Thursday, 8 March 2012

Happy Women's Day



Menjadi wanita dalam zaman ini sangat mencabar kesabaran dan kekuatan diri
but don't undermine yourself and your capability
it is sad though that masih ramai kaum sejenis yang ditindas dan membiarkan diri tertindas
lebih menyedihkan bila kaum wanita ditindas dan dizalimi oleh wanita sendiri!!!
3 hari tanpa internet saya terlindung daripada mengetahui apa yang berlaku di dunia luar
tak dapat membaca news online, kalau nak baca newspaper tu memang takde peluang lah
tiba-tiba semalam bila dapat online berita pertama yang sampai kepada saya
adalah berita yang sangat mengejutkan dan menyedihkan
berita seorang ibu yang sanggup membiarkan anak gadisnya yang berusia 11 tahun diratah oleh teman lelakinya sendiri
lebih sadis lagi perbuatan terkutuk itu dirakam pula oleh si ibu!!!!
Astaghfirullahhal'azim... Ya Allah Ya Tuhanku, saya jadi malu menjadi wanita!
it's good to know that she is being punished with 21 years in jail tapi kerosakan yang telah dia lakukan cannot be undone

Jadi, wanita-wanita di luar sana jangan menzalimi diri sendiri dan jangan menzalimi others
pandai-pandailah mengatur hidup, menjadi wanita bukan bererti lemah
tidak juga semestinya perlu bergantung kepada lelaki
bergantunglah kepada Allah swt...
saya doakan yang terbaik untuk semua

Happy Women's Day... if you haven't taken the big leap, do it now

Monday, 5 March 2012

Maksud Berjimba-Jimbi? Let Them Show U

Saya suka guna perkataan 'berjimba-jimbi'
it's a cool new word... I don't know its origin but I like it
ramai orang bertanya saya apa maksud berjimba-jimbi itu?
saya ada pelbagai versi yang saya guna untuk terangkan
it could be = aktiviti mencucuk langit ala saturday night fever
atau aktiviti bersukaria di mana saja
termasuk aktiviti di bawah ini









kolam yang kecil bukan halangan untuk mereka... janji mood mesti happy-happy




Yesss... mereka ini memang sangat mahir berjimba-jimbi!

"Owh! Begini rupanya berjimba-jimbi" terbuntang mata penonton kecil ini yang baru je faham apa maksud berjimba-jimbi... ekekeke

Sunday, 4 March 2012

Happy Birthday Ma

My Ma celebrated her 60th birthday on 28 February...
Alhamdulillah syukur pada Allah saya masih punya kedua-dua ibu bapa dan anak-anak masih berpeluang merasai kasih sayang nenek mereka
in fact mereka memang sangat bertuah sebab punya atuk dan nenek on both sides
ulang tahun Ma jatuh di tengah minggu, tak menjadi hal sebab zaman sekarang dah ada teknologi
kiriman sms ucapan tanda sentiasa dalam ingatan

Semalam baru berkesempatan balik ke rumah Ma, sambut ulangtahun bersama cucu-cucu semua
Tak semua lah coz my middle bro anak beranak balik rumah mentua pulak
My sis pun kerja tak dapat balik dapat saya angkut anak-anak dia semua tengahari semalam
Dalam usia yang lanjut sebegini, orang tua kita memang cukup suka dikelilingi cucu-cucu tersayang kan?

Nama je baker tapi buat kek untuk Ma sendiri pun ala kadar je, bunga pun tarak. Sungguh pilih kasih! Kek carrot walnut bernenas.

Harus posing potong kek dengan tudung hadiah harijadi dari anak-anak saya. Chett mama yang tukang beli anak-anak dapat nama ekeke

Pose wajib bersama cucu-cucu, ini cuma separuh je, another half balik kampung

Apa motif??? Nak tunjuk nenas seketul tu je... hehe

Thursday, 1 March 2012

5 Blogging Years

WHOAAAA!!! WHEELSONDBUS IS 5!





Boleh tahan juga lama saya berblogging
masih bertahan
masih larat merapu meraban
masih belum bosan
masih tidak heran walau pembaca cuma 2 kerat... err ada follower ke?
will continue to write... until?
tak tahu...
until then... (*_^)


*Ulangtahun ke 5 berblogging disambut dengan 2 kali stranded di tepi hiway kerana kereta yang meragam. Ha ha ha... ketawa dalam nangis!

Wednesday, 29 February 2012

Thank Allah... I Am No Alien!

My blood test result is out!
and Yeayyyy... saya manusia NORMAL!
ha ha ha ha... abis tu takkan alien pulak kan?

Alhamdulillah... agak terkejut juga tengok result medical check up saya semalam
sebab kali terakhir saya check darah dulu paras kolestrol saya agak tinggi
berbulan lamanya saya membedal kapsul fish oil - takut punya pasal
Alhamdulillah memang berkesan
tapi paras kolestrol jahat pulak yang slightly higher than paras normal
lain-lain semuanya ok
owhhh jahat sungguh kolestrol jahat itu ye... mentang-mentang lah saya agak culas berjogging kebelakangan ini, memang sedap je dia menempel
saya kenalah mula mencari alternatif selain dari berjogging
sebab sekarang ni lutut kiri saya teramatlah sakitnya... kekadang saya gagahkan diri juga untuk berjogging sebab kalau tak jogging rasa tak sedap badan gitu
hatta masa tengah demam selsema pun saya belasah jogging - rasa segar sikit badan
tapi saya terpaksa berhenti jogging buat sementara waktu sehingga lutut saya heal
nak kata heal macam mana saya pun tak tahu
sebab sakit ni disebabkan kecederaan masa jatuh tangga 2 tahun lepas
tak buat x-ray pun tapi doktor suspect lutut saya dislocated sikit...
pressure cuma ditampung oleh sebelah joint saja tu yang jadi sakit sangat
sekarang ni saya biasakan diri makan kapsul glucosamin + chondroitin
untuk ransang pertumbuhan cartillage...
lerrr... udah ghoper nenet tua pulak makan glucosamine!
nak buat cemana, umur je muda tapi lutut dah longgar! ha ha ha
ni bahana masa zaman muda remaja tak pandai jaga makan - MALAS makan sebenarnya
terlalu aktif kat sekolah tapi makan JARANG-JARANG lama-lama haus tulang temulang semua sebab tenaga ditarik dari situ
lepas tu malas minum susu... alah typical malay lah mana ambil peduli semua ni
at one time dulu pernah amalkan minum segelas susu sebelum tidur, tapi tujuannya untuk lena tidur sebab saya selalu susah tidur
pasal tu tulang tak kuat, tak tumpat dan mudah cedera bila jatuh

so ladies and mommies, sila asuh anak-anak perempuan anda untuk minum susu dari kecil secara berterusan sebagai bekalan di hari tua
badan kita berkemampuan untuk menyerap kalsium dengan baik sehingga usia kita 18 tahun saja
selepas 18 tahun telan kalsium 1 lori pun tak berkesan dah
bila umur makin meningkat paras estrogen dalam badan makin menurun
jadi lagilah tak kuat tulang... bila menopaus terus melengkung badan
tapi teruskan juga lah makan kalsium tu selagi belum menopaus
manalah tau masih boleh membantu kuatkan tulang

Saya sekarang ni religiously taking 2 biji kapsul glucosamin + chondroitin every morning
for the next 6 weeks... dulu pernah makan tapi on and off
bila sakit on bila tak sakit off
now dah 1 minggu makan tanpa skip... alhamdulillah rasa sakit sudah kurang
weekend baru ni skip jogging... huhu sedihnya... i missed my morning jog
ikut hati nak je belasah jogging tapi incik hubby larang
hubby ajak berjalan keliling satu taman perumahan - sesi memujuk hati lah kiranya tu...
lepas-lepas ni kena buat senaman jelah... saya malas bersenam sebenarnya!
kalau suruh jogging saya laju je... tapi bersenam saya mati kutu sikit
setakat senaman warm up badan je saya tau... taichi dah berbelas tahun tinggal
kang ada yang pergi register kelas taekwondo kang... join dengan anak-anak sekali
lantak ler jadi satu-satu nya student dewasa... ekekeke

HAPPY LEAP YEAR EVERYONE!

Tuesday, 28 February 2012

He Has Allergic Rhinitis

Fahmi is down with forever, due to jangkitan pada tonsil nya
I should have known, but he didn’t complained of sakit tekak, susah nak telan ke, so I thought dia cuma demam biasa sebab terkena hujan
Semalam kan hujan sepanjang petang – on and off, and he did went out to play just before the rain started to pour again
Ada juga dia cakap tak selera makan… I should have pick up the cue tapi saya leka!

Brought him to see the doctor pagi semalam, dapat antibiotik and I also consulted the doctor pasal Fahmi berhingus sepanjang masa – sepanjang tahun to be precise!
Pelik kan? I don’t remember a day without me nagging him to blow his nose
Kesian sangat kat dia sebab hidung dia selalu comot… hilang kehenseman, kalau orang tengok pun sure orang kata kotornya lah ... anak sapa ni?
Saya tau Fahmi pun tak larat dah nak blow his nose sepanjang masa, saya pun tak larat dah dengar dia dok srotttt sretttt dan comot… sakit mata
Tapi nampak gayanya saya kenalah bersabar untuk tempoh yang lebih lama lagi
Coz according to the doctor, he has what they called allergic rhinitis yang bukan disebabkan oleh allergen
In his case it is heredity… it’s in his blood and we are back again to the fact that my children ada mild asthmatic symptoms
They got it from ME! Sebab I was once penghidap asthma … long time ago when I was a kid
So, there’s nothing much I can do, it is not caused by allergen so takde apa-apa that I can do to or avoid or keep him away from
The doctor can only prescribed him with antihistamine, which he has to take everyday – every morning to help control his runny nose, but he has to take them untuk satu tempoh yang lama to see the result
Saya rasa frust sangat… frust dan tidak berdaya
his condition no doubt is affecting his quality of life, pity my boy
tak puas hati, there must be something we can do about his alahan

Monday, 27 February 2012

Raita Timun Berpudina

Makan kalau takde lauk sayur-sayuran memang tak lengkap lah kan.
Nanti pakar pemakanan geleng kepala... he he he
Sebab memasak semalam pun dalam mood malas tapi nak makan sedap dan cepat dihidang jadi saya ambil jalan pintas sediakan salad sayur-sayuran yang digaul bersama raita
Raita ni memang terkenal lah sebagai sos yogurt pencicah bagi kaum India
jadinya hidangan nasi beriani dan beef kofta semalam bila digabungkan dengan raita ini umpama Bombay meets Middle East in one plate lah!

Ada banyak variasi penyediaan raita. Saya buat yang paling mudah dan ringkas mengikut apa yang ada di dapur
cream greek yogurt masih ada, saya gaulkan bersama 1/2 sudu kecil garam masala dan secubit garam
lepas tu campak segala sayuran i.e. timun, tomato, daun ketumbar, daun pudina dan cincangan cili merah


Lepas makan harus ada dessert... puding buih umpama span yang menggelikan tekak Fahmi!