Saturday, 30 July 2011

Lagi 1 Hari Nak Puasa

Yeahh countdown lagi. Lagi 1 hari lagi nak mula berpuasa. Rasa macam berdebar sikit entah kenapa padahal bukannya tak biasa berpuasa, dah terlalu biasa sebenarnya! Seingat-ingat lupa saya (maklumlah sebab dah jadi amalan/kebiasaan sangat) rasanya dah 3 tahun saya amalkan berpuasa sunat Isnin Khamis, sejak mulakan 3 tahun lepas belum ada bulan yang saya tak puasa sunat langsung, kalau miss pun mestilah time angkat benda merah sahaja atau bila public holiday duk kat rumah suami ada tak bolehlah kita nak teruskan berpuasa. Nanti siapa nak teman cik abang makan, kan?

Pun begitu, kali ini tetap rasa berdebar. Maklumlah bila puasa bulan ramadhan ni suasananya lain sikit dan dugaannya pun berbeza. Kalau puasa sunat yang puasa cuma diri saya sendiri. No rush balik rumah nak prepare juadah berbuka sebab yang berbuka pun cuma saya seorang. Saya ni mudah dan ringkas, makan apa saja. Kadang berbuka dalam kereta on the way nak balik rumah tu, saya makan je coklat atau keropok. Bila sampai rumah nanti barulah jamah nasi sikit (itu kalau ada mood nak makan nasi, kalau mood kureng kujamah lauk je).

Tapi bila tiba ramadhan ni, tak boleh pakai attitude 'no rush' tu lagi dah. Memang kena rushing sokmo. Rushing balik rumah nak masak untuk suami dan anak-anak nak berbuka. Ramadhan cuma 1 bulan je dalam setahun, takkanlah saya nak lantakkan je incik suami dan anak-anak berbuka dengan lauk air tangan cik pembantu rumah. Jangan pula disalah ertikan ingat saya terlalu memperbesar-besarkan hal makan padahal ibadah puasa itu yang lebih utama. My point is that saya ada anak-anak yang sedang berlatih berpuasa, walaupun saya masak seringkas mana sekalipun tapi hidangan saya sangat berbeza from what they normally get from cik pembantu rumah. It is a reward for them, biar mereka rasa bermotivasi sikit. Kalau dulu masa diaorang kecil yang berpuasa cuma saya dan hubby, saya jarang or langsung tak masak kami banyak beli food kat bazar ramadhan je. Jadi seperti tahun lepas, saya dah siapkan menu sepanjang ramadhan. Biar senang incik hubby membeli belah di pasar, so that he knows what to buy for that week, boleh minimise pembaziran. Takdelah sayur-sayur kecut dalam fridge menunggu untuk digunakan. Dan senang juga kerja cik pembantu rumah boleh siapkan bahan-bahan untuk saya masak. Come to think of it, wah bertambah ringanlah kerja cik pembantu rumah sebab puan besar take over masak. Just 1 month in a yer je cik puan, 1 month je... ;-)


Now, kenapa saya berdebar?
1. Sebab saya kerja jauh took me 1 hour or more to reach home. Kat perjalanan tak tau lah dugaan apa yang menanti. Faham-faham jelah kat pulau indah ni kalau lori terbalik mau dekat 40mins-1jam stranded kat sini.

2. Semalam balik kerja saya nampak tepi jalan depan uitm puncak perdana tu dah ada beberapa tompok timbunan pasir dan crusher run (batu kerikil). Bahu jalan juga sudah dikeruk... haiii takde ke bulan lain diaorang nak buat kerja jalan (roadworks). Sah jalan jam balik kerja nanti, don't know for how long. Kenapa ye buat kerja jalan mesti kena bulan puasa. Kat Mesia ni banyak 'Jalan Raya'.

3. Anak-anak saya sekarang pergi sekolah awal. Fahmi sebab masuk sekolah awal, Yaya sebab mama dia yang kena keluar awal. I wonder if they can cope with their rest time being reduced. Malam dua-dua mesti ikut kami berterawih di surau, tidur lewat sikitlah dari kebiasaan. Hmmm... rasanya Fahmi tentu dah tak dapat berterawih sama lagi. Yaya boleh tahan lagi kot sebab minah ni sekolah half day je balik sekolah boleh tidur. Bolehlah dia berjaga malam. Kalau Fahmi hmmm pukul 8.30 dah zzZZzzz.

4. I plan to change our diet puasa, berbuka hidangan ringan, while sahur yang lebih berat supaya anak-anak cukup energy dan nutrition di siang hari. Maklumlah si Fahmi sekolah dari pagi sampai petang, perlu energy secukupnya. Tapi saya kurang yakin dengan diri sendiri. Berapa lama saya boleh bertahan bangun awal pagi temankan mereka bersahur? Saya mengaku saya memang LEMAH bab bangun sahur ni. Inikan pulak nak siapkan sahur yang heavy sedikit (bukan apa pun setakat burger, nasi goreng, bihun goreng macam breakfast). Boleh buka mata tak aku ni? huhu... tahun lepas saya sub kat cik pembantu rumah je. While hubby sahur sorang. Terukkan saya ni ...ngeh ngeh ngeh.

Anyway, selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam. Semoga diberi kekuatan iman dan kesihatan tubuh badan untuk beribadat.

Friday, 29 July 2011

Craziest Friday

Yeah, the last working day for most people (except your truly) can be the craziest at times. Tapi hari inilah yang craziest of all... semata-mata sebab hujan. Yeah, you know, pagi-pagi bila hujan banyak benda boleh berlaku kat jalanraya, perkara pertama one can expect ialah jalan sesak. Of courselah sebab semua kereta macam kura-kura, the road is slippery, your vision terhad because of pouring heavy rain. What else can you expect, sure sampai office lambat.

Yaya yang duduk sebelah saya dalam kereta sambil mengunyah coklat Zip tiba-tiba bersuara.

Yaya: Pagi ni gelap kan mama. Adik ingatkan malam, rupa-rupanya hujan.

Lor anak aku ni patutlah tadi orang semua dah bangun tengok dia sedap lagi bergulung dalam selimut!

But surprise surprise pagi ni jalan keluar dari rumah saya tak jam. Tapi dalam hati dah rasa macam something fishy je. Tup tup bila sampai kat Bukit Jelutong tu diaaa padat, sendat jalan nak bergerak pun payah. Aduhai baru je saya seronok tengok jam awal lagi ada harapan sampai awal. Hampesss. Tersengguk-sengguklah bergerak macam siput escargot atas jalan. Tapi bila sampai muka tol je hati panas je, takde apa pun jalan clear habis. Sungguh tak faham apa bendalah yang menyebabkan sesak. Lepas tu sepanjang hi-way kesas menghala ke pulau indah tu pun 3 kali terganggu dek trafik slow orang sibuk tengok accident lane sebelah menghala ke kl. 3 accident sepanjang jalan beb! Kesian, nasib no casualty. Tu kes ngantuk sebab semalam balik lewat tengok bola lah tu.

Cakap pasal tengok bola ada cerita lucu. Kalau orang lain semua berlumba-lumba pergi watch the match kat stadium or stay glued in front of the tv at home tapi kami pula bukan watch tapi listen to the match... dari radio. Ala kesiannya awat nya takde tv ke? No, bukanlah sebab takde tv tapi err memang takde tv pun sebab dalam kereta! We went to see my dad kat damansara. Ni kes silap haribulan, dah buat janji to meet my dad kat tempat kerja dia last night pastu barulah hubby teringat ada bola. Orait peeps jangan sedih-sedih sebab malaysia lost last night. Strategi kita tidak cukup mantap to tackle the Lions. Saya puji kebijakan the lions mengatur strategi, they attack psikologi players habis-habisan bukan sekadar bermain bola. They played the game as if they are at war. The played to win. While harimau malaya dilepaskan untuk bermain semata-mata. Dah tau ada kelemahan i.e. key players injured, tak boleh turun sebab dapat kad merah, ketinggalan mata tapi langsung tak nampak apply startegi lain untuk tundukkan lawan. Kesian the players... saya tak setuju bila coach kata players pertahanan tak cukup matang and later when he said give them time to mature. I think the coaches yang tak cukup matang despite their age and experience. You got to apply different strategy to win lah under such circumstances. Clearly the serbian coach did his homework prior to the match last nite. Haiyoo! So sad...

Monday, 25 July 2011

Reaksi Puasa

I was telling my children last week yang in 1 weeks time kita akan mula berpuasa. I received mixed reaction from them. Yaya bersorak-sorak jumping up and down in the car suka, Fahmi pulak tarik muka 14.


Yaya : Yeaaaa... adik suka puasa.

Me: Seronoknya mama tengok adik suka puasa. Bukan senang nak jumpa budak-budak yang suka sangat sambut puasa. Kenapa adik suka puasa?

Yaya : Memang adik suka puasa. Adik suka sebab tak payah orang paksa-paksa adik makan... yeaaaa

Lorr... itu rupanya penyebab dia suka. Saya mula-mula ingat dia seronok nak puasa sebab boleh request makanan sedap untuk berbuka ke atau boleh dapat duit raya ke. Yelah budak-budak berpuasa selalunya benda-benda tu lah yang motivate dia. Rupa-rupanya dia suka puasa sebab malas makan! Budak seorang ni memang susah nak makan, kadang-kadang macam nak bergaduh pun ada bila disuruh makan. Makan dengan muka masam, maklumlah kena paksa. Tapi ada masanya kalau dah makan boleh bertambah-tambah sampai my mum kata muka dan badan dia dah berisi sikit.

InsyaAllah hari Isnin depan semua umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa. Semoga semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyempurnakan rukun Islam ke-3. InsyaAllah anak-anak saya akan meneruskan latihan berpuasa mereka untuk tahun ke 4 bagi Fahmi dan tahun ke 3 buat Yaya.

My sister in law (wife adik bongsu saya) baru melahirkan anak sulung lelaki hari Khamis lepas. Bertambahlah anak buah lelaki, sekarang boys dah out numbered the girls by 1:0. Cik Yaya tak puas hati cousin boys lebih ramai dari girls jadi dia ambil kira all cousins tiri perempuan sekali tapi end result tetap girls being outnumbered hehe.

Jadi bulan puasa ni ada orang yang tak boleh berpuasa sebulan sebab berpantang. Lepas tu kenalah ganti puasa ye? Uihhh letih nko, berpuasa di luar bulan Ramadhan ni cabarannya jauh lebih kuat dari berpuasa di bulan Ramadhan. Sedihnya baby dia kena tahan kat wad paediatrik sebab ada komplikasi sikit. Masih dalam pemantauan. Si ibu sudah mula keresahan dan dihambat emosi bercampur baur. Manakan tidak, awak baru lepas bersalin tiba-tiba anak pulak ada masalah. Adat orang baru pertama kali melahirkan mesti perlukan sokongan suami dan keluarga. Tapi disebabkan dia room-in with the baby kat wad pengasingan kami tak boleh masuk melawat, even suami pun cuma dibenarkan melawat ikut visiting hours which is 2 hours tengahari dan 2 hours petang. Si ibu pula kena bengkak susu sebab baby belum pandai menyusu. Maunya tak breakdown si ibu! Masa nilah saya rasa bersyukur sangat-sangat sebab berpeluang bersalin kat hospital swasta, less restriction suami boleh temankan dan support from staff nurses pun ok. Aisyyy mau je saya redah masuk tempohari kalau tak kerana ditahan mak guard. Saya ni kan penyibuk, suka jadikan masalah orang sebagai masalah saya. Bosan hidup ko ye? Eh tak tau ke librans kan memang a people person tak kisahlah muka sombong tak mudah mesra macam saya pun tapi part people person tu tak boleh buang. Hang in there, D.

Friday, 22 July 2011

Friday Ramblings

I stood gazing at my wardrobe this morning - contemplating between wearing my usual pick for fridays - long blouse over jeans (or pants) or making the big shift of donning a baju kurung instead - when Fahmi came reminding me to be ready quick bacuse he wanted to leave to school early. I thought owh i better make up my mind fast else I would upset Fahmi's plan for the day. Why lah dah nak pergi kerja baru nak decide?

I finally chose to wear my plain shantung baju kurung in purple which is heavily beaded kat leher dan tangan. I told myself I'm going to cause head turns at the office sebab dah berkurun benar orang tak tengok saya berbaju kurung - months since we moved to this new place. I even put on my high heels this morning as I stepped out off the car. That was something very unusual for me to do. Tapi saya salin high heels dengan comfortable sandals yang saya tinggalkan di bawah meja reception.
Owh rasanya orang pertama yang akan terpulas leher tengok saya are the two filipinos yang duduk mengadap pintu masuk. Owh yang sorang tu akan terus terpulas urat leher sepanjang hari sebab dia memang suka perhatikan saya dari jauh menjeling-jeling saya dalam bilik kadang-kadang rasa nak pergi dekat tanya dia what's your problem? or go and get yourself a life.

I made a major wardrobe change when we first moved office. I traded (literally speaking) all my fancy baju kurung and kebayas that I normally wore on Fridays for blouses and tunics worn over jeans or pants. Dekat new place ni memang tak praktikal pakai baju kurung or kebaya or anything berkain yang meleret bagai. The weather is so hot outside, nak berjalan atas pasir dan batu-batu kerikil sambil menjinjing kain? Sangat tak sesuaiii. High heels? Lagi lah No-No, melainkan kalau nak jadi badut sarkas tertonggeng atas pasir. Kebaya? Kau jangan marahlah kalau mat-mat bangla tu tenung kau macam nak telan. People hardly sees me in baju kurung nowadays. The laundry owner at home hardly sees me nowadays. Rasanya terkejut akak tu bila tengok saya datang bawa sehelai baju kurung for dry cleaning sedikit hari lagi.

Hmmm barangkali aura Ramadhan have something to do with my change of outfit?

Thursday, 21 July 2011

Now or later?

I came back from my mil's appointment with the oncologist feeling a little bit confused when it comes to what a cancer patient should eat or not eat. From my online reads and visiting cancer survivors blog I learned that ada beberapa jenis makanan yang cancer strickens should avoid or stop eating at all tapi bila saya tanya doctor semalam, dia kata makan apa saja kecuali red meat dan kurangkan minyak serta lemak dalam makanan dan utamakan green veges and fruits. Plus, mesti bersenam. So, I wonder whether I should be strict when it comes to mil's diet or should I just relax take it easy? Sebab I feel that now it looks bad on me sebab saya yang beiya-iya strict sangat jaga makan mil tapi doktor depan mil cakap you can eat all you want. Hmmph... banyak lagi yang saya kena kaji dan belajar.

A month now after the operation, mil is and looks healthy dengan pandangan mata kasar. Sihat like her normal self sehingga saya pun terfikir tak lah teruk sangat after all. She get the occasional bout of fever, sekejap rasa nak demam, sekejap kebah. But she is not bedridden like other cancer strickens, Alhamdulillah. Tapi itu pandangan mata kasar lah, or the worst is yet to come? Owh I really not looking forward to that. Doa moga dia sihat sentiasa dan bahagian dia dipermudahkan. She is my husband's mom and syurga hubby. Her suffering is His suffering and My suffering too. Alhamdulillah, sel-sel cancer itu tidak merebak ke organ-organ lain, her chest is cleared, her liver is cleared, everything else looks normal for a 71 year old.

She has yet to go for chemo and radiotherapy. Initially doctor shahrun kata tak perlu chemo prior to the opt because of her age they don't think she can take it. But after the opt looking at her reports, judging from her physique and biological age which is according to the handsome oncologist, younger than her actual age, he is optimist that chemo is the best option for her followed by radiotherapy. Her cancer is ER- (estrogen receptor negative) type, which according to him tidak bertindak balas kepada ubat anti kanser tetapi bertindak balas dengan baik kepada chemo. Kalau patient yang ER+ they will recommend for anti kanser pills. Despite whatever the doctor says, saya tetap risau. Yelah, chemo tu kan menyakitkan, panas sampai ada orang kata dia feels like a walking oven, hair loss, mual, tak selera makan. Saya tak pasti lah macam mana keadaannya for her. The only consolation ialah ini ujian daripada Allah swt untuk orang-orang yang dia sayang untuk menyuci dosa-dosa yang lalu. Even alim ulama zaman dulu pun menangis kalau tak ditimpa sakit. Muhasabah untuk diri saya juga yang kadang-kadang bila batuk sikit dah rasa macam sakit teruk, saya lupa sakit ini datang dari Allah swt untuk menyucikan dosa-dosa kecil saya.

As for mil, the decision whether to go for chemo now or after raya is still being debated. I have delivered the messages I gathered from the doctor, so now it is up to the adik-beradiks to decide. Kalau suruh saya yang decide, hmm walaupun I dread the consequences of the chemo, sebaik-baiknya ikutlah nasihat doktor. Raya or no raya, now is more important for me. Can one opt against chemo? I would say it is a personal choice. Tapi bukan saya yang kena buat keputusan ini.

On the other hand, entah kenapa saya suka hospital tapi hanya the private ones or the modern government hospitals like HUKM ni. Kalau minta saya temankan overnight dalam wad lagi saya suka. I enjoy going to the hospital, jumpa doctors, i even like the environment. Tapi itu bukanlah bermakna saya suka jadi pesakit! Rasa lain, lari daripada rutin seharian saya. Oh nampak benar my life is so boring one! :-)

And Yaya has said that she likes accompanying me to the hospitals too. For all the odd reason - she likes to get her food from cafetaria at the hospital! Ah yes, she was with me yesterday, mind you if not for her I am all alone sebab hubby kan outstation. Sengaja saya cutikan dia, so that she can help to keep mil in company sementara saya mencari parking dan lain-lain urusan. Parking kat HUKM ni sangatlah terhad. After dropping mil and Yaya kat lobi hospital saya keluar balik dan buat U-turn quite far from the hospital untuk masuk seula park kereta di ruang letak kereta berhampiran stadium DBKL. Bolehlah saya dengan senang hati tinggalkan mil di lobi for a good 15mins sebab cik Yaya sudah di pesan untuk tengokkan nenek.

Sama juga masa nak balik, I had to walk down to the parking lot to get the car sementara cik Yaya di pesan untuk perhatikan kereta mama approaching lepas tu cepat-cepat ajak nenek turun ke kereta di foyer hospital. Tapi apalah sangat yang boleh diharapkan pada a 6 year old kid yang tengah asyik mahsyuk makan corn in cup - her reward for keeping us company for hours waiting for our number to be called (satu-satunya perkara yang saya tak suka about govern hospital, the long and tiring wait). Dia tak perasan pun saya melambai-lambai kat dia dari dalam kereta, she looks dreamy

Wednesday, 20 July 2011

Shrimp Aglio Olio Spaghetti

To be honest, I have a very conservative tongue. Despite being adventurous in the kitchen sometimes trying out new recipe (sometimes!) most of the times you see the same dishes over and over again, I am downright conservative in a lot of ways. Susah nak mencuba sesuatu rasa yang baru kalau dah hooked with one flavour or dishes tu selagi tak jemu selagi itulah saya tak bertukar ke rasa baru termasuklah variasi pasta - makanan kegemaran kami anak beranak.

That's the reason why saya selalu teruja dan bernafsu tengok pelbagai menu or serving style for pasta but most of the time akan end up ordering the same dishes - bolognese... bolognese... bolognese dan sesekali creamy carbonara. Takut nak mencuba sesuatu yang baru in case tak menepati selera kan rugi. Pasal tu walau dah berkali-kali terasa nak cuba spaghetti aglio olio kat manhanttan fish market tapi tak pernah order sehinggalah awal bulan baru-baru ini. And I'm glad I finally come around to ordering it because the menu turns out a yumm! Ataupun the one served kat sana yang menepati selera saya yang kat tempat lain tak tahulah lagi kan?

Well, my experience at manhattan fish market prompts me to try out this recipe at home. Spicy Shrimp and Aglio Olio Spaghetti by Rachel Ray. Saya suka recipe ini sebab nampak ada flavour di situ dari penggunaan chili flake, coriander leaves yang saya guna untuk ganti parsley dan anchovies. Other recipes nampak agak bland in comparison.

My aglio olio. Saya suka guna spaghetti no.3 yang lebih halus macam lidi but tak sehalus angel hair pasta. My maid dah overcooked the spaghetti pasal tu nampak meliuk lentuk bebenar. Ok come let's give this recipe a try.


Spicy Shrimp Aglio Olio Spaghetti (courtesy of Rachel Ray via foodnetwork.com)
Ingredients
Spicy Shrimp:
2 pounds jumbo shrimp, peeled and deveined
1 lemon, juiced
1/4 cup chopped flat-leaf parsley (a couple of handfuls)
1 teaspoon crushed red pepper flakes
4 cloves garlic, crushed and peeled
Coarse salt, about 1 teaspoon
2 tablespoons (a couple of generous drizzles) extra-virgin olive oil
Aglio Olio:
1/4 cup (4 turns around the pan in a light stream) extra-virgin olive oil
1 (2-ounce) tin anchovy fillets
6 to 8 large cloves garlic, crushed and minced
1/2 teaspoon crushed red pepper flakes
1/4 cup finely chopped flat leaf parsley, a couple of handfuls
Coarse salt
1 pound spaghetti, cooked to al dente
Directions
Combine shrimp with next 6 ingredients and toss to coat shrimp evenly.

Heat a large, nonstick skillet over medium high heat, then add half of the shrimp. Cook shrimp 3 minutes until pink and just firm. Remove shrimp to a warm platter and repeat process with remaining shrimp.

Return pan to heat and reduce heat to medium low. Add 1/4 cup extra-virgin olive oil. Add anchovies, garlic, and pepper flakes to oil. Break up anchovies with a wooden spoon until they melt away into the oil and garlic mixture.

Toss spaghetti in the pan with parsley and the garlic oil, then season with a little coarse salt, to your taste. Top servings of garlic and oil spaghetti with spicy shrimp.

Cook's Notes: Prepare the shrimp while the pasta is cooking.

Prep your garlic and parsley for aglio olio and set them, as well as drained pasta and remaining ingredients all within arm's reach of your stove top.

The aroma will be intense! Cooked anchovies have a salted-nutty (rather than fishy) taste that compliments the garlic as it sweetens and softens.

Seperti biasa memang tak sah kalau tak improvise recipe. instead of flat leaf parsley as required in the recipe saya gantikan dengan coriander leaves atau juga dikenali by its American name cilantro or another name for it is chinese parsley. Saya lebih sukakan rasa coriander dalam recipe ni and guys please be generous with the amount of coriander you use and be generous with EVOO - extra virgin olive oil too. Saya juga sprinkle a dash or two white pepper to taste. The rest ikut jelah recipe.
The shrimp coated with all its marinated ingredients memang sedap!

Monday, 18 July 2011

Garden Updates

Tersangatlah ting tong kepala saya dan mata pun terasa sembab sebab malam tadi tak lena tidur. Entah kenapa I was so restless last nite tak boleh tidur, mengantuk sangat tapi asyik terjaga je. Jam 2 pagi terjaga, rasa macam tak tidur langsung, jam 5 pagi terjaga lagi tapi sama je rasa macam tak tidur, mata segar otak pun segar. Saya cuba lelapkan mata pujuk hati suruh tidur tapi sampai alarm berbunyi jam 6.30pagi langsung tak lena! Nah dapatlah mata panda dan kepala terasa berdengung je.

Agaknya saya terlalu anxious sebab pagi ni bertambah tugas kena take over hantar Fahmi ke sekolah since hubby takde this whole week. Lepas hantar Fahmi kena pecut balik rumah ambil Yaya pula hantar dia ke sekolah dan terus straight shoot ke ofis.

Oh well, kalau terus-terusan tidur terganggu begini bila lah nak hilang my panda eyes ni.

Semalam before hubby left to Penang, saya berjaya ajak dia berkebun. Dah lama tertanggung nak salin pasu untuk anak pokok tomato dan capsicum yang berusia 1 bulan. Pokok makin membesar tapi masih duduk dalam pasu semaian kecil. Jadi kenalah beli pasu besar sikit dan tanah yang sesuai. Maka pagi semalam lepas balik jogging kami pergi nursery berhampiran. Beli tanah 5 beg sekaligus. Asalnya nak salin pasu tomato dan capsicum je tapi berjangkit terus ke pokok kari, pokok limau kasturi dan pokok cekur. Incik hubby dah jeling saya bila satu persatu pasu saya bawa keluar. Hehe alang-alang menyeluk pekasam kan, jangan buat sekerat jalan.

Pokok kari pemberian my sister ni akhirnya dapat rumah dan tanah baru selepas berbulan memaksa diri untuk hidup diselaputi tanah liat yang dah mengeras macam batu. Kesian dia tanah tak serap air, pun begitu tinggi lampai macam galah naik pokok ni. Bila dah tukar tanah dan pasu ni harap-harap makin suburlah ye. My sister tangan sejuk juga rupanya, tanaman dia segar bugar dan gemuk-gemuk menjadi.

Yang ini masa bawa balik dari nurseri buahnya lebat dan gemuk-gemuk, tapi lama-lama buahnya makin cinonet sebesar kuku jari kelingking je. Akarnya dah penuh sepasu walhal tanahnya makin susut being washed away.

Pokok selasih (basil)Memang nak tanam tumbuhan herba. Jumpa pokok selasih ni yang dijual pada harga RM5 saya terus grab je.

Cekur ni tanam daripada rhizom, saki baki yang dibeli dan digunakan untuk buat kuah pecal. Beli cekur yang siap peket kat mydin, dalam sepeket tu quite a handfull jugaklah. Daripada kecut simpan dalam fridge baik kutanam, bercambah tak payah beli lagi.

Clock wise (right to left) Pokok pandan beli! Saya dah fed-up bela pokok pandan dah 3 kali mati. Pokok pertama saya ambil dari rumah lama. Yang 2 anak pokok lagi yang mati ihsan my mum. Yang ini last try lah saya beli RM3, saya alih pasu dari belakang rumah bawa ke depan, ganti tanah dan raised the pasu atas bata. Kononnya nak elak hawa panas masuk ke dalam pasu dan juga untuk pengudaraan. Next, pokok tomato, pokok capsicum dan selasih.

Anak pokok tomato. It seems that kebanyakan pokok sayuran ditanam daripada anak pokok kecuali tomato dan capsicum sahaja yang kami semai sendiri daripada benih. Huh! Cheat! Moga-moga hidup suburlah pokok sayur ni. Our first attempt nak tanam sayur. Hope dapat jadi peladang berjaya ;-).

Mil is here with us. Esok giliran saya bawa mil for radiotherapy at HUKM.