Monday, 23 September 2013

Cherry Tarte Genoise




Cherry Tarte Genoise = Tart Span Buah Ceri???


Whatever. 
Resipi asal dari buku Tart & Pie oleh chef tersohor, Chef Wan terbitan Marshall & Cavendish, Singapura.
Ada banyak resipi tart atau sweet pie di dalamnya, majority menggunakan buah-buahan segar barat. 
Saya baru mencuba resipi yang satu ini. Itupun saya cuba memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan tarte genoise ini. Kerana tiada penerangan diberikan untuk setiap variasi tart, hanya resipi semata-mata. Barangkali berpadananlah dengan harga buku bersaiz nota, RM9.90 ini.
Ia adalah kompilasi resipi semata-mata. Yang terbaik tentunya daripada chef tersohor. 





Saya buat sedikit research tentang tarte genoise. Tetapi tidak mendapat maklumat yang memuaskan. 
Tarte genoise adalah gabungan bahasa Perancis, tarte. Dan bahasa German, genoise = dari sudut masakan ia merujuk kepada sejenis kek span. Munasabah juga telahan saya (jika silap harap diperbetulkan), kerana tekstur filing tart ini lembut serta gebu seperti kek span hasil daripada proses memukul putih telur secara berasingan daripada kuningnya sehingga teksturnya seperti meringue. 
Cuma bezanya kek span ini kaya dengan 'nutty flavour' hasil penggunaan serbuk badam sebagai ganti kepada tepung gandum.


Lega sedikit kerana resipi ini calls for dark pitted cherries in can. Kalau tidak letih juga nak membayar harga buah ceri segar dari ladang Australia (lagipun ceri segar tengah off season sekarang). Tart ini tak begitu manis. Sesuai untuk tekak Melayu asli. (*_*).


I'll update recipe later. 


Thursday, 12 September 2013

Grounding... dan Hasilnya


Ada orang kena grounded selama 1 minggu. Uihhh lama tu. Sebab dia break rules dalam rumah ini. Siapa suruh dia break rules. Kan dah kena tahanan rumah. Bukan tak tau Mama dia ni ala komando ... hahahaha *evil laugh*


Saya bukan suka-suka nak grounded anak-anak. Selalunya saya beri arahan tahanan rumah bila aktiviti mereka di luar rumah tu beri kesan buruk. Contoh, kalau mereka main bolasepak sampai kemek kereta jiran atau pecah cermin rumah jiran. Tapi Alhamdulillah setakat ini belum berlaku lagi kecederaan pada harta benda orang sebab mereka dipantau dari tingkap bilik saya. 


Cuma kali ini Fahmi kena grounded sebab dia langgar peraturan tak boleh keluar bermain pada setiap petang Jumaat. Saya tetapkan aturan sebegini sebab Jumaat sebelah malam dia dan adiknya ada latihan taekwondo. Saya nak elakkan mereka lambat bersiap ke kelas atau jadi terlalu letih akibat bermain petang. Standing instruction ni semua dah faham dan terima. Tapi biasalah ada yang tak tahan godaan nak bermain dengan kawan-kawan. Mama dia pulak time tu tengah sibuk siapkan kek tempahan orang. Saya kalau dah concerntrate buat kerja orang cakap apa pun saya umpama dengar tak dengar je. Mula-mula dia cakap tak dapat main kat luar dia nak ajak kawan main dalam pagar. Tapi end up dia main kat luar pagar jugak. Mula-mula cakap jam 6.30 petang dah masuk rumah, makan dan mandi serta siap-siap untuk solat Maghrib serta bersiap ke kelas. Tapi sampai jam 6.45 petang tak nampak batang hidung. Rupa-rupanya dia kayuh basikal kawan sampai ke taman di hujung lorong. Lepas tu, mainan yang dia baru beli pun hilang sebahagian aksesorinya sebab dia lantakkan kat luar pagar. Emmm... apalagi dapatlah 'tazkirah' sebelum Maghrib atas sejadah. Bercucuranlah air mata boleh tadah buat hantaran meminang puteri gunung ledang.


Penghujung 'tazkirah' itu ada sesi menjatuhkan hukuman... dengan persetujuan si pesalah. Eh maunya dia tak setuju. Bernanah telinga sambung 'tazkirah' nanti kikikiki. 'Tazkirah' saya bukanlah jenis one-way traffic. Saya lontarkan soalan dan suruh dia fikir serta jawab. Saya mau dia faham apa kesan dia break rules petang itu. Saya juga pastikan dia faham hukuman yang diberikan bukan untuk menganiaya, tetapi sebagai pengajaran untuk masa depan. Bila dia faham maka lebih mudah untuk dia terima dengan hati terbuka.


Alhamdulillah, dia patuh jalani hukuman grounded. Memang tak keluar rumah langsung. Dan takde lah merungut pun. Kadang saya yang rasa kesian. Ada satu hari tu kawan dia datang ajak keluar main. Fahmi dari tingkap rumah cuma jerit bagitau dia tak boleh keluar rumah. Alahai kesian lah pulak. Tapi mr hubby pesan, kalau nak buat biar betul-betul, jangan kita kalah dengan hati sebab nanti anak-anak tau kelemahan kita. So kena keraskan hati untuk kebaikan dia. Kemudian saya perasan dah banyak hari kawan-kawan dia tak datang ajak bermain. Semalam saya tanya dia kawan-kawan dia tau ke dia kena grounded. Dia kata tahu. Bila saya tanya, diaorang tahu ke grounded sebab apa. Tapi kawan-kawannya tak tanya lanjut. At least he has been spared from embarassament. Tentu malu kalau cakap kena grounded sebab mak marah langgar peraturan kan? Saya tak taulah mereka faham atau tak erti grounded. Mungkin kami saja yang pakai sistem grounding ni kot. Wallahu'alam. 


Seminggu Fahmi kena grounded ingat Mama dia senang hati ke? Saya yang gelisah tak boleh duduk diam sebab tengok dia gelisah sepanjang masa. Maunya tak gelisah kalau dah biasa tiap petang keluar bermain. Sekali dua dia kata bosan. Dia tak merungut kena grounded tapi dia bosan tak tau nak buat apa. Tambahan pulak minggu ni anak-anak saya diberi cuti oleh sekolah sebab kelas banyak digunakan untuk peperiksaan UPSR. Lagilah fenin mamat tu mati kutu tak tau nak buat apa. Jadi saya carikan dia aktiviti dalam rumah untuk kill the time and make his grounded period bearable. Cukuplah dah kena grounding dia boleh terima, saya tak mau seksa jiwa raga dia sampai terbit pula rasa marah kat mak pak dia. 


Jadi selama dia kena grounded, inilah aktiviti dia.....






Mewarna. 
Yang ini hasil kerja Fahmi. Tempohari saya bantu dia siapkan 1 untuk pertandingan mewarna gambar hari merdeka. Dia dah hantar. Fahmi memang tak mahir melukis apatah lagi bermain dengan warna. Saya perhatikan kalau dapat homework mewarna dia mesti stress. Dia takut-takut nak main dengan warna. Kalau mewarna tu punyalah tipis antara nampak dengan tidak. Saya pulak yang geram. Hahahaha... Sebab saya suka mewarna dan melukis. Bila saya bantu beri dia idea cara mewarna dengan lebih berkesan dan menarik, saya lihat dia seronok dengan hasilnya. Dia yang minta nak buat lagi, jadi saya cari gambar-gambar kat internet, print dan bagi dia berlatih warna dengan teknik yang saya ajar.
Setakat mewarna dengan pensil warna tak susah mana. Ajar dia buat beberapa tona warna. Ajar dia guna warna-warna terang. Dan paling penting saya habaq kat dia, there is no right wrong in arts.
Dia kata penat, tapi dia happy dengan hasilnya.






Yang ini hasil kerja mewarna cik Yaya. Tapi belum siap. Dia yang memang sedia minat melukis dan mewarna lagilah teruja nak ikut sama aktiviti yang asalnya saya buat untuk Fahmi. Tapi cik Yaya ni manja terlebih, buat sikit mengadu penat lepas tu suruh Mama dia tolong sambung. Haisyyyy... Mama dia pulak tengah naik syeikh mewarna, almaklum dah lama tak pegang pensil warna. Sekali dapat tak mau lepas hahahaha. Sudahnya tangan dan bahu kiri saya dah lenguh dan sengal-sengal. Ambik ko! Suka sangat kan?


So, hasil grounding? Sengal tangan mak dik non!!!



Nota: 
Grounding is a form of punishment given to children for their bad behaviour or poor performance in school (for full definition, please refer to cik Wikipedia). In my house, we extend it to cover situation where the children break certain rules. Dan seperti lazimnya, a grounded person is not allowed to go out for a certain period of time. 

Wednesday, 11 September 2013

Nasi Kelantan... Gulai Terengganu


Bukan tajuk novel terbaru di pasaran ye - maaf saya tak rajin buat review novel, sebab kalau saya review confirm panjang mukasuratnya hampir separuh novel tersebut! Kihkihkih...
Apa kes saya samakan tajuk entry macam tajuk novel? 
Maklumlah zaman sekarang tajuk novel semua ringkas. Kadang sekali imbas baca macam tajuk komik alih bahasa Korea - komik sains kitar hidup kesukaan anak-anak pun ada. 
Tajuk entry merujuk kepada menu nasi dagang yang saya buat untuk berbuka puasa Khamis lepas.
Memang dah selalu sangat buat nasi dagang. Tapi kali ini rasa diseru-seru pula nak cuba masak nasi dagang style Kelantan. Guna beras merah tu. Tapi gulai ikan aye nya tetap jua mengekalkan gaya masakan Terengganu. Maka terbitlah tajuk entry di atas (*_^)





Saya beli beras nasi dagang dalam kampit jenama Faiza. Silapnya saya rendam tak cukup lama, cuma 3 jam saja sebab itu beras saya memakan masa mengukus yang paling lama dalam sejarah buat nasi dagang. 1 1/2 jam mengukus baru masak. Itupun ada butiran beras yang bega (degil dalam dialek Nogori) tak masak-masak sampai ke sudah. 


Nasi dagang standard lah makan dengan gulai ikan aye. Kalau makan dengan gulai ayam tu tersangatttt lah tak original. Saya celik mata je kenal nasi dagang dengan gulai ikan aye. Tetiba bila dah besar jumpa orang makan nasi dagang dengan gulai ayam. Saya rasa "tok leh gi" sesangat. Sebab gulai ikan aye ni berbeza daripada kari atau gulai ikan lain. Rasa dia complement rasa nasi dagang berherba tu. Rasa gulai/kari ayam tak jive sesangat dengan aroma nasi dagang. 







Selain gulai ikan aye, makan nasi dagang mesti ada acar timun (kalau nasi dagang Kelantan ada tambahan  serunding kelapa). 
Kalau buat acar timun ni mesti lebihkan portion sebab Fahmi suka makan acar. Kalau buat sikit-sikit alamat orang belakang dapat biji lada jelah. Dia bantai makan acar macam omputih makan salad gitu!


Sedap juga makan nasi dagang beras merah ni rupanya. Sekali rasa macam makan bubur pulut hitam gitu, sebab berasnya 'berkulit'.  Nasi dagang saya overcooked, sebab nak bagi beras 'bega' masak. Overcooked punya pasal ada yang terlembik sedikit. Saya makan begitu saja tak payah lauk pun sedap. Janji hirisan bawang merah, halia dan halba tu mesti cukup mewah, baru terbangkit aroma dan rasa.
Ada baki banyak lagi beras nasi dagang merah ni. Inshaa Allah next time boleh buat lagi. Tapi next time tu kena ingat-ingat sendiri lah ye, sila rendam beras 5-6jam untuk menjamin beras masak sekata he he he.

Saturday, 7 September 2013

Detik Ini, Setiap Tahun...


Dulu, selama beberapa tahun sehingga tahun lepas... tarikh ini sangat signifikan buat saya dan mr soulmate.
Tapi kini, tarikh dan detik ini berubah menjadi sangat signifikan kepada cik Yaya pula.
Tarikh dan detik ini sudah mula menjadi omelan malah rungutan cik Yaya sejak 2 minggu lepas lagi.
Kalau selalu saya dan mr soulmate saja yang will have a private conversation tentang tarikh ini.
Tapi sekarang, cik Yaya telah mendahului kami dengan menyebut tentangnya jauh lebih awal dari kami.
Macam mana kali ini dia boleh masuk dalam ini cerita?!
Haisyyyy... sudah lebih ini kiddo.


Bayangkan, takde angin takde ribut. Tengah huha huha dia secara tiba-tiba merungut macam-macam.
"Nanti bila bulan September... berapa haribulan entah, mesti Mama dengan Daddy tinggalkan adik kat rumah"
Dah tentu saya terpinga-pinga. Apa kes ni? September?
"Bosan lah macam ni..."
"... mesti tak ajak kitaorang"
Dan macam-macam lagi rungutan dia.
Bila saya fikir-fikir balik... Papp! Owhhh... September!
On the 7th!!!


Aiyohhhh... mestilah tak ajak dia. Mestilah tinggal dia kat rumah. Mestilah kami keluar berdua saja.
Takkanlah nak ajak ramai-ramai kot.
It's our anniversary!!!




Tiba-tiba terrr rajin pulak buat kek. Bukan untuk anniversary pun. Saya memang ada craving untuk benda-benda manis dan chocolatey. Juga mencuba teknik sapuan buttercream bertindih warna. Sayangnya kek ini cuma sempat saya siapkan setelah craving saya berlalu. Sekarang tengok kek pun takde nafsu... he he he



Memanglah kami (me & mr soulmate) selalu keluar berdua on our anniversary.
Nama pun anniversary kan... mestilah mau private moment gitu... huahuahua
Kalau ramai-ramai dah tak jadi privasi. Kalau angkut anak-anak sekali confirm lah attention semua kat depa.
Habis tu bila nya nak dapat private moment.
Payah betul lah dengan cik Yaya ni... dia memang tak boleh tengok kami keluar berdua. Kalau tak kerana anniversary pun, nampak je kami nak keluar (alah takat gi pasar je pun) mesti air muka berubah mencebik-cebik menangis... drama queen sangat!


Bukanlah kami ber candle light pun. Kadang saja lah keluar berdua. Bukanlah nak beromantik sangat pun.
Bukannya sampai tak balik rumah you...
But we always make it a point to spend time together on our anniversary.
Where we can talk and focus on each other dalam suasana yang tenang dan santai.
Takde hadiah diperlukan. Yang penting doa yang diaminkan kami berdua.




Kek coklat lembap biasa. Setiap lapis diisi dengan choc ganache dan fluffy cream cheese secara berselang seli. Effect kelihatan seperti russion black and white cake ... my version. Beginilah rupa kek yang saya present kepada customer. Kali ini kerana sazi kek cuma 6inci, saya buat ia 3 lapis. Saya suka kek tinggi.


Jadi tadi saya panggil cik Yaya dan Abang nya. Awal-awal saya dah tegaskan, jangan ada sesiapa membantah, jangan ada sesiapa nak merungut dan jangan ada sesiapa yang merengek tentang apa yang mama nak cakap. Part 'merengek' tu saya tekankan sambil pandang muka cik Yaya.
Bila dua-dua dah angguk kepala tanda setuju, baru saya mulakan bicara.
"Malam ini Mama dan Daddy nak keluar. Adik dan Abang tak ikut, duduk rumah"
Cik Yaya pandang saya. Dengan tersenyum kecil malu dia bertanya, "...jap (kejap), hari ni berapa haribulan?"
Ringkas saya jawab, "Tujuh",  yakin dengan mukadimah bernada tegas tadi dia tak berani lagi mengomel.
"Kenapa dik?" Abangnya dah curious sambil mata menjeling kalendar atas meja komputer.
Tiada sebarang clue di situ. Adiknya saja harapan nusa bangsa.
"Nanti adik cakap..." janji si adik.
Dia suka godek-godek my handphone. Important dates memang saya tanda. So that's how she knows about our important date. Very nosy that girl.


So, malam nanti sila compare notes ye anak-anak (*_^)





Friday, 30 August 2013

Lemang Kukus, Rendang Ayam Berempah


Saja lepas gian teringin buat lemang sendiri. Tapi sungguh saya memang teringin benar nak bakar lemang gaya tradisional, yang dalam buluh tu. Teringin nak merasa cara-cara buat lemang sebenar. Teringin nak jaga api. Padahal bau asap orang membakar lemang sikit pun tak tahan... ha ha ha. Tapi setakat tinggal teringin jelah. Nak membakar lemang di rumah mak saya, tanah dah habis disimen letak jubin segala. Kau jangan buat pasal hitam jubin kudaputih abah tu nanti. Nak ajak membakar lemang kat rumah mentua, kau jangan nak macam-macam. Merasa sekali merendang daging 5kg pun kau trauma, tiap kali Syawal kau demam parkinson. Te he he...
Melemang lah kat rumah sendiri ye! 





Buat lemang kukus ni rumitnya kurang banyak lah dari bakar lemang sebenar. Tapi tetap banyak prosesnya. Kukus je dulu pulut macam biasa tapi biar 3/4 masak. Saya suka guna pulut susu, ia lebih berlemak dan mudah lembut. Hasilnya anda akan dapat lemang yang padat dan sedap.


Bila pulut dah 3/4 masak kita sediakan aluminium foil yang dialas dengan sehelai daun pisang muda yang sudah dilayur. Pulut yang 3/4 masak tadi saya gaulkan dengan sedikit santan yang sedia masin - ini untuk mudahkan proses memasak seterusnya, kalau tak nak letak pun takpe. Kemudian letakkan pulut di atasnya dan balut kemas-kemas membentuk seperti roll. Saya selalunya lipat satu hujung foil, kemudian tegakkan lemang dan hentak-hentak sedikit bagi lemang padat kemudian baru lipat hujung foil satu lagi. Bila dah siap membungkus, panaskan air dalam periuk kukus dan bolehlah kukus semula sehingga betul-betul masak.


Sementara lemang siap dikukus, panaskan oven ke 180 darjah. Setelah keluarkan lemang dari periuk kukus terus pindahkan ke dalam oven selama 20-30minit. tujuannya untuk keringkan lemang dan beri effect sedikit garing di tepi-tepi lemang. Biar sejuk dulu baru potong. Kalau potong tengah panas alamat lemang penyek dowh... baik buat pulut impit je terus!




Makan lemang mesti ada rendang kan? Saya lepaskan hajat cik Yaya yang teringin nak makan rendang ayam. Saya buat 1/2 ekor ayam saja. Cukuplah bukannya ramai pun orang dalam rumah ni. Rendang saya guna resipi campak-campak. Tapi mesti letak ketumbar dan jintan manis serta jintan halus yang disangai dan kisar halus. Itu rempah penyedap yang wajib saya guna bila buat rendang. Sebab buat rendang main campak-campak jadi bila nak tulis resipi terasa payah. Sebenarnya pada saya buat rendang ni takde lah rigid sangat undang-undang dia. Wahhh siap pakai undang-undang you! Bahan asas seperti bawang, serai, cili dan santan. Lain-lain seperti halia, lengkuas, kunyit, kerisik dan lain-lain rempah tu boleh tambah tolak darab bahagi ikut suka. Sebab kalau tengok resipi yang bertebaran di majalah atau internet ada pelbagai versi rendang. Ada orang letak lengkuas, ada yang tidak. Tapi bawang, serai, cili dan santan wajib ada. Lain-lain tu ikut kaedah masing-masing.


Rendang Ayam Berempah kaedah saya:

1/2 ekor ayam
7 biji bawang merah - kisar
3 biji bawang putih - kisar
5 batang serai dihiris putihnya saja - kisar
10 tangkai cili kering - rebus/rendam air panas - kisar
1 inci halia - kisar
1 inci lengkuas - kisar
1 inci kunyit - kisar
2 keping asam gelugor
kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 sudu besar ketumbar - sangai dan kisar halus
1 sudu besar jintan manis - sangai dan kisar halus
1 sudu kecil jintan halus - sangai dan kisar halus
2 cawan santan/ 2x200ml santan kotak
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 helai daun limau purut - koyak2 je
3 sudu besar gula melaka diracik
garam


Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan bahan-bahan kisar kecuali rempah kering. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan rempah kering dan gaul rata. Masukkan ayam yang dah dibersihkan berserta santan, sedikit garam dan asam gelugor. Biarkan merenih hingga ayam empuk dan kuahnya separuh kering. Tambahkan garam jika perlu dan gula melaka. Masukkan juga daun kunyit serta daun limau purut. Bila kuah rendang 3/4 kering dan cantik pecah minyak bolehlah padamkan api. Kalau mau kering lagi boleh teruskan hingga tercapai hajat di hati... (*_^). Saya suka rendang ayam yang agak basah. Kalau suka boleh tambah kerisik masa letak gula melaka tadi. Saya kalau ada kerisik saya guna, kalau takde tak jadi hal.


Seperkara lagi, bila buat rendang ayam saya gemar goreng dulu ayam tu separuh masak. Tujuannya supaya isi ayam tak mudah hancur kalau terlama sangat masak. Pada saya dapat juga elakkan rendang ayam saya daripada cepat basi. Tapi kalau ayam dah digoreng separuh masak, kita renihkan santan bersama bahan tumisan hingga separuh pekat baru masukkan ayam ye. Kalau masukkan ayam dari awal alamat lunyai ayam tu. 


Ada macam-macam kaedah masak rendang ni. Ada kaedah yang tak perlu tumis dan tak pakai minyak pun. Cuma dump everything sekaligus dalam kuali dan biarkan sampai masak. Dah tak payah pening-pening nak fikir eh lepas ni letak apa? 
Entah ikutlah selera dan kaedah masing-masing. Janji rasa rendang. 
Kalau masak rendang terasa mee bandung tu memang benda ajaib. Meh sini ahkak pun nak gak try resipi tu... ;-)








Monday, 26 August 2013

Anekdot Syawal Lagi : Raya Pun Ada Mainan?!


Sebelum habis musim raya ni eloklah saya post anekdot ini. Kalau tak kena tunggu raya tahun depan pulak baru boleh post he he he.


A couple of days before raya saya hantar maid saya bercuti di rumah mak cik dia, tak jauh dari ofis lama saya di Saujana Resort dulu. Jangan salah baca. Ofis lama saya di saujana resort. Bukan rumah mak cik dia di saujana resort. Dalam perjalanan ditemani anak-anak saya, dalam tekak yang perit dan suara yang serak dengan memakai face mask saya layan Fahmi berborak.


Fahmi : Mama, kenapa mama tak belikan kitaorang hadiah raya? Bagilah kitaorang hadiah...

Erkk!!! Raya pun ada hadiah? Sudahhh... ni fahaman apa ni?

Eh... kejap. Perhatikan di situ, dia guna ganti diri plural - 'kitaorang', bukan singular ye puan-puan. Padahal adik dia langsung tak ambil port pun hal hadiah-hadiah ni. Itu bermakna dia tau soalan dia tu agak kurang masuk akal tapi tetap nak cuba try test Mama dia jugak. Jadi kalau backlash nanti bukan dia sorang kena tempias. Atau kemungkinan dia cuba memancing adiknya untuk turut sama mendesak saya belikan hadiah. Malangnya adik dia buat tak heran!


Mama : Abang, kita ni bukannya raya krismas nak bagi-bagi hadiah. Kita nak sambut Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam menahan hawa nafsu. 

Fahmi : Yelah, belikanlah mainan raya kat Abang, sebab Abang puasa penuh kan...

Mama : Mainan? Mama bagi duit raya jelah , macam biasa... tak yah mainan-mainan lah Abang bukannya budak kecik

Fahmi : Alahhh... tak bestlah macam ni...

Mama : Err? Tak nak? Tak nak lagi bagus

Fahmi : Alahhh belikanlah mainan...

Hmmm... he sounds so persistent ni mesti ada lah apa-apa mainan yang dia idamkan sangat ni. Bukan boleh dilayan sangat. Nak kena tackle betul-betul kalau tak alamatnya selagi tak dapat selagi itu dia mengharuk. Kang tak dapat dengan saya dia haruk kat Daddy dia pulak.

Mama : Mainan ye? 

Muka dia dah bercahaya.

Mama : Ok. Bunga api dan mercun.

Fahmi : Alahhhh... itu bukan mainan. Abang nak mainan...

Mama : Yelah, mainan lah tu. Tau sebab apa Mama kata bunga api tu mainan? Sebab bunga api kita main kan? Bukan makan atau pakai kan? Jadilah ia mainan.  

Tengok Fahmi dah layu semula. Ini lah masa nak nail it habis-habis supaya dia tak bersuara lagi.

Mama : Lagi satu, tau sebab apa bunga api dan mercun tu jadi Mainan Raya? Sebab orang tak main bunga api musim lain. Orang main bunga api time raya or dekat nak raya je. Lagipun daripada dulu Abang dok minta nak sangat main bunga api dengan mercun tapi Daddy tak bagi. Sampaikan awak nak main mercun pop-pop tu pun Mama tak berani beli. Tengok tahun ni, jangankan Mama, awak berdua pun langsung tak berani buka mulut nak mercun pop-pop. Tiba-tiba Daddy bawa balik bunga api dan mercun bagi awak main. Tak sempat awak minta. Hah! akhirnya dah dapat kan? Hadiah Mainan Raya!!!


Maid saya kat belakang dah mengekek ketawa. Cik Yaya selamba je baca komik dia macam tak terkesan langsung dengan perbualan kami. Fahmi? Monyok!

Fahmi : ... ok. Kalau macam tu bagilah mainan puasa pulak.


Ehhhh pulak... tak habis lagi? Panjang akal.
Ni betul nak kena ni.


Mama : Mainan Puasa? Mainan puasa pun Mama dah bagi dah...

Fahmi : Mana ada?.

Mama : Ada. Cuba Abang ingat balik. Yang tiap-tiap malam waktu Mama dengar tazkirah (ramadhan) lepas solat Isyak kat surau tu, yang Abang duk bantai main kat luar dengan kawan-kawan sementara tunggu terawih, sampai lencun basah satu badan tu... Ingat tak?

Fahmi angguk-angguk kepala.

Mama : ... itulah M.A.I.N.A.N puasa Abang!

Monyok. Terkena kau Jang!

Mama : Tau kenapa itu mainan puasa?

Fahmi tak bereaksi. Lantak, Mama nak bagi tazkirah cukup-cukup.

Mama : Sebab, benda tu (bermain) Abang tak dapat waktu lain. Abang cuma dapat tiap kali bulan puasa je. Tiap-tiap malam bulan puasa Abang dapat main dengan kawan-kawan sampai puas. Mainan Puasa lah namanya tu!!!!!


Ngeh...ngehh...ngehhh. 
Sambil buat gaya sapu kedua-dua belah tangan, bayangkan dalam minda je sebab in reality tangan tengah pegang stereng kereta. Dah, selesai!!!
Takde hutang. Kihkihkihkih...




Wednesday, 21 August 2013

Dilema (...bukan Delima) Raya


Balik dari Raya break saya terus pergi market - stock up fresh and dry food. Memandangkan saya berpuasa qada' dan sunat bermula Raya ke 2 jadi saya masih belum berkesempatan indulge juadah-juadah raya seperti rendang, lontong, ketupat, sambal goreng jawa, kuah kacang, nasi minyak, ayam masak merah, kari ayam etc. Masa beraya di rumah pakcik raya pertama tu pun saya tak melantak sangat. Makan ala-ala je. Hatta nasi minyak dan ayam merah air tangan my mum pun saya tak sempat jamah. Sebulan awak berpuasa tiba-tiba raya terus nak bulldoze semua adalah satu tindakan yang kurang bijak. Mau terkejut tali perut yang kuncup tu nanti. Jadi bila stock up fresh food tempohari saya pun belilah mince meat - cadangnya nak masak beef kofta curry makan dengan nasi minyak untuk berbuka, ayam, chicken carcass (rangka ayam) - cadang nak buat soto, saya juga beli kacang tanah - nak buat kuah kacang sebab yang saya masak kat rumah my mum tu pun saya tak merasa!


Tapi... tapi kan... beli punya beli ... sampai lah ke hari ini sudah masuk 18 hari raya, satu hapa pun yang saya sebut kat atas tu saya tak masak pun lagi!!! Ada satu hari tu mr hubby terrrajin buka peti sejuk bahagian freezer tu, dia punya terkejut badak tengok ada mince meat, chicken carcass 2 ekor termasuk lain-lain bahan mentah i.e ikan etc. "Banyak nya daginggggg!!!" kata dia. Dia pelik macam itu punya banyak bahan mentah tapi hari-hari saya masak biasa-biasa je. He he he... macam mana lah saya tak masak biasa-biasa je kalau dah hampir setiap hari lepas raya dia pergi kursus dijamu hidangan enak-enak yang tahap boost cholestrol punya. Lepas tu hujung minggu je tak putus jemputan open house raya. Memang confirm tak henti-henti hidangan daging, rendang, santan etc tu kan? Jadi saya tidak mahu jadi penyumbang kepada kenaikan tahap kolestrol isi rumah ini when you can get them in abundance out there. Saya dok masak ikan dengan sayur saja. Buat sementara waktu ini, biarlah saya peram dulu bahan-bahan tu dalam freezer. Dan biarlah saya pendam dulu hajat nak masak hidangan-hidangan yang saya sebutkan kat atas. 
Kurangkan daging merah dan lemak dalam makanan. At least sehingga musim raya ni habis.


Pilihlah makanan anda dengan betul. Jangan ikut sangat nafsu. Maaf, saya bukan anti-sosial tapi agak kurang mood nak hadiri open house. Sebab takut tak terkawal nafsu. Dah sebulan kita berjaya kawal nafsu kan? Sayang kalau masuk Syawal je terbang semua self-control tu. 

Dan dah jadi kebiasaan segelintir orang kita, kalau tak buat open house time raya ni depa tak mau mai beraya. Kalau buat open house baru datang. Pada saya kalau nak mai berziarah time raya ni tak perlu tunggu open house. Mai sajalah bila-bila masa. Inshaa Allah tak lapar perut balik dari rumah saya. Malah saya lebih suka entertain tetamu dalam kumpulan kecil. Datang berdua pun tak apa. Lagi seronok, saya beri kebebasan pilih hidangan apa yang nak sangat saya masakkan, saya sudi! Nak 3 course, 5 course pun boleh. Sambil makan kita sembang. Lepas tu pekena kopi vietnam kaw kaw punya. Lebih intim begitu kan?