Thursday, 30 October 2014

Cream Cracker Layered Cheesecake (No Bake)

Saya bukan peminat kek keju. Mr Hubby ya. Dah lama saya tak buat kek keju. Tiba-tiba terasa-rasa sangat nak buat. Saja je nak penuhkan fridge tu. Selalu kena complaint dengan anak-anak, asyik buat kek untuk orang je. Untuk diri sendiri non-ado.


Saya tertarik untuk buat kek keju berlapis biskut cream cracker dengan resipi oleh Diana@Melley Mey ni bukan sebab kejunya. Tapi kerana salted caramel yang digunakan di dalam penghasilan kek keju itu. Aduhaiii... saya memang kalah dengan benda-benda manis terutama karamel!!!





Kerana ianya kek keju jenis non-bake maka kurang peralatan diperlukan dan agak mudah membuatnya. Cuma proses melapis adunan keju dengan biskut krim tu yang ambil masa sedikit. Saya buat beberapa perubahan pada resipi asal mengikut keselesaan saya serta preference secara peribadi.



Kek ini tak manis. Rasanya lemak-lemak gitu. Manisnya agak mild. Jadi sesuai untuk yang tak gemar makan manis. Macam saya tiap kali nak makan saya ambil sepotong dan drizzle dengan sos karamel buatan sendiri. Baru nyummms! ;-)

Wednesday, 22 October 2014

Roti Sarang Lebah... Sengatan Yang Sangat Viral

 Roti yang menjadi sangat viral sekarang ini. Sudah ramai yang membuat duit dengan menjualnya.
Saya baru terkial-kial nak mencuba. Makan sendiri aja.




Masa saya buat ni tengah hujan lebat sangat dari tengahari ke malam. Bosan makan nasi. Saja nak hidangkan roti. Tapi sayangnya bila waktu cuaca sejuk, sukar nak dapatkan doh roti yang naik dan gebu. Sebab yis anti dengan cuaca sejuk.

Saya teringat satu rancangan masakan luar negara. Pengacara berkunjung ke sebuah bakeri di Itali yang mempunyai dapur dan bilik menghasilkan roti yang terperap. Tiada tingkap. Dan suhu bilik sentiasa dalam keadaan warm sungguhpun di musim sejuk. Tujuannya untuk menjamin yis boleh hidup. Yis kan hidup dalam suhu panas dan lembap. Begitu sekali mereka berusaha supaya dapat terus menghasilkan roti walau di musim sejuk.


Masa saya merehatkan doh roti ni untuk naik dua kali ganda saya terpaksa panaskan dapur kemudian matikan api dan letak bekas berisi doh roti berhampiran dengannya. Konon nak kasi aura warm tu untuk tolong yis hidup. Sayangnya tidak begitu berjaya. Atau sebenarnya saya tak menguli selama yang perlu? Aduhaiii... bahu kanan ku yang lemah ni tak mengizinkan!


Roti sarang lebah 'naked'. Belum dicurah sos butterscotch.


Saya buat guna resipi IzahDaut. Makan panas-panas dengan curahan sos butterscotch memang sedap. Memberi kelainan terutama kalau makan waktu sejuk. Tiba-tiba saya teringin kan breadmaker! Tapi berapa kali sangat saya sempat me'roti'? Membazir pulak rasanya.

Thursday, 9 October 2014

While I'm Away From Blogging World


Saya belek-belek total entry post saya this year, terkejut dan tergelak sendiri. Punyalah merudum jatuh dari seratus lebih sampai 30 something saja. Kot orang lain agaknya dah close down blog. Jangan-jangan saya juga menghampiri fasa closing down atau abandon blog kot? 


Iya saya akui mood blogging semakin kurang. Sebab sibuk menguruskan rumahtangga. Saya tak pasti how others managed to run their house and keep their blogging momentum going. Most of the time saya jadi exhausted. Dan kebanyakan masa saya korbankan hasrat update blog for time spending with my children atau merehatkan diri saja. Yang pastinya, time away from blogging digunakan sebaik-baiknya untuk sempurnakan tanggungjawab lain. 


Dan saya juga mendapati bila tak berblogging masa senggang yang tak berapa nak senggang rupanya banyak beralih kepada membaca buku! I think I read more book this year berbanding tahun-tahun sebelumnya. And yes, I'm talking about books... bukan novel atau fiksyen semata. Bukannya saya baca banyak novel pun. Ulang baca yang sama ada ler. Hanya novel terpilih saja yang saya baca. Novel berbahasa Melayu paling banyak pun 2!!! Novel berbahasa Inggeris pun saya hanya baca karya novelis kegemaran. Yang ini rasanya more than 10. Selebihnya saya lebih terarah membaca buku-buku motivasi dan tarbiah ringan, buku-buku sejarah Islam dan pendidikan anak-anak. Pun begitu masih banyak yang tak habis baca. Saya punya tabiat baru. Suka himpun buku-buku yang belum habis baca atas coffee table kat ruang tamu. Motif? Supaya bila-bila masa senggang atau melepas lelah di atas sofa terus nampak buku. Boleh terus capai dan sambung baca. Biarlah walau sempat 2 mukasurat cuma. Itu saja cara yang boleh buat saya make progress dalam pembacaan.


And what else yang saya sibukkan hingga tak sempat update blog lagi dah? 


Sudah lahir penghujung bulan September lalu. Inilah 'baby' baru saya yang banyak menuntut masa dan tenaga saya. Jemputlah like jika suka. Kalau tak suka sila share! Hahahaha...

Friday, 19 September 2014

Tolonglah Luangkan Sedikit Masa


Macam mana saya nak mulakan ye? Tanpa mengguris hati mana-mana pihak. Sebab saya akui saya sangat lemah soft skill. Cakap straight forward je. Tapi saya cuba untuk kali ini. Maafkan saya terlebih dahulu.

Bukan nak tuding jari apatah lagi memburukkan mana-mana pihak. Saya juga bimbang, kalau hari ini kita menegur sesuatu yang kita tak berkenan jangan esok lusa kita pula yang buat benda yang kita tak suka. Tapi saya melihat ini sebagai satu isu dalam masyarakat. Yang sangat-sangat boleh diperbaiki. Kebaikannya untuk semua juga. Isu pengabaian kebajikan anak-anak bagi ibubapa yang bekerja. Saya akui, perkataan pengabaian itu sendiri berkonotasi negatif. Tapi itulah sebenar-benar perkataan yang sesuai.


Terus- terang cakap. Saya memang seorang advocate of stay at home mom. Bukan kerana saya sekarang seorang SAHM atau sebenarnya saya seorang WAHM (Work-At-Home-Mom). Impian saya sejak dulu yang tak pernah saya sorokkan daripada mr hubby mahupun seiapa adalah untuk menjadi surirumahtangga yang mendidik sendiri anak-anak. Kerana saya yakin dengan ketetapan dan kejadian serta aturan yang telah Allah swt tentukan. Sebaik-baik tempat untuk seorang isteri dan ibu tak kiralah setinggi mana ilmu beliau adalah di rumah. Sebaik-baik pendidik bagi anak-anak adalah IBU. Sebaik-baik tempat untuk mendidik anak bermula dari RUMAH. Sungguhpun anda seorang isteri dan ibu yang berekrjaya tinggi sekalipun, jagalah sebaik-baiknya RUMAH, hidupkanlah sebaik-baiknya RUMAH. Sebelum anda meninggalkan rumah untuk menjalankan amanah di tempat kerja. Kerana yang anda tinggalkan di rumah juga adalah AMANAH.


Siapkanlah makan minum untuk anak-anak yang anda tinggalkan di rumah. Tak kiralah anak nak makan atau tidak tapi pastikan ada bekalan makanan secukupnya. Saya rasa sangat terkesan bila segelintir kawan anak-anak yang bertandang di rumah untuk sama-sama buat kerja sekolah di waktu tengahari. Mulanya saya terkejut sebab tak biasa terima tetamu kecil di tengahari. Kebiasaan waktu ini semua ada dalam rumah. Matahari terpacak atas kepala. Tambahan ianya menghampiri waktu makan tengahari. Amalan saya sejak kecil dan diperturunkan pada anak-anak jangan bertandang ke rumah orang di awal pagi mahupun waktu tengahari. Bila menghampiri waktu makan tengahari saya cuba merisik kerana kelihatannya si kecil tidak berganjak. Ibu dan ayahnya bekerja itu saya maklum.Dua orang kakak dan adik lelakinya ada di rumah. Rupa-rupanya dia dah biasa tak makan tengahari. Tiada makanan siap masak yang ditinggalkan di rumah. Melainkan snek dan bijirin. Dia biasa bersarapan saja dan menunggu kedua ibubapa pulang untuk makan malam pula. Serta merta jatuh kasihan dan kesal kerana saya sebenarnya tak masak untuk lunch hari itu. Memang dah merancang nak ajak anak-anak makan kat luar. Lewat petang nanti baru masak untuk dinner. Tak sampai hati, saya bawa dia keluar makan dengan kami selepas mendapat keizinan dari ibunya menerusi panggilan telefon. 

Dalam hati saya tertanya, beginikah yang biasa berlaku kepada anak-anak yang kedua ibubapanya bekerja? Bersarapan sekadar nugget atau sesetengahnya tak bersarapan langsung. Ini kah sebabnya ibubapa berkerjaya hari ini mempunya kecenderungan membekalkan duit belanja sekolah yang banyak sehingga RM5-RM10? Sebagai ganti tidak dapat menyiapkan hidangan di rumah? Sejujurnya saya berharap apa yang berlaku pada anak kecil ini hanyalah kes terpencil saja. Malangnya rata-rata yang saya temui di kalangan kawan anak-anak saya beginilah rutin harian mereka.

Sejak saya masih berkerja, menjadi kebiasaan saya membekalkan anak-anak dengan home-cooked meal. Tak kiralah kadang nasi goreng, mee goreng atau pasta yang biasa menjadi kegemaran anak-anak. Iya benar kerana tuntutan kerja saya tak dapat siapkan di awal pagi. Tapi malam sebelum tidur saya masak siap-siap simpan dalam fridge. Keesokan paginya pembantu rumah akan panaskan. Pada hari yang saya tak sempat sangat nak masak sendiri, pembantu rumah akan bekalkan sandwich atau paling tidak roti sapu jem atau mentega tabur gula. Atau paling tak senonoh sekali nugget atau sosej goreng. Itu pilihan terakhir yang saya paling tak suka. Iya benar bugget dan sosej bersepah dijual di kantin. Setidak-tidaknya yang kami bekalkan dari rumah adalah nugget terpilih yang kami tau asal usul pembuatnya. Saya tak pernah beri duit belanja pada anak-anak sehingga tekanan daripada kawan-kawan yang diberi duit belanja menjadi too overwhelming untuk kami tentang dan akhirnya episod bawa bekal ke sekolah berakhir bila Fahmi masuk darjah 3. Sebelum darjah 3, bekal yang di bawa oleh anak-anak saya seringkali menjadi tumpuan kawan-kawan di kantin. Kerap anak-anak mengadu tak sempat makan bekal sebab habis dimakan kawan-kawan. 

Rumusan yang saya sapat, anak-anak ini sebenarnya dahagakan sentuhan dan air tangan dari rumah. Bayangkan kalau bekal cekodok yang anak bawa pun jadi rebutan. Apakah petandanya? Nasi goreng yang sama dibawa anak-anak pun ada dijual di kantin tapi tetapi direbut kawan-kawan. Apa petandanya? Memang benarnya sentuhan dari seorang ibu itu yang sangat didahagakan oleh anak-anak kita. Tolonglah luangkan sedikit masa, sediakan walau sekeping roti tabur mentega dan gula untuk bekalan mereka. Anak-anak ini adalah masa depan kalian semua. Dan nikmat kasih sayang yang mengalir dari jari mu wahai IBU tak terhingga nilainya!


Tolonglah, korbankan masa peribadimu.
Tolonglah luangkan sedikit masa. Untuk 'masa depanmu'.

Wednesday, 17 September 2014

Anekdot : Sujud Syukur Macam Mana?



Tengahari Rabu yang lepas. Sambil dok tunggu anak-anak siap ambil wuduk untuk solat Zuhur, saya duduk di ruang tamu sambil melipat kain. Yaya dah pun mula angkat takbir. Datang Fahmi tergesa-gesa dengan kesan wuduk yang masih basah.

Fahmi : Mama... sujud syukur macam mana, Mama?

Saya terpana lama. Tak pernah-pernah timbul soal ini. Dari mana datangnya soalan ini ye?
Dalam kepala saya dok proses jawapan bagaimana yang harus saya berikan. Tak semudah itu saya nak beri jawapan tanpa mengetahui tujuan. Sebab dari gerak geri Fahmi nampak gaya macam bersungguh benar. Saya bimbang jawapan saya dan hasrat hati nya tak bertepatan. Kena risik dulu.

Mama : Kenapa?

Fahmi : Mama bagitau jelah dulu...

Eh... boleh macam tu? Kang saya silap jawab atau dia silap aplikasi, macam mana?

Mama : Mesti nak tau kenapa.

Dia mengalah.

Fahmi : Tadi... masa Abang tengah ambil wuduk, tiba-tiba Abang perasan ada benda hitam kat kaki... Abang tengok isyyy... lipan!!! Abang pun tepis lah. Nasib baik...


Allahurabbi! Memang nasib baik sungguh dia tergerak hati nak tengok.
Dan sungguhlah hari itu Allah gerakkan hati dia juga untuk pelajari ilmu baru. Sujud syukur.
Subhanallah. Alhamdulillah.

Sujud syukur dilakukan bila kita mendapat nikmat yang besar daripada Allah swt dan juga ketika terlepas daripada bahaya. Sujud syukur juga mesti dibuat bertepatan dengan maksudnya. Benda-benda yang remeh tak dibolehkan. Pun begitu, saya tak mahu lepaskan peluang ajar anak ilmu baru, saya ajarkan juga. Tak susah mana pun. Niat, takbirratulihram, sujud. Dalam sujud dibolehkan bacaan biasa waktu sujud. Boleh juga baca Subhanallah Alhamdulillah Walailahaillallah Allahuakbar dan salam. Moga ianya satu permulaan kepada amalannya yang lebih baik di masa akan datang.






Saturday, 16 August 2014

Laksa Peranakan (Seafood) ala Chef Wan


Masih di bulan Syawal ni kan mood masak bulan puasa tempohari masih hangat lagi. Kerajinan memasak tu kira di tahap optimum lah ;-). Selera makan pun boleh tahan! Ndak pulak bila ternampak Chef Wan masak Laksa Peranakan dalam rancangan Best Wan! di channel AFC.


Macam renyah. Tapi macam best je. Bahan-bahan pun banyak yang ada dalam fridge. Cuma tambah beli udang dan ulam-ulaman sikit. Couple of months dulu saya ada buat stok (air rebusan) makanan laut yang di frozen kan. Sengaja frozen sebab masa tu bajet nak buat Bouillabaise (sejenis sup makanan laut Perancis). Tapi terperam lama. Sedang eloklah manfaatkan stok tu untuk buat kuah laksa peranakan ni.




Kuah laksa hampir sama dengan laksa lemak yang pernah saya buat lama dulu. Bahan-bahan kuah sangat berperisa terdiri daripada udang kering, bawang, cili, serai dan buah keras untuk tambah umph rasa lemak tu.




Ulam-ulam mentah seperti timun yang dipotong lidi, bawang, taugeh, bunga kantan dan daun ketumbar.
Kalau kebiasaannya saya gemar menggantikan santan segar dengan santan kotak yang rendah lemak tapi untuk rasa yang lebih lemak manis kali ini saya guna santan segar.





Kalau lah ada sambal cili tentu lebih sedap lagi. Siapa ada resipi sambal cili yang sedap dimakan dengan laksa lemak? Meh sini share please ;-)

Friday, 8 August 2014

Anekdot Syawal : Kenapa Puasa Enam Mencabar?


Saya ter delete entry yang sudah saya taip semalam. Maka saya terpaksa menaipnya semula. Malangnya saya sudah hampir lupa apa yang saya tuliskan. Owh jariiiii... kenapa kau tekan butang delete???


Fahmi pulang dari sekolah tengahari semalam, pada hari pertama dia mula berpuasa enam. Hari Selasa. Sahurnya ala kadar saja. Cuma sempat minum air dan makan kurma. Silap saya kerana agak liat bangun. Pun begitu, he looks amazingly more energetic than when he was performing puasa during Ramadan.
A little tired of course. Sebab jadual sekolahnya untuk Isnin dan Selasa lebih padat berbanding hari lain. Maka saya pun bertanyakan bagaimana rasanya berpuasa enam kali pertama.


Fahmi : Abang rasa ok. Tapi kalau mama bagi Abang berbuka, Abang berbuka lah.


Oitttttt. Hahahaha... begitu mudahnya mau mengalah?
No. No. No. Tidak semudah itu saya memberi laluan. Nama pun mak dia ni hati kering. Ala komando punya style. Kesian kesian sangat di awal waktu tak boleh lah. Ye betul memang puasa sunat cuma. Tapi ini peluang melatih. Maka, marilah kita melatih. Adat melatih anak-anak. Harus ada suntikan perangsang. Motivasi. Kalau tak orang dewasa pun lesu.

Maka saya gunakan cara psikologi. Mula-mula mesti terangkan yang kita faham berpuasa di luar bulan Ramadhan ni sangat mencabar kemampuan. Bukan fizikal, tapi lebih kepada mental. Kenapa? Sebab waktu bulan Ramadhan semua orang berpuasa. Kantin sekolah pun tutup. Orang tak puasa pun segan nak makan terang-terangan. Maka menjadi mudah untuk kita. Dan bila kita berpuasa diluar bulan Ramadhan, semua orang makan, secara terbuka. Kecuali kita seorang dalam ratusan pelajar lain. Dan tentu tercabar rasa. Sebenarnya bukan sebab lapar sangat. Tapi tertengok orang makan, mau nya tak terasa nak makan sama?

Mama : Jadi sekarang, Abang faham tak kenapa ganjaran pahala untuk orang yang mampu sempurnakan puasa sunat Syawal (puasa 6) sama seperti orang yang berpuasa setahun?


Fahmi angguk kepala, "...sebab susah"

Iya sayang. Sebab susah. Maka manis sangat di penghujungnya.
Puas bila lihat dia yang mula nya layu dan bersedia untuk menyerah kalah kembali bersemangat.



Update: Alhamdulillah dia berjaya sempurnakan puasa sunat Syawal enam hari untuk kali pertama.