Saturday, 30 October 2010

Shepherd's Pie Rusa Nani

I've been wanting to make shepherd's pie like ages. Dah bertahun lamanya saya bercinta nak buat pie ni tapi entah kenapa barangkali keterujaan itu belum cukup membuak-buak. Tapi akhirnya dua hari lepas saya buat juga untuk pertama kali. Thanks to fahmi dan yaya sebab mereka berdua suka sangat makan sheperd's pie yang saya beli dari rooibos cafe, ara damansara sampai berjaya naikkan semangat saya nak buat pie. See, nak buat pie mudah ni pun perlu dikipas semangat, nampak sangatlah mood memasak saya so low this week.

Inti pie saya buat guna daging rusa yang berbaki bulan lepas. Tak susah pun nak buat intinya. Daging rusa saya cincang kasar, tumis dengan bawang besar didadu, lobak merah dan cendawan segar. Saya memang tak guna cendawan dalam tin untuk semua masakan sebab ragu dengan status halal barang buatan China tu kan. Manufacturer yang sama produce canned pork dan canned cendawan butang. Biarlah keluar duit lebih sikit untuk beli cendawan fresh, untuk barang yang halal tiada kompromi. Bila dah kering air daging rusa saya letak sesudu pes tomato, kalau tak ada guna puri tomato pun boleh. Kemudian tambahkan sos lada hitam, ground pepper, chopped rosemary dan sedikit stok ayam. Tambah sedikit garam sebab stok ayam dah masin.


Untuk kulit pie pula i cheat. Saya guna kulit pastry jenama kawan. Kan saya dah kata, minggu ini minggu malas ke dapur. Jadi bila memasak semuanya pakai ready made je. Lagipun saya buat pie ni sebelah malam, saya baru balik kerja dan belum sempat berbuka puasa sunat lagi. Sebenarnya kalau tak buat kulit pie pun boleh, tapi saya lebih suka pie yang berkulit.

Untuk dapatkan bentuk pie saya guna loyang muffin yang berdiameter lebih kurang 2.5in. Alaskan dengan kulit pastry lepas tu isikan dengan inti pie. Untuk topping 6 biji pie, saya guna 2 biji ubi kentang bersaiz sederhana yang direbus dan dilecek dengan sedikit krim. Rasanya kalau guna 3 biji ubi kentang lebih mewah sedikit toppingnya. Lepas itu, tabur keju mozzarella. Bakar dengan api atas bawah 180C selama 25minit kemudian guna api grill supaya topping kentang kekuningan sedikit selama 5-10minit.
berebut fahmi, yaya dan saya makan pie. Yaya tak kasi saya habiskan pie, dia suruh simpan sebab esok nak makan lagi!

Fahmi pula tanya saya kenapa tak buat guna daging kambing? Amboi anak-anak saya ni dah mula terbiasa disogok makanan mewah sampai pandai pula dia mengajar saya masak letak itu dan ini. Lamb baki tempohari dah saya buat kari hari isnin lepas, mana nak ada lagi. Sudah-sudah lah tu makan daging merah.

Wednesday, 27 October 2010

Meroyan

Walaupun hujung minggu saya minggu lepas sudahpun berakhir tetapi masih ada sesuatu yang membuatkan saya tak puas hati. Sungguhpun saya sudah berjaya melampiaskan nafsu nak membaking kek lapis tapi masih ada seperkara dua lagi hajat saya yang tak tertunai sepenuhnya. Apa-apa sajalah saya dan hajat (read: kehendak, nafsu nafsi).

Sebenarnya, selain daripada hajat membaking kek lapis (yang sudah tertunai) saya berhajat, uisyyy macam besar benar bila sebut 'hajat' tu baiklah tukar kepada 'ingin' atau 'rancang' saja. Ye, saya teringin nak beli display rack untuk diletakkan di ruang tamu sebab dah lama sangat saya layan pedih mata tengok ruang tamu yang agak togel melainkan diserikan kehadiran set sofa lama kami itu. Gara-gara mata melilau belek dekorasi rumah orang masa beraya tempohari cantik berhias display rack, langsung hati saya tercuit nak juga satu kalau tak dapat dua. Hubby tempelak saya, kata dia banyak ke duit. Hehehe... err bila satu-satu benda dah menguasai minda (read: nafsu) memang susah saya nak lupakan sampaikan duit bukan lagi halangan! Owh saya tidaklah seteruk itu, duit memang ada tapi tak cukup kalau nak beli rack yang mahal beribu-riban. Kalau setakat rack tahap pipit tu, insyaAllah ada fulus secukupnya. Saya pun ukur baju di badan sendiri, tidaklah saya berangan nak beli yang mahal kalau dah fulusnya kecil.

Sayangnya, Sabtu lepas iaitu hari yang saya rancang untuk keluar hunting for display rack telah diambil alih oleh hubby dengan rancangannya pergi kenduri di serting, N9. Maka saya berasa sedikit kecewa sebab rancangan asal tidak menjadi. Sepanjang masa dalam kereta gelisah sungguh lah hati saya sebab terasa benar keinginan saya kali ini tidak kesampaian. Bila kami sampai semula ke shah alam pun hari dah lewat petang, bertambah-tambah lah kehampaan saya. Teruk sungguh lah nafsu saya kali ini. Mengalahkan ibu-ibu mengandung! Eh bukan, dah macam meroyan pun iye. Jadi untuk mengubat sedikit hati yang kecewa, supaya tidur malam saya tidak mengigau-igau saya ajak hubby pergi 'plant hunting' pulak. Umpama bayi yang sedang meraung kelaparan, kalau tak sempat diberikan susu, sumbat puting @ pacifier je dulu pun boleh.

Jadi pacifier saya adalah plant hunting yang memang pun termasuk dalam list 'keinginan' dan 'rancangan' saya minggu lepas. Ni pun kes tak larat layan pedih mata tengok laman dalam rumah lapang melainkan basikal-basikal budak-budak dan bapak budak yang duk beratur tepi dinding.

Saya berkenan tengok pokok heliconia dengan bunganya yang berjurai ke bawah kat rumah jiran belakang rumah. Pokoknya ditanam dalam pasu tempayan besar gedabak, jadi nampak tinggi dan penuh laman rumahnya. Saya berjaya dapat dua beg pokok heliconia, tapi bab pasu tu terpaksa lah saya ambil pasu kecil saja sebab tak muat nak angkut dalam bonet kereta.

Tarraaaa... pokok heliconia (pacifier saya) dalam pasu comel.



anak keladi yang beranak pinak dari ibu pokok

Ada orang janji nak belikan saya pasu besar hari Isnin lepas. Tapi sekarang sudah nak masuk hari Khamis, bayang pasu pun belum nampak. Dia sibuk minggu ini, balik kerja lewat melepasi waktu operasi nursery. Jadi saya kena sumbat pacifier buat sementara waktu. Huwaaaa... tapi saya tau memang lambat lagi saya akan dapat pasu besar tempayan itu sebab hujung minggu ini dia nak ke Melaka lah pula!

Tuesday, 26 October 2010

Lapis Melapis - Kek Lapis Cadbury

Bila gian melapis sudah datang, terus bersambung-sambung saya buat kek lapis. Kek lapis cadbury ini saya buat pada malam hari Khamis yang lepas. Saya teruja selepas berjaya melapis kek prune. Bila dah dapat buat sekali, yang kali kedua tu terasa mudah sedikit sungguhpun resipinya berbeza dan kaedah penyediaannya pun sedikit berlainan.
Kalau kek lapis prune saya mewah dengan prune, yang ini pula saya agak kedekut coklat sebab 4 kotak coklat cadbury mini saya beli tapi masih tak mencukupi!Agaknya my friend buat kek guna 6 kotak coklat cadbury. Patutlah kek lapis cadbury ni dijual RM130 sebiji!

Kalau masa melapis kek prune hati saya risau sentiasa, tapi bila buat kek cadbury ni saya lebih relaks sebab lebih mudah dibakar dan setiap lapisnya elok masak sekata.

kemas pula bahagian luarnya. Dah nampak macam pro kan? :-P perasan sekejap.

A bit fail di situ sebab coklatnya jarang-jarang. If you noticed dua lapisan atas kelihatan agak peroi sebab saya kurangkan sapuan melt butter. Saya sangka sapuan melt butter yang berlebihan akan buat lapisan kek jadi lebam dan lembik macam kek prune. Rupanya untuk kek cadbury ini kaedahnya berlainan. Should have applied more melt butter next time.

Saya guna resipi yang diambil dari blog rozzan. Itupun saya gantikan serbuk santan dengan horlicks dan saya lebihkan susu pekat manis. I should have use another resipi yang lebih mewah sukatan gula dan susu pekatnya sebab resipi yang saya guna kali ini manisnya tak sampai, bergantung semata-mata pada manis coklat. Pasal itu saya rasa kalau nak ikut resipi ini juga memang kena mewahkan coklat baru terasa keknya. Tapi tak sama rasanya dengan kek lapis yang kawan saya buat. Bukan nak salahkan resipi tapi agaknya memang kurang sesuai dengan tekak saya yang dah biasa telan kek lapis sarawak. Nampak gaya kena menuntut resipi dengan orang Sarawak juga. Or next time I should be generous dengan sukatan gula dan susu pekat. Nasihat saya, kalau dapat resipi kek lapis jangan terkejut dengan sukatan gula yang banyak sebab itulah keistimewaan kek lapis Sarawak. Keknya memang manis dan lemak berkrim. Pasal itu kek lapis tahan lama.

Monday, 25 October 2010

Jalan-Jalan Cari Penat

Asyik cerita pasal makanan saja, kali ini cerita pasal jalan-jalan pula. Bukannya jalan-jalan bercuti tapi jalan-jalan menghadiri wedding sepupu hubby di Felda Lui, Serting, N9. Dah lama saya tak sampai ke Serting yang terletak di bawah daerah Jempol, tak saya duga perjalanannya sangat panjang dan jauh. Masa saya belum kahwin dulu memang kerap juga lalu Serting/Jempol sebab inilah laluan utama setiap kali kami balik ke Terengganu melalui Muadzam. Tapi semenjak saya berkahwin dan menetap di Shah Alam, laluan kami balik ke Terengganu sudah bertukar melalui lebuhraya Karak – LPT pula.

Kerana itulah saya agak terkejut bila mana jalan Bukit Putus, di Ulu Bendul, Kuala Pilah yang asalnya tak ubah seperti ular kena palu sudah berubah jadi jalan lurus macam lebuhraya. Jimat sedikit masa perjalanan tapi kalau ada lori di hadapan ataupun pemandu yang merangkak-rangkak pandu kereta mendaki bukit tetap tak boleh nak laju. Sabar sajalah.

Saya terlupa, kali ini kami mulakan perjalanan dari Shah Alam dan bukan dari Seremban. Jadi saya kurang persediaan mental bila perjalanan memakan masa yang terlalu lama and what’s more the bumpy ride. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 10.30 pagi dan tiba di rumah pengantin hampir jam 2.30 petang. Itupun sebab kami berhenti solat Zuhur di masjid Bandar Baru Serting for about half an hour. That makes the journey a total of 3 1/2 hours ride! Kalau balik kampung hubby di Segamat pun paling lama baru 2 1/2 jam!

My children yang duduk di belakang pun bukan main gelisah dan resah sebab tak dapat nak bergerak. Keluar rumah dengan breakfast ala kadar, kami tak bawa bekal makanan ringan pun. Masuk separuh perjalanan masing-masing dah kelaparan tapi tak sampai-sampai juga ke rumah pengantin. Jadi bila dah resah gelisah macam tu, anak-anak saya pun apa lagi, bergurau senda lah kat belakang sampai bingit telinga kami dengar jeritan mereka. Dah penat bergurau diaorang bergaduh pulak sebab masing-masing berebut nak baring dalam kereta. Kalau kami pakai MPV bolehlah ambil seat sorang satu. Ini tidak, cuma kereta biasa je, belum mampu nak pakai MPV. Tak pasal-pasal kena jerkah dengan daddy. Kesian juga kat diaorang sebab kepenatan dan lenguh badan duduk lama dalam kereta. Bila sampai kat rumah pengantin masing-masing makan bertambah 2 pinggan seorang termasuk lah saya! *lol*

kalau dah pergi sekitar kuala pilah dah tentulah pemandangan sawah padi jadi halwa mata. sawah ini saya rasa is part of scenic yang ditawarkan oleh restoran warisan. single storey minangkabau building yang kelihatan itu adalah restoran warisan. besar dan luas restoran ini. saya tak pernah masuk restoran ini. berlatarbelakangkan bukit di belakangnya dan sawah padi terbentang luas sesuai kalau nak buat wedding reception. terletak berhampiran dengan pekan diraja Seri Menanti.
lepas tu mesti tak miss tengok rumah-rumah kampung yang bercirikan senibina minangkabau
kakak (maid saya yang berketurunan minangkabau) dengan yaya bukan main melekat bertepek macam loving sesangat. padahal diaorang ni kalau kat rumah selalu bergaduh. kalau time baik memang baik sangat, tapi bila bergaduh saya pun naik sakit hati. ni diaorang main kamera yang saya tinggalkan sementara saya dan hubby solat zohor di masjid serting.

p/s: sambil update blog sambil ber YM dengan kawan lama di Qatar. kalau tak kerana online malam ni agaknya sampai mati saya ingat dia masih di Perth, rupa-rupanya dah sampai Qatar! saya bila lagi? :-P

Saturday, 23 October 2010

Lapis Melapis - Kek Lapis Prune

Akhirnya tercapai juga hajat saya nak buat kek lapis. Tak tergambar betapa puas dan seronoknya hati bila dapat buat kek lapis hari Rabu baru-baru ini. Tapi disebabkan sibuk saya lewat upload gambar. Dah seronok sangat layan melapis. Bukan satu jenis kek lapis yang saya buat, tapi dua biji selama dua malam berturut-turut saya mengerjakan kek lapis.


Saya guna resipi kek lapis prune yang saya ambil dari blog Rima. Mula-mula cuak juga takut tak menjadi, maklumlah saya dengar banyak cerita tentang rumit dan remeh nya kerja-kerja melapis ini. Malah ada yang kata nak mengadun bancuhan keknya pun banyak pantang larang kalau telur tak dipukul hingga betul-betul kembang nanti tak menjadi. Bimbang juga kalau 15biji kuning telur yang saya gunakan nanti membazir jika kek tak menjadi! Rugi!

Tapi Alhamdulillah sebab kek saya menjadi sungguhpun tidak sesempurna kek lapis orang lain. Tengoklah kek lapis saya agak nipis. Saya masih belum fasih sangat nak mengawal api grill masa membakar. Lagi satu, saya tekan kek terlalu kuat agaknya sebab itu lapisan kek saya terlalu nipis. Sungguhpun rupa dia agak kurang cantik tapi rasa kek lapis prune itu tetap ada. Saya suka sangat rasa dia yang berempah itu, malah keknya pun harum.



tamak punya pasal setepek tebal buah prune saya letak. Maklumlah nak makan sendiri memang mewah :-)

Yang ini pula adalah kek lapis cadbury yang saya beli from my officemate tapi bukan dia yang buat, wife dia yang buat. Dah habis raya baru nak beli? Nak buat macam mana, raya tahun ni wife dia tak buat kek sebab helper tak dapat datang dari Kuching. Jadi terpaksalah saya pendamkan hajat sehingga baru-baru ini saya pujuk juga dia buat seketul kek lapis cadbury untuk saya. Dia ni kalau buat kek lapis untuk raya memang beratus biji. Operasi dapur dia memang tak berhenti. Dan kek lapis dia memang betul-betul sedap, pasal tu saya mesti tempah dengan dia.keknya tebal dan sarat dengan coklat! Sedap sangat yummm...

Tukang buat kek lapis ini memang orang Sarawak. Nak cari kek lapis yang sedap bukan mudah. Kat semenanjung ni ramai kek lapis maker yang claim kek dia sedap. Dan saya juga tahu bisnes kek lapis sarawak ni sekarang dah diceburi oleh non-sarawakian. Tapi kalau saya teringin nak makan kek lapis memang saya tempah dari Sarawakian kek lapis maker, terutama dari wife officemate saya ni. Maaf cakap, bukan nak cakap besar tapi barangkali saya sudah disogokkan dengan bermacam jenis kek lapis sarawak sejak bekerja dengan kompeni sarawak ni. Bos kat kompeni saya ini tiap tahun tempah kek lapis, jadi saya dah biasa jadi tukang rasa sebab bos saya ini sangat perfectionist orangnya. Tambahan pula dia sendiri pandai memasak, jadi dia sangat ambil berat tentang kualiti dan authentication kek lapis. Dia sanggup terbangkan kek lapis dari Sarawak bila tak puas hati dengan kualiti kek lapis kat KL ni. Lama-lama jadi tukang rasa kek lapis, saya dah boleh bezakan kek mana yang sedap, kek mana pakai pure butter, kek mana pakai marjerin, dan siapa tukang buat kek lapis sarawak yang sedap.

Saya pernah order kek lapis dari orang semenanjung, tapi kecewa sedikit sebab keknya nipis, coklatnya jarang-jarang tetapi harganya mahal sedikit berbanding kek yang kawan saya buat. Pun begitu, barangkali ada yang buat lebih sedap dari yang saya pernah rasa. Mungkin saya belum jumpa yang lain-lain. Kalau ada, boleh share dengan saya.

Thursday, 21 October 2010

Craziest Weekend Part II

Our weekend begins as early as 5.30am. Ringing tone from hubby's handphone cepat mengejutkan aku. It was a call from his friend who came to collect the sandwiches yang mengejutkan kami awal pagi Ahad. Saya rasa macam tak tidur langsung, orang kata macam tidur-tidur ayam. Saya sambung tidur semula.the sandwiches yang siap dibungkus individually.

Jam 8.30 pagi saya heret juga badan yang terasa berat ini bangun, mata yang pedih saya paksa buka sebab nak sambung siapkan hutang kek 1 biji serta touch up 3 biji lagi sebelum diambil jam 10pagi nanti. Alhamdulillah, siap hutang sebiji kek itu jam 1.10petang. Slownya saya buat kerja bukan sebab saya slow, tapi sebab nak tunggu the frosting set baru boleh draw gambar kat atas kek. Mujur saya sempat mandi in between my work tu. Tapi hari Ahad itu sekali lagi dapur saya tak berasap. My children makan apa entah. Fahmi help himself with tuna sandwiches yang saya buat dengan kulit roti ! Kulit roti je untuk anak-anak saya sebab the white ones sudah habis dibuat jualan. Tapi kulit roti tu banyak khasiat, habis juga Fahmi bedal 2 keping. Yaya my picky eater tu makan juga a bite, lepas tu dia buat air milo sendiri! Yes, you heard me correctly, anak dara saya yang berumur 5 tahun tu buat air milo sendiri sejak mama dan kakak dia sibuk tahap gaban. Dia panjat sendiri atas table top, buka kabinet gantung dan ambil milo peket. Dia ambil gula sendiri, part air panas je kakak tolong tuangkan, lepas tu pandai-pandai dialah bancuh sendiri. Entah apa rasanya tapi habis segelas. Buat sendiri tentulah sedap kan? Kalau orang buatkan aja saja yang tak kena, cairlah, tawarlah. Lepas itu masing-masing baik fahmi mahupun yaya dua-dua buat hal sendiri.

Hubby pula pagi-pagi dia keluar carikan bottled and carton drinks jualan pesta konvo lagi. I don't know what gets in to us sampai kami laki bini jadi crazy macam ni. Macam desperado gila. I told hubby lain kali plan lah awal-awal. Jangan buat kerja last minute macam ini. Dia pulak kata kalau tak mulakan sekarang tak taulah bila lagi nak mula. Nak aja saya jawab, I've started 1 1/2 years ago with zero knowledge, what's stopping you? Ughhh tapi badan sudah penat, tulang ni macam saya paksa-paksakan bertongkat, Alhamdulillah this body has never failed me, yet. Kena pamper balik lepas ini.

Berbalik kepada diri saya. Lepas siap kek saya masuk bilik anak-anak, switch on aircond, saya baring atas lantai. Sejuk sikit kat bilik budak, bilik saya menghadap matahari petang, panas. Badan sakit, mata pedih mengantuk tapi otak masih belum mahu rehat jadi saya tak sangka saya boleh terlelap sampai hubby balik jam 2.20petang. Aduh kek tak hantar lagi, customer nak jam 3.00petang. Mujur hubby tolong hantar. Saya tahu dia pun penat tapi at that moment I'm being selfish. Cepat-cepat bangun, solat zohor dan bersiap. We had 2 birthday invitation, satu di sunway alam suria, another one di linggi, rembau, N9. Wahahaha dah lembik macam sotong pun ada hati nak berjalan jauh lagi? Kerana janji saya turutkan. Perut lapar perlu diisi juga. Balik dari rembau, hubby dah tak larat nak drive, saya sambung drive sampai rumah. Mujur juga dia nak ikut saya sampai ke rembau. Kalau lah saya seorang diri drive with the kids rasanya sudah melayang-layang kereta. Agaknya sebab masing-masing pun sedar, kami sama-sama get ourselves into this craziness, jadi masing-masing tak banyak merungut, ikut je aturcara yang dah pre-plan.

Anda fikir balik dari rembau saya buat apa? Apa????! Tidur?????!!!












Oh Tidakkkkkkk!



















Heheee... saya baking lagi. Tempahan untuk diambil petang esoknya.

So there goes our weekend. No rest, no quality time with the family... semuanya sebab we fail to plan.

Wednesday, 20 October 2010

Craziest Weekend Part I

I warn you, this entry is going to be the longest entry ever. Lama tak upload bukannya tak ada cerita. Tapi saya berehat dari blogging sebentar, melepaskan penat yang terkumpul minggu lepas.

What a crazy weekend we had. None of us (read: me, hubby & kakak) had any rest. Our weekend were filled with work, work and more work. I've never had to work 7 days a week, but last week the 7days that we had pun rasa tak cukup! Itupun sampai stayed up late til 2-3am in the morning. Crazy!

Nak tau macam mana our weekend became a crazy weekend? It started with me. Seperti biasa, tukang masak diraja was booked to bake cakes. Banyak order last week tapi saya dah atur jadual sebaik mungkin. By mid week saya sudah berjaya deliver my promises, yang tinggal hanya 1 order sahaja for Sunday. Saya sudah happy, sebab saya ingat bolehlah saya rest, layan my kids, membelai pokok, mula berjogging semula selepas saya tinggalkan jogging for 2 months due to observing Ramadhan and Raya. Tiba-tiba ada customer yang sudah confirmed order next weekend nak percepatkan tarikh kepada 17 Oct. Mengenangkan si dia adalah one of my most loyal customer and the 3 cakes that she ordered are for her children's birthday saya akur juga. Saya kan cepat kalah when it comes to children! Saya yang sepatutnya bersantai-santai menyiapkan 1 biji kek sahaja for another loyal customer hari Ahad terus bertukar menjadi al kalam wal kalibut. Berkejarlah saya balik kerja Saturday tu tanpa toleh kiri kanan tanpa rehat hatta seminit pun sambung baking and decorating the cakes. Owh ini bukan entry merungut tapi nak beritahu how my weekend turned crazy.

Mind you 2 nights before saya dah tidur lewat sebab baking juga, badan masih penat but a promise is a promise. Makan pun sempat telan ketupat mini seketul dengan kuah kacang, no time to enjoy the food, asal dapat alas perut. Pity my children sebab terabai hari itu. Can't blame others, it was my fault 110%.

I was into my second cake petang Sabtu itu, apabila encik hubby menambahkan kesewelan saya hari itu dengan his announcement that he has accepted his friend's request untuk supply sandwiches and food untuk jualan pesta konvo U mana entah di putrajaya! Saya sudah drained out habis untuk bertekak dengan dia. Dan dia juga tahu I'll be furious pasal itu dia cakap he'll do all the work himself but just guide him how to do it. Adeh, adakah tipah boleh tertipu dengan janji manismu itu? Saya sudah kenal dia too well, maka saya tahu apa maksud bila dia kata "biar abang masak", takde maknanya sebab practically saya juga yang masak/buat because he'll be harassing me with "yangg, bawang ni nak potong macam mana?" "yangg, ni dah masak ke belum?" "yangg, memang cair macam ni ke?". Habis tu, kalau dah setiap 2 minit panggil saya, ingat boleh aman ke dunia saya? Samalah bila dia kata dia yang akan buat the sandwiches sendiri tapi saya kena guide. Saya cakap kat dia, saya tak perlu guide, pergi cari recipe dalam recipe tu dah cukup guidance sampai cara potong roti pun siap explain sekali! Pendek cerita, dia tak tau masak, fullstop!

Dan malam itu we were supposed to join BBQ kejiranan 76G! Tugas kami ialah menyediakan air lemonade! Aduhai a simple task preparing drinks pun boleh jadi berat dengan jadual kerja yang sedia berat itu. Saya surrender awal-awal lagi, saya cakap kat hubby saya tak larat nak join the BBQ walaupun perut terasa lapar sungguh tapi saya ada 2 biji kek lagi yang belum siap. Customer nak ambil awal pagi Ahad! Saya dah rasa nak menangis. Tulang macam dah tak ada.

Tapi anda tahulah saya ini, memang jenis yang tak sampai hati nak kecewakan orang. Before hubby keluar rumah bawa anak-anak ber BBQ di playground hujung rumah kami dia sempat pesan suruh saya tidur lepas siapkan kek tapi kalau boleh joinlah BBQ. Itupun suara dia tidak tegas sebab tengok muka toya saya tapi mesejnya cukup sarat harapan. Macam lipas kudunglah saya siapkan kek ke 3, sebaik jam tepat 10 malam saya kemas tools dan ajak kakak ke playground hujung jalan. Kesian juga kat kakak, dia pun macam saya tak makan tak minum menolong saya bancuh coklat dan berkemas bagai. Dapur kami pun tak berasap, nak makan apa kat rumah?

Alhamdulillah, masih ada food left for us. Sedap juga dapat makan kebab ayam ala western. Seronok juga beramah mesra dengan jiran-jiran semua. buat BBQ dekat dengan playground, jadi seronoklah anak-anak saya bermain sambil makan aiskrim
bapak budak dan mak budak pun berebut nak makan aiskrim!
sesi ta'aruf. my hero tengah perkenalkan diri

I'm glad i decided to join the BBQ gathering. It helps to unwind the stress dan pressure yang saya pikul seharian di dapur. By the time saya balik ke rumah jam 12 tengah malam dan tidurkan anak-anak, mood saya sudah kembali tenang. Saya masuk dapur semula, bancuh ramuan sandwich tuna hubby. Mujur petang itu dia tak jumpa bekas aluminium untuk bake bread pudding kalau lah dia jumpa rasanya naik lagi temperature saya sebab bertambah-tambah kerja. Tak sampai hati saya nak biarkan hubby terkial-kial siapkan beratus sandwich seorang diri. Rasanya kalau saya buat keras hati pun saya juga yang rugi. Sebab saya takkan boleh lelap mata dek risau, bukan risaukan dia tapi saya lebih concern kan nasib pembeli-pembeli sandwich dia esok! :-D

Akhirnya, selepas menyiapkan 152 keping sandwich tuna dan sandwich telur di malam yang hangat sebab cuaca panas, saya untuk kesekian kalinya masuk tidur jam 2 pagi dengan hutang tertunggak bernilai 1 biji kek belum siap! And more things awaited us comes the next morning. Boleh kah saya bangun esok pagi sebelum customer sampai?