malaysia cuma untuk rawat bisa patukan ular sahaja
The best hospital can offer adalah pain killer
Tapi pastikan doktor/HA yang merawat anda tu berkelayakan dan berpengalaman
Kalau dia inject pain killer dekat kaki tempat lipan gigit macam saya tempohari memang ada sikit tak betul lah HA tu
Sebab rata-rata doktor yang saya consult selepas kejadian tu semua terkejut injection pain killer di beri dekat tapak kaki saya
Selalunya kat punggung atau bahu
Ada pendapat yang mengatakan itu mungkin penyebab kenapa lebam kaki saya semakin teruk. Wallahualam...

Sunday, 25 September 2011

Hari Ni Saya Tak Kacau Awak...

Siang tadi, me saying "OK, lepas ni abang rehat cukup-cukup, saya tak nak kacau abang... abang pun jangan kacau saya..." receives a big laugh from incik hubby.
He's very quick to catch my underlying messages.
Dia kata sebenarnya awak nak cakap jangan kacau awak sebab awak nak berehat, tapi awak pusing cakap awak tak nak kacau saya! Mulia sangatlah hati bini dia ni! *lol*

Ye, saya kepenatan gila semalam setelah berhempas pulas menganjurkan majlis makan-makan kecil to appreciate his business partners and workers on Saturday.
With the 'sess' at the back of the word partner and worker tu bunyi nya macam lah ramai sangat.
Sebenarnya cuma 3 keluarga, 1 business acquantaince dan 3 orang pekerja saja.
Tapi preparation dan presentationnya macam nak meraikan 100 orang!
Tau jelah saya ni, everything nak tip top. Terutamanya bab makanan, mesti nak hidang yang terbaik.

Plan menjamu hubby's friends ni datang last minute.
Saya dah pernah cakap kat dia, since this year kita tak buat open house why not just buat small jamuan untuk raikan his partners and workers
Entah apa penyakit saya ni suka meraikan tetamu, suka main masak-masak
At the same time saya terima tempahan 2 biji kek jiran satu lorong
Itu yang jadi banyak kerja sikit sebab kek dan jamuan hampir serentak

Kalau takde tower serving dish ni tak sah! :-)

Bagus juga menjamu kawan-kawan bisnes ni, untuk merapatkan silaturrahim, to say thanks to them for their hardwork and trust
Moga-moga persahabatan ini berkekalan
Tambahan pula all the missus pun know each other and our kids pun berkawan, so why not?
Saya dan Sue, wife hubby's partner have known each other from a long long time
We worked at the same place 10 years ago. She was already married at that time, while I was still going single
We were not that close but we talked on daily basis
She took up another job and we never met again until kami jumpa kembali di alam budiman
Since then we have renewed our friendship
Despite living di lorong belakang rumah saya we hardly saw each other, semua orang sibuk, dia pun buat part time business
Jadi, dalam masing-masing sibuk tu tanpa kami jangkakan our hubbies met each other lebih kerap sebab sama-sama aktif persatuan
And before we know it another friendship spin off almost instantly and grows stronger than ours in such a very short time between our hubbies!
Yes, they (hubby & Zali) should pay tribute to their wives sebab menemukan mereka! ;-)
The cakes yang dihidangkan

While hubby's 2nd partner pulak adalah kawan lama sejak zaman sekolah
Saya pun kenal dia dah lama sejak kami berpacaran tapi belum pernah jumpa isterinya, Suzi sehinggalah they moved within the same neighbourhood
Our children sebaya, kerap juga berjumpa sebab Suzi pernah jahit baju kurung Yaya

Incik hubby memang sibuk sangat dengan khemah dia jadi saya kena urus sendiri nak beli barang etc for the jamuan
Dia pun dah berminggu tak cukup rehat, dengan operation buang batu karangnya, outstation lagi, khemah lagi non stop
So I tried my best untuk tidak terlalu menggangu dia... sikit2 tu ada lah juga heheeee

Yang datang cuma in small number tapi saya buat hidangan yang extravaganza - memang tak reti nak simple-simple ni (read: kalau tak menyakitkan badan memang tak puas!)
Saya hidangkan laksa johor, nasi biryani, kurma ayam yang marvelous tu dan lamb curry yang entah kenapa menjadi-jadi sedapnya kelmarin! (sila jangan muntah dengan statement ni ha ha ha!) Rezeki diaorang lah tu
The week before sudah saya bake kek buah, kek lapis prune dan kek lapis cadbury
Jadi tinggal potong dan hidangkan jelah
Dan kerana saya masih hangat dilanda demam macarons maka saya hidangkan juga macarons pelbagai perisa tu
Owh saya memang suka table setting yang nampak cantik dengan warna-warni makanan!
Puas hati dapat meraikan tetamu kali ni dalam suasana santai,
dah penat sangat dah juggling banyak kerja at one time sampai tengahari semalam saya bantai tidur (dah lama tak tidur siang!)
dah boleh dah tutup buku jamuan makan-makan untuk tahun ni he he he

Thursday, 22 September 2011

Burger Sengih

I like to call my food with funny names
Bukannya nak mempersendakan makanan
Tapi kadangkala the names called lebih menggambarkan rasa atau rupa sebenar makanan tersebut
Like this one...

Orang panggil burger malaysia tapi saya rasa Burger Sengih lebih bertepatan
sebab rotinya dibelah one side dan disumbat inti bila duduk macam ni dah macam mulut orang tersengih kan?

Saya buat doh rotinya berasaskan resipi donut suria kak hanieliza tapi separuh adunan cuma. Dapatlah 9 biji.
Bagusnya roti tu gebu dan kekal lembut sepanjang hari
Sambal ikan bilis tu baki makan dengan nasi lemak tempohari, memang sengaja tak buang boleh je buat cicah roti or jadi inti burger sengih ni
Saya buat pun dah tengahari, budak-budak bangun lewat sarapan kuey teow goreng, nugget dan crab sticks pukul 10am kat depan rumah sambil merasa tiupan angin 'buatan' kipas berlampu baru saya ni Kami anak beranak selalu breakfast di laman rumah hampir setiap hujung minggu.
Sebab itu saya beli kipas berlampu ni.
Bila malam boleh on kan lampu. Bila sesekali lepak di laman kalau cuaca panas boleh on kan kipas.
Kalau buat makan-makan di luar rumah pun dah tak payah heret standing fan.
Convenient, harga pun murah je ;-)

Burger sengih tu sebenarnya budak-budak tak jamah pun masa breakfast tapi sengaja saya banyakkan hidangan sebab in between bermain tu bila-bila lapar diaorang masuk dapur sure cari snacks.
Incik hubby yang sesekali balik in between his job pun boleh grab one and ngap.
Convenient dan mengenyangkan ;-)

Tuesday, 20 September 2011

Acar Buah


Acar buah resipi chef noraini masri ni memang the best.
Suka sangat resipi yang very precise, ikut from A-Z terus jadi marvelous.
Few months ago saya buat half resipi. Mak mentua datang hampir tiap hari dia makan buat lauk dengan nasi.
Tapi lepas she went for operation to remove the cancer, saya sorokkan baki acar ni.
Sebab acar ni ada cuka.

Kali ni saya buat full resipi - more than 500grams of buah-buahan.
Saya beli buah asam pek kecil kat kedai runcit caltex di westport terminal a few months back. Seronoknya memborong buah asam kat situ sebab ada macam-macam jenis!
Buah prune hitam, asam limau kasturi, ada buah warna merah, warna kuning, kehijauan dan macam-macam tak taulah nama dia.
Saya tak suka acar buah yang guna buah-buah jeruk bulat hijau merah tu... asyik-asyik 2-3 jenis tu je, takde variety dari segi rasa!
Beli sendiri pilih sendiri ikut tekak.

Tapi tak boleh makan selalu ye, sebab nama pun jeruk/asam. Banyak guna bahan kimia.
Tak bagus for health. Makan jeruk pun tak bagus for the brain. Buat otak kita kecut.
Zaman saya remaja dulu memang tak suka makan asam, in fact sampai sekarang tak suka asam or jeruk.
Saya sangat menjaga pantang larang, maklumlah kita tengah belajar tak boleh makan benda-benda yang dilarang kalau nak memori yang kuat.
Asam/jeruk saya tak makan, epal hijau juga tak makan.
Kepala ikan memang harammm lah saya nak sentuh.
Mujur juga memang sejak azali saya jenis tak suka makan sangat jadi senang nak menjaga diri dari melanggar pantang.
Tapi sekarang boleh pulak sesekali melanggar pantang makan asam ye?
Ohhh sebab dah jadi acar buah he he he ;-)
Buat banyak, saya bekalkan sikit for my sister tempohari.

Monday, 19 September 2011

And Now They Are Gone...


While they were here the whole weekend they keep my house lively with their antics
They keep my children in company, so Fahmi and Yaya tak terasa bosan sebab their daddy had to work whole weekend sampai takde masa nak entertain them
They keep me busy in the kitchen cooking all their favourite food - they bullied me!
Diaorang minta saya masak macam-macam which saya cuma indulge making them chicken chop, fish n chips, fruit pastry, macaron dan kuih muih
Just one thing saya tak buat - lasagna! sebab tak larat dah asyik duduk kat dapur sampai kecut jari saya
Sampai I put my baking cravings on hold
I indulged all their request so that bila perut mereka kenyang dan satisfied mereka boleh sambung be happy and hyper all day long they don't bother me so much
Tapi terlalu hyper sampai tiap malam saya kena jadi jam loceng paksa mereka tidur

They turn my house upside down, they have no limits... bilik saya pun jadi tempat berkubang.
Haisyyy nasib incik hubby wasn't home most of the time... hehehe

But now they are gone
I send them home petang semalam selepas hujan reda
Itupun si kecik Mina merungut tak nak balik
She said belum rindu lagi nak balik, dia seronok duduk kat rumah saya
Yelah seronok sebab boleh bermain non stop tapi bila Fahmi & Yaya goes back to school nanti bosan pulak
Pandai pulak dia menjawab takpe boleh duduk kat rumah dengan maid saya
Saya tersentuh sedikit, how lucky and fortunate my children are they have their mama and daddy and kakak to look after them, siapkan baju sekolah, kasut, makan dan minum
While their cousins semua siapkan sendiri, makan pun asal apa yang ada jelah coz their mama is so busy seorang diri uruskan rumah, anak-anak and work lagi - maid dah takde

I owe them so much sebab while they were here both my children tak terasa lack of parents attention
Kalaulah diaorang takde rasanya Fahmi & Yaya would have driven me nuts sebab saya seorang diri kena entertain mereka
Anak baru 2 dah tak larat nak layan. Mana taknya diaorang cuti 3 hari straight Jumaat sampai Ahad, it was a long weekend kalau takde aktiviti sure diaorang boring - mulalah whining, fighting, shouting etc
Saya pulak Sabtu kena sambung kerja. Mujur their cousins ada tak payah saya bawa anak-anak ukur jalan except heret mereka attend open house di malam hari
otherwise, duduk kat rumah je pun diaorang dah happy sebab ada kawan

And now they are gone, rindu pulak eh?
We will do this again next time ye kids!

Sunday, 18 September 2011

Nasi Biryani

Nasi biryani ni saya buat sebagai 'teman' makan dengan kurma kambing.
Bila kurma ayam chef wan that I tried the other day turns out marvelous, I decided to give his nasi biryani recipe a go.
Terpikat sungguh dengan cara dia masak nasi ni kat tv. He makes everything looks so simple.
Dan bila dah siap, dah makan, hats off to Chef Wan.
Dahlah nak membuatnya mudah, nasi biryani ni masak sekata dan lembut sampai ke malam.
Memang saya dah biasa masak nasi biryani tapi selalunya pakai rempah ready made.
Selalu masak dalam rice cooker je, tapi nasi mesti kering bila dah masuk petang, malam lagilah kering dan sedikit keras.
Nak masak atas dapur tak berani sebab selalunya mesti bahagian atas jelantah.
Dasar tak pandai masak!


Nak dapat nasi biryani yang cantik sebiji-sebiji butir nasinya tak mudah.
Jangan terlebih sukat air kalau tak nasi jadi mushy, melekat-lekatlah ia tak relai.
Ada orang cakap kalau nasi bahagian atas masih mentah, letak cawan berisi air di tengah nasi. Nanti masaklah nasi tu. Saya dah cuba tapi tak berapa berkesan.
Tu lah dia, masak ni mesti ada teknik juga.
Pada saya resipi nasi biryani chef wan ni lengkap dengan teknik memasak yang tersirat.
Mesti ada kesabaran.
Tak boleh nak cepat siap, tak boleh main cincai. Hasilnya cincai jugalah nanti.
Pasal tu kalau saya masuk dapur yang cuma 1 kali dalam seminggu, mesti hidangan saya istimewa sedikit.

Nasi biryani chef wan ni sangat ringan dari segi tekstur dan rasa.
Nasi biryani orang Melayu memang macam tu, tak banyak rempah ratusnya. Unlike nasi biryani Indian yang banyak guna rempah serbuk.
Incik hubby kata sedap sangat nasi biryani kali ni, warna pun cantik kata dia. Walaupun nampak plain tapi sebenarnya untuk nasi biryani melayu ni all the daun-daun i.e. pudina, pandan dan ketumbar jangan skip.
Nampak macam eleh daun ni kalau tak letak pun tak apa. Tapi sebenarnya all the dauns lah yang memberi rasa dan aroma kepada nasi biryani.

The nasi gets its rosy colour daripada buah tomato. I didin't have that many cuma a quarter leftover sahaja dan letak cuma 1 sudu besar tomato puree unlike 4 tablespoons as indicated dalam resipi asal.
Tapi sudah cukup to achieved the desired colour and flavour. Warna kuning tu saya tambah pewarna egg yellow kemudian ;-)

Nak cuba? Rujuk di sini ye. ;-) ;-)

Saturday, 17 September 2011

Kurma Kambing

Entah tang mana silap teknikal, blogspot ada sikit bengong telah mensabotaj entry saya yang satu ini. Sudah saya publish, sudah terbit juga snippetsnya di blog orang lain tapi page nya hilang! Terpaksalah saya taip semula!

Nak ikut sunnah Nabi saw, hari Jumaat sahaja kami makan daging merah. Itupun bukanlah bermakna jadi acara wajib pulak. Memang jarang sangat makan daging ni.
Sebab musim raya, maka keraplah jumpa daging bila berkunjung ke rumah jiran dan sahabat handai.
Saya laukkan juga daging kambing baki buat kebab di rumah mak saya masa raya minggu pertama.
Itupun sebab Jumaat cuti hari malaysia, incik hubby ada di rumah. Walaupun dia sibuk sepanjang minggu ni dengan projek khemahnya tapi tetap balik makan di rumah.
Kebetulan anak-anak kakak saya baru saya angkut lepak the whole weekend di sini.
A good enough reason untuk sediakan hidangan yang sedikit mewah dan istimewa daripada biasa.
Apa salahnya meraikan raya bersama dalam rumah sendiri.
Tak perlu tunggu tetamu datang ;-)


Saya masak kurma kambing berpandukan resipi chef antarabangsa, Chef Wan. Asalnya adalah resipi kurma ayam yang sudah saya cuba a couple of weeks ago.
Memang sedap, marvelous & 1st class resipi chef wan ni.
Saya terpikat dengan masakan dia masa menonton rancangan Best Wan! di astro afc.
Lepas tonton terus cari resipinya kat afc.com.
Uniknya kurma chef wan ni banyak menggunakan cili hijau, daun pudina dan daun parsley sebagai pes kurma.
Ditambah dengan badam serbuk dan perahan limau nipis, jadi lemak berkrim rasanya.

Sengaja saya gayakan kurma kambing ni dalam serving dish bentuk diamond saya ni. Apa salahnya berposing lebih sikit walau untuk makan sendiri.
Tak perlu tunggu tetamu datang baru nak keluar koleksi pinggan mangkuk.
Kalau hari-hari berposing begini sure terpikat selera yang tersayang ;-)
Belum makan pun dah tau sedap he he he.

Nak cuba resipi chef wan ni?
Chicken Korma

(Ayam Masak Korma)
Ingredients:

6 Tbsp / 1 ½ oz Ghee (Minyak Sapi)
2 Onions, peeled and finely sliced
10 Shallots (Red Onions), peeled and finely sliced
12 large Green Chilies, de-seeded and cut in halves (optional)
1 Limes (Limau Nipis) – halved
1 Lemongrass (Serai)– halved and bruised
10 Cherry Tomatoes - halved
4 cm / 2 inch Cinnamon Bark (Kulit Kayu Manis)
3 Star Anise
4 Cardamom Pods
5 Cloves
3 Tbsp of Kurma or Korma Powder
1 kg / 2 pounds / 3 oz Chicken
1 litre / 32 fl oz Coconut Milk (Santan Cair)
1 cup water
4 Potatoes, quartered
150 ml / 5 fl oz Natural Yoghurt
6 Tbsp / 1 ½ oz Almond, finely grounded
4 Tbsp / 1 fl oz Crisp-fried Shallots (Bawang Goreng)
Handful of Coriander (Cilantro, Chinese Parsley or Ketumbar) - finely sliced
Handful of Mint Leaves (Daun Pudina) - finely sliced
Salt, pepper and sugar to taste

Paste Ingredients A (to be finely grounded):
15 Shallot (Red Onion), peeled
3 Garlic cloves, peeled
2 cm / 1 inch of Ginger, peeled
1 Onion

Paste Ingredients B (to be finely grounded):

1 bunch Parsley
5 Coriander Roots – cleaned, save leaves for garnish
10 sprigs Mint Leaves (Daun Pudina) - save half for garnish
4 Green Chilies, seeds removed
1 cup of water

Method:
Melt Ghee in a pot and fry 1 Onion together with the fresh Shallots. Add in spices: Cinnamon, Star Anise, Cardamom, Cloves, and Lemongrass. Fry till fragrant and golden.

Add in Paste (A), Stir-fry for 5 minutes. Then, add in Korma powder and Paste (B). Stir well and fry for approximately 20 minutes over moderate heat till excess oil begins to appear on the surface.

Wait for a few minutes until most of the water has been evaporated. Add in Chicken pieces and continue cooking over moderate heat for 5 minutes.

Add in Coconut Milk, water, Potatoes, grounded Almonds and 4 Green Chilies. Also add in salt, pepper and sugar to taste. Stir well and simmer gently over a low fire till gravy thickens and Chicken becomes tender (approximately 35 minutes).

Just prior to serving, add in Yoghurt, a squeeze of fresh Lime Juice, Cherry Tomatoes, Mint and Coriander leaves, Fried Shallots and the remaining Green Chilies. Fold them together and simmer for another half a minute.

Note:
Beef and Mutton can be substituted for Chicken


Cuma bila masak kurma kambing haruslah dimasak lama nak kasi kambing empuk. Pertama kali saya buat guna ayam dulu, kuah kurma saya basi sebab saya makan agak lama selepas jus limau dimasukkan.
Jadi ikut arahan betul-betul, just before serving baru tambah jus limau ye.
But it works fine with my kambing sebab saya masak lama di dalam oven.