Monday, 17 October 2011

"Mama Berenti Buat Kek"

Ingat boleh ke senang-senang je mama nak berhenti buat kek?
Kadang-kadang baru 1 minggu rehat from baking pun boleh jadi demam kura, sakit seluruh badan bila tak buat kek
Ini kan pulak nak suruh berhenti baking terus

Tercuit juga hati saya malam tadi
dalam sibuk tengah melepa krim pada kek datanglah Fahmi duduk kat kerusi di sisi saya
lama dia merenung, saya yang memang dah kacau bilau sebab banyak kek nak dihias langsung tak perasankan dia
sampailah dia tiba-tiba bersuara
"Mama, mama OK ke?"
Terus tangan yang ligat ni terhenti, saya pandang dia, dalam hati berkata soalan trick apa kah ini
sebab budak-budak ni kalau nak sesuatu mesti mukadimah dia halus dan sopan benar
Tapi saya tengok air muka dia rilek je tak nampak ada hidden agenda di situ
"Takdelah, abang tengok muka mama macam penat je"
Masa dia cakap macam tu barulah saya tersedar, ye memang saya penat sejak hari sabtu saya dok baking, entertaining my mum & sil dan memasak tak berhenti-henti lagi
tapi tak sempat nak acknowledge kepenatan tu lagi sebab masih banyak kerja yang tak siap
I keep pushing myself to work, work and work
belum boleh lepaskan lelah lagi - go, go, go
Now bila Fahmi tanya soalan tu barulah saya tersedar betapa penatnya saya
"Abang tengok mama tak berhenti-henti buat kerja dari pagi tadi" owhhh tak sangka lah pulak dalam dia ralit bermain bersukaria dengan his cousins pagi tadi dia perasan juga kat saya ni
"Kalau mama penat mama berhentilah" adoiii mana boleh berhenti sayang, ni semua dah janji dengan orang
"Mama bagitau kawan-kawan (customers dia bahasakan kawan) mama semua, mama berhenti buat kek" Kuang, kuang, kuang.... yang ini tak dapek den nak tolong
Saya bagitau kat dia, mama tak boleh berhenti buat kek sebab inilah kerja mama esok bila mama dah tak kerja (ofis)
kesianlah kat daddy kalau mama tak kerja
"Yelah tapi mama rehatlah..."
terus datang rasa bersalah kat anak-anak sebab sepatutnya this week saya clear my baking schedule tak ambil order
this week is their exam week, both of them periksa kat sekolah masing-masing
saya sepatutnya buat revision with both of them hari minggu lepas, tapi my mum and sil sleep over at our house kenalah entertain kemudian I made grave mistake by taking orders - berturut-turut dan bulk pulak tu
After saying sorry to him sebab tak dapat spend time buat revision with him, I asked him to stay keep talking to me, dapat berborak dengan dia sambil melepa kek terasa hilang sikit penat saya
One thing saya notice, bercakap dengan Fahmi begini have soothing effect on me
pasal tu saya suka berborak quitely macam ni dengan dia

Nasiblah dapat cousins sebaya majority perempuan kena ikut main doll. Terkejut saya nampak Fahmi sikat rambut doll! Kau biar benar jangan terbawa-bawa sampai ke besar tak rela aku.

Saturday, 15 October 2011

Nak Belanja Konon!

Semalam beriya-iyalah ajak kawan sorang ni lunch, konon nak belanja makan nasi goreng sedap kat jeti Sg Kembong.
Tunggu punya tunggu kawan ni kena tahan dengan big bos, saya pun pergi solat zuhur dulu.
Baik solat siap-siap, kalau terlambat balik ofis pun takdelah nanti kelam kabut baru nak solat sebab pukul 3pm ada meeting dengan big boss.
Yang kawan ni lantak dia lah kena tahan lama-lama dengan bos pun, dia chinese bukan solat pun hehe.
Saya selesai solat, dia pun terlepas dari 'tahanan', saya terus capai handphone naik kereta dia.
Bila sampai kedai makan, order nasi goreng ayam 2 pinggan with drinks masing-masing.
Hajat nak merasa nasi goreng ikan masin yang marvelous tu, rindu lama tak makan.
Tapi dia tak buat pulak.
Dah siap order tiba-tiba baru saya perasan purse takde atas meja.
Terus tepuk dahi, patutlah aku rasa ringan semacam berlenggang tadi, lupa bawa purse rupanya!
Si kawan ni pun tak bawa purse sebab saya dah cakap nak belanja. Pucat muka dua-dua.
Dia seluk kocek seluar jeans ada not RM10! Mujur dia ada terselit duit pagi tadi.
Tapi kami belum lega lagi, sebab ikut congak kami macam tak cukup 50sen.
Berlarilah si kawan pergi korek duit syiling dalam kereta. Nasib baik jumpa not rm1.
Dah siap makan minta adik tu kira... merah padam muka tahan malu bila adik tu cakap "err... 10ringgit jelah"
Lorrr dia perasan ke kami gelisah pasal duit tadi!!!
Nasib baik naik kereta kawan. Kalau naik kereta beemer saya tu maunya menyorok bawah meja!
Maluuu!!!

Monday, 10 October 2011

Ketat

Aduhhh ketatnya 'engsel-engsel' kaki saya
sama ketatnya macam engsel pintu yang dah berkarat tak letak minyak tu
kesat, ketat dan berkeriut bila kita nak buka tutup pintu
Ni kaki manusia pun ada engsel juga, engsel (joint) kat atas peha ni ketat semacam
nak berjalan pun rasa tersekat-sekat
ni lah bahana bila start jogging semula after 2 weeks 'cuti'
tapi sungguh lah semalam masa jogging pun tiba-tiba rasa kaki kanan ni semacam je tense
nak berhenti jogging semalam rasa tak puas hati sebab peluh belum memercik lagi
selalu kalau tense pun mesti kaki kiri sebab kaki kiri saya ni kan memang ada 'sejarah' nya tersendiri
padahal jogging bukannya laju pun, kalau saya lagilah setiap langkah saya sengaja dipendekkan
dah pace saya diperlahankan, slow and steady
bukan macam sesetengah orang yang saya tengok muka-muka baru berjinak-jinak jogging(saya cam sangat muka kaki jogging kat AB ni)
nak berjogging stretching bagai (saya pun tak pernah miss streching)
bila start langkah jogging dah pecut laju semacam sampai saya pun rasa gerun dan malu habislah aku kena potong sat lagi depa ni speeding gila jogging ke lari pecut ni
sekejap-sekejap saya toleh belakang, seakan-akan terdengar-dengar derap tapak kaki depa
alih-alih bila saya toleh lagi... eh mana korang?
laaa dah berhenti!
saya senyum sendiri dalam hati, itulah lain kali kalau baru mula jogging janganlah belasah membesit
macam lari pecut 100meter... jogging kena slow and steady
bukannya nak berlumba siapa dulu sampai garisan penamat hehehe
ehhh sudah-sudahlah cik kak baik pergi tidur awal sikit malam ni
recover balik kepenatan semalam
lepas penat berjogging lari ke seremban pulak ziarah my mum yang masuk wad sebab demam
demam biasa je tapi dah berapa hari tak makan, minum pun kurang badan jadi lemah
bila dah berumur memang mudah kena penyakit
harap-harap memang demam biasalah sebab doktor pun tak cakap ada apa-apa alarming findings
dah discharge balik rumah pun, cuma bila dah balik rumah ni jadi lemah balik badan ma
hmmm... saya pun tak tau nak buat macam mana, blood test dah bat 2 kali
berdoa lah moga-moga cepat sihat
tiba-tiba teringat pulak, saya sendiri dah lama tak makan supplemen kalsium
hmm no wonder lah badan sengal-sengal bila jogging ;-)

Sunday, 9 October 2011

Imam Muda


solat Isyak saya Khamis malam lepas berimamkan 'imam muda'
terkejut saya bila dia beria-ia nak imamkan saya dan adiknya
mulanya masa nak ambil wuduk dia cuma cakap dia nak azan
rasa tak percaya saya mendengarnya sebab selalunya dia mengelak bila saya suruh azan atau qamat
sebabnya dia tak lancar lafaz azan atau qamat
tapi malam itu kuat suara dia penuh confident laungkan azan
lepas azan terus dia angkat takbir dengan suara yang dikuatkan memimpin solat kami
saya turutkan saja, walaupun sebenarnya saya tak pasang pun niat solat berimam!
physically jelah nampak macam berjemaah, tapi solat asing-asing sebenarnya

selesai solat saya suruh dia baca doa
nak tergelak saya bila dia berpaling dengan sengih trademark nya tu
tau lah saya apa maksudnya - dia malu sebab masih tak lancar baca doa!

nak tau apa rahsia dia bersemangat laung azan dan mengimamkan solat jemaah kami malam tu?
saya ingatkan tentu ustaz shahrul (guru agama dia di sk meru 2) ada ajar solat berjemaah baru-baru ni
tapi rupa-rupanya ustazah kat sekolah agama buat latihan solat kat sekolah
hmmm baguslah... confident sungguh dia sekarang lebih-lebih lagi bila mama & daddy puji
gambar kat atas tu daddy punya kerja, dia miss solat jemaah dengan kami

Saturday, 8 October 2011

Nasi Goreng Nenas... Mana Nenas nya!

Nama je nasi goreng nenas, tapi neneasnya boleh bilang dengan jari! Yang dalam gambar ni pun saya kutip dan kumpul dalam plate sebab nak posing ;-)

Nenasnya manis, sebab saya guna nenas kiub in syrup. Nak beli nenas fresh rasa macam membazir je sebab bukan habis pun sebiji.
Fahmi kata sedap. Bukanlah nak masuk bakul angkat sendiri tapi Fahmi biasa makan nasi goreng kakak yang entah apa-apa rasanya kering tak berperisa.
Bila di suakan nasi goreng nenas yang banyak bahan sampingan ni jadi sedap lah pada dia.
Kalau nak nasi goreng yang sedap betul tapi murah kena pergi makan kat jeti Sungai Kembong, Pulau Indah dekat ofis saya. Haaa yang itu betul-betul sedap! ;-) ;-)

Wednesday, 5 October 2011

Pasta Goreng Sardin

I was so occupied with baking sejak last week kemudiannya sibuk attending a wedding, I didn't get the time to cook.
I haven't been cooking for more than a week now! And dying to do so!
Jadi malam ini saya bulatkan tekad nak masak juga something. Gila gatal tangan ni tak senang hati tak dapat masak.
Nak masak mewah-mewah memang jangan haraplah, kena tunggu weekend bila masa panjang
Tapi dapat masak Pasta Goreng Pedas ni pun dah puas hati.



terpedas sikit, tak dapat Fahmi buat bekal esok ;-(

Note: PC kat rumah meletup kena sambar petir Ahad lepas. Susahnya nak berblogging, edit gambar etc. Have to pinjam hubby's laptop when he's not using it.

Tuesday, 4 October 2011

Lepas Hajat Ke JB

From my entry Kenapa? Kecewa? You would have guessed where we were last weekend. Yup, we attended a wedding in Johor Bahru. Not just a wedding, it was hubby’s niece wedding.

Bukan senang tau nak tengok kami attend family function sebelah hubby
We missed 2 weddings (his nephews) last year. Satu sebab bertembung dengan tarikh Fahmi berkhatan, satu lagi ada orang tu conveniently chose not to inform me
I love weddings. Tapi saya beriya-iya sangat nak pergi wedding tu bukan sebab ianya adalah wedding semata-mata, tapi sebab ianya berlangsung di JB where half of hubby’s siblings resides.
Saya memang dah bertahun-tahun sejak kahwin dengan hubby ajak dia jalan-jalan ke JB ziarah sedara-mara tapi belum pernah sekali pun dia tunaikan

Cuma sekali je saya ke JB lepas kahwin dulu itupun sebab bawa PIL pergi meminang/bertunang adik hubby. Sekali tu jelah, lepas tu… harammmm tak jejak rumah sedara-mara JB lagi dah
Tak tau kenapa dia tak bawa saya ke JB lagi dah, itu kena tanya dia sendiri. Saya pernah juga sampai JB sendirian disebabkan kerja tapi day travel jelah
Tu yang kali ni bila dengar anak sedara dia nak kahwin saya bersungguh-sungguh nak pergi walaupun tau dia ada ‘agenda’ lain
Tak nak hajat saya kali ini tak tercapai maka saya pun come up dengan rancangan saya sendiri
I voluntered to bake wedding cake for his niece! And they (his sil & niece) accepted!
Hehe so takde alasan lah tak nak pergi kan… kena pergi juga sebab nak hantar wedding cake orang

You see, saya ni bukan senang nak dapat cuti. Tapi sejak dah hantar surat ‘cerai’ ni makin menjadi-jadi beraninya saya minta cuti dan setiap kali tu insyaAllah diluluskan – kalau sejak dulu macam ni kan best!
Bila saya dapat cuti hari Jumaat lepas, incik hubby pulak kena turun kerja. Jadi dah petang juga kami bertolak ke JB and we missed the solemnisation ceremony
Takpelah mujur kek nak pakai untuk resepsi esoknya
The 3 tier cake that I made

Walaupun dapat lepas hajat pergi JB tapi tak best juga sebab kedatangan kami memang macam ribut, the next day resepsi tak habis lagi kami dah cabut ke Melaka sebab nak tunaikan ‘agenda’ hubby berjamboree basikal pulak
Adusss memang tak sempat feeling langsung, nak beramah mesra pun tak sempat sangat sebab masing-masing sibuk pinjamkan kudrat untuk majlis, saya pun sibuk buat finishing kek
Nak jalan-jalan Pasir Gudang dan JB lagilah tak sempat, rugi anak-anak tak dapat ronda JBMy little princess love and enjoy weddings as much as I do

Tapi saya dah janji dengan Fahmi, kalau dia dapat nombor 1-3 masa periksa akhir tahun saya nak bawa dia pergi makan ketam kat Tanjung Langsat! Incik hubby belanja!
Dua hari berkejar sana-sini dan perjalanan ke JB yang jauh memang sangat memenatkan
Kalaulah saya sorang-sorang memandu ke JB memang saya menjerit lemas…
truth is saya lebih rela & enjoy memandu ke Terengganu walaupun jarak lebih jauh dan banyak kena ikut jalan kampung dan jalan persekutuan yang sibuk tapi pemandangannya tak membosankan, tak sempat mengantuk sebab mata dan otak kena alert selalu

Pergi dan balik dari JB orang kata lagi mudah sebab lalu highway… tapi tulah yang membosankan dan melemaskan saya, jalan lurus je pemandangan sama – mengantuk!
Nasib hubby yang drive hehehe