Monday, 2 April 2012

7 Today

Siapa???


Dia lah....





Pagar depan dah rongak, ngeri betul kalau dia menyengih hihihi

Dah pun 7 tahun umur dia, sekejap je rasa
masa lahir berat 3.10kg, dialah tiniest baby in the family
suara halus, kalau menangis tak keluar suara, mulut je ternganga
kalau kita sibuk buat keje kat dapur ke hatta dok hadap tv sekalipun
dengan dia duk dalam baby cot, rasanya mau lah dekat setengah jam dia meneran tangis
baru kita sedar... itupun setakat bunyi "wekkk" halus je
harap orang telinga nipis macam mama ni je boleh tangkap bunyi
kalau telinga tebal macam daddy... sampai berkedutlah urat pipi kamu
masa baby suara tak mau keluar
bila dah besar nyaring yang amat bingit telinga!
banyak mulut pulak tu! hi hi hi

The birthday cake. Looks yummy eh? Taste yummy too... Chocolate cake with peanut butter cream cheese frosting! Sinful but delicious... sure gonna add few inchies to my hips area! :-P thanks to rima from bisous a toi who introduced this cake in her blog

Before cutting. Do you know? I made Yaya cut her birthday cake 1 day earlier - yesterdayyy!!!! Punyalah takut tak dapat celebrate together today sebab her daddy and mama ni terlalu bizi

Saya nyaris terlupa birthday dia
kepala berserabut dan sibuk plan untuk ke Bandung
tiba-tiba hari khamis baru teringat, petang tu dari ofis terus saya telefon dia
saya tanya dia nak hadiah apa
tau apa dia jawab? "adik tak nak hadiah apa-apa lah, barbie adik dah banyak tu"
alahiiii bagusnya... tak nak hadiah? belum pernah jumpa orang yang tak nak hadiah
"biar betul adik tak nak hadiah?"
"mama belilah apa-apa, adik tak tau lah... mama jangan bagitau adik. mama buat surprise lah" wekkk! rupa-rupanya dia takde idea nak minta apa
oh yes, one thing about Yaya ni dia memang tak fikir sangat pasal hadiah apa-apa
jarang nak dapat jawapan yang tepat dan cepat dari dia
kecuali masa dia minta iPad dulu lah...
tak macam Fahmi, si Fahmi always knows what he wants for birthday, for doing well in school etc

Sudahnya sampai hari ini saya masih belum beli hadiah dia lagi
saya pun takde idea!!! he he he
esok nak bawa partypacks untuk kawan-kawan sekelas dia
last week masa saya bagitau nak buat partypacks mengamuk-amuk Yaya tak mau
erkkk!!!? apahal?
dia berkeras tak mau bagi partypacks kat kelas
sebab dia tak suka budak-budak kelas dia tu, jahat kata dia!
adehhh... jahat?!
kemudian baru saya teringat, minah berbintang Aries ni memang payah sikit bab berkawan, bukan susah dapat kawan
ramai orang suka nak berkawan dengan dia, tapi dia yang memilih
kalau aura tak sama dengan dia, tak kiralah lelaki ke perempuan ke
dia kata tak suka tu makna tak suka lah
yang dia kata 'jahat' tu bukan apa
budak-budak kat kelas tu suka mengusik dan mengejek dia
pasal dia ni kan 'bekeng'... mulut bising suka membebel
dapat pangkat 'penjaga kelas' (bukan ketua kelas tau)
job description dia ialah tukang repot kat cikgu kalau ada budak nakal dalam kelas
jadi of course lah dia selalu kena usik
Yaya pulak jenis lagi kita usik lagi dia kuat melenting
maka menjadi-jadi benarlah budak mengusik dia

Digging on her cake... yummm yummm just before I rushed her out to Giant mencari bahan-bahan partypacks dia

Setelah dipujuk-pujuk akhirnya she relented
dia izinkan juga saya buat partypacks tu
dia siap tanya cikgu lagi berapa orang dalam kelas
dia balik bagitau saya "Mama, cikgu rozina kata 88 orang termasuk cikgu"
whattttt?!!! biar betul 88 orang tu macam 2 kelas je...
saja buat lawak cikgu rozina ni ye... he he
insyaAllah esok bawa 45 partypacks... siap untuk cikgu rozina sekali

Owh by the way... saya cakap cik Yaya ni banyak mulut kan?
hmmm... memang dasar mulut tak boleh plaster
ada ke patut dia pergi bagitau cikgu rozina yang dia nak pergi bercuti ke bandung
bila dia balik sekolah last week dia bagitua saya "Mama cikgu rozina pesan, pergi Bandung nanti belikanlah cikgu beg cantik-cantik 1"
erk!!! haisyyy minah ni sabar jelah
saya terkejut dan pening fikir mesra alam sungguh anak saya ni dengan cikgu dia
seingat saya masa saya kecil dulu nak bercakap dengan cikgu pun saya takut
inikan pulak nak berborak... adehhhh ikut sapa ni?

Friday, 30 March 2012

Kids Artwork - Rasaksa Ikan






Title: Rasaksa Ikan
Painter: Yaya
Date: 25 December 2010

Tuesday, 27 March 2012

Kids Artwork 1

Starting from today I'll be posting gambar-gambar lukisan anak-anak
yang dilukis menggunakan aplikasi paint
apart from melukis dan mewarna di atas kertas
my children have been using this application untuk mereka melakar
tapi lebih banyak lakaran dibuat oleh Yaya lah
saya tak pernah ajar mereka macam mana nak guna aplikasi ni
budak zaman sekarang kalau gadget ni cepat sangat mereka mahir sendiri
saya pun menggigil kontrol mouse nak melukis kat paint
dia boleh selamba je dan macam-macam pulak tu yang dilukisnya!

Today's debut




lukisan ini Yaya file kan sebagai 'carrot gemok'
dilakar sometime in December 2010 when she was 5, among her first lakaran using paint

Sunday, 25 March 2012

Berkelana 'Amazing Race'

Jumaat malam saya dan anak-anak bertolak ke seremban dengan memandu kereta kenari my dad
saya pinjam kereta tu 1 minggu sebab cik 'sienna red' saya mogok lagi
maklumlah umur dah banyak, kalau manusia dah mula osteoporosis nya
jadi saya 3 beranak bermalam di rumah my parents
incik hubby tak ikut, saya minta dia fetch kami keesokannya harinya
dari stesen komuter subang jaya saja, tak perlulah 2 biji kereta berkonvoi
lagipun nak puaskan hati anak-anak yang mengidam nak naik komuter sangat

Sabtu lepas zohor my dad hantar kami ke stesen komuter Seremban
mujurlah kebetulan pagi tu my dad balik (he works in Damansara nowadays balik pun jarang)
jadi bolehlah drove us ke stesen komuter, kalau tidak pening juga saya nak heret
budak berdua ni mengejar bas... dah berzaman tak naik bas dari rumah, schedule pun tak tau dah... he he he

Sampai kat stesen komuter pukul 2.15pm, beli tiket dan sedang elok je the 2.30pm komuter sampai
My mum suruh kami cepat-cepat pergi... saya rileks je tapi tau lah orang tua risau kita terlepas tren
sudahnya anak-anak saya pun jadi kalut berlari-lari tarik tangan saya

the kids were so excited selepas mendengar cerita saya pasal koc wanita
Yaya suka sangat, memang dah pakat dengan dia naik koc ni
tak padat dan selesa sangat

Fahmi macam cuak sikit sebab dia malu
in the end we took the ladies coach jugak after I assured Fahmi that it's ok for underaged boys to take the ladies coach bertemankan ibunya


Yaya sibuk 'berkomunikasi' dari dalam tren dengan Atuk dan Nenek yang setia menunggu sehingga tren bergerak


Belum pun 2.30pm tren dah bergerak... bye atuk, bye nenek... terima kasih pinjamkan kereta, lain kali pinjam lagi he he he


Yaya tak putus-putus komen pasal all the signage kat dalam koc ni. Dia tanya kenapa ada bunga ros? Perempuan sinonim dengan bunga kan? Dia tanya pulak kalau lelaki? Err... entah? Rokok kot?! Bad answer! ekeke

Seingat saya dah lama juga koc wanita diperkenalkan, tapi sampai sekarang masih ada lagi penumpang lelaki yang tak sensitif pergi naik juga koc wanita
ada yang ditegur pun buat pekak je, control macho konon
orang sembur kata buta huruf ke apa?
it's really annoying tau... rasa macam orang invade territory kita
ada juga yang tersedar kesilapan, bila sampai stesen seterusnya cepat-cepat turun tukar koc
ada yang baru nak jejak koc tersedar terus tak jadi naik

Cek mek ni mulut tak reti diam.
Sepanjang perjalanan banyak betul pertanyaan, saya ingatkan perjalanan jauh mesti dia penat tertidur
rupa-rupanya saya yang kepenatan kering mulut melayan dia

mula-mula tu seronoklah tunjukkan anak-anak stesen komuter UKM tempat yang menjadi saksi saya turun naik komuter di situ masa zaman belajar dulu
masa kat stesen batang benar teringat kisah seorang pemuda smart ni yang duduk di seat belakang saya
bila hampir ke batang benar tiba-tiba dia menghulur tangan di tepi dinding
terkejut saya, dia jatuhkan business card rupanya!!!
owhhh pesen lama sungguh taktik nak berkenalan...
mengekek ketawa Yaya dengar cerita saya... ha ha ha

bila sampai stesen kajang, makin ramai orang
adalah satu kumpulan minah vietnam ni yang punya gamat macam komuter mak pak dia punya, mentang-mentanglah kita tak faham cakap dia 'prong preng prong preng'
dressing tak cukup kain, saya yang menengok pun rasa malu
apatah lagi ada anak lelaki disebelah...
adehhh takde sivik sungguh mereka-mereka yang berpakaian seksa ni
Yaya sangat curious, tau jelah dia asyik perhatikan orang turun naik
dia tanya orang apakah mereka itu?

Saya : Vietnam
Yaya : owhhh... bukan Islam ye?
Saya : bukan... Buddha, agama Buddha (kalau mereka beragama lah)
Yaya : owhhh... patutlah seksi

Saya tergamam! Statement next dia lagi buat saya terpana

Yaya : Kalau dia nak masuk Islam dia kena taubat kan?
Saya : err... ye, kena mengucap 2 kalimah syahadah
Yaya : tak boleh pakai seksi-seksi kan?
Saya : iye... iye... (sambil buat isyarat mata suruh dia berhenti cakap pasal mereka, kurang sopan)

Adoiii budak kecil pun faham konsep Islam, wanita Islam mestilah menutup aurat dan berpakaian sopan
jadi yang dedah sana sini tu di mata dia adalah bukan Islam???
kena fikir-fikirkan

Tiba di stesen KL Sentral kami kena tukar platform
mujur tiket dah dibeli terus sampai subang jaya jadi tak perlu keluar dan beli tiket baru
masa nak turun tangga tu ternampak tren kami sampai, bila tengok orang berlarian
si Fahmi pun turut ajak saya berlari
dengan langkah panjang saya pujuk dia jangan kejar
kalau tak sempat tak apa, kita naik tren lain
tak kuasa saya nak mengejar, buat peluh ketiak je
dahlah kat belakang saya pikul backpack yang berat dengan buku Juzuk Amma anak-anak
beria-ia Yaya suruh bawa konon nak baca
memang dia selalu baca malam-malam sebelum tidur
tapi sampai kat rumah nenek dia tak sentuh pun! asyik main je!


Naik tren baru seatnya 2 kiri 2 kanan pulak
pilihan utama kami masih lagi koc wanita
kali ini tak padat sangat, bolehlah bernafas
incik hubby sudah diberi maklumat supaya standby di stesen subang jaya


Fahmi sempat baring lelap mata sekejap

Sampai kat subang jaya rupa-rupanya incik hubby tak sampai lagi
saya ajak anak-anak jalan kaki ke subang parade
alah bukannya jauh, lagipun dah lama tak travel on foot macam ni
Fahmi gelakkan saya, dia lucu tengok saya pikul backpack
dah macam orang mengembara kata dia
amboiii sedap je awak gelakkan mama ye
oh ye... anak-anak memang seronok habis, bersorak-sorak riang diaorang
and they dubbed our journey sebagai 'Pengembaraan" ala amazing race
sebab ada adegan kejar-mengejar dan bertukar-tukar tren
depa tak penat malah enjoy lagi ada lah!
mama yang penat okeh!

sampai subang parade kami serbu manhattan fish market
order macam-macam dan semuanya habis licin!
kebulur you! ekeke

Entah apa yang Fahmi sakat sampai Yaya muncung sedepa

So that's it, memenatkan tapi saya enjoy dapat spend time dengan anak-anak
happy tengok their eyes bercahaya melihat sesuatu yang baru
tu yang sampai tak tidur dalam tren tu
Fahmi dah cakap lain kali kita naik komuter lagi... adehhh nanti-nanti lah



Nota:
Juzuk Amma + Al-Quran Pertamaku adalah kumpulan surah-surak Juzuk ke 30 disertai tafsiran dan kisah-kisah disebalik surah-surah tersebut
hasil tulisan Ustaz Haji Arsil Ibrahim terbitan Blue-T Publications
sangat berfaedah untuk memupuk minat anak-anak kita terhadap Al-Quran

Saturday, 24 March 2012

Hadiah Harijadi In Advance


Yang mana satu hadiahnya? Ada banyak bersusun ni
huh... hadiah dia bukan dalam kotak-kotak kecik bersusun tu
hadiah dia sebenarnya ialah rak-rak kasut tempat kotak-kotak kecil itu tersusun!!!
kuang3x...
terkena saya!
2 baris rak ini diallocate khas untuk kasut-kasut saya ;-)

Ni idea incik hubby sindir saya
dulu masa nak pindah masuk rumah dah saya cadangkan buat terus rak kasut dalam stor kecil luar rumah ni
tapi incik hubby kata nanti-nantilah, dia rasa hal kecil je
padahal masa tu memang kontraktor tengah pasang kabinet dalam rumah
pada saya, alang-alang suruh mereka buat sekali
bila saya desak buat terus, tak yah tangguh sebab saya tau kalau tangguh
sure tak jadi apa punya
dia kata saya tak percaya cakap dia pulak
bukan saya tak percaya, tapi saya cukup cuak dengan perkataan 'nanti'
bukan baru 1 hari saya kenal incik hubby
saya cukup masak sangat apa maksud nanti tu
nanti = nada = yilekkk
akhirnya terbukti jangkaan saya tepat!
2 tahun lebih pindah rumah, bayang rak kasut pun tak nampak!

see, you got what I mean?
saya bercakap berdasarkan pengalaman
bukan cakap main 'boh' je tau
buktikan saya silap, saya lebih suka kalau saya silap
he he he

last week saya angin satu badan
bila cari kasut dalam stor tak jumpa
macam mana nak jumpa kalau semuanya dilambak dalam kotak besar dalam stor
aduhhh berpeluh mak menggeledah, mulalah mulut pun jadi jahat
keluar habis cerita janji 2 tahun lepas
janji yang 'nanti' tu...
incik hubby sengih
saya cakap kalau saya minta rak kasut sebagai hadiah harijadi tahun ni pun
rasanya belum tentu dapat!
ni ayat geram campur mencabar sebenarnya


last week ada 1 hari tu incik hubby tak kerja
saya balik rumah tengok ruang depan pintu bersih
selalu ada juga kasut-kasut bersepah, kali ni hanya beberapa pasang selipar je elok tersusun cantik
fuhhhh!!! lapang nya pemandangan
sengaja saya buka pintu stor nak intai kot kat luar ni lapang
tapi segala mak nenek dicampak dalam stor... manalah tau kan?
terpempan sekejap saya


oh wowieeeee... kemasnya!
hah engko... tersenyum sampai ke telinga lah


bila incik hubby balik dari surau
I said thank you to him
walaupun simple dan murah tapi saya suka
hilang serabut 2 tahun kat kepala
tapi incik hubby dengan bangganya cakap itulah hadiah harijadi saya
hahahaha berlagak lah dia
huh! tak aci... itu hadiah untuk bulan ni...
bulan depan sampai September hadiah lain pulak! kikikiki

pokok bunga telang yang lush ini nak tumpang posing
orang tanam dalam pasu awak tak mau hidup... sekarang tumbuh meliar tepi pagar bukan main lebat lagi... Alhamdulillah


pokok sepit udang tepi rumah
sungguhpun pokoknya tak lebat dan masih tetap kemetot tapi dah 2 kali berbunga ;-)

Friday, 23 March 2012

Cucur Badak

Minggu ini tidak lengkap tanpa penutup kepada saki baki doh keledek kecut (*_^)
saya beli seketul lagi keledek ... yang segar :-) kali ini dari kedai Acheh
jadi bolehlah buat cucur badak dan kuih keria (lagi) untuk anak-anak


Pertama kali buat cucur badak, elok menjadi tak complicated pun
nak bentukkan kuih bulat leper pun mudah je, cuma perlu sapu minyak pada tapak tangan
intinya terasa hampir menyamai kesedapan cucur badak segera jenama Nani's kegemaran kami sekeluarga... chewahhhh
saya kata hampir... taklah sehebat dan sesedap Nani's punya



Untuk intinya saya manfaatkan baki kelapa parut beku hasil tinggalan mak mentua masa berkunjung ke rumah kami bulan lepas
mungkin orang kata kedekut pahit kelapa parut baki makan dengan kuih apam pun nak simpan sampai sebulan
tapi daripada dibuang macam tu saja eloklah simpan mana tau ada kegunaan
macam sekarang ;-)

Resipi inti main agak-agak je

4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
4 batang serai
5 biji cili kering (kalau suka pedas tambah sampai 7-8 biji)
2 sudu besar udang kering (direndam)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan halus
2 cawan kelapa parut muda (putih sahaja)
garam & gula

Blend je semua bahan kecuali kelapa parut. Tumiskan sampai pecah minyak. Perasakan garam dan gula, biar manis sedikit kemudian baru masukkan kelapa parut. Gaul sebati dan keringkan sedikit dengan api kecil.





Puas hati berturut-turut hari makan kuih berasaskan keledek
dah macam tema masakan masterchef pulak he he

Errr... lepas tu baki sambal kelapa tu nak diapakan pulak ye?
emmm... buat pulut sambal lah! Tak pun pulut panggang!
isyyy camni bila nak habis bersambung-sambung pulak he he

Thursday, 22 March 2012

Pisang Bolen@Molen

When you see food pics one after another being posted in my blog
you know that I'm back to my old self - the one that loves cooking and trying out new recipes

I haven't been cooking that much
no correction, I cook when time permits especially on weekends
but I haven't been trying out new recipes that much lately
kalau dulu tangan sentiasa gatal nak memasak sesuatu yang baru
but lately i got distracted, sampai hilang nafsu nak experimenting in the kitchen
tapi sekarang I've minimised the distractions and getting back on track
sebab itu you see food entry sekarang ini ;-)

Ok, more photos of kuih muih this week
hubby is away for the whole week but that didn't stop me from experimenting
kan selalunya bila hubby takde saya pun tak peduli sangat pasal makan
apatah lagi nak masak, but kali ni saya tak peduli lah ada orang tukang habiskan makanan ke tidak
saya nak masak jugakkkk!

Ini pisang bolen@molen, a popular kuih di Bandung, Indonesia
Bandung tak ada mee bandung dan sirap bandung, kalau sebut kat orang Indon depa pun terpinga-pinga
tapi depa ada pisang bolen@molen


Pisang bolen@molen adalah variasi pisang goreng yang dibalut dengan kulit pastry dan dibakar
Kebiasaanya pisang turut dibalut dengan kepingan keju dan taburan gula di sebelah dalam, jadi manis dan berlemak gitu


Saya memang tak pernah rasa pisang bolen@molen sebelum ini sebab belum pernah jejak Bandung
but somehow I was smitten by this kuih when I search for tourist attraction di Bandung, this kuih came up
so why not I give it a try


Rasa dia ok lah... kalau guna pisang yang masak ranum lebih sedap
susah nak komen sebab saya tak pernah makan yang origin from Bandung
tapi rasanya next time kalau buat lagi saya nak letak cinnamon powder
he he he... improvise ... improvise

ok, apa motif dok buat entry pasal makanan popular Bandung ni?
he he... tak boleh agak ke?
ye... next month fly ke sana
insyaAllah