Monday, 10 October 2011

Ketat

Aduhhh ketatnya 'engsel-engsel' kaki saya
sama ketatnya macam engsel pintu yang dah berkarat tak letak minyak tu
kesat, ketat dan berkeriut bila kita nak buka tutup pintu
Ni kaki manusia pun ada engsel juga, engsel (joint) kat atas peha ni ketat semacam
nak berjalan pun rasa tersekat-sekat
ni lah bahana bila start jogging semula after 2 weeks 'cuti'
tapi sungguh lah semalam masa jogging pun tiba-tiba rasa kaki kanan ni semacam je tense
nak berhenti jogging semalam rasa tak puas hati sebab peluh belum memercik lagi
selalu kalau tense pun mesti kaki kiri sebab kaki kiri saya ni kan memang ada 'sejarah' nya tersendiri
padahal jogging bukannya laju pun, kalau saya lagilah setiap langkah saya sengaja dipendekkan
dah pace saya diperlahankan, slow and steady
bukan macam sesetengah orang yang saya tengok muka-muka baru berjinak-jinak jogging(saya cam sangat muka kaki jogging kat AB ni)
nak berjogging stretching bagai (saya pun tak pernah miss streching)
bila start langkah jogging dah pecut laju semacam sampai saya pun rasa gerun dan malu habislah aku kena potong sat lagi depa ni speeding gila jogging ke lari pecut ni
sekejap-sekejap saya toleh belakang, seakan-akan terdengar-dengar derap tapak kaki depa
alih-alih bila saya toleh lagi... eh mana korang?
laaa dah berhenti!
saya senyum sendiri dalam hati, itulah lain kali kalau baru mula jogging janganlah belasah membesit
macam lari pecut 100meter... jogging kena slow and steady
bukannya nak berlumba siapa dulu sampai garisan penamat hehehe
ehhh sudah-sudahlah cik kak baik pergi tidur awal sikit malam ni
recover balik kepenatan semalam
lepas penat berjogging lari ke seremban pulak ziarah my mum yang masuk wad sebab demam
demam biasa je tapi dah berapa hari tak makan, minum pun kurang badan jadi lemah
bila dah berumur memang mudah kena penyakit
harap-harap memang demam biasalah sebab doktor pun tak cakap ada apa-apa alarming findings
dah discharge balik rumah pun, cuma bila dah balik rumah ni jadi lemah balik badan ma
hmmm... saya pun tak tau nak buat macam mana, blood test dah bat 2 kali
berdoa lah moga-moga cepat sihat
tiba-tiba teringat pulak, saya sendiri dah lama tak makan supplemen kalsium
hmm no wonder lah badan sengal-sengal bila jogging ;-)

Sunday, 9 October 2011

Imam Muda


solat Isyak saya Khamis malam lepas berimamkan 'imam muda'
terkejut saya bila dia beria-ia nak imamkan saya dan adiknya
mulanya masa nak ambil wuduk dia cuma cakap dia nak azan
rasa tak percaya saya mendengarnya sebab selalunya dia mengelak bila saya suruh azan atau qamat
sebabnya dia tak lancar lafaz azan atau qamat
tapi malam itu kuat suara dia penuh confident laungkan azan
lepas azan terus dia angkat takbir dengan suara yang dikuatkan memimpin solat kami
saya turutkan saja, walaupun sebenarnya saya tak pasang pun niat solat berimam!
physically jelah nampak macam berjemaah, tapi solat asing-asing sebenarnya

selesai solat saya suruh dia baca doa
nak tergelak saya bila dia berpaling dengan sengih trademark nya tu
tau lah saya apa maksudnya - dia malu sebab masih tak lancar baca doa!

nak tau apa rahsia dia bersemangat laung azan dan mengimamkan solat jemaah kami malam tu?
saya ingatkan tentu ustaz shahrul (guru agama dia di sk meru 2) ada ajar solat berjemaah baru-baru ni
tapi rupa-rupanya ustazah kat sekolah agama buat latihan solat kat sekolah
hmmm baguslah... confident sungguh dia sekarang lebih-lebih lagi bila mama & daddy puji
gambar kat atas tu daddy punya kerja, dia miss solat jemaah dengan kami

Saturday, 8 October 2011

Nasi Goreng Nenas... Mana Nenas nya!

Nama je nasi goreng nenas, tapi neneasnya boleh bilang dengan jari! Yang dalam gambar ni pun saya kutip dan kumpul dalam plate sebab nak posing ;-)

Nenasnya manis, sebab saya guna nenas kiub in syrup. Nak beli nenas fresh rasa macam membazir je sebab bukan habis pun sebiji.
Fahmi kata sedap. Bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri tapi Fahmi biasa makan nasi goreng kakak yang entah apa-apa rasanya kering tak berperisa.
Bila di suakan nasi goreng nenas yang banyak bahan sampingan ni jadi sedap lah pada dia.
Kalau nak nasi goreng yang sedap betul tapi murah kena pergi makan kat jeti Sungai Kembong, Pulau Indah dekat ofis saya. Haaa yang itu betul-betul sedap! ;-) ;-)

Wednesday, 5 October 2011

Pasta Goreng Sardin

I was so occupied with baking sejak last week kemudiannya sibuk attending a wedding, I didn't get the time to cook.
I haven't been cooking for more than a week now! And dying to do so!
Jadi malam ini saya bulatkan tekad nak masak juga something. Gila gatal tangan ni tak senang hati tak dapat masak.
Nak masak mewah-mewah memang jangan haraplah, kena tunggu weekend bila masa panjang
Tapi dapat masak Pasta Goreng Pedas ni pun dah puas hati.



terpedas sikit, tak dapat Fahmi buat bekal esok ;-(

Note: PC kat rumah meletup kena sambar petir Ahad lepas. Susahnya nak berblogging, edit gambar etc. Have to pinjam hubby's laptop when he's not using it.

Tuesday, 4 October 2011

Lepas Hajat Ke JB

From my entry Kenapa? Kecewa? You would have guessed where we were last weekend. Yup, we attended a wedding in Johor Bahru. Not just a wedding, it was hubby’s niece wedding.

Bukan senang tau nak tengok kami attend family function sebelah hubby
We missed 2 weddings (his nephews) last year. Satu sebab bertembung dengan tarikh Fahmi berkhatan, satu lagi ada orang tu conveniently chose not to inform me
I love weddings. Tapi saya beriya-iya sangat nak pergi wedding tu bukan sebab ianya adalah wedding semata-mata, tapi sebab ianya berlangsung di JB where half of hubby’s siblings resides.
Saya memang dah bertahun-tahun sejak kahwin dengan hubby ajak dia jalan-jalan ke JB ziarah sedara-mara tapi belum pernah sekali pun dia tunaikan

Cuma sekali je saya ke JB lepas kahwin dulu itupun sebab bawa PIL pergi meminang/bertunang adik hubby. Sekali tu jelah, lepas tu… harammmm tak jejak rumah sedara-mara JB lagi dah
Tak tau kenapa dia tak bawa saya ke JB lagi dah, itu kena tanya dia sendiri. Saya pernah juga sampai JB sendirian disebabkan kerja tapi day travel jelah
Tu yang kali ni bila dengar anak sedara dia nak kahwin saya bersungguh-sungguh nak pergi walaupun tau dia ada ‘agenda’ lain
Tak nak hajat saya kali ini tak tercapai maka saya pun come up dengan rancangan saya sendiri
I voluntered to bake wedding cake for his niece! And they (his sil & niece) accepted!
Hehe so takde alasan lah tak nak pergi kan… kena pergi juga sebab nak hantar wedding cake orang

You see, saya ni bukan senang nak dapat cuti. Tapi sejak dah hantar surat ‘cerai’ ni makin menjadi-jadi beraninya saya minta cuti dan setiap kali tu insyaAllah diluluskan – kalau sejak dulu macam ni kan best!
Bila saya dapat cuti hari Jumaat lepas, incik hubby pulak kena turun kerja. Jadi dah petang juga kami bertolak ke JB and we missed the solemnisation ceremony
Takpelah mujur kek nak pakai untuk resepsi esoknya
The 3 tier cake that I made

Walaupun dapat lepas hajat pergi JB tapi tak best juga sebab kedatangan kami memang macam ribut, the next day resepsi tak habis lagi kami dah cabut ke Melaka sebab nak tunaikan ‘agenda’ hubby berjamboree basikal pulak
Adusss memang tak sempat feeling langsung, nak beramah mesra pun tak sempat sangat sebab masing-masing sibuk pinjamkan kudrat untuk majlis, saya pun sibuk buat finishing kek
Nak jalan-jalan Pasir Gudang dan JB lagilah tak sempat, rugi anak-anak tak dapat ronda JBMy little princess love and enjoy weddings as much as I do

Tapi saya dah janji dengan Fahmi, kalau dia dapat nombor 1-3 masa periksa akhir tahun saya nak bawa dia pergi makan ketam kat Tanjung Langsat! Incik hubby belanja!
Dua hari berkejar sana-sini dan perjalanan ke JB yang jauh memang sangat memenatkan
Kalaulah saya sorang-sorang memandu ke JB memang saya menjerit lemas…
truth is saya lebih rela & enjoy memandu ke Terengganu walaupun jarak lebih jauh dan banyak kena ikut jalan kampung dan jalan persekutuan yang sibuk tapi pemandangannya tak membosankan, tak sempat mengantuk sebab mata dan otak kena alert selalu

Pergi dan balik dari JB orang kata lagi mudah sebab lalu highway… tapi tulah yang membosankan dan melemaskan saya, jalan lurus je pemandangan sama – mengantuk!
Nasib hubby yang drive hehehe

Monday, 3 October 2011

Kenapa? Kecewa?

Oh bukan saya maksudkan ada orang yang kecewa bila si dara ni naik pelamin
Barangkali memang ada hati yang kecewa, entah manalah kita tahu
But my entry title saya refer tu anak saudara hubby dalam gambar ni
Sakit perut saya tahan ketawa dengan gelagat anak saudara hubby, Adam ber t-shirt kuning.
See how cool he looks in the photos that I took of him with Yaya and the bride the other day.
Cool, sopan and poised (cover malu gitu).

Sebenarnya saya nak ambil photos anak-anak buah hubby 5-6orang beramai-ramai dengan pengantin perempuan. Tapi anak-anak buah hubby yang kesemuanya lelaki tu termasuk Fahmi mengada-ngada lah pulak tak nak bergambar.

Yang ringan nak bergambar cuma Yaya dan Adam saja. Yaya of course lah suka sebab dia sejak malam berinai lagi asyik mahsyuk ushar pelamin lah, pengantin lah sampai tak hirau kat photographer yang sibuk nak shoot!


Saya tengah zoom nak snap their pictures so saya tak berapa perasan rupa-rupanya anak-anak buah yang duduk menebeng tepi saya dok sorakkan Yaya dan Adam.
Telinga saya sempat tangkap ayat-ayat diaorang “Berangan lah tu…” “… macam pengantin…” “eii tak maluuu…” sambil ketawa mengejek
Patutlah saya tengok Yaya tak boleh keep her composure asyik dok menjeling je sampai nak terbalik mata
Rupa-rupanya ada orang mengganggu. Haisyy dahlah orang ajak bergambar tak mau, lepas nak nak sakat orang pulak… memang nakal
Yang buat saya tak tahan nak pecah perut tu bila habis je bergambar Adam dengan muka selamba sound kat all his cousins “Kenapa? Kecewa?”

Terus saya tergelak sorang-sorang. Dia boleh rilek bergambar bila dah habis baru dia bagi sebiji.
Hambik kau budak kecil 6 tahun rilek je sound budak besar, terdiam diaorang tak sangka dapat perli sinis dari budak kecil.
Barulah bertemu buku dengan ruas. Budak-budak besar tu kalau dibalas dengan marah lagilah dia orang seronok mengejek

Thursday, 29 September 2011

Tiga Tiga

oh my the number is growing ha ha ha
masa kecil rasa lambatnya nak besar
rimas dan lemas jadi budak kecil, bukan sebab rasa terkongkong
tapi saya nak cepat explore life
tak sabar nak rasa macam mana masuk U
maklumlah masa kecil dulu disogokkan cerita ali setan I, II & III
bila dah besar sekejap lah pulak menjadi-jadi bertambah besar angka nya tu! (nasib bukan badan yang makin besar he he)
dan cepatnya roda hidup saya ni berputar kadang-kadang saya tak percaya half of what I wish for masa kecil dulu I've already have now

What more could I asked for
I have been blessed dengan kehidupan yang baik, Alhamdulillah
I have love, I have my family with me, I have my friends
I have my job - at least for today ;-)
I have been blessed with good health saya boleh beribadat dengan baik
And I have the opportunity to change my life if I want to
Which is what I am doing right now at Tiga Tiga
This is the point where I make a life changing decision
whatever turning this decision is going to take, I am willing to accept
note my word - willing ... bukan prepared
I guess one could never be prepared enough
after all my life is full of surprises, so i should know better ;-)

Saya rasa seperti been on a roller coaster ride for the past 9 years
it spinned too fast, now I want to take things slowly, savour each day and time ;-)


Twelve red roses delivered at midnight
thank you hubby, this time around dia betul-betul berjaya mengejutkan saya
nice plan he he he... siap delivery boy tengah malam buta! ha ha ha

oh ya, anak lelaki saya yang pandai ambil hati saya berura-ura nak bagi saya hadiah EMAS!
mengamuk dia semalam bila kakak bocorkan rahsia dia ha ha ha!
I wonder kat mana & macam mana dia nak dapatkan emas tu untuk saya
do you have any idea dear hubby? (*_^)