Wednesday, 12 May 2010

Her Bob Cut

my little princess had a new hair cut. perasan tak daripada entry saya baru-baru ini rambut yaya dah pendek? dia mendesak diguntingkan rambut, kali ini mahu betul-betul pendek. pada mulanya saya agak terkejut dan reluctant nak chopped off rambut dia yang panjang itu. tapi dia dah mula rimas berambut panjang, barangkali juga sebab saya sering berleter rambutnya dibiarkan mengerbang. dah berpuluh getah rambut saya beli, semuanya dicampak nya merata-rata. lebih bingit telinga dia mendengar bebelan saya agaknya.

memang sebelum ini rambut yaya saya gunting sendiri. belum pernah ke salon. gunting layer before this pun saya yang kerjakan sendiri. tapi kali ini saya betul-betul kurang yakin nak hasilkan gaya rambut pendek yang yaya mahukan. bimbang kalau jadi buruk langsung tak boleh disambung kembali! maka cuti labour day lepas saya bawa dia ke salon rambut di subang parade. tak pasal-pasal terbang rm25 untuk bob cut ini.
pendeknya rambut dia, tak sanggup tengok her long mane being chopped off by the hair stylist.
iskkk penat mama bela rambut princess mama ni.

rasanya saya je yang terlebih-lebih sayang nak gunting her long mane. iskkk... sedih tengok rambut panjangnya bertaburan atas lantai salon. walhal yaya asyik tersenyum je sepanjang hair stylist mengerjakan rambutnya. tapi melihatkan yaya tersenyum riang sambil menghayunkan rambut barunya, saya rasa puas. yaya pun puas hati tersangat amat. asyik tersengih aja dia sepanjang hari. balik rumah my mom untuk kenduri adik bongsu nanti mesti my mom terkejut tengok rambut cucunya dah kontot!

saya envy yaya sebab rambut dia halus dan lembut. so unlike mine yang tersangatlah tebalnya. dulu-dulu manalah ada rebonding semua ni, kalau tak diikat mengerbang macam singa!

Tuesday, 11 May 2010

Applesauce Cupcake

I can’t recall when is the last time I had an apple. It must be a long time ago. Apples used to be my favourite fruit which I took almost every week. Tapi entah kenapa I’ve stop eating them. Even kalau ada function yang hidangkan sliced apples I’d pass. Resipi apple crumble cake pun saya gantikan kepada blueberry. Punyalah nak escape daripada makan apple, macam dah developed an aversion to them lah pulak.

Beberapa hari yang lepas secara tiba-tiba I yearn for applesauce cake. Dah lama terjumpa resipinya tapi saya tak ambil kisah sebab masa tu masih belum dapat break my aversion to apples. Entah kenapa beberapa hari lepas saya tak boleh nak lupakan applesauce cake padahal tak pernah rasa pun lagi. Akhirnya I decided to give Martha Stewart’s applesauce cupcake a try. But before that kenalah ada applesauce dulu. Awalnya saya bercadang nak beli je readymade applesauce dalam botol tapi tak berkesempatan nak ke shopping mall; kedai runcit biasa depan rumah dah tentu tak jual. So saya decide buat sendiri jelah applesauce ni. Tak susah nak membuatnya. But first kenalah beli apple dulu. Part membeli epal ni yang buat saya termangu sekejap kat kedai. Saya macam orang baru mengenal epal, tercari-cari varian epal yang sesuai untuk applesauce saya. Padahal dulu saya memang cukup fasih menghafal varian epal. Saya hampir terlupa bagaimana rupa epal Royal Gala yang suatu masa dulu adalah favourite saya kerana sizenya yang kecil bulat comel, warnanya yang tidak terlalu merah, isinya yang padat tapi tidak keras serta kulitnya yang nipis dan tidak kelat. Rasa lucu dengan gelagat sendiri.

Saya teringat pesanan penulis resipi applesauce ni untuk memilih epal daripada pelbagai varian to produce applesauce yang sedap. Maka saya ambil beberapa biji epal Royal Gala bersama Red Delicious (tak gemar jenis ni sebab kulitnya kelat/tebal isinya macam spongy gitu) dan sebiji epal Fuji yang besar untuk cukupkan 1kg. Kesemuanya epal merah dan hanya 3 jenis itu saja yang dijual di mydin.

Balik rumah terus saya ke dapur buat applesauce walaupun jam sudah pukul 11 malam. Saya tak peduli, my yearning for applesauce cake dah tak boleh ditahankan lagi. This is the recipe that I use to make the applesauce.

3lbs to 4lbs apples - buang biji & sliced tebal (saya buat 1kg je)
½ cup brown sugar
½ cup white sugar
3in cinnamon stick
3-4 strips of lemon skin (saya guna 2 strips je nak kurangkan masam)
lemon juice from half a lemon
1 cup water

Letak semua dalam pot. Didihkan dengan api perlahan for 3 minutes. Lepas tu perlahankan api, tutup periuk dan let it simmer for 30mins. Bila dah siap, guna food processor or blender, kisar kasar. Don't throw away the juices, masukkan sekali.

Petang ahad kelmarin saya pun cuba separuh resipi applesauce cupcake Martha Stewart. Bila dah siap baking, I leave them to cool sementara saya dan hubby keluar berjogging dan our children bermain kat playground. Balik daripada jogging, kami open table depan rumah sambil menghirup lemonade sejuk dan menikmati applesauce cupcake topped with brown sugar meringue buttercream. Hubby’s and the children’s seal of approval is all I need as an excuse to welcome back apples in to my life. ;-).

Monday, 10 May 2010

My Mother's Day

My mother’s day was a blast. Thanks to my children who did a wonderful job of remembering it, made 2 handmade mother’s day card (one from each), one who insisted to present me with a stalk of pink rose while the other goes along with her daddy’s idea of surprising me with an array of flowers in a pot delivered to me at home on Sunday morning while we were having our breakfast in front of our house! What a delightful way to begin your day :-). I am one happy mom.




It doesn't matter that the card so comot. What matters most are the wordings on the cards sounds so jujur. They wrote them down themselves takde siapa yang mengajar. Fahmi made 2 cards for me, the 1st one was made at home guna kertas A4 putih aja while another was made on a plastic cut out love shaped di sekolah. He wrote in his first card:

"Saya sayang mama sebab mama suka buat abang gembira. Terima kasih mama."

I asked him what if bila mama marah would you still love mama? He said yes.

Yaya's card was made out of a manila paper at school. Inside she inserted a piece of paper where she wrote on it:

"Saya sayang mama sebab pandai masak kek. mama saya cantik. saya sayang mama."
Owh I know which cake I bake that she loves most hehe. I asked her what if mama tak pandai buat kek would you still love mama. She hugged me standing and buried her face on my midriff and said yes. So it doesn’t matter if you can’t bake or you are not pretty or you always yelled at them for their mischief, they’d still love you. They love you but they don’t know why they love you so much. They love you for no specific reason other than you are their mother. To me that's the purest form of love.

To all mothers out there, happy mother’s day. Hope yours is as wonderful as mine. Thanks hubby for guiding the children into making my day a wonderful one. Muahhh to all three of you.

Tuesday, 4 May 2010

Catching Up

Sabtu lepas we were invited to a birthday party – nina’s son, ammar who turns 1 a few days ago. The party was held at pusat giat mara shah alam dekat sangat dengan rumah kami, tak patut sungguh kalau tak pergi kan nina kan ;-). Lagipun sejak birthday ayuni bertahun dulu nina sering jemput cuma kami je yang tak pernah dapat hadir sebab party ayuni mesti bertembung dengan birthday celebration fahmi. Jadi sabtu 1 mei tu saya gantung kuali, kami sepakat nak isi perut kat majlis ammar je, dalam hati saya berkata we won’t regret it. How true, bukan saja food nya sedap2 tapi saya berpeluang catch up dengan old cyber friends daripada pcm. Sayangnya seperti biasa saya mesti lupa bawa kamera so takdelah pics kenangan. Harap2 watie or kak eza yang rajin snap photos tak keberatan kirimkan sekeping dua kat saya ye? ;-)

Selesai majlis (yup kami hanya tinggalkan majlis setelah semua guest balik!) saya ajak hubby ke puchong nak stock up barang2 baking. Betul kata watie, BWY memang tutup hari sabtu tu! memang they all tutup 1st Saturday of the month kea tau because of labour day? Saya pun tak tau sebab tak selalu ke sana. Now saya kena cari satu hari yang sesuai nak travel ke sana, weekdays memang lah tak practical, Saturdays yang lain2 pulak saya kerja. This Saturday peluang nak ke sana tipis coz I think hubby dah tetapkan hajat nak pergi camping! Oh yesss hubby saya ber camping, ni penangan sejak duduk rumah baru. The guys kat sini sangat aktif with outdoor activities, saya cemburu! Saya pun nak ikut camping jugak tapi depa tak ajak anak bini. So rasanya saya camping kat rumah my mum jelah. Which means tak selesai lagi masalah saya nak stock up barang di BWY puchong coz saya tak familiar jalan ke puchong! Huhu

Kalau sabtu kami sibuk ke hulu ke hilir sepanjang hari, siang ahad pulak kami buat aktiviti santai kuak lentang atas tilam. Semua orang tidur petang lepas isi perut. Lagipun both my children terutama yaya tak berapa sihat, they all demam tapi mild aja. Saya pulak malam sebelumnya tidur lewat, pagi tu bangun awal hari masih gelap saya dah keluar berjogging. Semangat! Sebenarnya kalau saya nak hubby tag along with us memang kena keluar jogging awal sebab by 7.30am or latest by 8.00am kawan2 biking dia pulak kidnap dia. Tengok, betapa hot nya hubby saya sekarang ramai peminat. Macam manalah wife dia tak jealous? But still dalam saya merungut ni saya tetap support minat dia selagi dia masih boleh balance his time with us. Iskkk iskkk macam berkongsi lah pulak. Chett!

Muffin cip coklat yang saya buat pagi ahad. Hidangkan untuk minum petang sebaik hubby & anak2 siap cuci basikal masing2. Yup, anak2 pun ikut cuci basikal sendiri depan rumah. Budak mana yang tak suka main air, you tell me. Kami minum petang kat luar rumah, sambil meneguk air limau sejuk kami cuci mata tengok laman hijau. Ahhh what a bliss.

Since semua orang kata kenyang lepas makan muffin jadi saya tak masak dinner. Tapi lepas tu ada orang ajak saya pergi ‘minum’ kat kedai. Dia ‘minum’ mee bandung sepinggan… ‘minum’ lah konon :-P

Saturday, 1 May 2010

Counting The Days...

Today is 1 Mei. Semua orang pun tahu apa ada dengan 1 Mei. Saya tak nak ucap apa-apa coz it makes no difference to me, just like any other day.

Bila masa dah menginjak masuk bulan Mei ni bermakna cuma tinggal kurang lebih 30 hari je lagi kami nak berkenduri besar. Majlis kahwin adik lelaki bongsu yang muda 3 tahun dari saya. Seperti turutan gelarannya, dia jugalah yang terakhir menamatkan zaman bujang. Walhal kalau puan-puan (ada ke tuan2 yang baca ramblings ibu2 ni? Hehe) nak tau dia lebih dulu berpacaran dengan bakal isterinya iaitu sejak saya belum mengenal cinta lagi! Advance sungguh adik saya ni. She was there masa saya bertunang, she was there juga masa saya kahwin. Dulu saya sangka mereka cinta monyet, maklum le masing2 belasan tahun lagi. Tapi bila dah makan tahun saya pula yang tak sabar nak tengok mereka kahwin. InsyaAllah Jun ini termakbullah hasrat mereka dan doa ahli keluarga semua.

Adik yang nak kahwin saya pulak yang berdebar2. Bukan apa susah hati juga memikirkan my mom sorang2 kat rumah mengatur persiapan kenduri, khemah, kerusi meja, makan kenduri nanti dan sebagainya. Risau saya kalau2 my mum stress nanti naik pulak darah tinggi dia. Minggu lepas saya luangkan masa bawa ma bershopping di nilai 3. Terus terang cakap itulah kali pertama saya jejak kaki ke nilai 3, memang tak pernah rasa tertarik nak ke sana. Orang kata kain murah2 dan cantik2, tapi saya lebih senang berkunjung ke kedai kain favourite saya, jakel. Tapi sebab ma bersungguh-sungguh sangat nak cari bunga telur dan lain-lain barang hiasan kat sana, maka saya turutkan saja. Ikutkan saya beli kat mana2 pun sama. Biar puas hati orang tua, jangan nanti dia asyik terkenang2kan tak dapat ke nilai 3.

Dah lepas satu hajat my mum saya tunaikan. Lepas ni saya tak pasti bila lagi saya boleh balik ke sana menolong apa yang patut i.e. berkemas rumah ke kan. Sebab nampak gayanya hujung2 minggu saya sepanjang mei ini sudah padat dengan baking. Hatta minggu wedding adik saya sendiri pun saya sibuk! Aduhh kesian ma saya.

Dalam penat menjinjit beg plastic kiri kanan di nilai 3 tempohari sempat juga saya tangkap katak seekor ni sebagai hiasan di laman saya. Yaya berebutkan katak ini dengan saya, kata dia katak tu dia yang punya, dikepitnya katak tu simpan dalam rumah. Saya ambil balik dan letak diluar, tempat dia yang sepatutnya. Comel tak dia?

Friday, 30 April 2010

Bila Kemboja Berbunga Lagi

owh kemboja saya berbunga lagi!!! sukanya!

pokok limau kasturi hubby
dah hampir botak pokok limau ni kami petik buahnya dijadikan bahan perisa masakan ;-)
pokok bunga griber kuning saya


daniel jiran sebelah kanan saya yang berbangsa tionghua turut teruja melihat ketekunan kami berkebun. 2 hari lepas saya nampak beberapa buah pasu pokok bunga disusunnya berderet bersebelahan pasu anak pokok keladi saya yang saya letak hampir dengan pohon kemboja. terkejut saya bila balik kerja tengok laman belah kanan dipenuhi pokok2 bunga padahal sebelum ini agak gersang pemandangan mata. hehehe... jiran sebelah pun terkena tempias kami obsess berkebun.

what else do i need? hmm 2 atau 3 biji pasu porselin putih yang tinggi untuk saya alihkan pokok2 keladi yang dikutip dari rumah mil. nak saya susunkan dikiri kanan pintu sliding. kat mana nak cari ye?

Thursday, 29 April 2010

Satin Roses & Ribbons

Ahad tempohari I was doing some arty crafty work – mencantumkan artificial flowers to ribbons; to be use as decorative items at the sides of the hantaran tray for my lil bro’s wedding nanti. Bila hubby menjerit dari laman rumah minta dibantu berkebun, I quickly abandon my work, in pursuit to assist him. nanti merajuk pulak gardener sukarela, akak juga yang susah.

Malamnya selepas selesai cooking and had dinner together barulah saya sambung kerja-kerja arty crafty yang tergendala siang tadi.bakul2 putih tu adalah hasil tangkapan saya menemankan my mum shopping di nilai3. bakul2 tu nanti akan dihias riben pruple kelilingnya
buat sementara waktu bakul putih ni jadi bekas simpan satin roses & ribbons

Takdelah susah sangat pun tapi bila jam menunjukkan angka 10 malam terus saya simpan semua barang walaupun hanya tinggal sekuntum je lagi bunga yang belum dicantum dengan riben. Badan dah penat, time to retire. Nanti2lah saya sambung mencantum bunga lagi sekuntum tu. bukannya susah sangat pun. Final product tray hantaran tu simple aja, maklum ler saya sendiri pun tak kreatif sangat kerja2 kraftangan ni. Nantikan final product nya ye ;-)