Monday, 22 October 2012

Asalnya Nak Cuci Rambut Je

Semalam bawa cik Yaya dan kembar lahir selang 3 hari nya (sepupu) cik Nana pergi gunting rambut di sebuah salon di Subang Parade, Seremban. Hajat di hati nak juga tebas rambut sendiri yang terasa panjang sangat dah. Bila disanggul dah tak muat masuk 'sangkar'. Kalau pakai tudung sudah masuk kategori 'bonggol unta'. Tak mau lah macam tu.

Malangnya salon favourite tutup. Alahai dah jam 11 pagi pun tak buka lagi. Atau tutup for good? Entahlah saya pun pergi sana setahun sekali je. Last pergi bulan April lepas ada amoi tu cakap nak tutup sementara sebab takde pekerja. Frust ahkak. Frust lagi budak berdua tu. Saya pun ajak mereka masuk salon lain. Pernah sekali je masuk sini. Caj dia mahal sedikit dari my favourite salon. Of course kat favourite salon dapat harga istimewa, layanan pun istimewa walau pergi cuma setahun sekali!!! Wajah saya tetap dia ingat, gaya rambut macam mana pun dia masak benar! Lagipun saya serasi benar dengan tangan dia. Stylist lain buat rasa tak kena gitu.

Kami masuk salon yang masih kosong. Duduk lah budak berdua tu atas kerusi. Tersenyum-senyum sesekali ketawa mengekek sesama sendiri entah apa yang menggelikan hati. Dua orang stylist mengerjakan budak berdua tu. Tinggal seorang lagi stylist yang tak tau nak buat apa langsung terus meracun saya "Tak mau cuci ke kak?". Dia boring agaknya. Tengok salon lengang. Boleh juga cuci rambut ye, caj nya RM25 cuma. Jauh sekali ganda lebih murah dari caj cuci rambut yang Kak Yati (kawan saya) kena di MidValley kelmarin. Ambil spot yang jauh ke dalam, privasi sedikit. Sekejap lagi datanglah amoi tu bawa scanner. Mau scan kulit kepala katanya, jangan risau - percuma! Aduhhhh bab percuma itu yang ahkak risau. Mana ada benda percuma atas dunia ni?

Lepas scan dia ajak buat scalp treatment sekali. Kulit kepala saya kering katanya dan ada alahan. Saya tanya produk apa dia nak pakai. Bila dia tunjukkan tiub kecil Kerastase saya dah terbayang-bayang duit yang akan terbang. Ikutkan Kerastase bukanlah produk penjagaan rambut paling mahal. Tapi kalau dah 1 tiub kecil untuk kepala saya ni dah tentu costly. Entahkan kulit kepala yang gatal entahkan tangan yang gatal nak menabur zakat, saya iyakan aja. Nah engkau, dari RM25 jadi RM195 bila buat scalp treatment sekali. Tapi puas hati sebab buka setakat cuci, siap urut kepala, tengkuk dan bahu saya. Memang sungguh-sungguh punya urut dan terasa sedapnya. Timing memang kena, sebab bahu dan tengkuk saya memang tengah sakit dan perlukan urutan!!!

Harus saya puji amoi tu memang pandai ambil hati pelanggan. Pandai juga masuk jarum lepas satu - satu dia pujuk saya. Buat itu dan ini. Macam inilah gaya orang meniaga. Sambil mengurut dan mencuci dia pujuk saya beli losen Oleo-Relax dan masker untuk rambut kering pula. Oittt rambut pun ada masker bukan muka saja. Kepala saya dah ligat fikir apa nak cakap nak tangkis pujukan dia. Harus bankrap mak melayan dia. Mujurlah benda-benda tu semua memang saya pakai sekarang. Bila dia habaq losen rambut tu dia jual RM82, saya cakap saya pun dah 4-5tahun pakai. Beli online dari wholesaler di Puchong, cuma RM75 saja dengan delivery percuma! Terus terdiam tak terkata amoi tu. Dia rasa tak percaya. Siap cerita kat bos dia lagi. Sudahnya saya bagi dia laman web wholesaler tu. Dan sudahnya dia tak jadi lagi nak promote saya beli apa-apa sebab kata dia "takpelah you dapat lagi murah beli sana je". Hik hik...

Tapi sebelum balik sempat dia tunjukkan shampu yang sesuai untuk kulit kepala kering. Itupun dia kata "Takpe saya tunjuk sama you saja, nanti you boleh beli dekat sana (wholesaler)". Yelah, saya beli direct dari wholesaler Kerastase dapatlah murah, dia pulak jual secara runcit takkanlah dia nak jual kat saya harga wholesaler kan kan kan? Tapi serius saya suka pakai losen rambut Oleo-Relax tu. Rambut manageable, lembut dan berbau wangi. Jimat pulak tu, sebotol 125ml tahan setahun lebih. Eh takkk.... ahkak tak promote... tapi kalau nak cari sendiri! Hehe




Wednesday, 17 October 2012

Melepas Lelah di Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor


Picture taken di lokasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor - 14 Oct 2012


We went to my ex-staff wedding last Sunday. Eh suka-suka je kata orang ex kan... padahal saya yang meng 'ex' kan diri hahaha.  Wedding receptionnya nun jauh di sebuah tempat bernama Kg Kalumpang, terletak di daerah Kerling di Hulu Selangor. Serius saya tak pernah dengar nama tempat ni. Mula-mula dengar Kalumpang mati-mati saya ingat kat Sabah. Nama je duduk di negeri Selangor, geografi Selangor pun saya tak khatam lagi.

Kalau ikut peta yang disertakan sekali dalam kad jemputan, takde lah susah mana nak cari rumah dia. Guna je highway Guthrie arah utara tu kan, exit di Tanjung Malim. Ye, kena exit di Tg Malim, kiranya dah bersempadan dengan UPSI gitu. Kami bertolak seawal jam 10.40 pagi sebab mr hubby estimate dalam 1jam 40min nak sampai sana. But I have this feeling boleh sampai dalam 1 jam saja. Dah pernah travel from our house di Shah Alam ke Bukit Beruntung it takes about 40minutes diluar peak hour, exit Tg Malim atas sikit dari bukit beruntung dan dari situ ambil laluan ke Kalumpang dan jalan lurus all the way. Dalam pada tu I made a call to an ex-colleague, dia pun belum bertolak lagi. Saya cuak. Takut terawal sangat. Tapi ikut jelah tuan drebar.

Instinct saya tepat. We reached Kalumpang within 1 hour. Sampai kat simpang masuk ke rumah pengantin tengok orang tengah pasang banner. Alahai... over lah pulak sampai awal sangat. Saya ajak mr hubby ronda-ronda sekejap. Fahmi & Yaya dah berzikir lapar... lapar. Pelik. Baru je sarapan pagi sebelum bertolak dah lapar lagi. Cuaca sejuk agaknya jadi cepat lapar. Faham-faham jelah sekarang tiap hari hujan, hari Ahad tu walau tak hujan tapi cuaca redup dan sejuk. Kami ronda-ronda cari orang meniaga lah kononnya. Mr hubby lagi best, siap tinjau kot ada orang jual goreng pisang. Eh... buat silap mata pulak dia, mana nak dapat jumpa orang jual goreng pisang pagi-pagi begini. Ronda punya ronda saya ternampak papan tanda kolam air panas kerling. Hmm... menarik! Racun mr hubby pergi ke sana... "Bila lagi nak asah skill fotografi dengan dslr tu kan?" Duk usung beg nikonD7000 ke hulu ke hilir haruslah membidik sedas dua.

Dari jalan utama ada dekat 4km juga merentas kampung, dari kampung india tembus ke kampung cina, kemudian jumpa rumah rakyat. Akhirnya laluan sempit yang muat 1 biji kereta sekali lalu itu berjaya juga kami redah sampai ke lokasi kolam yang dikelilingi hutan hijau. Cahaya matahari pun cerah memancar tapi tidak memeritkan kulit. Sesuailah untuk photoshoot ;-). Sejuk mata memandang, sejuk lagi hawa nya di tambah dengan bunyi air dari anak sungai berhampiran. Anak sungai tu walaupun cetek tapi ada juga yang berkubang di dalamnya. Tempat ini sunyi tak ramai pengunjung. Melilau mata cari mana kolam air panasnya. Mana air panasnya? Anak sungai ada lah. Mr hubby dah mula lawak sarkastik "Ni musykil ni... kolam air panas betul ke atau kolam air panas sebab kena cahaya matahari jadi panas?"  Cari punya cari rupa-rupanya adalah sekangkang kera je kolam... terletak di seberang jambatan. Airnya separas buku lali je. Kotor berlumut. Sungguhpun begitu ada juga sorang dua yang berendam. Alahaiii...




Kolamnya di seberang jambatan dan dikepung pagar besi hijau.


Fahmi enggan diambil gambar. Mulut muncung sedepa. Laparrrr! Ku hulu ke hilir dia melarikan diri. Akhirnya datanglah Pakistan jual aiskrim. Merasalah masing-masing alas perut dengan aiskrim kon kembar sebatang seorang.



Asyik menikmati aiskrim dia tak perasan saya curi ambil gambar dia. Lepas snap je baru dia tersedar, terus lari. Alahaiiii jual mahal pulak model hari ini. 




Paling suka gambar ini sebab kami jarang bergambar berdua. Sama sedondon pulak tu. Mr Hubby kata gambar cantik sebab dia pandai ambil. Saya kata gambar cantik sebab model-modelnya cantik!!! Ha ha ha ... Emmm awatlah pipi saya nampak terlebih chubby dalam gambar hasil dlsr ni?


Setengah jam lepak kat kolam air panas kerling kami beransur ke rumah pengantin. Tempat parking dah penuh. Alahai cepatlah pulak penuh. Terpaksa parking kereta di tepi jalan besar. Menapak dekat 60-70m masuk ke dalam. Ada cerun bukit. Mak pakai high heels Zang Toi runcing tinggi 4-5 inci. Serius! Jari manis kaki kiri pulak cedera tersepak tunggul inai (pintu bilik air sebenarnya!). Tapi dah alang-alang bergaya vogue kan, harus kontrol ayu... ahkak catwalk lah 70m, you! Rasa nak menangis tahan sakit. Tergelak-gelak cik Yaya, dia teringat kejadian saya berjalan kaki ayam turun cerun bukit rumah tokey restoran cerana beberapa bulan lepas. Gara-gara high heels juga! 

Sampai ke khemah tetamu kami disambut bekas teman sekerja. Ramai. Ada pulak yang menegur saya makin kurus. Dengar dek mr hubby berbulu lah telinga dia, haha. Ada juga yang berani tanya mr hubby apa saya buat (untuk) jadi kurus. Memang silap soalan lah. Sarkastik jawapan dia "Hari-hari aku suruh mop lantai, lap cermin, basuh baju... kuruslah!" Terus diam kawan. Hahahaha... Tapi serius saya rimas kerap ditegur kurus padahal sebulan sekali jumpa orang yang sama, komen dia tetap sama. Pipi punya chubby tak mau surut alih-alih dikata kurus juga. Kalau tiap bulan jumpa komen dia saya makin kurus agak-agak 10 kali jumpa tinggal tulang tak mak cik? Tapi comment of the day adalah "You look good. Sejak berhenti kerja ni makin berseri lah", komen dari isteri bekas teman sekerja pangkat ibu.  Bila saya dan mr hubby berdua je, hubby kata "Mana tak berseri-seri, dah tak kena pressure. Dulu jadi tukang 'buang orang', muka tension je". Adoiiii... statement hujung tu sangat 'hawt' kalau sampai ke telinga ex-boss. Nasib dia tak kelihatan kat kenduri tu.


Tumit high heels terbenam ke dalam tanah yang padat dan lembab dek hujan malam sebelumnya. Penat mengelak akar-akar pokok yang timbul. Mujur tak tersadung, kalau tersembam memang padan muka ahkak. Mr hubby kata 'gaya tak kena tempat'. Majlis kat kampung awak bertumit tinggi bagai. Alahai nak buat lagu mana, baju kaler grey, kasut grey yang ada cuma ini saja. Lagipun sungguh saya tak sangka rumahnya betul-betul dalam kampung (sila baca tanpa sebarang niat merendah-rendahkan orang ye). Dari gaya pengantinnya selama mengenali dia di ofis mati-mati saya ingat dia orang bandar! Lagipun saya tak ada koleksi kasut hitam kecuali kasut kerja. Tak kan lah... nak kena shopping kasut lagi? He he he




Tuesday, 9 October 2012

Basbousa - Untuk Si Manis Macam Saya...!!! :-)

Saya tak perlu repeat. Saya suka benda-benda manis.
I love desserts. I'm a dessert first, mains last kind of person.
Lately ni saya kurangkan makan benda-benda manis.
That's why you don't see any pictures of my bakings. Sebab saya dah tak whip up anything sweet di dapur except tempahan orang je.
I just found out makan terlalu banyak benda manis boleh menyebabkan collagen dalam badan pupus.
Hence kulit tidak firm, kendur - lost its suppleness.
Not only that, you also need collagen for your joints, ligaments and tendons.
Dah lah collagen decrease as you age kan. Haruslah berpantang sikit bab-bab benda manis ni.


So after a while... well berbulan juga berpantang, masa my birthday tempohari I finally let myself indulged in sweet things - Basbousa!
Tak puas makan yang beli kat Zam Zam restaurant, saya buat sendiri sebab malu lah dengan pak Arab tu.





Recipe courtesy of http://arabic-food.blgspot.com

Sugar Syrup Ingredients:

1 cup sugar
1 cup water
1 tablespoon clarified butter
2 talbespoons lemon juice


Sugar Syrup Preparation:

Put ingredients for sugar syrup into a pot and bring to a boil.
Add 1 tablespoon clarified butter.
Simmer for about 15 minutes and cool.


Basbousa Ingredients:

2 cups semolina flour
1 cup sugar
1 cup coconut flakes
1 cup clarified butter
1 cup milk
1/2 talbespoon plain yogurt
1/2 cup slivered almonds, or 1/2 cup chopped hazelnuts


Basbousa Preparation:

Mix the sugar, coconut and semolina flour.
Put the milk and butter in a pot and bring to a boil.
Add the semolina mixture to the milk and butter, plus remaining ingredients and mix well.
Coat a baking tray with butter.
Pour into a baking tray 1/2 inch high and distribute evenly.
Bake at 350 degrees for about 35 minutes until golden-yellow.
Remove from the oven and distribute slivered almonds or chopped hazelnuts over the top of the backed Basbousa. Press the nuts gently with your finger.
Leave the Basbousa to cool for 1 hour.
Soak with the cold sugar syrup.
Bake at 200 degrees for 5 minutes until golden-yellow.
Cut into pieces and serve warm or cold.










Hubby don't share my passion for sweet little treats. Owh itu cakap di bibir saja.
Lidah lembut tak bertulang, bibir apatah lagi.
Dah tak terkejut kalau dia berebut sudu atau garfu atas meja berlumba nak gobble up dessert saya.
Nak panggil apa orang macam ni ye? Suka kata dia tak suka manis.
Geleng kepala tengok saya meratah kaya begitu saja.
Suka merungut kalau nampak saya pegang coklat or beli coklat.
Trust me, sebaik saya peel off pembalut coklat dia akan rampas dulu.
Owh... saya tau... he's living in denial.
Dia malu nak mengaku kalah dengan godaan-godaan manis saya!!!! :-)


Thursday, 4 October 2012

Can Hardly Forget About You...

 My Silhoutte spectacles... can't go anywhere without you, can I?




 Reading is OK without putting them on, but driving... brings me nowhere without them




 Changed the frames recently coz the old ones dah kemek kena pijak. Dah melekat dengan brand Silhoutte ni for years now sebab ringan dan selesa. Nak tukar lenses sekali memang rabak poket mak. Tapi frames yang ini ruasnya agak besar, bila pakai nampak buruk sikit... atau warnanya yang kurang sesuai? The old ones berwarna gelap dan lebih nipis, bila pakai nampak tak nampak je frames nya. *Sigh* Had to live with them for another year before I can change them again





Jadi sekarang rajin sikit pakai kanta sentuh bila keluar. Sebab cik Silhoutte yang ini looks unflattering on my face!




Monday, 1 October 2012

Gantung Apron


Saya sengaja mengusik Yaya, membuat satu permintaan
Saya beritahu dia saya teringin makan kek di hari ulang tahun saya
Kek yang bukan saya sendiri membuatnya, kecil pun tak apa

Jadi tengahari sabtu itu while kami bersiap-siap nak keluar makan (haruslah birthday girl gantung apron kan?), dia beriya-iya ajak ke Subang Parade
Fahmi macam biasa welcomed the idea sebab dia nak makan kat manhattan fish market
Yaya pula berura-ura nak suruh daddy belikan mama icecream kek di baskin 'n' robbins!

Tapi birthday girl ada idea lain
She wants to eat middle eastern cuisine!!!
Birthday girl's other half ON sajaaaaa...

So, off we go to Zam Zam restaurant

Muncung sedepa mulut Yaya hajat dia tak kesampaian
Dia yang nak sangat makan icecream tu, bukan saya tak tau he he
Lepas tu dia duk berzikir lapar, lapar, lapar
Bila makanan sampai, hah ambik ko bertambah-tambah dia makan!
Terkejut saya bila dia masih tak berhenti walaupun Fahmi dah surrender awal-awal lagi.




We ordered chicken madghut untuk saya, anak-anak dan kakak
While mr hubby dah tentu lah lamb madghut

Ambik ko! Sepinggan mumbung. Ayam/bebiri ada tersembunyi disebalik timbunan nasi.
Portion macam ni sesuai kongsi 3 orang, kalau tak memang senak perut Melayu nak habiskan.

Tapi ada orang tu dalam dok geleng kepala dan berzikir ini bukan lamb madghut, ini mengaruttt!!!
Habis juga licin plate dia.

Musykil... musykil...

Tapi saya tak hairan sangat bila Yaya makan bertambah dan mr hubby boleh habiskan
Sebab nasi dia memang sedap, very flavourful
Makan nasi saja pun sedap sebab dia masak dengan carrot dan potato cubes
Ayam atau bebirinya pulak so tender, they fall off the bones easily sebab dimasak secara pressure cook
The word madghut itself represent the method which the meat is cooked

We have been to a few arabic restaurant
Setiap restoran ada hidangan istimewa tersendiri
Kalau ke Zam Zam dan teringin makan nasi we would definitely choose to eat Chicken Madghut serve with nasinya yang sedap tu
Dan tak lupa pesan dessert - Basbousa


Basbousa di sini sangat yummmmm!
Waiter pak Arab di sini terover excited beri penerangan kat saya pasal dessert yang ada
Siap ajar saya pronunciation dan minta saya ulang...
Tapi saya rasa lucu bila nak sebut Basbousa
Sebab dalam kepala terbayangkan Kapten Barbosa - ketua lanun yang mengepalai kapal Black Pearl dalam pirates of the carribean!
Terpaksa saya control senyum depan pak Arab tu


Kalau ke Al-Diafah di Seri Petaling pula kami suka Nasi Kabsah nya
Sangat sedap tak sama dengan nasi kabsah di restoran lain
Tapi baklava kat sini sangat hapak ok!


Kalau ke Sahara Tent their Chicken Beriani is to die for!
Portionnya tidak besar, sesuai untuk perut Melayu
Dan tak lupa mesti cuba kunafa nya, sedap
Tapi saya teringin nak cuba kunafa yang Bobby Chin kata paling sedap di dunia - terdapat di Jordan!
Haha entah bila nak sampai sana


Al-Rawsha dan Hadramaut saya tak pernah cuba lagi
Tapi kalau Saba' pada saya tiada yang menonjol, dari segi rasa biasa saja
Kalau nak makanan arab yang murah boleh cuba di Muhattoh, Saujana Utama Sg Buloh
Restoran ini operates by orang Melayu
Kofta dan kebabnya lebih sedap daripada arabic food restaurant
Makan 5 orang bayar RM50 sahaja!


Saturday, 29 September 2012

29.9


Alhamdulillah syukur atas kurniaanNya
diberi nafas untuk terus bernafas
semoga usia yang dikurniakan mendapat keberkatan dan dipenuhi dengan kebaikan
itu doa dan harapan
Aminnn....

Will be going out... makan diluar saja today ;-)

Tuesday, 25 September 2012

Good News Are Few, Nevertheless It Consoles One's Heart

Yeayyyyy!!! Finally...
The good news sampai juga
Mr hubby would be pleased to hear this nanti


Owhhh don't read too much between the lines ye
Tiada bun in the oven ye
Walaupun sepanjang sakit seminggu lepas I get bouts of nausea and dizziness
yang asyik berulang-ulang
Ada rasa muntah dan stomach rasa bloated sangat-sangat terlintas juga
kat kepala kami mungkinkah ianya lebih daripada sekadar simptom food poisoning?
But nope... it is quite impossible
So no, there'se no bun in the oven
Saya cuma terkena virus yang menyebabkan food poisoning terlalu lama


I recieved the good news pagi ini
The office's lawyer called up to tell me that finally, dia telah mendapat lampu hijau to officially remove my name dari Form49
Alhamdulillah... berita gembira yang saya sambut dengan riang
After 3 months of waiting restlessly!
I even offered untuk sign semula apa saja dokumen yang kurang asalkan kerja mereka dapat dipercepatkan dan dipermudahkan


Lega sedikit selepas diberi berita cemas semalam
Saya sedar dan sangat-sangat sedar berita yang baik itu barangkali sedikit
berbanding yang buruk itu lebih banyak
Saya juga tau consequences kepada 5 tahun mencagarkan nama dan reputasi
5 tahun yang lepas sama ada cepat atau lambat akan catch up with me
Dengan itu saya mohon berlindung dari Allah swt
Buat sementara waktu saya mahu enjoy berita baik ini ;-)