Monday, 4 June 2012

Too Hot To Talk

Perit tekak. Cuaca terlalu panas sekarang ni sampai serak suara saya.
Pulun minum air banyak-banyak pun tetap rasa dehydrated, rasa kering je badan.
Hari Sabtu suhu di Shah Alam cecah 38C, semalam pulak masa pergi kenduri kahwin suhu 37C. Aduiii menggelitik lah pengantin. Silap hari pilih tarikh kahwin ye? Harus pergi honeymoon tempat sejuk hehehe.

Dah masuk bulan Jun rupanya. Malas sungguh nak update blog. Takde mood.
Last week saya ambil cuti 2 hari. Tak pergi bercuti ke mana-mana pun. Setakat bawa Fahmi & Yaya ke Petrosains di KLCC je. Ronda kat situ pun dah makan 3-4 jam. Memang longlai lembik lutut. Lepas makan cepat-cepat keluar dari KLCC sebelum orang semua balik kerja nanti sama-sama terperangkap dalam jam.

This will be my last month of working. Bulan depan akan jadi SAHM, insyaAllah. Rasa berserabut pula kepala sebab masih tak tahu kepada siapa saya nak handover. Kerja masih datang dengan lebat seperti biasa, macamlah saya forever akan berada di sini. Orang yang sepatutnya take over tugas saya pun awal-awal sudah surrender. Ha ha ha. Tau pun susah. Tapi yang susah ini yang sering dipandang remeh. Owhhh sudah-sudah lah jiwa. Time to move on.

Wednesday, 30 May 2012

Kek Lapis Bumi



Okay dah tengok rupa kek nya boleh agak tak kenapa ianya digelar kek lapis bumi?
Saya membuat spekulasi bahawa kek ini dinamakan sedemikian rupa kerana kombinasi warnanya yang menyamai warna wayar bumi - hijau/kuning dalam sistem pendawaian elektrik. Hak coklat tu mewakili warna wayar hidup ye puan-puan sekalian. Aduhaiii jangan ada yang takut nak makan pulak sebab nanti menyala badan ha ha ha.




Saya memang suka kek lapis Sarawak jenis kukus, lebih moist berbanding jenis bakar. Resipi kek lapis bumi ni diambil daripada blog hasue. Memang anak jati Sarawak jadi sudah tentu keknya sedap-sedap. Inilah kek lapis yang paling mudah dan cepat siap yang pernah saya buat. Daripada mengadun sampai mengukus ambil masa 1 jam sahaja menggunakan loyang segiempat 6inx6in sebab setiap lapisan cepat masak dan tak banyak lapis pun. Saya melapis sambil tonton drama Suits kat AXN. Can't miss this one, suka tengok cerita pasal lawyer ni. Dulu stuck dengan Ally McBeal. Suka dengan watak Harvey Specter yang sentiasa cool but I think he has a past, and Mike Ross his young assistant with a past too. Now Suits tinggal 2 episod je lagi.

Ok back to the cake. Bagi penghidap migrain macam saya boleh omit nescafe dan gantikan dengan serbuk koko untuk bahagian 'wayar hidup' tu ye. Sukatan nescafe terlalu banyak, akibatnya kepala saya sakit dan perut mula mengeluarkan gas-gas yang memualkan tekak. Should have follow my instinct and omit the nescafe altogether last night. My mistake.




Other than nescafe yang meninggalkan a non-pleasant effect to my body, the cake is awesome. Sangat sedap dan sangat moist. Love its velvety texture. Do give it a try. Resipi sila jenguk kat link di atas ye.

Saturday, 26 May 2012

Yang Memalukan, Dan Yang Menyedihkan

Aduhhhh title tersangat serius. Saya masa mendengarkan ayat intro di atas keluar dari mulut Fahmi pun serius berdebar. Serta merta berubah air muka saya.

Yang Memalukan

Fahmi menghampiri saya di dapur malam tadi. Perlahan aje suara dia meminta pemahaman saya.

Fahmi : Mama, nak tau tak... ada satu peristiwa memalukan hari ni. Tapi mama janganlah bagitau sesiapa.

Saya : (berdebar dah ni) Apa dia?

Fahmi : Tadi kan, lepas balik sekolah petang (agama), Abang, Hariz dengan Naqib jalan kat lorong tepi sekolah tu

Saya : (berdebar lagi apa berlaku kat lorong tu?) Abang buat apa pergi situ?

Fahmi : Mama dengarlah dulu... Kitaorang pergi kat tempat sunyi sikit. Lepas tu kita orang menangis

Saya : Hahhh?! Kenapa?

Fahmi : Yelah kita orang sedih sangat sebab ustaz Hafiz dengan ustaz Nazri dah takde.

Saya : Kahkahkahkahkahhh....

Adehhhh berbelit tali perut saya gelak. Mau nya saya tak 'suka selak' kata orang Terengganu. Sebelumnya Yaya dah buka cerita kat saya kata abang dia menangis dalam kelas masa jamuan perpisahan kedua-dua ustaz tu. Ustaz muda berdua tu pergi sambung belajar lepas dapat result SPM tempohari. Terkejut saya, sentimental betul anak teruna saya tu. Dah menangis dalam kelas tak puas lagi pergi sambung menangis kat lorong sunyi!!!! Wakakakaka...

Dah lah pada mulanya masa saya kata "Sentimental nya abang ni", si Fahmi boleh pandang saya tajam dan kata "Mana ada"
Saya kata "Eh betullah..."
Fahmi, "Mama ni tak baik kata orang sakit mental!"
Erkkk!!! Bila pulak saya cakap dia sakit mental.
"Mama kata sentimental lah bang. Takkan lah mama nak kata anak sendiri sakit mental"

Wakakakakaka... lawak sungguhlah anak teruna saya tu.


Yang Menyedihkan

Saya : Abang (Fahmi) mana nya result periksa abang. Ni dah start cuti ni takkan takde result lagi.

Fahmi : Ada tapi tak semualah.
Lepas tu dia buat muka sedih campur bersalah. Macam malu-malu je nak cakap.

Fahmi : Sesuatu yang menyedihkan...

Aduiiiii menyedihkan? Sure teruk result ni... berdebar mak.

Fahmi : ... markah Bahasa Melayu pemahaman abang dapat 88

Owhhhh anak... 88% tu kira bolehlah, tak lah teruk sangat masih A. Berdebar tak pasal-pasal mak.

Fahmi : ... Bahasa Melayu Penulisan abang dapat 100% (cisss saya nampak ada senyuman kecil dibibir dia). Bahasa Arab 100%...

Terus kendur urat-urat bahu. Sabar jelah, buat suspen orang. Gerammmmm saya gomol-gomol budak debab tu pandai dia main-mainkan saya.

Tapi sebenarnya Fahmi memang rasa sedih sikit sebab saya perasan dia letak benchmark yang tinggi untuk subjek Bahasa Melayu. Maklumlah, dulu top scorer bahasa Melayu kan. Saya pujuk dia, rasanya dia tau where he did wrong. Part simpulan bahasa dia agak lemah, katanya. Oklah sayang, Mama don't want to put unnecessary pressure on you. Sebab saya tau dia tahu apa yang dia mahukan and walaupun kadangkala dia rebel dia cakap malas pergi sekolah tapi dia tetap ambil serius. Itu semua hanya di mulut aja. Normal lah, kanak-kanak.

We are at hubby's kampung now. A short visit. Dapatlah Fahmi dan Yaya berjumpa cousins mereka. Next week, going to take them out, jalan-jalan sekitar KL je.

Thursday, 24 May 2012

Sour Cream Chicken, Mushroom & Spinach Quiche

I had the urge to bake a quiche tapi bahan tak cukup. Yang ada dalam fridge hanyalah fresh white button mushroom. So I made a quick dash to the supermarket on the way back home and bough a slice of chicken breast. Yes, chicken breast is good for making quiche filing. Tapi kalau ada leftover cooked chicken from any parts pun boleh je campak semua masuk dalam quiche, jangan membazir ;-).

Ikutkan nak buat vege quiche pun boleh aja tapi saya teringin nak makan yang meaty sikit. Tak pernah buat pun but it's not rocket science. Browse through the internet for few samples and I made my own version. It's quite simple really. Nak yang ada crust pun boleh, no crust pun boleh. I figured out nak buat quiche ni yang penting the basic ingredient mesti ada i.e. telur. Eggs will form the body of the quiche and hold the rest of the ingredients together. Kalau tengok betul-betul this classic French dish sebenarnya adalah pai telur, kan?

Kebiasaannya to make a quiche memerlukan telur, susu, isi ayam, sayur (jika suka), keju (of any type you like) dan seasoning. Owh don't forget the pastry crust if you like. Boleh variasikan your quiche sesedap rasa tekak anda. Nak letak mushroom, spinach, leek, broccoli, bell pepper, onion, kentang dan seribu macam mak nenek pun boleh. Asalkan muat dalam bekas yang nak digunakan. Ada faham?




This is my quiche, Sour Cream Chicken Mushroom & Spinach Quiche. Saja bagi nama panjang supaya senang pembaca teka apakah haiwan dan tanaman yang dimasukkan ke dalam pai ini. Ini pun kira pendek nama dia. Kalau ikut tatacara persuratan di ofis saya, tajuk haruslah tidak kurang daripada 5 baris supaya si penerima surat tak payah susah-susah baca the whole pages untuk faham isi surat. Baca tajuk 5 baris pun dah tau kita nak apa. Ha ha ha... Hmmm tak lama lagi saya akan graduate daripada sekolah persuratan tersebut. Haisyyyy.

Saya buat guna baking tin kecil je dalam 7 inci diameter gitu. So, let's check out the recipe.

1 keping dada ayam dipotong dadu
5 biji cendawan butang (putih) dihiris
1 genggam bayam hijau
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji telur
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim masam
1/2 cawan keju parmesan diparut (atau serbuk pun boleh)
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar tepung gandum
serbuk lada sulah
serbuk paprika
serbuk buah pala

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Panaskan 1 sudu besar minyak zaitun, tumis bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau selama 2 minit, jangan biarkan ia berketul.
3. Masukkan isi ayam, garam dan semua serbuk perasa, tumis sehingga separuh masak atau kering air. Kemudian barulah masukkan cendawan, tumis sampai layu. Sebelum matikan api masukkan bayam, gaul sekejap dan segera matikan api.
4. Pukul telur bersama susu segar, krim masam dan keju.
5. Alas baking tin dengan doh pastry. Kemudian susun inti quiche dan tuang adunan susu di atasnya. Ratakan dan bakar selama 20minit dengan suhu 200C. Kemudian rendahkan suhu kepada 175C dan masak selama 30minit lagi atau sehingga adunan kering tidak melekat pada pisau yang dicucuk ditengah quiche.

Sejukkan sebentar sebelum dipotong. Sedap dimakan semasa suam-suam panas.





Jika anda suka boleh juga gunakan haiwan laut (seafood) bagi menggantikan ayam di dalam quiche anda. Kalau suka tapi sebaik-baiknya percampuran haiwan laut dengan susu dielakkan. Dan lagi satu tetapi... jangan sekali-kali mencampur adukkan haiwan laut dan haiwan darat bersama dalam satu hidangan. Itu tidak bagus, ye boleh membahayakan kesihatan. Ikutlah sunnah Nabi saw. Contohnya kalau hari ini masak laut ayam atau daging, maka esok giliran lauk ikan atau udang atau ketam pula. Janganlah hidangkan kepada keluarga lauk ayam masak merah dan diregukan dengan lauk ikan tenggiri masak lemak pula.

"Para saintis juga telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion positif manakala dalam makanan laut mempunyai ion negative. Jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur makan akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus menjadi rosak" (petikan http://www.salehsalmie.com/islamik-2/tazkirah/amalan-pemakanan-sihat-cara-sunnah-rasulullah-s-a-w/)

Nak buat crust macam mana? Dulu saya cukup malas dan menyampah nak buat crust. Rasa macam renyah je. Tapi bila dah semakin berpengalaman ni (chewahhh) saya rasa macam takde sebab kenapa saya perlu mengelak buat crust. Senang je.





Bahan-bahan Crust:

1 1/4 cawan tepung gandum
125gram mentega sejuk dipotong dadu
secubit garam (kalau guna unsalted butter)
2 - 3 sudu besar air sejuk

Gaul tepung bersama mentega dan garam sehingga jadi macam serbuk roti. Kalau malas guna hand mixer je. Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan gaul dengan tangan. Asalkan doh dapat dicantum cukuplah tak perlu tuang kesemua air, nanti lembik pulak pastry kena tambah tepung lagi. Leperkan dan rehatkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya untuk 30minit sebelum digunakan.

Ok, sekian perkongsian kita hari ini, bluwekkk. Selamat menjamu selera.

Wednesday, 23 May 2012

Kids Artwork - Meow




Title: Meow
Painter: Yaya
Date: 18 September 2011



Emmm... macam doraemon ada loceng kuning kat leher... hihihi

Friday, 18 May 2012

Shanghai Red Bean Pancake

I had a sudden craving for chinese pancake last week.
Cesss setakat pancake pun nak kecoh kan? Well, ini bukan English or American pancake that you normally had for breakfast.
This is the chinese pancake with thin crispy layer of skin and red bean filing inside I'm talking about. It is normally served as a dessert, not for breakfast.

I've eaten them only twice before - the 1st time was during a chinese course meal in JW Marroit, Putrajaya where the Company throw a signing ceremony and for the 2nd time at Sheraton (now Dorsett), Subang. I fall in love the instance I tasted it and the taste still lingers in my mouth until now. Falling in love for a mere pancake? Gila! Ha ha ha... lantaklah tekak den, suka hati den lah.

Then after years of not eating it, tiba-tiba terbit rasa rindu yang membuak-buak. The problem is that the pancake tidak dijual di mana-mana chinese muslim restaurant yang saya pernah pergi. Perhaps I didn't explore enough. Dan takkan lah nak jejak kaki kat chinese restaurant di hotel semata-mata untuk sekeping pancake? Tebal muka cheq. Maka, saya membuat keputusan untuk membuatnya sendiri.




I found a recipe at Fern's blog, a Malaysian living in Sydney. She adapted an original recipe by Amy Beh

Shanghai Red Bean Pancake ("Wo Paeng")


Ingredients

Batter

50g plain flour
1 tbsp cornflour
1 tbsp custard powder
130ml water
1 egg, lightly beaten

Filling
6 tbsp (approx 120g) red bean paste, divided into 2 equal portions
20 pinenuts, toasted


Method

1. Combine all batter ingredients in a mixing bowl. Mix with a hand whisk until well blended and is a thin runny consistency. Divide the batter into two equal portions.
2. Meanwhile, take one portion of the red bean paste and place it between 2 pieces of clingwrap. Then, with a rolling pin, lightly roll it into a flat square piece and put aside.
3. Lightly grease a large flat non-stick pan with a little cooking oil. Pour in one portion of the batter. Turn and tilt the pan to allow the batter to run evenly to the edge to form a thin layer of pancake. Cook over a gentle low heat for 2 minutes or until the pancake is cooked. Do not allow the pancake to brown.
4. Use a turner/spatula to lift pancake onto a plate. Do the same for the other portion of the batter to make a second pancake.
5. Remove one side of the clingwrap and flip the red bean paste onto the centre of the pancake, and peel off the other side of the clingwrap. Scatter pinenuts over the red bean paste, if used. Fold the near end of the pancake over the filling. Tuck in both the sides. Smear a little beaten egg along the edge and fold the remaining flap over to seal the pancakes.
6. Deep-fry the pancakes in hot oil until golden brown and crispy. Once they puff up, do not move them around to prevent them from bursting. Remove the pancakes with a perforated ladle and drain on several layers of paper towels.
7. Cut the pancakes into slices and serve hot.


I found the process of making a thin layer of pancake is similar to making a French crepe. Adding corn flour in the batter helps to produce a crispy pancake. Infact selepas di goreng tenggelam you will see 2 lapisan kulit - kulit luar yang rangup dan kulit dalam yang lembut padahal gulungan pancake hanya 1 lapis sahaja. Sukatan filing red bean boleh dikurangkan sebab terlalu banyak untuk 2 keping pancake. Saya guna ready made filing yang dijual di Bagus. Kalau dapat filing yang kental adalah lebih baik dan sepatutnya begitu supaya mudah dipotong.


Verdict:
It doesn't taste as good as the ones I had at Marriot or Sheraton. Benchmark saya terlalu tinggi. It doesn't satisfy my craving but it makes me feel good because I know I can make this at home and if I try hard enough perhaps one day I could achieve the desired result. But hubby likes it, probably because he had never eaten one before. Perhaps I could substitute the red bean filing to lotus seed filing next time. Sebab saya rasa the filing doesn't taste the same macam yang saya pernah makan, the filing was lighter in color. I think it was lotus seed filing. Well, no harm in experimenting (*_^).

Wednesday, 16 May 2012

Pie Yang Tak Boleh Dimakan

... CUTIE PIE







Muka masammmm ...saya tetap suka. My cutie pie @ my nephew.

Saya suka peluk dan gomol babies tapi bukanlah sebarang babies asal jumpa babies je semua nak gomol cium bagai. Agak-agak lah kan.
Suka babies yang botak, takde rambut sangat, bulat tembam.
Dalam ramai-ramai anak saudara bukan semua saya gomol.
Mestilah yang ada chemistry dengan saya je... yang kalau kita jumpa saya tengok dia, dia tengok saya dan dia senyum. Itu tanda penerimaan dia.


Gelak lah kalau ada yang dia berkenan. Topi tu is a hands down daripada my first niece kepada anak saya Fahmi dan sekarang kepada Syahmi.
Persamaan ketiga-tiga budak ini? Semua dijaga atau pernah dijaga oleh my mum... pasal tu pakat merasa pakai topi yang sama


Masam lagi... suka kemam mulut macam orang tua takde gigi... ehhh memang takde gigi pun! Kikikiki
He's my Syahmi... manisnya dia dinamakan dengan nama yang pernah saya shortlist untuk Fahmi dulu. Bulat macam Fahmi juga tapi Fahmi lebih juara bab bulat ni hehehehe


Yang ni bukan cutie pie. Dia ni dayang pengasuh Syahmi. Pantang kalau jumpa Syahmi mulalah nak diangkat dikendung etc... Syahmi tukar pampers lepas doo doo pun dia nak tenguk... aisyyy melampau!