Wednesday, 16 May 2012

Pie Yang Tak Boleh Dimakan

... CUTIE PIE







Muka masammmm ...saya tetap suka. My cutie pie @ my nephew.

Saya suka peluk dan gomol babies tapi bukanlah sebarang babies asal jumpa babies je semua nak gomol cium bagai. Agak-agak lah kan.
Suka babies yang botak, takde rambut sangat, bulat tembam.
Dalam ramai-ramai anak saudara bukan semua saya gomol.
Mestilah yang ada chemistry dengan saya je... yang kalau kita jumpa saya tengok dia, dia tengok saya dan dia senyum. Itu tanda penerimaan dia.


Gelak lah kalau ada yang dia berkenan. Topi tu is a hands down daripada my first niece kepada anak saya Fahmi dan sekarang kepada Syahmi.
Persamaan ketiga-tiga budak ini? Semua dijaga atau pernah dijaga oleh my mum... pasal tu pakat merasa pakai topi yang sama


Masam lagi... suka kemam mulut macam orang tua takde gigi... ehhh memang takde gigi pun! Kikikiki
He's my Syahmi... manisnya dia dinamakan dengan nama yang pernah saya shortlist untuk Fahmi dulu. Bulat macam Fahmi juga tapi Fahmi lebih juara bab bulat ni hehehehe


Yang ni bukan cutie pie. Dia ni dayang pengasuh Syahmi. Pantang kalau jumpa Syahmi mulalah nak diangkat dikendung etc... Syahmi tukar pampers lepas doo doo pun dia nak tenguk... aisyyy melampau!

Monday, 14 May 2012

Apple Pie : The Return of Olympus u1010

Yeayyyyy... my olympus u1010 dah sihat
barulah dapat balik my photography mojo
snap pictures puas-puas, kira balas dendam sebulan tak dapat snap pics
bosan ambil gambar pakai handphone, blurry semacam
kalau iphone takpelah juga, tapi ni pakai handphone cikai

sempena mendapat balik camera, saya pun merajinkan diri baking
dan-dan tu jugak beli epal granny smith 3 biji
pagi semalam buat adunan pastry, simpan dalam fridge sementara kami sefamily keluar attend kenduri kahwin my second cousin di port klang
balik kenduri terus masuk dapur dan sambung bake


Aduiii mak, lepas geram punya pasal setting untuk apple pie berposing pun dah ala-ala pro you! Geram tengok gambar ambil sendiri... ferasan!!! Maafkanlah tuan rumah ye




Sambil merasmikan baking tin pie yang baru... eh dah lama beli tapi baru pakai (*_*)




Menggodek-godek edit gambar guna pixlr ... selepas picknik.com menamatkan servisnya




Apple pie versi malas masak filling. Just coat the sliced apples dengan sugar, cinnamon powder, nutmeg powder dan lemon juice. Let them macerate for few hours then drained. Collect the juices pastu buat reduction process. Susun the apples, curah reduced juices dan bake.




Hmm... dah layak beli dslr ke belum? He he he
Hadiah birthday pleaseeeeee.... te he he he

Friday, 11 May 2012

MIANG-MIANG KELADI, DIBASUH DIMAKAN JUA

Takdelah miang pun ubi keladi
bila dah jadi kuih sedap juga kan?

Talam keladi ikut resipi Chef Asma yang saya ambil dari blog CT Delima. Kalau masuk blog CT Delima memang teruja habislah dengan gambar-gambar yang mantap. Kira memang foodblogger lah. Tengok gambar talam keladi kat blog dia cun seyh tu yang confident nak cuba.


Resipi Chef Asma memang besttt!!! Cuma talam saya agak lembik sedikit. Silap sendiri. Saya kacau tak cukup lama atas dapur. Baru berwap sikit saya dah tuang ke dalam loyang dan kukus. Patut ambil masa kacau lama sikit.

Next time mesti nak buat lagi, sedap. Tapi kena tambah sukatan gula sedikit. Agak tawar pada lidah saya ;-). Saya kan pemanis dan manis orangnya (*_^)

Wednesday, 9 May 2012

Tertidur

Ni tak habis lagi cerita pasal Yaya.

Semalam saya berborak dengan anak-anak after having dinner. Minggu ni mereka sit for their 1/2 year exam so I was asking them how's the exam goes?

Me : Boleh jawab tak periksa tadi?
Yaya : Boleh
Me : Susah tak? Jawab semua ke?
Yaya : Senang je, adik boleh jawab semua
Me : Iyeeee? Kertas apa tadi? BI dengan Maths kan?
Yaya : Ha'ah. Tapi kan adik tertidur
Me : Haaaa? Tadi adik cakap jawab semua kalau adik tertidur adik tak jawablah?
(adehhh risau mak)
Yaya : Takkk... masa tu kan adik dah habis jawab dah, ada masa lagi adik ngantuk adik pun tidurlah
Me : Ooohhhh dah lepas habis jawab ok lah
Yaya : Tapi kan mama, kawan adik Melinda dia tak habis jawab pun dia tertidur. Ada 2 kertas dia tak jawab, dia tertidur. Cikgu Yatim terus kutip kertas dia.
Me : Laaa kesiannya dia. Kenapa cikgu tak kejut dia? Cikgu tak nampak ke dia tidur?
Yaya : Masa tu kan cikgu Yatim tengah duduk. Dia tak nampak
Me : Owhhh mama tau kenapa cikgu Yatim tak nampak Melinda tidur
Yaya : Kenapa?
Me : Mesti cikgu Yatim pun tertidur!!!

Wakakakakaka saya gelak. Maid saya pun ikut gelak. Yaya bengang.
Kesian Melinda, entah kenapa penat sangat sampai mengantuk waktu exam. Tapi kan, tak munasabah sungguh lah cikgu boleh tak perasan anak murid tertidur atau tidur dalam kelas.

Tuesday, 8 May 2012

Easy

Masuk ofis lambat 1/2 hour pagi ni. I went to fetch my officemate kat rumah dia because kereta dia rosak. Owh pity him. Masa saya takde kereta tempohari kerapkali dia tumpangkan saya. Now it's time to return his good deeds. I feel guilty actually, rasa macam my bad luck dah jangkit kat dia pulak :-(. Kena mandi bunga teheheee... choiii!

Sampai ofis perut rasa kosong. Baru teringat saya belum breakfast and last night had a very light meal, hanya homemade mushroom soup dan garlic bread. Banyak ambil karbohidrat semalam pasal tu pagi ni perut terasa kosong sangat. So I just grabbed sebiji pisang lemak manis yang comel. Ngapp... and that's it. Untuk seorang yang dicap sebagai cerewet makan surprisingly I'm very easy. Ye, saya memilih makan, of course kena choosy. Tak suka makan heavy in the morning sebab saya tak suka perut yang penuh. Just because saya tak gemar makan tipikal Malaysian breakfast meal does that makes me a fussy eater?

Dan saya pun tak boleh nak marah cik Yaya ni sangat sebab dia pun jenis yang memilih makan juga. She too tak suka tipikal Malaysian breakfast, in fact dia punya pilihan makanan sangat tidak tipikal Malay food. Sebijik sebijon lah macam saya. Kalau nak ikutkan makanan dia mudah sebenarnya. Dapat nasi dan ayam goreng, atau lasagna atau spaghetti bolognese she's happy. Tekak dia mudah sebenarnya. Tapi kita nak juga dia makan sayur dan benda-benda lain. Tu yang kadang kita rasa dia ni fussy eater - cerewet! Dia dicap cerewet sebab dia tak nak makan ikut kehendak kita.


Tapi ada 1 bab ni dengan Yaya yang mudah sangat.













Bab TIDUR!







Dia kalau dah mengantuk bila-bila masa dan di mana jua akan terus tergolek dog. Atas kerusi kat kedai makan dah berapa kali dah.

Yang ini mula-mula saya dengar dia duk mengaji surah Al-Adiyat dalam juzuk amma dia tu. Mengajilah sambil baca kisah yang berkaitan surah Al-Adiyat tu. Saya duk pasang telinga sambil buat kerja saya kat pc. Tau jelah suara halus nyaring dia tu kan potpetpotpetpopet... bla bla bla bla bla... tiba-tiba senyap. Hening je bilik tu. Bila toleh tengok dah terlentang. Hmm macam tulah dia, senang je nak tidur. One minute dengar dia babbling kadang menyanyi bagai nak rak, kadang duk menceceh apa-apa entah tiba-tiba pap! tergolek. Dia takde momentum menurun... dia switch off terus. Tergelak saya sorang-sorang.

Monday, 7 May 2012

Cooks and Bakes of The Week

Bakes memang bakes lah tapi bake cakes tempahan orang. Minggu lepas ada 2 biji setelah a couple of months tak pegang spatula. Memula rasa macam cuak, eh reti lagi ke nak melepa buttercream semua ni. Sure terkial-kial. Dalam hati agak-agak mau berzaman nak menyiapkan kek kali ni. Ada satu kek angry bird's face tu, saya mula melapisi kek dan melepa krim agak lewat juga, sudah jam 9.30pm baru terhegeh-hegeh masuk dapur. Hampir jam 12pm siap semua - accident free lagi. Alhamdulillah. Not bad lah, takde tension ke apa.

Minggu sebelumnya tu sempatlah bakes sejenis kek ni untuk makan sendiri. Asyik bakes untuk orang je kan. Tapi kalau bakes untuk masuk perut sendiri pilih kek yang mudah-mudah jelah.

Kek Kelasi mabuk. Hamboiii nama tak hagak-hagak. Jangan risau kek ini tidak mengandungi alkohol, tak mabuk pun makan dia kikikiki. Tapi gambar tak lawa blur je macam orang mabuk juga. Terpaksa dik non, masih bergantung pada hp camera hubby

Resipi courtesy AlongRoz. Dia dah ubah sukatan kepada gram jadi senang sikit. Kek sarawak biasanya sukatan guna gelas, kerap timbulkan kekeliruan dan silap sukatan. Bahagian lapisan hijau tu macam adunan kek lumut while the middle white ones are made of egg whites dengan perahan jus limau kasturi.

Sedap juga cuma kurang manis. Haruslah ditambah gula next time he he he. Kek kalau tak manis bukanlah kek namanya!

Dah lama tak tayang gambar masakan sebab saya malas masak sekarang. Semalam buat pulut kuning dan rendang daging je.



Rendang pedas sedikit, nampak pun merah kan. Fahmi merungut kata pedas tapi yang peliknya Yaya makan selamba je!

Thursday, 3 May 2012

Hungry Bears Tale

With the hyundai matrix taken away for repair, 4 hungry bears walked to a nearby restaurant on Sunday night.
Saya pujuk anak-anak, tell them it's fun that we walk to get our food coz by the time we reached the restaurant everbody would be so hungry and thirsty that no food or drinks would be left untouched. Semuanya akan habis dimakan, takde pembaziran.
Fahmi dan Yaya muncung.
Tapi mereka diam je, still keeping them in good spirit.
It was a quite night. Memang takde orang berjalan kaki di sini. I and kakak both wore dark coloured blouses, except the kids lah in pink and white. I was quite sure that we would not bumped into somebody that we know or know us.
Half way through we bumped into the hyundai matrix owner! who was driving his mini cooper. Aiyarkk!
Saya pura-pura sibuk ber sms. Harap sangat dia tak perasan kami berempat. Tak mau lah nanti dia feel guilty angkara matrix nya yang rosak kami terpaksa berjalan ke kedai mencari makan. Tapi saya rasa dia perasan sebab ada cahaya dari lamp post di situ.
Pathetic!

Lucky the restaurant's arconditioned dah pulih. Sejuk sikit hilang peluh-peluh kecil. Cuaca panas sekarang sampai ke malam masih hangat.
Walaupun Fahmi meragam sejak sampai kedai makan but dia berubah ceria sedikit. Saya beri dia an ultimatum. He has to improve his disposition in 5 minutes otherwise ... Saya terpaksa. For his own good. Saya tak suka anak-anak berlama-lama sangat merajuk melayan kerenah, tarik muka 14. Kalau dipujuk dengan baik pun tak berubah saya terpaksa pakai strategi kata 2. Kena jolt dia sikit. Maaf lah, dapat mama macam saya memang adakalanya kurang belas kasihan.
Bila Fahmi dah ok (he had to forced himself to act OK) Yaya pulak meragam. Dia penat. Sakit perut dan kaki katanya. Saya faham sangatlah. Dia manja terlebih. Kalau pergi jogging dengan dia pun macam tulah. Padahal dia kayuh basikal, nanti basikal tu terpaksa ditolak hubby sebab Yaya kata penat, sakit kaki lah bla bla bla.
Nak pujuk dia supaya tak feel sorry sangat with herself yang terpaksa jalan kaki saya ajak mereka dengar saya bercerita.

I told her kalau nak diikutkan jarak antara rumah dengan kedai makan ni takdelah jauh sangat dibandingkan dengan pengalaman saya adik beradik dulu.
Kami dulu lagilah miskin takde kereta, duduk kuarters kerajaan. But that didn't stop us from enjoying life in our own way. Sebulan sekali atau 2 bulan sekali bila abah dapat gaji kami dibawa makan diluar.
Bukanlah restoran fancy. Nak tau makan di mana?


Pasar malam.


Ye, makan kat pasar malam di bandar Seremban. Masa tu saya rasa pasar malam seremban adalah tempat paling happening yang pernah saya pergi. Bila dengar abah nak belanja makan ke pasar malam kami 4 beradik memang look forward sangat-sangat. Sebab dapat makan hidangan paling sedap di dunia.


Roti Canai Abang.Gambar hiasan semata-mata, tak serupa pun dengan roti canai abang


Roti canai dia paling lembut, walau dah sejuk kekal lembut. Lemak manis rasanya dan berlapis-lapis hasil tebaran yang sempurna. Dah makan banyak roti canai, tak jumpa lagi yang sehebat dia. Kuah dhall dia pun sedap sangat. Tidak watery like kebanyakan dalca. Pekat, dia suka letak cebisan lemak-lemak kambing. Tu yang buat sedap ;-)!
Tukang buat roti canai muda lagi orangnya, keturunan mamak sudah semestinya. Abah kata anak-anak dia semua jatuh cinta dengan air tangan tukang buat roti canai tu sampai roti canai lain kami reject. Terlalu kerap beli roti canai dari dia sampai dia pun dah kenal kami adik beradik sejak kecil sampai besar. Sebab itu abah gelar Roti Canai Abang. Abang = si pembuat roti canai tu lah. Abah kata kami ni boleh jadi adik beradik Abang sebab ngam sangat dengan air tangan Abang.

Selalu kami mula berjalan ke pasar malam pada lewat petang. Pukul 6 petang barangkali - zaman tu tak peduli pun nak tengok jam. Selalunya dekat 2 jam juga kami kat sana. Adakalanya Ma ambil masa untuk gunting rambut sambil Abah bawa kami membeli belah dulu. Lepas beli barang barulah makan. Lepas makan kadang round lagi. By the time we left pasar malam sudah pun malam. Maka berjalanlah kami 6 beranak dengan perut yang kenyang dan masing-masing menjinjing beg plastik kiri kanan - hasil rembatan kebiasaannya buah epal, oren dan pear, biskut dan makanan lain yang boleh dihadap setelah sampai rumah, kitchen utensils my mum, kasut ke selipar dan barang mainan buat upah setelah penat berjalan kaki.

Pasar malam di tengah bandar. Jadi banyak juga nak kena melintas jalanraya. Memang sibuk. Pernah sekali dalam gelap dan kesibukan melintas jalan tu kaki adik saya dilenyek tayar kereta. Adoiii!!! Bukan kena kesian kena marah lagi adalah sebab degil tak mau dipimpin. 5km mungkin dekat bagi orang dewasa, tapi kami kanak-kanak lelah. Jalan gelap gelita, dari hadapan lampu kereta tak henti-henti menyuluh kami buat tak pandang sebab silau dan takut sebenarnya. Selalu berjalan 1 -1, tak bersaing sebab jalan pun sempit - bahaya. Sampai di kuarters kena memanjat pula naik tangga sampai ke tingkat 5 - paling atas. Penat dowh! Tapi ajaibnya sebaik masuk rumah semua akan bongkar beg plastik sambung ngappp! We can still enjoy life... without a car.

So children, it is not necessary for you to own something to be able to enjoy a life
you don't need a medium to enjoy your life
you can still enjoy your life as it is
it is how you look at things, at life


Kami dulu makan di Pasar Malam = Adik & Abang di restoran puncak station

Kami makan roti canai abang sedap di dunia = adik & abang makan spaghetti carbonara & pizza

Kami jalan kaki 5km kena panjat tangga rumah 5 tingkat = adik & abang jalan kaki 250m je

Kami bertahun-tahun travel on foot ke mana saja = Untung adik & abang this situation is only temporary, insyaAllah

So children don' t feel sorry of yourselves. Bila kita dalam kesusahan think of others. Trust me, we are much better off.



P/S: Apa yang saya tulis itulah yang saya sempat cerita kat anak-anak sambil berjalan malam tadi. But of course gaya penceritaan saya lebih mudah and more animated. Saya sebenarnya banyak bercerita kisah masa lampau pada anak-anak. Biar mereka tahu, mama mereka wasn't born with a silver spoon.