Thursday, 4 November 2010

Fetish

It has been a while since I blog about my children. As a working mother juggling between my office work and my hobby seringkali saya terlupa tanpa rela sekejap pada anak-anak. Pun begitu they are always around me jadi saya tahu apa mereka buat, apa mereka suka dan tak suka etc.

My princess yang sekarang ni suka cari gaduh dengan mama. She has a fetish for fruits in a cake as in fruit cake where she got to eat loads and loads of raisins – well raisins pun kira fruit juga kan sebab it originates from grapes, carrot cake for the same reason i.e. raisins! And … the prune layer cake that I recently learnt to bake.

My prune layer cake tersadai di dalam fridge for about a week, semua orang dah stop eating it. Myself pulak shift my kemaruk kepada Cadbury layer cake. Rupa-rupanya everybody stop eating the prune layer cake bukan sebab tak suka, tapi sebab kek tu duduk dalam fridge tak duduk depan batang hidung so semua ingat dah habis. I took it out on Saturday afternoon nak bawa pergi rumah my sister, daripada tersadai dalam fridge takde orang makan lebih baik bagi kat my sister. Serta mertalah Yaya kemaruk balik nak makan prune cake tu, sampaikan bila tiba kat rumah my sis, dia yang habiskan! Tiba-tiba saya terperasan persamaan lain antara ketiga-tiga kek di atas, not only the cakes rich in fruits pieces, all the 3 cakes flavor were enhanced with mixed spices powder i.e cinnamon for carrot cake, nutmeg for fruit cake and mixture of cinnamon, nutmeg and other spices for prune cake. She also likes the applesauce cake that I made with a hint of cinnamon. Spices and fruits goes well together.



My boy yang tak banyak cakap. He has a fetish for nasi goring. Buatlah nasi goring apa sekalipun, he can eat them for breakfast, lunch and sometimes he even ask us to leave some for dinner. Kalau makan kat luar we normally ordered nasi goring cina for him sebab walaupun dia boleh makan my lamb curry yang hot, but when it comes to nasi goring he likes it mild. Kalau kat rumah he likes my nasi goring sardine with plenty or hirisan bunga kantan and serai and recently he ask me to make nasi goring ikan masin pulak. That’s his other fetish – for ikan masin! Malam Sabtu lepas when my nieces were around I entertain them for a dinner treat di Bigfood. Fahmi sejak dua hari sebelum itu dah teringin nak makan spaghetti seafood, tapi bila sampai kat Bigfood dia tengok je menu terus tukar selera nak makan nasi goring! Apa-apa sajalah anak bujang saya dengan nasi goring ni.

Sekarang ni, my boy tengah demam. Ye, demam lagi padahal baru je baik demam tonsil tempohari. Kesian kat dia coz he missed a few papers masa exam week last week. Itupun belum sempat ambil exam paper yang dia missed tapi dah demam semula. Cepat-cepatlah sihat anak mama ni.

Monday, 1 November 2010

November Sudah Tiba

November has come. I'm counting 10days before we being left to manage the house on our own. Seize the day!

Sunday, 31 October 2010

Tutorial Cara Nak Makan Cupcake

Masa majlis malam penutup aidilfitri kat rumah saya tempohari, saya noticed masih ada orang terkial-kial nak makan cupcake bersarung souffle cup yang saya buat tu. Kalau cupcake tu jatuh ke tangan kanak-kanak alamatnya akan terbuang begitu sahaja sebab mereka cuba makan dari permukaan kek which means they'll only reach as far as the first top quarter of the cupcake or in worst case, the cream sahaja! Sementara the adults pula saya perasan ada yang mencari-cari sudu untuk korek the tiny cake out. Kesian! Dan sedih bila tengok cupcakes tu akhirnya terbuang begitu sahaja sebab si pemakan tak tahu macam mana nak keluarkan the cake.

Sebenarnya bukan susah pun nak makan cupcake in souffle cup tu. I'm sure many of you yang tahu tapi masih ramai yang tak tahu. You don't need a spoon to eat the whole tiny cake. The souffle cup is user friendly enough you can peel the sarung off and pop the whole tiny cake into your mouth at one go. Easy peasy no messy. But just in case ada yang tak tau, saya buat entry khusus tentang cara-cara nak makan cupcake. No pun intended, I don't mean to undermine sesiapa, sharing is caring.

Pertama, mestilah ada cupcake kan?

Ignore rupa cupcake yang comot tu, ini adalah baki cupcake malam itu yang saya tak larat dah nak deco. Sebab itu dia togel.
Pegang cupcake pada sebelah tangan - ikutlah tangan kiri or kanan. Tangan kanan saya pegang kamera. Ok so now anda nampak kat kelim pada keliling bibir souffle cup itu? Next you need to work on that :-)

Gunakan jari anda untuk tarik keluar kelim pada bibir souffle cup. Then move to the next kelim sampai habis.
aduh tak comelnya jari saya, banyak kesan kulit menggelupas sebab terlalu kering dek bermain sabun, tak sempat nak sapu loseyn untuk photoshoot ni. heeee :-)
tapi yang penting kuku mesti pendek!


Bila semua kelim sudah ditarik keluar, you'll note the cup dah loosened itself from the cake.Flattened the cup and remove the cake dari kurungan.

Now, you can take a bit and savour the chocolatey richness in the cake. Wallah! ;-) Cantiklah pulak ambil gambar close up macam ni heee ;-)

Sekarang, barulah terasa nikmat makan cupcake kan? Your hand pun tak kotor, bibir pun tak comot dek cream, tak perlu touch up lipstik lepas makan cupcake ;-) ;-) Gadis-gadis pingitan tak perlu nak control ayu makan cupcake lagi dah ;-).

Most importantly, tiada pembaziran!

Saturday, 30 October 2010

Shepherd's Pie Rusa Nani

I've been wanting to make shepherd's pie like ages. Dah bertahun lamanya saya bercinta nak buat pie ni tapi entah kenapa barangkali keterujaan itu belum cukup membuak-buak. Tapi akhirnya dua hari lepas saya buat juga untuk pertama kali. Thanks to fahmi dan yaya sebab mereka berdua suka sangat makan sheperd's pie yang saya beli dari rooibos cafe, ara damansara sampai berjaya naikkan semangat saya nak buat pie. See, nak buat pie mudah ni pun perlu dikipas semangat, nampak sangatlah mood memasak saya so low this week.

Inti pie saya buat guna daging rusa yang berbaki bulan lepas. Tak susah pun nak buat intinya. Daging rusa saya cincang kasar, tumis dengan bawang besar didadu, lobak merah dan cendawan segar. Saya memang tak guna cendawan dalam tin untuk semua masakan sebab ragu dengan status halal barang buatan China tu kan. Manufacturer yang sama produce canned pork dan canned cendawan butang. Biarlah keluar duit lebih sikit untuk beli cendawan fresh, untuk barang yang halal tiada kompromi. Bila dah kering air daging rusa saya letak sesudu pes tomato, kalau tak ada guna puri tomato pun boleh. Kemudian tambahkan sos lada hitam, ground pepper, chopped rosemary dan sedikit stok ayam. Tambah sedikit garam sebab stok ayam dah masin.


Untuk kulit pie pula i cheat. Saya guna kulit pastry jenama kawan. Kan saya dah kata, minggu ini minggu malas ke dapur. Jadi bila memasak semuanya pakai ready made je. Lagipun saya buat pie ni sebelah malam, saya baru balik kerja dan belum sempat berbuka puasa sunat lagi. Sebenarnya kalau tak buat kulit pie pun boleh, tapi saya lebih suka pie yang berkulit.

Untuk dapatkan bentuk pie saya guna loyang muffin yang berdiameter lebih kurang 2.5in. Alaskan dengan kulit pastry lepas tu isikan dengan inti pie. Untuk topping 6 biji pie, saya guna 2 biji ubi kentang bersaiz sederhana yang direbus dan dilecek dengan sedikit krim. Rasanya kalau guna 3 biji ubi kentang lebih mewah sedikit toppingnya. Lepas itu, tabur keju mozzarella. Bakar dengan api atas bawah 180C selama 25minit kemudian guna api grill supaya topping kentang kekuningan sedikit selama 5-10minit.
berebut fahmi, yaya dan saya makan pie. Yaya tak kasi saya habiskan pie, dia suruh simpan sebab esok nak makan lagi!

Fahmi pula tanya saya kenapa tak buat guna daging kambing? Amboi anak-anak saya ni dah mula terbiasa disogok makanan mewah sampai pandai pula dia mengajar saya masak letak itu dan ini. Lamb baki tempohari dah saya buat kari hari isnin lepas, mana nak ada lagi. Sudah-sudah lah tu makan daging merah.

Wednesday, 27 October 2010

Meroyan

Walaupun hujung minggu saya minggu lepas sudahpun berakhir tetapi masih ada sesuatu yang membuatkan saya tak puas hati. Sungguhpun saya sudah berjaya melampiaskan nafsu nak membaking kek lapis tapi masih ada seperkara dua lagi hajat saya yang tak tertunai sepenuhnya. Apa-apa sajalah saya dan hajat (read: kehendak, nafsu nafsi).

Sebenarnya, selain daripada hajat membaking kek lapis (yang sudah tertunai) saya berhajat, uisyyy macam besar benar bila sebut 'hajat' tu baiklah tukar kepada 'ingin' atau 'rancang' saja. Ye, saya teringin nak beli display rack untuk diletakkan di ruang tamu sebab dah lama sangat saya layan pedih mata tengok ruang tamu yang agak togel melainkan diserikan kehadiran set sofa lama kami itu. Gara-gara mata melilau belek dekorasi rumah orang masa beraya tempohari cantik berhias display rack, langsung hati saya tercuit nak juga satu kalau tak dapat dua. Hubby tempelak saya, kata dia banyak ke duit. Hehehe... err bila satu-satu benda dah menguasai minda (read: nafsu) memang susah saya nak lupakan sampaikan duit bukan lagi halangan! Owh saya tidaklah seteruk itu, duit memang ada tapi tak cukup kalau nak beli rack yang mahal beribu-riban. Kalau setakat rack tahap pipit tu, insyaAllah ada fulus secukupnya. Saya pun ukur baju di badan sendiri, tidaklah saya berangan nak beli yang mahal kalau dah fulusnya kecil.

Sayangnya, Sabtu lepas iaitu hari yang saya rancang untuk keluar hunting for display rack telah diambil alih oleh hubby dengan rancangannya pergi kenduri di serting, N9. Maka saya berasa sedikit kecewa sebab rancangan asal tidak menjadi. Sepanjang masa dalam kereta gelisah sungguh lah hati saya sebab terasa benar keinginan saya kali ini tidak kesampaian. Bila kami sampai semula ke shah alam pun hari dah lewat petang, bertambah-tambah lah kehampaan saya. Teruk sungguh lah nafsu saya kali ini. Mengalahkan ibu-ibu mengandung! Eh bukan, dah macam meroyan pun iye. Jadi untuk mengubat sedikit hati yang kecewa, supaya tidur malam saya tidak mengigau-igau saya ajak hubby pergi 'plant hunting' pulak. Umpama bayi yang sedang meraung kelaparan, kalau tak sempat diberikan susu, sumbat puting @ pacifier je dulu pun boleh.

Jadi pacifier saya adalah plant hunting yang memang pun termasuk dalam list 'keinginan' dan 'rancangan' saya minggu lepas. Ni pun kes tak larat layan pedih mata tengok laman dalam rumah lapang melainkan basikal-basikal budak-budak dan bapak budak yang duk beratur tepi dinding.

Saya berkenan tengok pokok heliconia dengan bunganya yang berjurai ke bawah kat rumah jiran belakang rumah. Pokoknya ditanam dalam pasu tempayan besar gedabak, jadi nampak tinggi dan penuh laman rumahnya. Saya berjaya dapat dua beg pokok heliconia, tapi bab pasu tu terpaksa lah saya ambil pasu kecil saja sebab tak muat nak angkut dalam bonet kereta.

Tarraaaa... pokok heliconia (pacifier saya) dalam pasu comel.



anak keladi yang beranak pinak dari ibu pokok

Ada orang janji nak belikan saya pasu besar hari Isnin lepas. Tapi sekarang sudah nak masuk hari Khamis, bayang pasu pun belum nampak. Dia sibuk minggu ini, balik kerja lewat melepasi waktu operasi nursery. Jadi saya kena sumbat pacifier buat sementara waktu. Huwaaaa... tapi saya tau memang lambat lagi saya akan dapat pasu besar tempayan itu sebab hujung minggu ini dia nak ke Melaka lah pula!

Tuesday, 26 October 2010

Lapis Melapis - Kek Lapis Cadbury

Bila gian melapis sudah datang, terus bersambung-sambung saya buat kek lapis. Kek lapis cadbury ini saya buat pada malam hari Khamis yang lepas. Saya teruja selepas berjaya melapis kek prune. Bila dah dapat buat sekali, yang kali kedua tu terasa mudah sedikit sungguhpun resipinya berbeza dan kaedah penyediaannya pun sedikit berlainan.
Kalau kek lapis prune saya mewah dengan prune, yang ini pula saya agak kedekut coklat sebab 4 kotak coklat cadbury mini saya beli tapi masih tak mencukupi!Agaknya my friend buat kek guna 6 kotak coklat cadbury. Patutlah kek lapis cadbury ni dijual RM130 sebiji!

Kalau masa melapis kek prune hati saya risau sentiasa, tapi bila buat kek cadbury ni saya lebih relaks sebab lebih mudah dibakar dan setiap lapisnya elok masak sekata.

kemas pula bahagian luarnya. Dah nampak macam pro kan? :-P perasan sekejap.

A bit fail di situ sebab coklatnya jarang-jarang. If you noticed dua lapisan atas kelihatan agak peroi sebab saya kurangkan sapuan melt butter. Saya sangka sapuan melt butter yang berlebihan akan buat lapisan kek jadi lebam dan lembik macam kek prune. Rupanya untuk kek cadbury ini kaedahnya berlainan. Should have applied more melt butter next time.

Saya guna resipi yang diambil dari blog rozzan. Itupun saya gantikan serbuk santan dengan horlicks dan saya lebihkan susu pekat manis. I should have use another resipi yang lebih mewah sukatan gula dan susu pekatnya sebab resipi yang saya guna kali ini manisnya tak sampai, bergantung semata-mata pada manis coklat. Pasal itu saya rasa kalau nak ikut resipi ini juga memang kena mewahkan coklat baru terasa keknya. Tapi tak sama rasanya dengan kek lapis yang kawan saya buat. Bukan nak salahkan resipi tapi agaknya memang kurang sesuai dengan tekak saya yang dah biasa telan kek lapis sarawak. Nampak gaya kena menuntut resipi dengan orang Sarawak juga. Or next time I should be generous dengan sukatan gula dan susu pekat. Nasihat saya, kalau dapat resipi kek lapis jangan terkejut dengan sukatan gula yang banyak sebab itulah keistimewaan kek lapis Sarawak. Keknya memang manis dan lemak berkrim. Pasal itu kek lapis tahan lama.

Monday, 25 October 2010

Jalan-Jalan Cari Penat

Asyik cerita pasal makanan saja, kali ini cerita pasal jalan-jalan pula. Bukannya jalan-jalan bercuti tapi jalan-jalan menghadiri wedding sepupu hubby di Felda Lui, Serting, N9. Dah lama saya tak sampai ke Serting yang terletak di bawah daerah Jempol, tak saya duga perjalanannya sangat panjang dan jauh. Masa saya belum kahwin dulu memang kerap juga lalu Serting/Jempol sebab inilah laluan utama setiap kali kami balik ke Terengganu melalui Muadzam. Tapi semenjak saya berkahwin dan menetap di Shah Alam, laluan kami balik ke Terengganu sudah bertukar melalui lebuhraya Karak – LPT pula.

Kerana itulah saya agak terkejut bila mana jalan Bukit Putus, di Ulu Bendul, Kuala Pilah yang asalnya tak ubah seperti ular kena palu sudah berubah jadi jalan lurus macam lebuhraya. Jimat sedikit masa perjalanan tapi kalau ada lori di hadapan ataupun pemandu yang merangkak-rangkak pandu kereta mendaki bukit tetap tak boleh nak laju. Sabar sajalah.

Saya terlupa, kali ini kami mulakan perjalanan dari Shah Alam dan bukan dari Seremban. Jadi saya kurang persediaan mental bila perjalanan memakan masa yang terlalu lama and what’s more the bumpy ride. Kami bergerak dari rumah sekitar jam 10.30 pagi dan tiba di rumah pengantin hampir jam 2.30 petang. Itupun sebab kami berhenti solat Zuhur di masjid Bandar Baru Serting for about half an hour. That makes the journey a total of 3 1/2 hours ride! Kalau balik kampung hubby di Segamat pun paling lama baru 2 1/2 jam!

My children yang duduk di belakang pun bukan main gelisah dan resah sebab tak dapat nak bergerak. Keluar rumah dengan breakfast ala kadar, kami tak bawa bekal makanan ringan pun. Masuk separuh perjalanan masing-masing dah kelaparan tapi tak sampai-sampai juga ke rumah pengantin. Jadi bila dah resah gelisah macam tu, anak-anak saya pun apa lagi, bergurau senda lah kat belakang sampai bingit telinga kami dengar jeritan mereka. Dah penat bergurau diaorang bergaduh pulak sebab masing-masing berebut nak baring dalam kereta. Kalau kami pakai MPV bolehlah ambil seat sorang satu. Ini tidak, cuma kereta biasa je, belum mampu nak pakai MPV. Tak pasal-pasal kena jerkah dengan daddy. Kesian juga kat diaorang sebab kepenatan dan lenguh badan duduk lama dalam kereta. Bila sampai kat rumah pengantin masing-masing makan bertambah 2 pinggan seorang termasuk lah saya! *lol*

kalau dah pergi sekitar kuala pilah dah tentulah pemandangan sawah padi jadi halwa mata. sawah ini saya rasa is part of scenic yang ditawarkan oleh restoran warisan. single storey minangkabau building yang kelihatan itu adalah restoran warisan. besar dan luas restoran ini. saya tak pernah masuk restoran ini. berlatarbelakangkan bukit di belakangnya dan sawah padi terbentang luas sesuai kalau nak buat wedding reception. terletak berhampiran dengan pekan diraja Seri Menanti.
lepas tu mesti tak miss tengok rumah-rumah kampung yang bercirikan senibina minangkabau
kakak (maid saya yang berketurunan minangkabau) dengan yaya bukan main melekat bertepek macam loving sesangat. padahal diaorang ni kalau kat rumah selalu bergaduh. kalau time baik memang baik sangat, tapi bila bergaduh saya pun naik sakit hati. ni diaorang main kamera yang saya tinggalkan sementara saya dan hubby solat zohor di masjid serting.

p/s: sambil update blog sambil ber YM dengan kawan lama di Qatar. kalau tak kerana online malam ni agaknya sampai mati saya ingat dia masih di Perth, rupa-rupanya dah sampai Qatar! saya bila lagi? :-P