Monday, 14 March 2011

It's School Holiday Already... but...

It is school holiday already! But I don’t feel like a holiday sebab my two little terror bangun awal lah pulak pagi ni. Orang tengah sibuk bersiap nak pergi kerja diaorang pun sama lah menyibuk dalam bilik – main internet games lah, yang sorang tu dah pukul 7.15pagi baru nak solat subuh, takpelah bagus juga dia mau solat tapi mama dia pulak bising sebab tak boleh gi keje cepat nak kena tunggu cik minah mulut becok hantu pulut selesai solat. Kang kalau saya cabut je gi keje ada yang melolong macam langsuir pagi-pagi buta.

Kenapa saya panggil dia cik minah mulut becok hantu pulut? Haa itu pet name baru dia ala-ala tajuk filem komedi seram hantu kat limah balik kampung ke apa tu. Dia (yaya) memang suka tengok cerita hantu kat astro semua tajuk cerita hantu yang terkini dia tau jadi sesuai benarlah saya bagi gelaran ala-ala tajuk cerita hantu (sekarang kan trend tajuk panjang berjela). Saya panggil dia cik minah mulut becok sebab memang dia banyak mulut, cakap tak berhenti macam bertih jagung goreng. Asal celik je mata mulalah berkicau mulut dia tu menyanyi ke bercakap ke membebel ke umpamanya tak payahlah nak bela burung kenari dalam sangkar, cukuplah burung yang tak bersayap ni sorang.Mana pulak dapat gelaran hantu pulut? Dah memang dia ni jenis tak boleh tengok pulut, asal nampak pulut je dia mengigil kalau tak dapat. Tak kiralah pulut kuning ke pulut panggang ke pulut putih makan dengan kuah durian ke hatta kuih pulut seri muka pun dia boleh sapu bahagian pulutnya saja yang kepala dia bagi kat saya. Pagi semalam kami breakfast dengan pulut kuning bersambal ikan bilis yang my mum bekalkan, itupun dia makan tak mau berhenti sampai naik risau saya takut dia overload – berjelanak pulak muntah nanti cukup-cukuplah bermain dengan muntah last week. Dah gitu tak hantu pulut namanya? Tapi bila saya gelar dia cik minah mulut becok hantu pulut dia meriau lah pulak, memang tak boleh bawa bergurau budak sorang ni mulalah mencebik mulut dia macam Donald duck.

Tak macam abang dia yang cool je, kalau kita gurau dia boleh tambah lagi gurauan tu sikit tak terasa hati. Contohnya macam tempohari dalam kereta masa budak berdua tu pandai-pandai suruh mama & daddy dia kasi adik kat diaorang nak sorang satu pulak tu apa diaorang ingat anak patung ke? Incik hubby was trying to turn the table on them jokingly told him abang jelah ada anak sendiri bila dah besar nanti tak payah lah mama & daddy bagi adik. Fahmi dengan cool dan selamba jawab dia nak anak 5, tapi kalau kahwin 2 dia nak anak 10!!! Tapi masalahnya dia tak tau nak kahwin dengan siapa coz dia tak kenal mana-mana girls yang dia berkenan! *lol* Bila kami saja usik tanya Yaya nak kahwin dengan siapa nak tau apa respon dia? Mulalah dia meriau dalam kereta tu membentak-bentak marah siap muncung panjang muka kemek bagai. Oopss mama tarik baliklah soalan tu. Sangat tak sporting okeh!

Jadi cuti sekolah 1 week kali ni, duduklah budak berdua kat rumah menghiburkan hati masing-masing sebab mama & daddy dia kerja tak ambil cuti. Pandailah budak berdua tu menghiburkan diri sendiri, diaorang memang ada je idea nak buat apa setiap hari, yang si mulut becok tu suka menyanyi & menari biarlah dia buat konsert kat rumah di siang hari sebab bila malam tiba dan daddy dah ada kat rumah janganlah ngada-ngada nak meliuk lentuk ada kena jerkah dengan daddy. Daddy dia cukup berbulu tengok aksi liuk lentuk dan kicauan burung tak reti diam tu. Bukan apa, daddy dia risau kalau tabiat suka menyanyi & berjoget tu terbawa-bawa sampai ke besar, tak rela dia tengok anak masuk tv, akademi fantasia bagai. Nauzubillah… saya pun tak restu.

Yang si abang pula hmm… kalau siang main dengan adik jelah. Kalau ada main masak-masak dia lah kena palau jadi tukang rasa, kalau adik main kedai makan dialah jadi pelanggan (si adik jadi tokey kedai/waiter/tukang masak – sungguh gila kuasa!). Nak buat macam mana, si abang ni memang jenis cool tak suka memerintah orang. Petang-petang sure dia orang pergi kayuh basikal dengan firdaus dan haikal kat taman kecil or taman besar. Few weeks ago dah saya ban diaorang daripada keluar rumah seminggu gara-gara celah kangkang Yaya koyak sebab jatuh kat taman kecil. Ngeri saya tengok luka koyak tu okeh. Tapi dalam luka koyak tu pun dia masih melompat terkinja sakan… memang sugar level dalam badan dia ni sedia tinggi kot.

Fahmi ada juga ajak kami pergi jalan-jalan (bercuti lah tu) Dia nak main air macam kat gambang water park tempohari. Tapi tak dapat sebab before this kami dah janji, mama & daddy hanya akan bawa dia main air lagi kalau result ujian dia bagus. Dia baru je ambil ujian prestasi tahap 1 before cuti sekolah, so result tak keluar lagi macam mana nak bawa gi main air? Jawabnya kena tangguh dulu main air sampai keluar result lah ye. Bagusnya Fahmi tak pulak merajuk … dia terima je decision kami seadanya. Tengoklah sejauh mana kesabaran dia. Kalau dia boleh bertahan sampai result keluar insyaAllah ganjarannya berlipat ganda sebab saya ada surprise untuk dia – on top of janji nak main air tu. Saya tau saya banyak menguji dia… saya harap-harap sangat eventually dia akan faham konsep reward plan yang saya gunakan. Saya nak dia mula tahu dan faham kalau dia nak kan apa-apa he has to work towards it. We are not going to give it freely to him. Ni semua nak motivate dia untuk rajin belajar sebenarnya. Sementara tunggu result keluar, cuti sekolah ni biar dia lepak kat rumah main dengan adik dan kawan-kawan. Lagipun dia masih belum recover sepenuhnya daripada stomach bug he catched last week. Sejak sabtu, sakit perut dan mual-mula dia datang semula. Kesian dia asyik ke tandas je but it never dampen his spirits. Masih boleh join kami lunch kat kedai.

Wah banyak betul saya mengomel pasal anak-anak. That’s because the past whole week saya dapat spend hampir sepenuh masa dengan diaorang. I took the week off from baking project so saya dapat lepak dengan diaorang. Rasa seronok dan terhibur just being around them ;-)

The unflattering pic of lempeng kelapa breakfast pagi semalam. Dimakan dengan sambal ikan bilis my mum. Nampak dibelakang sana pulut kuning all time favourite cik minah mulut becok hantu pulut. Sungguhlah tak seragamnya my plates and tea set tu.

Friday, 11 March 2011

Wordless Friday

Our dinner pada hari kejadian kereta muntah

Our dessert pada hari kejadian kereta muntah

Wednesday, 9 March 2011

Kereta Muntah

Dah 1 week tak update blog, I don't have the inclination to write sebenarnya. Mood tarak!! Tapi hari ini terasa nak berblogging. Nak cerita kisah weekend baru-baru ni. Selepas 2 hari berturut-turut menjadi spot pilihan anak-anak untuk menghamburkan isi perut, kereta merah bata ini telah mendapat gelaran 'Kereta Muntah'. While they at home senyum-senyum kambing bila incik hubby bagi gelaran itu, I was not. How could I when I am the one who has to suffer from the smelly odour setiap hari pergi kerja.

Oh bukanlah bermakna saya lebih pentingkan kereta merah bata berbanding anak-anak yang muntah pada kejadian malam Sabtu dan petang Ahad lalu. Tapi entah apa coincidentnya sampai kedua-dua mereka muntah dalam kereta saya dalam jarak 2 hari berturut-turut. It all started with Yaya. I would say budak ini memang sengaja cari penyakit. Her picky eater tabiat has taken its toll. Terlalu cerewet makan sampai lunch yang saya prepare pun dia skip. Entah apa yang dia makan - coklat, makanan ringan, yogurt drink. Bukannya takde makanan, there was nasi goreng, cekodok kentang. But none appeal to her appetite. Akhirnya malam tu masa kami baru nak menikmati hidangan kat restoran Mak Jah, bukit jelutong, terhamburlah isi perut dia. Adoilahhhh terbantut selera mak jah oiii. Satu kerja pulak kami mengelap meja di kedai orang, dah macam cleaner pulak kat situ. Dah lepas makan - eh eh makan kena habiskan jugak kalau tak rugi - kami singgah beli mineral water kat mydin. Masa saya tengah shopping tu rupanya sempat lagi Yaya muntah dalam kereta. Mujur sikit tapi kena mengelap lah jugak.

The next day, which was on Sunday, we joined my parents pergi makan kenduri kat wedding dua pupu saya di dewan pantai hillpark. Masa on the way balik rumah, sampai di glenmarie tiba-tiba Fahmi muntah! Takde tanda apa-apa tiba-tiba je muntah. Berjelanak kat seat belakang. Yang ini memang muntah besar-besaran punya kes sampai kami terpaksa berhenti kat Shell buat kerja pembersihan secara bergotong royong. Mujurlah kebetulan time dia muntah tu kami lalu kat Shell! Dengan si Fahmi sekali dimandikan kat paip air Shell tepi jalan tu. My maid boleh pulak duk melopong je duduk atas batu, geli kononnya. Saya?? Geli ngko... loya ya rabbi tapi dah kereta saya dan anak saya boleh ke aku lantakkan je? Tak dapekkk!
the kids seronok dapat jumpa their cousins
wajah-wajah ceria sebelum kejadian muntah

Sampai je rumah kerja-kerja pembersihan diteruskan. Incik hubby kalau bab mencuci memang saya puji - kerja dia tip top. Siap cabut seat belakang. Maunya tak dicabut bila muntah tu dah masuk ke celah-celah seat, nak suruh dia kering kat situ pastu hari-hari lah sedut bau masam? Ada yang pengsan terhidu gas beracun kang?Kereta muntah

Masa tengah cuci kereta tu 2 biji kereta jiran lalu siap tegur. Sure diaorang pelik kerana 2 sebab. Pertama - kami ni memang malas cuci kereta sendiri jadi memang takde lah kami cuci kereta kat rumah. Kedua - ehh dahle tak pernah cuci kereta sendiri, tiba-tiba kali ni siap cabut seat bagai apa kes? Hehe ... sampai ada yang bergurau minta sambung cucikan kereta diaorang pulak. Saya? Eh saya bukan tolong ambil gambar je, saya pun singsing kain memberus karpet kereta - sesuatu yang tak pernah saya buat before this!

Kakak? Giliran dia bersihkan muntah yang berjelanak atas lantai rumah bila Fahmi muntah kali kedua. Dan kali yang seterusnya dan seterusnya lagi sofa day bed saya turut jadi mangsa. Kesian Fahmi entah apa stomach bug yang menyerang dia tak berhenti-henti muntah. Malamnya hubby bawa ke klinik, bila balik ke rumah saya pulak ambil alih jadi nurse masukkan ubat tahan muntah sedebab pen pilot g-1 saya ke bontot dia. Masa mula-mula berkenalan dengan ubat bontot ni memang saya ngeri nak sumbat kat anak-anak, tapi sekarang dah expert dah ;-).

Kereta muntah? Pagi ni saya renjis minyak wangi lovely lace sepuasnya ke dalam kereta. Saya memang takde car perfume sebab saya sangat allergic dengan bau-bauan yang strong. Pasal tu kena renjis perfume lovely lace, kalau tak akak pening dik.

Tuesday, 1 March 2011

Wheelsondbus Is 4!

Happy anniversary wheelsondbus.blogspot.com! Today marks the 4th year of this blog. Tak fofular pun tak apa sebab i'm a reserved and private person. But not so private here hee :), yelah kat sini pun dah macam ganti my journal. Kalau ada sesiapa kebetulan singgah suka baca pun baca lah, tak suka blah. Sama ada anda drop a comment atau tidak, sama ada anda wish to remain a silent reader that's up to you. I started this blog bukan untuk cari pengikut, bukan dengan niat nak fofular, mahupun nak generate income - nuffnang etc. Pasal itu blog ini ketrampilannya tak menarik, tak chic, takde GA (give away contest), layout pun so outdated :-). Contentsnya pun ikut suka hati, ikut mood sayalah bukan aim to keep people in the line. Saya tabik dengan bloggers yang buka blog yang 'berisi', yang punya visi tertentu. Bukan kerja mudah sebab mesti ada ilham yang baik, mesti rajin buat research, mesti keep abreast with isu semasa. Yang nyata wheelsondbus is not one of them. Ada reader atau tidak, blog ini tetap berjalan seperti biasa selagi saya masih mahu menulis. Pasal itulah dah 4 tahun tulis blog hit baru cecah 20ribu itupun orang yang sama je kot - saya, saya dan saya... dan 'dia'.

After 4 years of blogging, I must say saya masih terselamat daripada cabaran-cabaran yang some of my rakan bloggers hadapi. Belum pernah saya come across komen-komen yang mengguris hati, walaupun saya akui ada beberapa entry saya yang bernada agak keras terutama bila angin saya tengah tak baik. Tapi itulah hakikatnya, macam saya pernah cakap dulu this blog captures my thoughts my life journey tempat lepas geram ~ ikut suka sayalah. Tapi hati-hati, this blog is not 100% me. Jangan judge saya begitu begini sebab anda tak tau kenapa saya begitu kenapa saya begini. You got to know me in person to really know the person behind this blog. So save all your comments yang menyentuh perkara peribadi saya.

I shall keep on blogging selagi saya masih mahu meluah rasa. Cheers!

Monday, 28 February 2011

Panasss

The hot and humid weather has finally taken its toll on us. My Fahmi was the first to be struck with hi fever and infected tonsils. It begins on Thursday night, nampak dia layu sedikit. But come Friday morning he was all ok. Then mid afternoon I received a phone call from kakak telling me that Fahmi won't be going to his religious class because he wasn't feeling well - sakit kepala kata Fahmi. Eloklah dia berehat sebab it was so hot on Friday and the school pulak buat perarakan Maulidur Rasul. Agak kurang sesuai untuk dia join di tengah hari buta, nanti melarat pulak sakit kepala dia.

Saya sendiri pulak sudah beberapa hari rasa panas badan terutamanya waktu tengah malam. Kadang-kadang terjaga malam dengan peluh keliling leher. Hubby pun merungut bila sentuh kulit saya panas sangat kata dia. Mata pun terasa pedih, panas dalam agaknya. Apart from warm body temperature badan saya pun sakit-sakit, sudahlah pms ditambah dengan dedar nak demam selsema ni lagilah aching. Sudahnya semalam saya skip jogging. Padahal selalunya bila saturday off saya akan bantai jogging 2 days berturut-turut, tapi weekend ni memang flat tak larat nak drag badan bangun dari katil. Tak jogging pun sepanjang hari semalam saya berpeluh-peluh. Maklumlah rumah tak pasang aircon kecuali bilik tidur sahaja. Cuaca pula memang betul-betul freaking hot yesterday. Saya keluar pagi cari barang at a few places pun terasa berbahang, ikutkan hati memang tak kuasa dah tapi sebab ada barang penting tu yang saya gagahkan juga. Saya ajak Yaya je temankan saya, Fahmi saya tak kasi ikut sebab dia baru nak baik demam. Itupun after the 2nd stop kat kedai Yaya dah surrender dia tak mau keluar kereta lagi dah tak larat katanya rasa tak sedap badan. Saya sambung beli barang di bagus & mydin sambil dia tunggu dalam kereta yang berkunci dari dalam.

Malam tadi, temperature badan Yaya pula yang naik mendadak. Bersambung-sambung sakit dalam rumah ni. It seems like both my children ni took after me, both tak tahan panas, both have weak tonsils which makes them prone to fever. As for me, I can't afford to fall sick. That's why saya minta bekalan ubat selsema yang kuat tapi tak mengantuk dari doktor pagi tadi. Belum kena full bout of flu lagi tapi just in case ada terasa saya nak telan ubat awal-awal.

Dalam panas-panas dan berpeluh tu menjadi juga project baking saya di dapur. Saya buat sausage bun untuk bekalan anak-anak je. Saya google resipi roti bun, ingat nak buat bun berinti kaya tapi yang menarik perhatian saya adalah roti sausage blossom oleh mat gebu dari blog tiffinbiru.blogspot.com. Bila tengok rupa sausage bun yang mekar macam kuntum bunga tu mula-mula rasa macam complicated je nak buat, tapi bila dah buat dalam hati saya kata "...laa senang je nak buat roti sosej macam kat kedai tu".


Anak-anak saya yang sungguh bertuah sebab mama dia rajin buat makanan sendiri sungguhlah bermaharajalela semalam. Si abang nak roti sausage yang dicurah sos tomato saja, while si adik nak roti yang dicurah sos tomato berserta sos cili dan mayonaise. Bukan main demand padahal kalau beli kat kedai takde siapa pun merungut pedas sos cili ke apa.

Dapatlah Fahmi bawa bekal ke sekolah pagi tadi. Yaya punya makan kat rumah jelah sebab dia MC.

Wednesday, 23 February 2011

Entri Khas Untuk Puan Shida : Aiskrim Goreng

Khas untuk puan shida yang tengah mengidam aiskrim goreng. Sibuk dia dok mencari aiskrim goreng frozen tak jumpa lagi. Saya suruh pergi order kat kedai mamak (yang ada jual menu western sure ada aiskrim goreng) dia tak mau. Penat dia cari supplier yang jual online tak jumpa juga. Saya suruh dia buat sendiri pun dia penyegan kata orang penang. Ko nak tau apa makna penyegan tu pi lah tanya orang penang ye hihi.

Sudahnya saya yang terjebak buat aiskrim goreng sendiri. Alah bukan susah pun. Ambik roti 2 keping, potong bulat tekanlah pakai mulut cawan pun apa susah kita yang buat dia, bukan dia buat kita iye tak? ;-). Pastu letaklah sesudu padat aiskrim perisa kegemaran anda. Tutup dengan sekeping lagi roti tapi sapu dengan air sekeliling roti supaya dia mudah lekat atau katup. Tekan-tekan sikit, kalau rasa nak kelim ala karipap pun boleh... kalau menjadi lah kuikuikui. Simpan dalam freezer semalaman. Esok nak makan goreng dengan minyak yang betul-betul panas sampai kekuningan. Tak yah lelama.
Daun basil tu buat hiasan je, bidaah lah kalau nak dimakan.

Saya goreng lama sikit pasal tu aiskrimnya cair. Whatever lah janji anak-anak enjoy dapat makan aiskrim goreng.

Ok puan shida, jamulah mata sepuasnya.

Monday, 21 February 2011

Segalanya Kelapa

Kalaulah saya diberi pilihan untuk masuk rancangan iron chef (alah rancangan bertanding memasak melawan tukang masak terhandal Jepun tu) yang mana jika cabaran pada hari tersebut adalah kelapa, maka sudah tentu saya akan sediakan hidangan terkenal pantai timur ini - Nasi Kerabu ;-).

Oh ya, saya pasti anda kata saya ni tak sudah-sudah dengan kerabu. Memang tengah kemaruk kerabu lah katakan. Bukan saya seorang kemaruk kerabu, kakak juga yang sudah kehabisan idea nak masak hidangan sayur selesa menyediakan kerabu sebagai lauk dinner kami malam ini. Alahhh dah berjangkit kat dia lah pulak, sah lepas ni menu kerabu top dalam list masakan dia sampai incik hubby mengomel muak nanti. Macam tulah style lauk kat rumah kami ni, kalau asam pedas tu seingat saya yang saya ajar sejak dia datang dari kampung sampailah sekarang dah jadi menu mingguan. Takdelah menu lain asyik asam pedas, ayam masak merah, tom yam dan sup yang dia ulang tayang setiap minggu. Sebab itu jelah yang sempat saya ajar pun :-).



Kenapa saya pilih Nasi Kerabu andaikata lah saya masuk iron chef? Wehh perasan tinggi benar! Sebab masa saya buat hidangan ini kali pertama semalam, barulah saya sedar bahawa hampir setiap condiments nya dibuat menggunakan kelapa ataupun santan sebagai bahan utama mahupun sampingan. Nak buat sambal ikan pun pakai kelapa yang disangai sedikit garing. Nak buat kuah atau sambal cilinya pula letak santan. Nak buat solok lada pun guna kelapa parut yang digaul bersama isi ikan. Dan dalam hidangan kerabu ulam saya pula, juga saya gaulkan bersama kelapa sangai kering. Dah gitu, tak semuanya kelapa? Cukuplah tu nak lawan iron chef hehe.

Serius cakap, saya tak pernah makan nasi kerabu. Untuk kali pertama ini memang lengkap dengan solok ladanya sekali - memang marvelous. Bersemangat sikit nak buat nasi kerabu ni sebab incik hubby memang suka makan nasi kerabu. Saya pula, cuma mula teringin nak makan nasi kerabu sejak saya belajar makan kerabu ulam! Terus datang kemaruk nak buat nasi kerabu sendiri. Tau tak saya berkelentung kelentang di dapur sejak jam 9 pagi membakar ikan nak dibuat sambal ikan hinggalah kepada menggoreng ikan jam 1.30 tengahari baru kami dapat makan. Tapi kena ambil kira waktu break 1 jam sebab kalau siap awal sangat takut lauk dah sejuk sementara tunggu incik hubby balik. Agak renyah juga, tapi saya puas hati sebab sedap! Aduhh kalau dah duduk berjam-jam kat dapur tapi hasilnya tak sedap maunya panjang sedepa muncung tukang masak.