Tuesday, 16 September 2008

16 Ramadhan 1429H - Tandoori Lagi...

menu berbuka today - prawn tandoori, kari ayam & roti naan

hubby balik today, kenalah masak special sikit tak leh main cincai. bila dah kehabisan idea apa nak dihidangkan untuk berbuka inilah jadinya... repeat menu! cuma kali ni guna tiger prawn yang kubeli sabtu lepas. tiger prawn dia kali ni besar2, kalah udang galah, tapi sengaja ku tak ambil yang besar2 sangat, orang kata kalau terlampau besar kurang manis... iye ke? memula cadang nak buat raita untuk pencicah tapi takde mint & cucumber so tabur daun bawang jelah atas mayonis. udang tu dibuang kulit badan jer, ekor & kepala sengaja kutinggalkan.uhhh sedap betul makan udang, lemak2 manis rasanya.

fahmi malam tadi dah bagitau siang2 dia tak mau puasa. uihh baru cuba setengah hari dah surrender anak bujang mama tu... emmm besar cabaran nak melatih anak berpuasa. ada tips?

Monday, 15 September 2008

15 Ramadhan 1429H - Belajar Berpuasa

hari ni hari pertama fahmi belajar berpuasa. yeah i know maybe some people would say yang aku terlalu memaksa anak bujang yang baru 4 tahun 9 bulan tu berpuasa. tapi bila kenangkan tahun depan dia dah nak masuk 5 tahun, tambahan pulak dia masih lagi hisap thumb dia tak kira siang atau malam, i thought maybe i should start somewhere. mana tau berkat bulan mulia ni, dia berjaya get rid of his bad habit & dalam masa yang sama belajar berpuasa.

sebelum pegi kerja aku dah pesan kat dia, cuba tahan jangan makan, minum dan hisap jari selama separuh hari. kalau dah tak tahan sangat call mama dulu. i waited for him to call but he didn't. so dekat2 jam 12 tengahari aku call rumah bercakap dengan dia... kakak said he was sulking, he doesn't want to talk. finally he talked to me but he was on the verge of crying... aiseyyy man... kesian lah pulak. i told kakak bagilah dia berbuka. amboii sukanya dia dapat makan, barulah meloncat2 kata kakak.

menu berbuka cuma nugget ayam, mini chicken pie & potato wedges. since menu common tak yah lah tempek pic kat sini. malam nanti nak ajak budak2 & kakak pegi solat terawih kat masjid.

Sunday, 14 September 2008

14 Ramadhan 1429H - Hari Kelam Kabut

the title sums up everything about today. i, sometimes walaupun rasanya dah cukup organise things-to-do (dalam kepala) but still my to-do list goes haywire sampaikan ke hujung waktu nak berbuka masih lagi memasak. kalau masak grand ke takpe juga.

padahal hari ni cuma masak ikan pari bakar, cekodok kentang + udang dan chicken cornish. yang part chicken cornish tu salah satu sebab jadual aku jadi haywire, inti dah buat in advance tapi bila uli2 shortcrust pastry terasa lembik sangat macam doh tart pulak. terpaksa letak balik dalam fridge but after 1 hour masih tak boleh nak bentukkan dia macam karipap 'berdiri' sebab crust dia pecah2. susah sangat aku canaikan dan sumbat dalam acuan pai mini... hah jadilah mini chicken pai.

my day started early sebenarnya today. patut hujung2 minggu di bulan puasa ni dapatlah berehat panjang, stretch your legs hilangkan lenguh2 pinggang & kaki kiri yang makin menjadi2. instead pagi2 lagi aku sorang diri shoot ke seremban. semuanya gara2 nak collect baju raya dari tailor. aku tau, sungguh kurang bijak buang masa, duit petrol & tol... nak buat macam mana aku cuma tau & selesa dengan apek tailor tu sorang jer. setakat ni tak berani lagi nak hantar kain kat tailor area shah alam/subang ni... not that i know that many. lagipun apek ni charge reasonable & kalau dia buat kurung moden memang elok 'terletak' kat badan kita. sebenarnya aku boleh ambil baju tu hari lain, tapi sebab baju kurung moden polos tu perlu dijahit manik supaya bertambah vogue lagi ala datin2, maka lebih banyak masa diperlukan. dan pakar jahit manik ku yang masih sudi ambil tempahan tak lain tak bukan my own mom... nasib ada mak yang pandai menjahit.

hubby won't be around for iftar tomorrow, he's going for outstation duty. hanya tinggal aku & kakak (maid) je yang akan berbuka sama. awal2 aku dah cakap dengan kakak, esok tak payah susah2 kita masak macam2, goreng nugget dengan potato wedges cukup. eh... alih2 fahmi menyampuk "cukup ke makan nugget je", sibuk je orang tak puasa tu, sure dia risau sebab tiap hari berbuka dia tumpang sekaki. tergelak hubby dengan ngomel fahmi.

btw, fahmi janji nak cuba puasa setengah hari esok.setiap kali me & hubby tanya kenapa dia tak puasa, mesti dia salahkan kakak "kakak tu yang bagi abang makan," . Ada2 je alasan dia. Kali ni kakak terdengar perbualan kami, terus kakak bagitau kalau kakak tak bagi dia makan nanti dia sendiri yang order nak sarapan apa. Haaaa pecah tembelang fahmi.

Saturday, 13 September 2008

13 Ramadhan 1429H - Mee Rebus

kalau minggu lepas berbuka dengan mee bandung, today kami berbuka dengan mee rebus pulak. harap maaf ye quality pic makin lama makin kurang baik. kalau ada toy macam ila & watie pun tentu best ;-)

buat mee rebus kali ni aku tak bother nak letak daging or tetelan. sebab kalau beli daging 300gm pun belum tentu seminggu boleh habis. instead aku gantikan dengan stok/rebusan tulang rusuk maggi jer. yeah i know, i know kami sekeluarga ni memang alah dengan MSG, tapi time2 darurat gini aku hentam aja letak sikit.
malam ni penat sesangat... subuh tadi masa bangun sahur yaya muntah lagi. bila dia terjaga tengok aku takde dalam bilik terus dia menangis2... aduii anak dara yang dah 3 1/2 tahun ni kekadang buat aku rasa macam kami ada bayi kecil jer. bila dah menangis tu mulalah datang batuk... pastu kalau tak muntah tak sah.
aku dah janji dengan dia nak belikan kasut raya... hubby suruh pakai crocs dora dia tu jer, tapi yaya nak kasut girlie. so siang tadi bawa lah dia pegi beli kasut. yaya dapat sepasang, fahmi dapat sandal & mama pun dapat high heels purple matching dengan baju raya. since dah keluar tu, aku pun terus pegi buat cermin mata baru. mula2 nak ambil tag hauer punya flexible glasses, sekali try cutting dia terlalu lebar. frust... ambil silhoutte. yang mengejutkan bila test mata, the result yang came out shows that power for my left eye dah dropped. hmm boleh gitu? alamatnya takes time lah aku nak adjust to new glasses nanti.

btw, ni just untuk cuci mata, jangan sakit mata pulak lepas ni tengok cuppies ku yang sememeh ni. ni semua hasil menggodek toy baru. vanilla cuppies dengan royal icing for topping. buruknya!!!

Friday, 12 September 2008

12 Ramadhan 1429H - Nasi Minyak Goreng & Satay Goreng


today's iftar menu - nasi minyak goreng, satay ayam goreng, daging beriyani & orange cordial
penyakit M sudah datang, ini je yang kuhidangkan for iftar. nasi minyak goreng tu memang asalnya baki nasi minyak for the kids lunch, lepas tu satay ayam tu since tak jumpa lidi satay ku grill kan aja atas grill pan... jadilah satay goreng.
haven't i mentioned that both my kids are not well? fahmi batuk2 & selsema sejak balik dari rumah my mom 2 minggu lepas... dia dok makan rambutan. now after 2 weeks he's getting better but yaya pulak catched his bug. yaya kalau batuk memang teruk... sampai muntah2. tu yang tak tahan kalau dia sakit, penat menjaga dia. 2 malam lepas both me & hubby tak cukup tidur coz dia muntah 2 kali. bila dia start muntah mulalah badan dia panas mengejut. we put her on paracetamol, alhamdulillah siang tadi dah ok. kalau tak pucat & kering jer bibir. after almost 2 weeks of fasting, minggu kedua ni dah mula terasa penat...

Thursday, 11 September 2008

11 September 1429H - Kisah Kuih 'Masuk Mulut Tak Boleh Bercakap'

harharhar... nak tergelak tengok hubby & kakak (my maid) tak larat nak habiskan chicken burger masa berbuka tadi. hubby cakap bun burger tu besar sangat! sebenarnya bun tu takdelah besar pun, cuma isinya padat tak macam bun kita beli kat kedai. tapi baguslah kan cepat kenyang dah tak payah makan benda lain.

kekadang rasa macam kenapalah kedekut sangat aku ni nak sediakan hidangan berbuka tapi bila fikir2 balik, tak semestinya mentang2 puasa kita kena perbanyakkan hidangan dan makan lebih untuk cover balik seharian tak makan? itu dah silap faham konsep puasa jadinya. bukan ke salah satu sebab berpuasa ialah supaya kita insaf bahawa ramai lagi orang yang kurang bernasib baik?

lagipun hidangan berbuka yang simple bukanlah sesuatu yang asing bagiku. masa zaman duduk hostel kat U dulu juadah berbuka ku simple juga. kadang2 beli nasi tomato sebungkus dengan kuih cara manis, kadang2 hanya kebab. Masa duduk bujang kat port klang pun macam tu jugak, kalau tak roti john mesti beli kebab... nasi memang jarang. Time2 berjauhan dari keluarga tu terasa rindu pulak nak berbuka sama2, memang lain benar feel dia. Cuma masa duduk hostel UKM agak meriah sikit sebab aku duduk bilik besar sharing berempat. Bilik kami jadi tempat berkumpul satu floor berbuka. Dalam ramai2 tu ada dua orang student masters, sorang Muslim from Sudan dan sorang lagi kristian from Phillipines. This filipino girl pun sama2 berbuka dengan kami. Lucunya dia tak pernah makan kuih cara manis (ni my feveret and kuih wajib), bila dia gigit kuih tu terus memancut air gula "oooh like a fountain", kata dia... ketawa besar satu bilik.

Ada sekali tu aku bawa sejenis kuih raya yang aku baru buat, kuih tart strawberry kelapa yang gebu sangat... gebu dia memang tak terkata. Aku introduce kuih ni to my friends kat hostel masa berbuka...aku bagitau kuih ni nama dia 'masuk mulut tak boleh bercakap'... depa semua tak percaya, ada yang terus sumbat sebiji masuk mulut. lepas tu macam kelemasan masing2 tak bleh buka mulut sebab kuih tu jeni melt in your mouth, sunyi sekejap bilik tu... aku sorang yang ketawa sampai sakit perut... kehkehkeh kelakar betul bila ingat balik.

dah lama tak buat kuih tu... agak2 kat mana aku simpan resipi dia? resipi kuih ni arwah abang ipar (my sister's first husband) yang bagi. sejak dia meninggal kami tak buat dah kuih ni, mesti sayu terkenang kat dia, lebih2 lagi dia meninggal 12 hari umat Islam berpuasa.

okay cukup2lah tu terkenang semasa dulu. dalam 4 hari lagi genap 1/2 bulan kita berpuasa... cepatnya masa berlalu, kan?

Wednesday, 10 September 2008

10 Ramadhan 1429H - Si Gebu

emm si gebu ni semerbak bau dia macam bau biskut raya pulak. teringat masa kecil dulu malam2 lepas berbuka kami 4 beradik mesti bersila keliling ma kononnya nak tolong terap doh kuih. tolonglah konon... patutlah my fahmi & yaya suka sangat nak 'tolong' tiap kali mama dia sibuk baking... menurun rupanya.

yang kat atas tu ialah roti bun burger. buat untuk makan berbuka esok. penyakit M dah datang, so berbuka esok maybe makan chicken burger je. since chicken pattie dah siap buat & bekukan, esok tinggal nak goreng jer... aduhhh senangnya kerja! bun burger kat atas tu ku uli guna tangan jer tapi kena adjust skit adunan dia sebab adunan asal untuk dibuat dalam breadmaker, since kita ni takde BM so kena pandai2lah adjust sukatan.

berbalik kepada cerita buat kuih raya zaman kanak2 dulu, i cannot imagine macam mana ma handle kami berempat yang suka menyibuk ni. tiap kali raya ma mesti buat biskut kacang, biskut bangkit santan bentuk itik - tugas kami titiskan pewarna merah sebagai mata itik, kuih siput manis dan mini kek cawan. mind you kek cawan my mom was a hit masa kat kuarters polis dulu... tetamu yang datang mesti tanyakan kek cawan, kalau ma tak buat mesti masing2 macam kehampaan.

tapi itu dulu lah... sekarang ni ma dah tak buat kuih lagi. i took over buat kuih raya masa i was 15yo... masa tu baru belajar buat kuih tart nenas kat kelas puteri Islam. lepas tu aku belajar buat kuih makmur dari jiran kami dan belajar buat lemon frosted cornflakes cookies dari keratan akhbar. jadinya sejak tu ma dah boleh concerntrate menjahit tempahan baju raya sebab anak dara dia dah boleh diharap buat kuih ;-)

but sejak 3 tahun kebelakangan ni aku dah tak buat kuih raya lagi. kalau tak dulu selalu buat untuk supply rumah ma. so kiranya ma terpaksa mulakan balik operasi buat kuih raya sendirian. takpe, insyaAllah akan kubuat juga walau satu jenis. selebihnya aku target nak buat moist fruit cake jer... toy baru dah ada kan? bila lagi nak bagi dia kerja keras? ;-)