Sunday, 22 April 2012

Take It Easy

I am down with flu... tapi tak 'down' pun. Still up and about. Work as usual. Kalau down sudah bergolek-golek di atas katil.
Can't afford to take off from work, not after our 4 days holiday in Bandung.
The big boss 2 kali menegur bila tenguk saya sok sek dan batuk-batuk di ofis, "OK, kak?" "Sakit ke?" "Kakak ni kalau sakit makin cantik" "Kalau macam ni kakak kena selalu sakit lah"
Bluwekkkk!!! I did not respond to any of his bait.
Tak kuasa nak melayan, buat sakit hati je. Entah apa motif dia. Perli saya lah tu.

My entry on Bandung trip pun tergendala sebentar. InsyaAllah akan di sambung lagi.
I'm having a writer's block sekarang. Cesss macam lah penulis sangat, setakat merapu kat blog.
Bila dah berhenti menulis susah nak pick up balik. Tambahan tengah selsema ni, hidung tersumbat oksigen pun kurang naik ke otak (pepandai je kan buat teori). Memang takde nafsu nak menulis.
Nak kerja pun takde nafsu.

Cik beemer sienna red sakit lagi. Sudah tenat dia tu. Buat pasal kat tengah highway pagi tadi. Stranded di R&R Dengkil. Nice spot dia pilih.
Bolehlah juga tumpang berteduh sambil melayan anak-anak makan minum dan bermain to kill the time sementara tunggu tow truck.
Kali ni malas nak emosi. Take it easy jelah, tak nak stress. Pergi kerja tumpang ofismate sementara cari kereta sewa.
As for cik sienna red, let the mechanics do their job and let the boss decide dia nak proceed atau nak scrap je cik sienna sebab kena overhaul kurang-kurang 10k juga mau belanja. Saya rasa dia akan muntah darah.
My time here tinggal cuma 2 bulan saja lagi. Saya tak mengharap sangatlah depa nak bagi saya replacement kereta lain.
Dan janganlah mengharap sangat saya akan cukupkan 2 bulan itu. Kalau saya boleh bertahan saya cuba bertahan. Kalau keadaan terlalu menekan saya, terpaksalah saya buat tindakan yang menjaga kepentingan saya sepenuhnya.

Wednesday, 18 April 2012

Bandung Trip - The Hotel

Ayu in one of her comments beritahu saya to "have a good rest"

I have to concur with her, I really need a good rest!
I thought setakat trip ke Bandung, dekat je takdelah jetlag ke apa, rupa-rupanya saya silap. Dah 2 hari balik, sejak semalam badan rasa dehydrated sangat-sangat. Buat pertama kalinya saya balun minum air banyak-banyak, sambil melayan staff yang tak henti-henti bagi report sambil minum. Minta excuse banyak-banyak dengan mereka, banyak bercakap tekak dan mulut pun kering.

Owh rupa-rupanya saya nak selsema! Balik kerja semalam cari clarinase yang saya beli kat farmasi tapi hampa. Entah ke mana hilangnya dia. Have to make do with panadol dan scotts emulsion saja. My colleague kata it must be because of the heat kat Bandung.
She's wrong ... Bandung sejuk okey langsung tak berpeluh. Tapi boleh dimaafkan kawan saya ni sebab dia belum pernah ke Bandung. Bandung bukanlah sejuk as in chilly tapi cuacanya sangat nyaman tak panas, kerana bentuk muka buminya yang berbukit dan bergunung ganang tinggi 2,500kaki di atas aras laut.

Di sana sejuk bila balik Malaysia cuaca panas so it must be the change of weather kot yang my body tak boleh adapt. Macamlah lahir kat Alaska!
So there goes my introduction, thought of babbling about my health condition tapi dah intro terus pasal weather kat Bandung.

I'll skip the flying by AirAsia part coz AirAsia punya service memang teruk dan tak convenient. But hey, if that's the only thing you can afford to pay why complaint? So I won't go into the details lah.

We arrived at airport Bandara Husein Sastranegara at 7.30pm. It was already dark dah macam pukul 8 lebih. Bandung is 1 hour behind KL time, so I adjusted my watch to reflect local time. For first time travellers, Bandara Husein Sastranegara asalnya adalah airforce base milik tentera Indonesia. Bandung tidak memiliki airport nya sendiri. Maka tidak hairanlah kalau anda lihat banyak rumah-rumah lama bercat biru yang kelihatannya seperti rumah-rumah kuarters kerajaan zaman British seperti di Malaysia kerana ianya memang kuarters tentera udara!

Mengingatkan saya kepada pengkalan tentera udara di Subang, except ours does not cater for commercial flights. Bandara Husein Sastranegara memang kecil in term of size tetapi agak selesa berada di sana.



Where We Stayed


Heri, the local tour operator @ supir that we engaged was ready to take us to the hotel but we asked him to take us somewhere for dinner. He brought us to Restoran Simpang Raya, a nasi padang eatery. Owh I sooo loooveeee nasi padang. Sambal berlado is my favourite ;-). Once we had our fill, Heri drove us to the hotel.

I booked ourselves at Galeri Ciumbuleit Hotel & Apartment yang terletak in a bustling road, Jalan Ciumbuleit through Agoda.com. Kredit harus diberikan kepada Agoda kerana informasi dan user review yang sangat reliable. The hotel's interior dan servis in real life memang secantik dan sebagus yang digambarkan di laman agoda.com. We had a breeze check in and a breeze check out juga. Disebabkan bayaran dibuat terus kepada agoda maka semasa check out, kami cuma perlu pulangkan electronic key sahaja tanpa perlu menunggu pengesahan bil. Easy breezy ;-)



The hotel is a high rise building of 26 floors with our room located at the 17th floor. Masa pertama kali sampai saya rasa tak percaya di satu jalan yang sangat sibuk dan flocks by rumah-rumah dan kedai yang berderet wujudnya sebuah hotel. Tapi setidaknya lobby hotel tidaklah berhadapan dengan busy road seperti hotel royale di ikano power centre tu. Entrance gate dikawal rapi oleh 2 orang guard yang berdepan dengan busy road berjarak dalam 100m juga dengan lobby hotel.



Selepas seharian observe the city dari tingkat 17 saya realised memang Bandung sebuah kota yang padat. Padat penduduk dan bangunannya dibina bercantum dan berderet antara satu sama lain. Most of the buildings adalah bangunan-bangunan lama and were built di lereng-lereng bukit hingga ke lembah. Agak menggerunkan tapi itulah hakikatnya di Bandung.



I booked ourselves a executive suite room that housed 1 master bedroom and 1 single bed room. Lebih jimat daripada ambil 2 bilik berasingan or connecting room disebabkan my mum pun ikut sama this trip. I paid RM240/night (on exchange rate) for the executive suite which is cheap compared to any other 4 star hotel kat KL ni.

Please excuse the mess. Gambar ini diambil beberapa minit sebelum kami check out ;-)

The suite is spacious. Sangat selesa untuk kami yang menginap berlima - 3 dewasa dan 2 kanak-kanak yang hyperactive. The housekeeping keep the floors cleaned and made our bed everyday.



The only problem we faced pada masa check in malam pertama tu, our electronic key tak berfungsi. But we were lucky enough sebab ada maintenance worker lalu time tu, he immediately offered to help. However, disebabkan kami check in pun agak lewat jadi key card tak dapat nak digantikan waktu tu. Masuk bilik guna key card hotel jelah.

Saya harus puji kemesraan hotel workers. Mereka sangat courteous, very helpful, always smiling and always ready and willing to help. The front desk assistance without hesitation tinggalkan front desk untuk bukakan pintu pada hari kedua kami di sana sebab electronic key masih belum digantikan. Probably because we were away for the whole day. But he immediately get our electronic key replaced then and there.


Hotel menggunakan lambang daun pada logonya. Saya perasan kebanyakan hotel atau tempat termasuk restoran menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai logo perniagaan mereka. Malah kota Bandung adalah sebuah kota yang dikelilingi kehijauan! Motto pelestarian alam ada di mana-mana. Hijau - sejuk mata memandang, a good therapy for the eyes ;-)

Selalunya hotel akan tawarkan bilik with city view or garden view. Tapi kami dapat hill view or lebih tepat valley view? Ye, seperti kata saya tadi bangunan-bangunan di sini dibina di lereng-lereng bukit, sama ada bangunan memanjat bukit atau bangunan 'menurun' bukit. In our case, hotel ini terletak di cerun bukit yang berlembah.

This photo was taken dari terrace di belakang lobby hotel.

As you can see, bangunan bersebelahan dibina dicerun-cerun bukit dan dibawahnya ada semacam sebuah dumping ground (tidak jelas kelihatan dalam gambar).
Saya snap photo ni menghala ke sebelah kanan. Saya tak sanggup nak snap photo angle sebelah kiri. Nak tau kenapa dan apa yang ada di lembah tersebut?


Tanah perkuburan!

Yes. None of the reviews yang saya baca di agoda.com ever mentioned about kehadiran tanah perkuburan Islam yang menjadi view bagi the rooms yang facing 'hill/valley view'.

Jadi saya agak terkejut bila bangun pagi hari pertama tu duduk bersidai di depan sliding door balcony kecil yang terkunci kemas (sengaja dikunci oleh pihak hotel) sambil menikmati pemandangan hingga sayup ke bukit bukau gunung ganang tiba-tiba bila saya perhatikan di bawah lembah ternampak petak-petak kecil berbatu marmar pelbagai warna dari putih ke hijau dan maroon berselang seli dengan pohon buluh cina. It ends up a few metres dari basement parking hotel. Owhhh perasaan spooky sudah mari.
Rasa tak percaya dengan apa yang saya lihat, saya kongsi my discovery with my mum.
Rasa spoilt mood sikit but heyyy that's where semua orang goes to selepas ini kan? And banyak lagi tempat-tempat lain yang dibina di atas bekas tanah perkuburan. Yang ini cuma berjiran dengan tanah perkuburan - cuma. So my valley view sebenarnya adalah graveyard view ;-).

Agaknya ramai yang tak perasan kehadiran kubur tersebut sebab balkoninya memang dikunci, tingkap juga berkunci dan di tinted dengan corak daun. Saya pulak jenis yang suka memerhati dan membelek lama. As I said earlier, kota Bandung punya kepadatan bangunan yang tinggi disebabkan bentuk mukabuminya dan hotel memang banyak dibina di tengah-tengah bandar. Biasakan diri nak tidur 3 malam di sini, jangan nak takutkan diri heee.

Ada 2 blok apartment dalam kawasan hotel. The one facing the hotel macam abandon je while the one di sebelah kanan hotel are 50% occupied dengan kehadiran kereta-kereta tuan rumah.


The hotel offers 2 restaurants - Gracia Restaurans at far end of one wing offers local and international food while Golden Lotus offers chinese food at the other wing. Oh there's also an open terrace lounge called Gracia Lounge di mana mereka selalu mengadakan BBQ buffet on Saturday nights.


At Gracia restaurant where we had our complimentary breakfast.
Owh breakfast buffet mereka sangat meriah! Dan sedap bangat.
The hotel charged IDR90,000 = RM27 for buffet and half priced for children untuk berpuluh menu yang sedap.
Murah dan berbaloi sangat sebab itu saya rasa rugi nak skip breakfast.
Saya bukanlah jenis pemakan breakfast sangat, tapi saya kalah dengan hidangan-hidangan lazat di sini. Rugi kalau waktu bercuti pun masih berpantang makan.
Tambahan pula bila my vacation/holiday concept were all about discovering the culture/people, scenic/architectural and FOOD!
Cheap some more!


Cik Yaya had spaghetti marinara and keep on going back to the dessert counter for its pineapple and cherry jellies.



The nasi kuning served with kalio sapi sangat sedap.


Other facilities includes free entrance to the gym, wifi, tapi boleh juga guna their pc to access to internet, spa & massage (IDR135,000 kalau tak silap), small playground di depan hotel dan swimming pool at level 5.

Fahmi, Yaya and their 'teman baru' berjimba jimbi dalam kolam renang sampai kecut.
Waktu ini sudah pun jam 6 petang tapi gelap macam maghrib.
Err memang dah masuk waktu maghrib pun, by 7pm something sudah isyak.

Sepanjang di sana kami melakukan solat jamak - jamak takdim atau jamak takhir
Matahari terbit sangat awal. Azam subuh berkumandang sekitar jam 4.40 pagi
Jam 5.30 pagi cahaya matahari sudah mulai terbit, jadi bidai ditingkap sentiasa diturunkan supaya kami masih boleh tidur tanpa rasa bersalah.
Untuk first time travellers sekali lagi diingatkan supaya mengubah waktu di jam anda, diundurkan 1 jam ke belakang. Pastikan sebelum anda masuk tidur anda sudah undurkan jam kalau tidak akan berlakulah kejadian haru biru.

Ada orang yang tak suka pakai jam tangan dan jenis tak berapa kisah pasal masa telah tanpa meng 'consult' saya yang memang tak boleh hidup tanpa jam dengan rasa confident nya mengunci alarm di handphonenya ke pukul 4.40pagi untuk bangun solat subuh.
Dan pada malam yang malang bagi saya itu, kerana tidak dapat tidur lena akibat bunyi 'gegaran kecil' yang datang dari jiran sebelah bantal, baru saja nak terlelap ayam kedengaran bunyi nyaring alarm milik orang sebelah bantal yang dengan pantasnya meloncat bangun dari katil, buka pintu menuju ke bilik air.
Saya yang baru mahu terlelap ayam rasa sangat disturbed - pertama kerana 'gegaran kecil', kedua kerana bunyi alarm dan ketiga kerana bunyi air yang tidak mahu berhenti - terus saja bangkit dari katil menjenguk.
Hati sudah agak panas, kerana saya sudah boleh agak apa yang si dia buat. Tunggu si dia sedar sendiri tapi tak mungkin. Tu yang bangun juga selepas saya tak boleh ignore what's going on.

"Buat apa tu"

Si dia pandang saya dengan muka pelik "Ambil air sembahyang lah"

"Sembahyang apa?"

Nampak dahi dia berkerut, bengang dengan pertanyaan saya kot. "Sembahyang subuh lah"

"Dah, masuk tidur"

Dahinya makin berkerut.

"Sembahyang apa pukul 3.30pagi ni"

"3.30 apa pulak kan dah subuh ni." Dia melawan lagi

"Subuh menda, subuh pukul 4.40 lah yang abang set alarm tu tak adjust masa. Abang ikut waktu Malaysia bukan waktu sini"

"Bukan sayang cakap subuh 4.40 pagi ke, abang set lah 4.40pagi" Eh, dia melawan lagi.

"Saya cakap 4.40pagi waktu Bandung, Bandung lewat 1 jam. Saya punya jam saya dah adjust, lain kali ikutlah saya. Ni abang tak adjust terus je set alarm. Bla.. bla.. bla..."

Kannnnn.... haru.

Sabar jelah, itu bukan kali pertama dan terakhir. Pagi akhir kami di sana pun masih bertelagah pasal masa. Saya adjust waktu di jam tangan saya while masa di handphone saya biarkan ikut waktu Malaysia. Incik hubby asyik lah pergi refer kat masa di handphone, pukul 6.45 pagi dia kata 7.45 pagi sibuk duk hambat saya mandi cepat nanti tak sempat breakfast nak check out.

Adoi lah, pesanan saya ikutlah orang yang hidup around the clock kalau kita ni jenis yang tak kisah pasal masa. Jangan ikut kepala sendiri sebab dijamin silap!

Panjang lebar dan special entry lagi pasal hotel siap puji-pujian lagi, haruslah Galeri Ciumbuleit bagi saya free nights stay lepas ni. (*_^)

Monday, 16 April 2012

Live From Airport Bandara Hussein Sasteranegara

Ok I said I won't be able to blog live from Bandung kan?
well, I am blogging live from Bandung... right now :-D
dari airport lagi... kelas kau jahhh kat airport ada free internet and pc
tengah gigih menahan sakit jiwa sebab flight balik rescheduled ke pukul 2.55pm instead of 12:00 noon
banganggg!
haaa kannn kannn dah mencarut heee
airasia memang sucks lah... dia hantar email bagitau flight dr KL-BDO retime
no mention at all pasal return flight
bila sampai airport pagi ni jam 10 pagi tau-tau je return flight pun reschedule juga
langsung tak notify apa... memang tak beradab
ni pakai internet pun sebab nak check semula email kot lah saya yang salah tengok
tapi sah saya tak salah tengok... now checking airasia website
slow giler lah pulak
cisss kalau kutahu delay kulepak lama-lama kat hotel
boleh cuci rambut, kulit kepala dah gatal
dan bolehlah Fahmi main puas-puas dengan kawan barunya, Keyna
yes... he made new friend here with an Indonesian boy around his age
the boy stayed at the same hotel with his parents
we met yesterday late in the afternoon masa temankan anak-anak nak kemaruk nak swimming
he's such a nice boy, sangat peramah
dia tegur Fahmi dulu, Fahmi baru nak terjun kolam dia dah tanya sapa nama Fahmi
si Fahmi ni pulak termangu-mangu tak faham loghat indon
chehhhh buang karan selama ni dia layan kakak tengok citer indon Nada Cinta lah apa-apa lagi, sepatah haram dia tak faham rupanya
except for the word 'intip' = tengok/intai

now my left leg is aching... takde kerusi nak duduk sambil browsing
we walked a lot!
panjat gunung di tangkuban perahu dan tawaf jalan dago dari satu factory outlet ke outlet yang lain... aktiviti menabur zakat lah katakan
dah tau lutut kiri memang sedia sakit kan
trip yang banyak berjalan ni memang mencabar buat saya ha ha ha
giler, telan ubat hari-hari but it took just one trip up the tangkuban perahu
buat kaki kiri saya bengkak... sakit nak mati

ok i'd better off now... nak duduk sekejap
berdiri lama-lama menyakitkan
photos later lah ok... much much later
jetlag nanti faham-faham jelah
sini tak berapa cukup tidur
subuh awal... tidur lewat
after subuh takleh nak tidur dah ;-)

Friday, 13 April 2012

Last Entry...

... before we fly off to Bandung :-)

The kids are super excited about this trip
probably because it has been sooo looonggg since we last took them on an airplane trip
and because they looovveeee it so much staying in a hotel
Fahmi sukakan kesejukan aircon di bilik hotel, mandi kolam kat hotel
dan having buffet breakfast kat hotel
entah apa-apa mamat tu
malam tadi he stayed up late to finish his homework
surprisingly dia boleh tahan mengantuk, kalau hari lain pukul 9 malam dah layu
mesti dah merengek tak larat siapkan homework nak tidur
but he was in extremely good spirit last night
boleh menyanyi-nyanyi lagi, bukan nyanyi lah sebab dia tak pandai hafal lirik lagu macam adik dia - more like humming gitu
sempat lagi ke dapur teman saya makan vitamin sambil dia buat lawak entah apa-apa
asyik gelak je... lawak betul budak tu
adik dia dah lama dozed off atas sofa

I made them go to school this morning, our flight petang nanti so sempat ke sekolah
I don't want them to miss school banyak sangat, Monday terpaksa skip school 1 hari
i've prepared surat kepada cikgu tapi malangnya pagi tadi terlupa pesan kat mereka yang surat tu saya letak dalam poket beg sekolah
hope they found the letter and pass them to their teachers... harap-haraplah
tapi cikgu Yaya dah tau dah pun... cikgu Fahmi je belum
is it really necessary to write to the school?
saya tak pasti lah tapi saya cuba mengamalkan kaedah berkomunikasi yang betul, at least have courtesy sikit kan

Our travel bag dah siap, we tried to travel light and bring extra bag untuk sumbat hasil tangkapan shopping nanti he he he
duit rupiah sudah ditukar masa cuti pertabalan agong tempohari
kami tak bawa banyak tapi malam tadi hubby's friend dah buat mimik muka bila dengar kami tukar sikit je... owh saya tak tau 5juta rupiah tu tak cukup ke buat shopping dan makan bagai?
hahahaha... maaf lah saya agak naive bab shopping ni sebab bukan kaki shopping sangat masa melancong
saya jenis yang melancong sebab nak menikmati keindahan bumi ciptaan Tuhan saja
seriusss ni!!!
wa ha ha ha uwekkk... pergi tempat yang terkenal dengan shopping boleh caya ke?
adoiii... ini adalah satu ujian untuk melihat adakah saya kaki shopping juga

So that's all for now.
I won't be able to blog live from Bandung, as hubby's lappy will be left behind - sengaja
We won't have enough time between shopping and sight seeing to go on internet ;-)
So why bother to carry the lappy thousand miles away? ;-)
See you when we reached homeland.

Sebelum itu, tataplah gambar cik Yaya yang punya hobi melukis sambil tidur


seingat saya ini adalah gambar melukis sambil tidur Yaya yang ke 3 dalam koleksi saya
memang habit lah budak ni



Okay... i'd better log off now
got to check few things before I fetch the kids from school and leave to the airport
daaaa...

Tuesday, 10 April 2012

Most Clumsy Day


Hari ini memang hari cemerkap (clumsy) saya. Dari 8.30 pagi sampis ofis terus start kerja non-stop hingga ke waktu lunch pun ngap bekal yogurt sambil mengadap pc.
Kerja - meeting - kerja - meeting.
Tak termasuk interruption in between kerja dan meeting itu sampai macam-macam silly things happened.
Seperti...

1. I lost my pen.
Owh macam lah hal besar sangat kan? Tapi untuk orang yang tak biasa replaced barang peribadi memang big thing sangatlah hilang pen ni.
Tak tau kat mana hilangnya. Cari kat tempat terakhir saya singgah sebelum balik ke bilik pun tak jumpa.
Bila nak sign cheque baru perasan pen tak ada. Ughh!! Sadakallahhal'azim jelah.

2. Sibuk siapkan report mr chairman mintak, anak buah pun time tulah dia sibuk nak update progress kerja. Kononnya nak multi taskinglah - sambil buat report sambil dengar update dia. In between tu teringat nak ambil sesuatu dari beg, lebih baik ambil sekarang sebelum terlupa.
Lepas ambil saya tutup pintu gelongsor kabinet tepi, eh tertolak kuat lah pulak. Bila saya nak buka balik dah tak boleh, terkunci sendiri.
Lubang kunci pulak memang sedia rosak, aduh nak kujolok tang mana? Terpaksalah kuak sikit pintu sebelah dia, kuak punya kuak patah terus engsel!
Owh great! Now dua-dua belah pintu kabinet rosak terus!

3. Received a text message daripada seseorang yang berkongsi mimpi sedihnya malam tadi. Terus rasa nak menangis sama-sama tapi tak boleh sebab terlalu sibuk, terbantut modd sedih.
Tak sempat nak feeling-feeling, balas balik sms panjang lebar tried to console her tapi sms pun macam takde feel gitu. Harap-harap si penerima faham apa yang saya cuba sampaikan.
Tapi kenapa ye kami selalu mimpikan orang yang sama?
Kenapa? Aduhhhh intigue betullah.

4. It wasn't until 3.30pm in the afternoon baru saya recall sebab musabab tidur saya tak lena malam tadi. Macam asyik terjaga dan otak masih aktif berfikir walau dalam tidur. Bila belek kotak mesej handphone baru saya nampak semula mesej panjang lebar yang masuk jam 11.20 malam tadi.
Urghh!! Inilah culpritnya yang menyebabkan saya tak lena tidur dan mengantuk sepanjang hari!

So there goes, my most clumsy and kacau bilau day! Phewww... esok cuti and hubby sampai tengah malam ni. Yeayyyy!!!!

Kids Artwork - Crismas

Salji besar bola tennis macam ni boleh benjol kepala orang ye tak? ;-)




Painter: Yaya
Title : Crismas (ejaan versi Yaya)
Dated : 20 July 2011

Monday, 9 April 2012

Rindu Dia

Rindu dia, yang baju hitam tu

Suka gambar ni sebab kedua-duanya nampak rileks je macam anak-beranak pulak. Daim Haikal pun rileks je nampak selesa kat rumah kami, siap bersilang kaki lagi, itu tandanya sudah off into another world hahaha kids and games! Daim ni memang jenis selamba, dia pun ringan mulut tak segan-segan, tu yang suka melayan dia. Setengah budak dia tak selesa being around adults kan.

Semalam susah nak tidur... kalau si baju hitam ada mudah sikit nak lena
dia pergi outstation semalam, will be back in 2 days
kalau si dia takde saya jadi bisu!
dah lah memang jenis berat mulut sikit kalau tak jumpa regu memang susah nak dengar suara saya
kat rumah pun bercakap cuma dengan dia saja, dengan anak-anak sikit-sikit masa dinner bersama
bosannnnn takde kawan nak bergaduh mulut
kepala pulak banyak fikir hal-hal yang takde kena mengena dengan diri sendiri sebenarnya
terus susah nak tidur, tak bestnya!
entah apa pesen manusia, suka fikir masalah orang hahaha
bukan apa, saya jenis caring gitu, uwekkk ;-P

tunggu si dia baliklah baru saya tamatkan mogok bisu