Wednesday, 24 December 2008

Demam

my soon to be 5 hero demam. it started with a bout of nausea, followed by vomitting a couple of times and ultimately it turns out as a fever. his body was hot tapi taklah panas sangat. gave him liquid paracetamol for his fever and get him to drink plenty of water. his lips were so red which means badan dia panas kat dalam. dia baring on the sofa malam tadi while i busy myself preparing dinner, fried kuey tiaw. dia kata kepala dia berdenyut2. poor him. sambil2 baring dan dalam pada berdenyut kepala tu, mulut dia tak berhenti bercakap sorang2. if he had his eyes closed i would have thought yang dia tengah meracau. kan kalau orang demam panas sangat sampai boleh meracau? thank God he wasn't. he was just babbling to himself sebab boring kot nak bermain & melompat tak boleh. demam orang nak bertambah umur kot.

rupa2nya yaya pun dah berjangkit demam abang dia. malam tadi dia menyelit lagi tidur sebelah aku. tengah2 malam aku tersedar bila terasa tangan dia yang panas tu atas lengan aku. oh my... rasanya baru bulan lepas budak2 ni demam.

i promise my kids kalau diaorang rajin makan ubat dan cepat sembuh me and hubby going to take them for a holiday. we'd be going to melaka this sunday. to the zoo maybe, or let the children loose main air kat a famosa, later maybe we can take the boat ride kat sungai melaka. and hubby says he wants to bring the kids naik eye of melaka. oh i'll pass. i don't mind tunggu kat bawah je, i'll be a dutifull photographer daripada menakutkan diri sendiri naik roda berpusing tu!

Tuesday, 23 December 2008

Kari Kepala Ikan

honestly i'm not a fan of kari kepala ikan. in fact i don't really like kari ikan at all with the exception to gulai ikan tongkol. tapi disebabkan mr hubby suka sangat makan kari kepala ikan dan rajin sangat mewar-warkan kehebatan kari mamak sampai naik panas telinga mendengarnya, maka tercabar juga aku kali ni untuk masak kari kepala ikan.

aku tak reti nak masak kari macam mamak tu, lagipun sebab aku tak suka makan kari mamak. ada semacam rasa geli sikit tekak aku nak makan. tapi orang lelaki ni majoriti memang suka sangat kari mamak kan? keranamu mr hubby maka aku persembahkan kari kepala ikan merah ni.

syioklah pulak makan kari buatan sendiri. rasanya sedap lagi kari aku ;-) hehehe


lusa is a public holiday inconjunction with Chritsmas celebration. dengar khabar ramai budak2 ofis yang sambung cuti the next day tu sampai selasa depan coz monday Awal Muharam pulak.

petang tadi i ask hubby to get some chicken meat coz i'm going to make chicken pie on christmas day. hubby gelakkan aku pulak, katanya aku ni ter'over' excited macam kita pulak yang nak beraya. well, it's going to be an off day from work anyway and i always cook on my rest day plus any other day during weekday kalau sempat. so what's wrong with me making chicken pie on christmas? nasib aku tak suruh carikan turkey!

Monday, 22 December 2008

Beef Wellington

amboi jauhnya makan sampai ke wellington, nz ye? gurau jer ;-)
we had beef wellington semalam. sebenarnya dah lama nak buat tapi rasa macam remeh je nak membuatnya. dah berzaman dok tenung resipi dalam majalah jelita tahun lepas tapi still don't have the courage to make it.
sekali tu bila tengok take home chef curtis buat beef wellington terus datang balik rasa teruja tu.

beef wellington ni sebenarnya daging tenderloin or eye fillet yang di pan-grill lepas tu wrapped in pastry sheet dan dibakar hingga masak. it is believed that beef wellington was named after the 1st Duke of Wellington iaitu Arthur Wellesley yang gemar makan hidangan daging berbalut pastry ni.


thinly sliced for serving dan makan dengan sauteed vege & gravy. small portion je maklumlah nak diet kan? ;-)

i also made sausages in pastry puff for the children sebab diaorang belum belajar makan daging merah lagi

Saturday, 20 December 2008

Laksa Lemak

tekak teringin nak makan laksa nyonya, cari punya cari resipi terjumpa resipi laksa lemak ni. so balik kerja tengahari tadi selepas bershopping kat bagus, kota damansara terus aku pulun buat laksa lemak.

mr hubby dok mengomel pasal aku sibuk ke hulu ke hilir melengkapkan bahan, pastu dia bising lagi sebab bau semerbak dalam rumah. oh ya... ada orang tu cakap dia nak mula berdiet. pasal tulah dia bising aku main masak2... takut diet dia terbang entah ke mana.;-)


macam mee kari kan? tapi without serbuk kari pasal tu cerah sikit. kucampak daun kesum and put loads of lemongrass

Friday, 19 December 2008

A la Kambing

malam tadi makan lauk pucuk2 daun hijau lagi. dah macam kambing pulak. but since pucuk ubi masih ada, kacang panjang, tauhu dan kacang tanah pun ada so aku just tambah beli kangkung jer untuk melengkapkan bahan buat pecal for dinner malam tadi. penat 3-4 hari cari tempe tapi pak mat tempe cuti raya haji tak abis lagi kot, abis satu kedai pun tak jual tempe hatta pasar malam pun zero. hebat penangan pak mat tempe sampai gila bayang ku dibuatnya!

my plate... pecal with poached egg


malam tadi sunyi skit rumahku sebab yaya dah tertidur awal... she dozed off atas sofa sambil tengok tv lepas maghrib tadi

so fahmi pun bermaharajalela dengan my olympus. i don't know how long he stood still to capture this pic... tapi sharp & tak bergegar langsung. not bad eh?

yaya menjerit terkejut tengok pic ni. marah dia kat abang fahmi coz curi2 snap pic dia...

Monday, 15 December 2008

Let's Go Green

apa kejadahnya pulak tajuk entry malam ni. saja je buat gimik. sebenarnya itulah tema dinner malam tadi. jadi kambing makan daun2 hijau je for dinner semalam. for the first time i made this traditional n9's dishes called sambal daun kayu. ianya hampir sama dengan masak lemak pucuk paku yang kami selalu makan cuma lauk ni lebih 'hijau' lagi dan pada yang sukakan rasa tempoyak mesti makan sampai menjilat jari. honestly, aku cukup alergic dengan tempoyak... aduhaii bau dia memang aku tak tahan. tapi entah kenapa rasa terliur pulak nak makan sambal daun kayu.

my mum kalau tau mesti terkejut habis sebab aku tak pernah makan lauk ni setakat cuit sikit je dek kerana tak sukakan tempoyak. in my family ada 2 orang je yang cukup gemar dengan lauk ni, my elder sister and my baby brother. diaorang berdua ni kalau time bulan puasa boleh katakan tiap2 hari menjelajah pasar ramadhan mencari sambal ni. disebabkan my mom bukan anak jati n9, so memang kami tak masak sendiri ye.

nama je sambal tapi instead of merah ianya hijau sebab bahan utama adalah segala pucuk daun yang boleh dimakan. pernah dengar orang cakap resipi asal menggunakan 44 jenis pucuk daun tapi zaman sekarang ni kalau dapat 2-3 jenis pun kira ok dah tu. since hubby balik kampung (umah mil) 2 hari lepas jadi aku pun pesanlah suruh cari daun kaduk, pucuk ubi, pucuk paku dan tempoyak. hubby ni nama je orang kampung tapi rupa daun kaduk pun dia tak kenal... hehe kalah dengan orang bandar macam aku ye? mil dah pelik dengan special request aku tu, ntah apalah menantu dia nak buat ye?

berpandukan resipi rubiah suparman yang pakar memasak lauk pauk kampung ni aku pun kerjakanlah sambal daun kayu semalam. cuma biasalah aku ni kalau tak modified resipi tak sah. aku omit petai (paling tak suka!) tapi tambah pucuk paku dan bunga kantan daripada resipi asal. i just love aroma bunga kantan ni hatta goreng nasi pun aku letak.


pucuk ubi, daun kaduk, pucuk paku, daun kunyit, serai dan bunga kantan dihiris halus. kalaulah ada ulam daun selom semalam dah tentu aku masukkan sekali... ulam feveret juga ni.

petang tadi sempat snap pic bunga bawang ku yang tengah sarat berbunga. nasib dia berbunga musim hujan so yaya tak sempat nak petik, kalau tak botak habis tak sempat kembang dikerjakan tangan gatal yaya.

Sunday, 14 December 2008

Landlord Oh Landlord

we received unexpected visit from our landlord sekejap tadi. i was taking my shower lepas solat maghrib coz we took the children out petang tadi and return home dah dekat maghrib; rain has just started to pour again so aku mandi juga walaupun lewat dan sejuk sebab takut sakit kepala nanti. hubby pulak was busy packing his clothes for a 3 day outstation to melaka and he was about to leave when the guest arrived unannounced.

we dread this visit sebenarnya, we know that they will comeback someday after their unexpected visit in april cuma dalam hati aku berdoa semoga Allah swt bukakan mata hati diaorang to look deep into the issue so that we don't have to go through this dreadful visit again.

when they 1st came in april they said they've been trying to get hold of us banyak kali dah but everytime they came we were not at home. yeah same here, we've been trying to contact them since last year but to no avail. bukannya apa just a courtesy call sebab sejak 3 tahun sewa rumah ni kami tak pernah tengok batang hidung landlord, tak sedap hati juga.

mulanya we were relieved juga bila dapat jumpa diaorang april lepas, bolehlah berkenal2an dengan rapat dan kami ingat akan lebih memudahkan komunikasi dengan mereka sebab rumah ni pun in dire need of repair sana sini. tapi rupa2nya diaorang datang hari tu dengan satu tuduhan bahawa kami dah dekat 11 bulan tak bayar sewa rumah!!! giler apa aku tak bayar sewa 11 bulan pastu boleh lagi duk tercangok depan landlord. logiknya kan kalau orang tak bayar sewa rumah tentu dah lama cabut lari tengah malam kan? mak cik tu cakap dia check statement account dia tapi tak jumpa payment yang kitaorang buat. 11 bulan yang dia claim tak bayar tu pulak bukan recent months tapi dari tahun 2006 ke 2007. minta maaflah makcik, kami ni memang takde duit berkepuk2 tapi tidaklah sampai ke tahap tak berduit langsung nak bayar sewa rumah. yang aku rasa kecewa benda yang dah lama pun dia nak ungkit up, padahal manalah dapat nak cari bank slip tahun 2006 to proof payment. selama ni tiap kali kami bank in duit sewa mesti sms dia tapi takde reply. akhirnya dia mengaku yang dia dah tak pakai no handphone tu sebab dia tak reti pakai handphone sebenarnya! dah tu janganlah bercakap as if kitaorang ni tak pernah nak cuba contact dia.

aku frust betul dengan cara dia bercakap seolah2 menuduh kami ambil kesempatan atas sikap dia yang tak ambil pusing hal duit2 ni. kononnya dia tak berkira sangatlah dengan duit sewa yang dia anggap rendah padahal kata dia rumah lain sewa tinggi sikit. mak cik ni tak sedar agaknya masa aku masuk rumah dia ni takde rupa rumah decent langsung... serupa rumah hantu dengan cakar sana sini kat dinding, cat pun dah lusuh, pam air rosak, pintu dah rompong dimakan dek air. sebab aku duduk rumah dialah rumah ni ada rupa rumah orang.dia langsung tak nak keluar duit sesen pun untuk touch up rumah dia. pendek kata dia tak peduli lah... bayangkanlah 3 tahun kami dok rumah ni dia tak pernah datang jenguk.

hubby suggest kat makcik ni suruh check statement account dia betul2. sebab kekadang duit yang kami masukkan dalam cash deposit teller tu terpaksa split buat 2 transaction so kalau nak tengok selepuk bulat figure tu memang takdelah. ehhh mak cik ni memang dah nama nya orang lama kot dia tak mau gak terima cadangan kami. dia bertegas gak nak tengok selepuk figure tu. payah berbahasa dengan 'orang lama' ni. rigid betul. aku tak nak lah disebabkan perangai dia tu kami pulak yang jadi mangsa. bukan sikit duit 11 bulan tu. akhirnya hubby cuba gak pujuk dia bawa statement dia ke rumah so that kita boleh sama2 review.

tulah semalam rombongan makcik dengan suami & anak2nya datang. hubby agak bengang skit dengan suami mak cik ni yang mula2 nampak berlagak, yelah dah orang sangka kita ni ada hutang dengan dia kan so dia pandang kita pun semacam jelah. bila direview bersama statement tu jelaslah yang tuduhan mak cik tu tak berasas... kan bagus kalau mak cik ni (yang claim diri dia cikgu) bertindak bijak sikit and spare us the misery. akhirnya dia malu dan segan juga dengan kami, dan suami dia yang mulanya berlagak sikit terus diam seribu bahasa. mak cik ni pun awalnya punyalah eksyen tetiba ramah pulak berborak. nak cover line agaknya siap puji2 lagi kami jaga rumah dia elok. bila dia nak balik tu dia minta maaf... aku pun terkejut bila dia minta maaf.

aku sejak dari 1st visit dia aku dah rasa cuak. tu yang malam tadi malas nak berborak sangat dengan dia sebab aku betul2 rasa terluka dan terhina dengan kata2 dia... malas nak ulang kat sini apa yang dia cakap. kerana serangan dia tu aku laki bini kekadang sampai bertekak... berbulan kami tension nak cari balik proof payment tahun 2006 yang memang dah tentu takde, slip bank dari atm mesin tu bukannya tahan lama kan? dakwat dia dah pudar. aku bengang dengan sikap dia yang membuatkan kami jadi mangsa.

sejak kami kahwin kami memang banyak kali berpindah rumah. mula2 kami cuma duduk rumah flat 2 bilik tingkat 4 yang sempit aku gelarkan 'rumah burung'. dekat 1 tahun duduk rumah ni tapi terpaksa pindah rumah teres 1 tingkat yang luas sikit sebab aku dah sarat pregnant kan fahmi masa tu tak larat nak naik tangga tiap hari. masa kami nak pindah keluar landlord siap merayu lagi kami jangan pindah sebab kami tenant yang baik dan punctual. sorry bukan nak bangga diri tapi just laying our track record and testimoni je ;-). sampaikan landlord dengan murah hati offer kami simpan barang2 kat situ kalau tak sempat nak kosongkan rumah dalam tempoh yang sepatutnya.

bila diserang dengan tuduhan tak bayar sewa ni menyirap betul darah aku. bukan nak bangga diri tapi Alhamdulillah setakat ni kami takde masalah kewangan lagi, tak sampai ke tahap tak mampu bayar sewa rumah. logiknya kalau kami ni jahat or ambil kesempatan dah lama kami cabut lari sejak their 1st visit. buat apa nak hang around kan? tapi sayang they don;t see the logic... i wonder if they are in desperate situation because something they said implies so... isyyyy dah tak mau fikir pasal diaorang lagi.

benda2 macam ni buat aku tak sabar nak pindah rumah sendiri. tak kuasa nak layan kerenah landlord macam ni.