Sunday, 2 November 2008

Nightmare

we had the scare of our life masa outing semalam... in the form of these two little mischievous brat... geram sungguh. Tuhan saja yang tahu betapa berdebar & nak luruh jantung both of us (me & hubby) semalam gara2 kenakalan budak berdua ni.

no... what they were doing in this pic was not the reason to cost us a nightmare (this pic were taken a couple of months ago... not related to this entry, just to let u know that these are the 2 little brat yang buat aku tak lena tidur kalau tak tengok muka diaorang tapi buat aku huru hara juga dengan kerenah diaorang! that's really no choice!)

we stayed indoor the whole day yesterday after dropping kakak at her aunt's house for her once in a blue moon break. me taking over the house chores and minding the children, while hubby taking his siesta. i was bored, it was a very long time since i ever stayed indoor doing nothing but taking nap... nak baking & decorating pun memang tengah takde mood. so i decided to ajak hubby take the children out for dinner at our favourite spot, manhattan fish market at subang parade. the children were too hyper last night, entah kenapa padahal fahmi only gets about 10mins nap in the car, cuma yaya yang dapat tidur siang. they barely sit through the dinner which really irritates me & hubby. the service at the resaturant pun terlampau teruk semalam, that adds up to everything. nasib jer budak berdua tu tak kena herdik.

after dinner, i want to get something for a friend's daughter's birthday yang aku miss last week. so we went to parkson. knowing that hubby memang tak minat ikut aku shopping i didn't mind when he strolled out from parkson with the children. well, i don't mind if he left me with the children, i wont be long anyway, and while aku memilih toy yang sesuai budak berdua tu boleh lah bermain kat toy section tu, they'll be within my reach.

i was heading toward the pay counter bila tiba2 i received a call from hubby asking if i saw the kids. memanglah terkejut beruk aku bila hubby tanya macam tu coz the kids were with him all the while, what the h*** is happening here? terus je aku jadi huru hara... mulalah rasa bengang, susah hati, marah, cemas dan macam2 lagi.

aku patah balik ke toy section tu mencari budak berdua tu manalah tau kalau2 diaorang mencari aku kat situ, lagipun kebetulan masa fahmi lalu kat situ sebelum ikut hubby keluar dia ada tanyakan something kat aku pasal satu toy tu. tapi tak nampak batang hidung dia pun kat situ. suara pun tak kedengaran. dah staff2 kat parkson tu pelik tengok aku keliling satu department store tu macam orang gila... one guy even showed me to the pay counter sebab dia ingat aku tengah mencari kaunter nak bayar (all the while looking for the kids aku masih pegang hadiah yang nak dibeli) sebenarnya masa hubby bagitau budak2 tu hilang aku memang dah nak lepaskan je mainan tu tapi tak tau mana nak letak... well-manners taught me not nice pulak main tinggalkan gitu je.

i brush off the guy yang tried to show me the pay counter and terus sambung keliling parkson. tetiba aku perasan ada sorang lagi staff parkson without uniform ni yang dok kelam kabut gak macam mencari orang... it irritates me somehow sebab every turn i went to ada je muka dia, seolah2 he's stalking me. geram punya pasal aku tenung muka dia, aku tengok name tag dia pastu aku jalan lagi. ehhh dia ikut aku pulak. aku pun berhenti, aku pandang dia atas bawah dalam hati rasa nak cakap "apahal lu bro? ingat aku nak curi barang ke?" tapi bila aku terdengar dia bercakap dengan kawan dia pasal orang cari anak hilang... the word "anak hilang" tu menyebabkan ayat lain yang terpacul dari mulut aku "ada jumpa budak hilang ke?"

budak parkson: ha'ah... budak hilang dua orang, kan? (he asked me back)
aku : ye dua orang... kat mana?
budak parkson: kat hujung sana...

i didn't wait for him to finish off sebab aku tau kat mana yang dia maksudkan... there's one customer service counter at the end of the store yang aku tak terfikir nak pergi awalnya. aku berjalan laju... i was wearing my new purple high heels, mind you... sakit kaki tawaf tadi. soft music yang berkumandang tiba2 dihentikan... about 7 mtrs away barulah aku terdengar suara anak2 aku menangis... i can recognise my children's voice dalam gelap sekalipun. apalagi... berlarilah aku dengan high heels 3 inci tu, nasib aku tak tripped over.

aduhaiii rasa luruh jantung tengok muka anak2 yang bercucuran air mata. lucu pun ada especially bila tengok muka si jantan terhangat pun basah dek air mata... sambil kunyah gula2 pulak tu!!! aduiii tebal 10inci muka aku dengan kakak2 parkson tu... warghhhh!!! rasa teruk gila, sure orang kata mak budak2 ni kaki shopping sampai tak ingat anak... huwaaaaaaaaa!!!

i thanked the staff so much for minding my children... thank you so much sebab diaorang prihatin sebaik nampak anak2 aku terpinga2 dalam store tu terus diaorang bawa ke customer service counter. tapi yang pelik tu there was no announcement made so we were like crazy people tawaf store. but bagus juga sebab kalau tak lagi malu besar sehhh!!!

pasal tu lah aku kalau nak shopping memang prefer pergi sorang... biarlah orang kata aku tak sayang anak ke, suka tinggal anak kat rumah ke tapi aku tau anak2 aku macam mana, biar diaorang duk umah lagi selamat.

on the way back dalam kereta teruk budak berdua tu kena lecture dengan aku. sayang tak ambil gambar diaorang masa kena lecture... serius cakap muka diaorang memang muka orang guilty as charge! langsung tak bersuara... dalam pada aku membebel kat diaorang tu ada jugak rasa nak ketawa. muka cuak je memasing. pilot plak tak terkata apa sebab dah dapat peluru bertubi2 before that. sorry bukan nak salahkan you 100%, i know what our kid is like but you were with them... if i were with them i bet i'd get the same treat.

to fahmi & yaya... please pleaseeee jangan takutkan mama & daddy lagi. we love you dearly no matter what.

Nasi Dagang

since mood mem'baking' hilang buat sementara waktu, niat nak mengasah skill mendeco aku put on hold sehingga mood datang semula. jadinya rancangan mendeco kugantikan dengan main masak2 kat stove jer... selama ni selalu masak gulai ikan tongkol dimakan dengan nasi putih jer, kali ni datang mood nak buat nasi dagang.

suka tu memanglah teramat suka makan nasi dagang tapi malas betul nak mengukus nasi nya... renyah. tapi kali ni buat jugalah... setakat 2 cawan beras wangi+ setengah cawan beras pulut lebih daripada cukup untuk di makan 7 orang!(itu kalau portion sederhana without 2nd helping lah) walaupun cuma kami berdua dengan 2 mulut kecil je kat rumah ni.

soraya ni memang deria bau dia cukup tajam, cepat dia menangkap bau masakan aku. bayangkan aku tengah mengukus nasi tu tiba2 dia datang cakap "mama... mama, adik rasa macam bau nasi pulut jer... mama buat lemang ke?" dah kebetulan pulut tu memang kegemaran dia. kalau nak ikutkan memang aku beli beras pulut tu nak buat nasi kunyit untuk dia, tapi since dia tengah selsema & batuk2 tu yang tangguh dulu.

nasib dapat anak2 yang cukup suka makan... alhamdulillah aku takde masalah bab nak menaikkan selera makan anak2... kalau tak masak special pun memang diaorang tetap akan makan nasi, setiap hari. kalau buat masakan yang diaorang suka lagilah berselera.

nasi dagang (tak kuasa nak buat acar, takde orang nak makan)

since petang semalam aku dah buat butter cake, today cuma curahkan dengan ganache je... tak jadi nak deco cantik2... hajat nak cuba buat pour fondant pun kensel... lain kali lah.
now, it's time to go out... seharian kat dalam rumah bosan pulak. baik aku kejutkan the children & hubby ajak ronda2 sementara cuaca redup ni.

Friday, 31 October 2008

Sigh...

bila bendera merah berkibar ni mulalah bukan setakat selera makan hilang, rasa gian nak main masak2 pun hilang. padahal sejak awal minggu aku dah simpan niat dalam hati since saturday ni is my off day bolehlah aku brush up skill mendeco kek. kali ni ingat nak deco whole cake... tiba2 hilang semua semangat & kemaruk ganti dengan penyakit 'M' = malas & malap (idea semua malap). personally aku rasa pelik sebab dulu2 tak pulak macam ni... sejak tahun ni jelah baru aku perasan ada perubahan angin sikit. tanda dah tua lah tu kot?

sambil blogging ni sambil aku browse website2 masakan nak kipas2 balik semangat membaking bagi membara balik... aku tak kira kejap lagi nak turun masuk dapur nak buat cream puff. pastu esok nak buat butter cake... tapi esok kakak cuti sapa nak tolong aku kemas dapur eh? boringnya nak mengemas! :-(

Wednesday, 29 October 2008

Spaghetti Bolognaise


balik dari bergathering kat bandar mahkota cheras tempohari seisi rumah tergolek... penat sebab 3 days in a row dok berjalan raya, mata dah tak boleh bukak semua tidur... seista lah konon.

bangun je tidur petang tu aku dah garu kepala tak tau nak masak apa... nak masak malas sebenarnya, sambung tidur pun best juga hehehe. akhirnya masuk dapur, belek2 stok bahan mentah dalam fridge tengok ada mince meat so buatlah creamy bolognaise sauce ni. creamy bologanise sauce ni aku letak whipped cream, tak banyak sikit je... jadik lemak2 manis gitu rasa sauce pasta ni. dah pernah buat dulu tapi tak sempat snap pic.

topped with grated mozzarella cheese, letak masa sos masih panas so that dia melt... ummph bertambah you! gemuklah aku macam ni!

Chocolate Cupcake

Hasil daripada ‘memburu’ icing nozzle kat bagus, shah alam few weeks ago, dapat jugalah 2 jenis nozzle yang bentuk star. Tu yang buat aku makin bersemangat nak mendecorate cupcakes. Tidur malam asyik terbayang nak decorate pattern begitu begini… kemaruk sangat aku ni ada ke orang yang obsessed or possessed *lol* macam aku ni? Apa2 jelah… selagi tak dapat buat rasa nak meleleh air liur ni… teruk betul.

Jadi, aku pun buatlah chocolate cupcake yang sangat decadent tu sebagai buah tangan kat kawan2 masa gathering kat bandar mahkota, isnin lepas. Beginilah hasil ‘keras’ tangan ku… not bad eh untuk orang yang tak pernah pergi formal class… cehhh riak pulak tu.


percubaan design pertama

chocolate cupcake frosted with buttercream icing & decorated with chocolate ganache. piping daun masih kurang sempurna... kena practice lagi

individually packed
Letih juga nak hasilkan ganache yang cantik & berkilat, lenguh tangan dok kacau tak henti2 sampai ganache likat. Hasil yang aku dapat kali ni masih belum memuaskan hati... next time cuba lagi.

Hujung minggu ni nak decorate cuppies pakai fondant pulak… bukan rolled fondant tapi pour fondant – sebab aku rasa (aku rasa lah) yang ni mudah sikit untuk orang yang baru bertatih macam aku ni.
By the way, I had my first order for mini fruit tartlet hari sabtu lepas. Pija requested for blueberries only! Dah siap2 packing nak deliver ke nilai malam sabtu lepas, lupa pulak nak snap pic… anyway, thank you pija for your support. Saja je buat suka2 untuk penuhi permintaan kawan ;-)

Tuesday, 28 October 2008

Double Gathering

We went to fazilah’s house at bandar mahkota cheras yesterday (27 oct) for a raya gathering (as planned). kebetulan tuan rumah pun buat open house. kami berkonvoi 4 biji kereta – 3 from seremban sementara me & family dari subang and met the other 3 cars at jusco Bandar Hussein Onn. Konon2nya kami ni ketua rombongan lah sebab kami ni kan kononnya terer jalan kl… tapi kepala keretapi lambatlah pulak… minta ampun banyak2 kat semua sebab aku leka dok packing cuppies sebagai buah tangan kawan2 yang join gathering tu. Malam tadi tidur lewat pulak tu dok decorate the cuppies… tak best betul kalau tak cukup tidur ni, mata rasa berat tapi otak dok ligat berfikir.

Tima kasih kat tuan rumah yang berlelah sediakan hidangan, dengan anak2 kecik pulak tu masih sempat buat bihun soto, nasi impit, kuah kacang, sate, lontong, nasi lemak. Tima kasih juga kat geng2 semua – pija & co, zarina & co, shida & fiancĂ© dan ayoi (yang datang solo coz wife keje katanya, no problem). Harap akan datang kita dapat lagi buat macam ni... dan kumpulkan lebih ramai lagi. Sorry no pics taken kat rumah fazilah sebab masing2 sibuk berborak & enjoy makan.

Actually secara tak sengaja, gathering kat rumah fazilah adalah yang kedua dalam minggu yang sama. Gathering yang pertama was at pija’s house malam sabtu baru2 ni. Ramai pulak yang datang tu yang jadi umpama a gathering gak tu. Memang dah jodoh pertemuan tu ketentuan Allah swt kan, baru je bercakap2 dengan aini last week tentang rancangan nak berjumpa (entah bila tak pasti) tau2 sampai je kat umah pija, dia & family pun ada kat situ. Alhamdulillah…


from left: zarina (the GA yang aku mention dlm earlier entry), aini, myself & angah (front)

dengan anak2 masing2 (yaya terlindung)... tuan rumah baju belang pink yellow masih larat tergelak besar despite huru hara yang anak2 kami buat kat rumah dia ;-)

seronoknya dapat berkumpul ramai2... puas hati! surprisingly, my little princess yang 'bekeng' tu cepat betul dapat kawan. she bonded very well dengan anak bongsu aini (yang pakai baju pink tu). so, bukan aja kami yang enjoy the gathering, but our children too enjoy the company.

Another Delayed Entry - Kawan Lama

The rest of the entries that I will post today were mostly delayed entries. I was not able to blog since 22 october last week due to internet cable disruption di seluruh shah alam/subang area, or so i was told by the streamyx & telekom people. hence all the entries can only be upload now. so jadi macam cerita basi lah. My office had to suffer not only without internet connection but also with limited phone lines and facsimile lines were down as well. Macam mana bisnes nak jalan ni encik telekom?

Kenduri kawin faisal kat mambau tempohari comes as a blessing. Sebagaimana yang telah aku jangkakan, kenduri tu jadi platform pertemuan semula dengan kawan2 lama kat acs dulu. Bermula dari kenduri tu hubungan dengan kawan2 lama bertaut semula. Sehingga hari ni ada je sms atau call kejutan dari kawan2 lama yang dah lost contact. Syukur Alhamdulillah… happy sesangat. Tau jelah kan dah berapa lama aku pendam rindu kat kawan2… dapat sms pun dah happy giler. kalau dapat jumpa jangan terus jadi gila sudah ler *lol*

Hari ni 23 oktober 2008 aku dapat call dari aini… kalau dia tak cakap nama dia aini memang aku tak boleh cam suara dia. Jangan marah ye aini… dulu2 masa kita budak2 masing2 suara halus lunak, sekarang semua dah matured. rupa paras dia masih lagi terbayang2 di mata, in fact for these past few months memang aku asyik terbayangkan kali terakhir aku jumpa dia, tak sangka pulak dapat bercakap dengan dia. I have to thank her so much for reaching out to me. Appreciate sangat2… rupa2nya dia pun tercari2 kawan lama. After 13 years tinggalkan sekolah agaknya masing2 dah mula dihambat rindu yang teramat sangat kat zaman sekolah kot? Heeee…

Aini was the shooter in our netball team kat sekolah. She and another friend, zarina memang selalu rotated position sebagai GA & GS. Dua orang ni memang padanan mantap. Oh my kalaulah aku ada gambar kami sepasukan dulu… ni nak kena cari balik album2 lama. Aku pulak masa tu main defence... nak jadi shooter setakat team rumah boleh lah, kalau school team aku lebih menyerlah sebagai defence…chewahhh masuk bakul angkat sendiri nampak.

Okay back to aini… she got married just a couple of years lepas tinggalkan sekolah. The rest of us masa tu masih huha huha lagi. I was still struggling mencari arah tuju. And that was it… lepas dia kawin I never heard of her again. Until today…

27 oktober ni sekumpulan kecil ex-acs akan berkumpul di cheras kat rumah fazilah (another school mate yang baru jumpa semula masa wedding faisal). Alhamdulillah daripada idea asal sekadar kunjungan raya aku sekeluarga ke rumah dia akhirnya akan jadi satu reunion kecil seramai 4-5 orang kawan2 lama bersama keluarga masing2. Dapat duduk bersila ramai2 ni best… hehe pasangan masing2 harap jangan jeles ye sebab kami sebenarnya tak kira lelaki ke perempuan semua dah macam adik beradik. I can’t wait until 27 october!