Tuesday, 30 December 2008

Main Teka Teki

minggu lepas masa aku baru je nak makan malam tiba2 fahmi ajak aku berteka teki. i know he somehow rasa bosan takde orang nak diajak bertekak coz yaya tidur awal. walaupun aku betul2 tengah lapar but i indulge in to his teka teki.

fahmi: cuba teka haiwan apa yang yang kalau dia berjalan perlahan sangat?
mama: kura-kura
fahmi: betulll!!! (beaming with smiles)

fahmi: cuba teka haiwan apa yang duduk dalam air pastu badan dia besar sangat?
mama: ikan paus
fahmi: salahh!!! ikan jaws lah

aikk? sejak bila pulak jaws jadi lebih besar dari paus??? i didn't confront him, layan jelah.

fahmi: cuba teka haiwan apa yang duduk dalam air lepas tu dia boleh melompat?
mama: katak!
fahmi: betul!!!

fahmi: cuba teka haiwan apa yang kat badan dia ada belang2 hitam dengan putih
mama: kuda belang!
fahmi: eiii pandailah mama ni
mama: mama jawab betul ni dapat hadiah tak?
terus je he come to me and drop a wet kiss on my cheek. alamakkk cair mama macam ni. muahhh love you bebeh.

by this time aku pun dah siap makan. but he's not done with his teka teki, masih ada lagi yang dia nak tanya. his next question ni yang prompt me to twist his leg.

fahmi: benda apa yang boleh berlari laju?
mama: haah yang ni mama tau sangat... mestilah BUDONG!
fahmi tak terkata apa. tersengeh dia sebab dia tau mama kenakan dia. hahaha budong adalah watak superhero dalam siri drama kanak2 filipina. my kids always stuck in fornt of tv petang jumaat tengok cerita ni...

Monday, 29 December 2008

Melaka Trip

malam ni tak larat nak tulis entry panjang2. badan masih sakit2 from the day trip semalam. hence, tengok gambar jelah ye. we woke up late this morning, aku pun rasa terkejut bila terjaga tengok jam dah hampir 10am. tak pernah lagi bangun selewat ni! the whole family berpuasa sunat hari ni termasuk fahmi excluding yaya yang beria2 nak ikut berpuasa tapi tak masuk tengahari dah minta minum.

it was an exhausting trip, not an enjoyable one for the adults sebab banyak benda yang tak dapat nak buat i.e. naik menara taming sari, eye of malaysia and boat cruise but the children really enjoy themselves. we choose the wrong day/date sebab it was sunday dan kebetulan malaysians sambung cuti sempena Awal Muharram so melimpah ruah manusia. tu yang tak dapat naik menara berputar taming sari! frust betul. lepas tu nak naik boat cruise pun tak dapat coz petang tu hujan renyai2 so cruise diberhentikan *sigh*.

anyway, fahmi & yaya had fun dekat zoo. especially fahmi who gets to ride a horse... ditemani daddy! had too coz my boy ni berani2 takut. kali terakhir kami ke sini was 3years ago in december 2005 when fahmi was just 2. the 2005 trip lebih menyeronokkan.


besarnya seladang kat belakang tu. funny tiap kali ada orang nak take its pic mesti dia turn menghadap kamera... macam tau2 je


unlike our zoo trip 3 tahun lepas kali ni kami naik tram keliling zoo, tak larat nak repeat the same journey yang sah melenguhkan kaki




cowboy berani2 takut


the double decker bus with two faces kata yaya. i don't understand what she meant tapi bila tengok balik rupa2nya belakang bas ni nampak macam rupa hadapan bas.


sambil menunggu clearance untuk boat cruise... it was a windy day and sejuk je ditiup angin. fahmi suka sangat berlari2 kat tepi sungai melaka ni... macam2 layang2 agaknya dia rasa :-)




penat nak berjalan dari dataran pahlawan ke boat cruise kami naik beca.


we were supposed to be in this tower tapi sayang tak mampu nak beratur panjang dengan 2 orang budak kecik yang tak reti duduk diam ni. view dari tower ni mesti menarik... *sigh*

Btw, Selamat Tahun Baru Hijrah to all Muslims. Syukur Alhamdulillah atas nikmat & limpah kurniaNya kita masih lagi bernafas. Semoga kita semua diberi kekuatan Iman, ketakwaan dan perbanyakkan ibadah.

Saturday, 27 December 2008

Kitchen Free Day

hari ni memang tak jejak kaki masuk dapur. we attended 2 wedding reception hari ni, makan nasi minyak puas2, so aku tak payah masak hehe.
1st reception was my distant cousin's (from my father's side)kat pendamar indah, port klang. aku sangat terhutang budi dengan keluarga dia especially his parents yang banyak tolong masa aku mula my 1st job in port klang. bukan setakat bagi shelter, makan minum, nasihat, kekadang sanggup hantar dan ambil aku balik kerja. the fact that aku tak pernah kenal keluarga dia tak jadi penghalang untuk mereka menerima aku seadanya. i'm really grateful for their kindness and they really made me feel belong.

coming back from port klang kami terus singgah ke majlis kahwin jiran setaman. honestly aku tak kenal pun tuan rumahnya, tapi since hubby rajin join kariah masjid baru ni ramai juga kawan2 baru yang kami dapat. serius cakap sejak 6 tahun tinggal kat taman ni, inilah majlis kahwin ke 2 yang kami dapat jemputan. sebelum ni kami cuma tengok je orang naikkan khemah dan tertanya2 sendiri majlis siapa tu. bukanlah makna kami ni kemaruk sangat nak makan kenduri orang tapi rasa a bit left out padahal dah 6 tahun jadi pemastautin. syukur alhamdulillah sejak naik masjid baru ni makin erat silaturrahim.

malam ni my children tidur awal. keletihan kot tambahan siang tadi tak nap langsung. lagipun aku dah pesan awal2 suruh diaorang berehat dan kalau boleh tidur awal coz esok kami nak pergi berjalan... siapa yang lewat bangun kena tinggal! tu yang semua obey heheh. we'll be going to melaka esok. that's the best i can offer to my kids sebagai penutup tirai 2008. the last we took them to melaka was in 2005, fahmi was about to turn 2 at that time and yaya was only 8mths old. nak bawa gi vacation jauh2 fulusnya tak mencukupi. so just bawa diaorang day trip ke melaka jelah, tak payah bazir duit sewa hotel. sure hotel rate melambung during peak season cenggini. and a famosa waterwolrd is being voted out from the list... no way we're going to let the kids main air dalam keadaan selsema yang belum betul sembuh ni.

aku pulak dapat virus selsema yaya. i'm the last among the 4 of us to catch the bug. cepat2 telan panadol & minta ubat selsema dengan doctor petang tadi... tak rela sakit2 badan sebelum sempat enjoy jalan2. hope the bug won't survive more than 24hrs in my body(kalau betullah cakap doctor tu when he gave me the strong prescription)

Thursday, 25 December 2008

Planning For Soon To Be 5 Party

fahmi is going to turn 5 this coming january. in fact his birthday falls on the first day of new school semester, that is 5 january 2009. so this 5 jan shall be his 5th birthday and his first day at school. 5jan also happens to be on monday which was the day he was born. i always emphasize on making extra special celebration jika tarikh ulang tahun anak2ku bersamaan dengan peningkatan usia dia.

yaya has gone through the same extra special celebration when she turns 2 on 2 april 2007. so now it's gonna be fahmi's turn pulak. so how hard planning for another party can be? ughh just thinking about it pun dah buat aku rasa pening kepala. tambahan pulak kalau akulah party planner, akulah mak 'pengantin', akulah chef, akulah cook etc.

ok, extra special celebration/party doesn't mean that we are going to have a big party with tons of food and guests. i'd love to hold a big party coz it has been a while since i last throw a party. tapi penat buat makan2 lagipun takkan tiap2 tahun nak buat party, budak2 pun makin membesar nanti diaorang naik lemak pulak kan? as usual we are going to celebrate it with my family at my mum's place.

i've drafted my plan and menus. kalau dibiar ikutkan hati i'd like to do something grand with lavish food, i'd like to show off my culinary skills to my family (hehe perasan habis), make it a feast but that means i'd have to stay in the kitchen all day long coz the preparation list will be extensively long. so i have to cut down a few things and keep it simple.

since i'll be making fahmi's birthday cake i will have to start baking on the 1 january ambil kesempatan cuti umum or else i wouldn't be able to finish it on time. there's others that i need to prepare in advance. nak kena pegi shopping for barang makan, party decorative items etc.

bestnya kalau party planner ni ada assistant. hubby? ehh orang lelaki mana minat part planning party ni, part makan tu bolehlah ajak dia ;-P

hari ni aku malas masak. just buat chicken pie je dengan pumpkin pie yang aku buat malam tadi. ada orang bising tak dapat makan nasi tapi seriously aku teramat malas tahap gaban today. ampun tuanku!




buruk sungguh crust dia kan? yang penting rasa pumpkin pie dia yang lemak2 manis tu sedap :-)


hasil berwindow shopping hari ni. blueberries from chile ni kurang sedap compared to nz and korean yang pernah aku beli. lain kali tak bleh beli lagi chilean blueberries

Wednesday, 24 December 2008

Demam

my soon to be 5 hero demam. it started with a bout of nausea, followed by vomitting a couple of times and ultimately it turns out as a fever. his body was hot tapi taklah panas sangat. gave him liquid paracetamol for his fever and get him to drink plenty of water. his lips were so red which means badan dia panas kat dalam. dia baring on the sofa malam tadi while i busy myself preparing dinner, fried kuey tiaw. dia kata kepala dia berdenyut2. poor him. sambil2 baring dan dalam pada berdenyut kepala tu, mulut dia tak berhenti bercakap sorang2. if he had his eyes closed i would have thought yang dia tengah meracau. kan kalau orang demam panas sangat sampai boleh meracau? thank God he wasn't. he was just babbling to himself sebab boring kot nak bermain & melompat tak boleh. demam orang nak bertambah umur kot.

rupa2nya yaya pun dah berjangkit demam abang dia. malam tadi dia menyelit lagi tidur sebelah aku. tengah2 malam aku tersedar bila terasa tangan dia yang panas tu atas lengan aku. oh my... rasanya baru bulan lepas budak2 ni demam.

i promise my kids kalau diaorang rajin makan ubat dan cepat sembuh me and hubby going to take them for a holiday. we'd be going to melaka this sunday. to the zoo maybe, or let the children loose main air kat a famosa, later maybe we can take the boat ride kat sungai melaka. and hubby says he wants to bring the kids naik eye of melaka. oh i'll pass. i don't mind tunggu kat bawah je, i'll be a dutifull photographer daripada menakutkan diri sendiri naik roda berpusing tu!

Tuesday, 23 December 2008

Kari Kepala Ikan

honestly i'm not a fan of kari kepala ikan. in fact i don't really like kari ikan at all with the exception to gulai ikan tongkol. tapi disebabkan mr hubby suka sangat makan kari kepala ikan dan rajin sangat mewar-warkan kehebatan kari mamak sampai naik panas telinga mendengarnya, maka tercabar juga aku kali ni untuk masak kari kepala ikan.

aku tak reti nak masak kari macam mamak tu, lagipun sebab aku tak suka makan kari mamak. ada semacam rasa geli sikit tekak aku nak makan. tapi orang lelaki ni majoriti memang suka sangat kari mamak kan? keranamu mr hubby maka aku persembahkan kari kepala ikan merah ni.

syioklah pulak makan kari buatan sendiri. rasanya sedap lagi kari aku ;-) hehehe


lusa is a public holiday inconjunction with Chritsmas celebration. dengar khabar ramai budak2 ofis yang sambung cuti the next day tu sampai selasa depan coz monday Awal Muharam pulak.

petang tadi i ask hubby to get some chicken meat coz i'm going to make chicken pie on christmas day. hubby gelakkan aku pulak, katanya aku ni ter'over' excited macam kita pulak yang nak beraya. well, it's going to be an off day from work anyway and i always cook on my rest day plus any other day during weekday kalau sempat. so what's wrong with me making chicken pie on christmas? nasib aku tak suruh carikan turkey!

Monday, 22 December 2008

Beef Wellington

amboi jauhnya makan sampai ke wellington, nz ye? gurau jer ;-)
we had beef wellington semalam. sebenarnya dah lama nak buat tapi rasa macam remeh je nak membuatnya. dah berzaman dok tenung resipi dalam majalah jelita tahun lepas tapi still don't have the courage to make it.
sekali tu bila tengok take home chef curtis buat beef wellington terus datang balik rasa teruja tu.

beef wellington ni sebenarnya daging tenderloin or eye fillet yang di pan-grill lepas tu wrapped in pastry sheet dan dibakar hingga masak. it is believed that beef wellington was named after the 1st Duke of Wellington iaitu Arthur Wellesley yang gemar makan hidangan daging berbalut pastry ni.


thinly sliced for serving dan makan dengan sauteed vege & gravy. small portion je maklumlah nak diet kan? ;-)

i also made sausages in pastry puff for the children sebab diaorang belum belajar makan daging merah lagi

Saturday, 20 December 2008

Laksa Lemak

tekak teringin nak makan laksa nyonya, cari punya cari resipi terjumpa resipi laksa lemak ni. so balik kerja tengahari tadi selepas bershopping kat bagus, kota damansara terus aku pulun buat laksa lemak.

mr hubby dok mengomel pasal aku sibuk ke hulu ke hilir melengkapkan bahan, pastu dia bising lagi sebab bau semerbak dalam rumah. oh ya... ada orang tu cakap dia nak mula berdiet. pasal tulah dia bising aku main masak2... takut diet dia terbang entah ke mana.;-)


macam mee kari kan? tapi without serbuk kari pasal tu cerah sikit. kucampak daun kesum and put loads of lemongrass

Friday, 19 December 2008

A la Kambing

malam tadi makan lauk pucuk2 daun hijau lagi. dah macam kambing pulak. but since pucuk ubi masih ada, kacang panjang, tauhu dan kacang tanah pun ada so aku just tambah beli kangkung jer untuk melengkapkan bahan buat pecal for dinner malam tadi. penat 3-4 hari cari tempe tapi pak mat tempe cuti raya haji tak abis lagi kot, abis satu kedai pun tak jual tempe hatta pasar malam pun zero. hebat penangan pak mat tempe sampai gila bayang ku dibuatnya!

my plate... pecal with poached egg


malam tadi sunyi skit rumahku sebab yaya dah tertidur awal... she dozed off atas sofa sambil tengok tv lepas maghrib tadi

so fahmi pun bermaharajalela dengan my olympus. i don't know how long he stood still to capture this pic... tapi sharp & tak bergegar langsung. not bad eh?

yaya menjerit terkejut tengok pic ni. marah dia kat abang fahmi coz curi2 snap pic dia...

Monday, 15 December 2008

Let's Go Green

apa kejadahnya pulak tajuk entry malam ni. saja je buat gimik. sebenarnya itulah tema dinner malam tadi. jadi kambing makan daun2 hijau je for dinner semalam. for the first time i made this traditional n9's dishes called sambal daun kayu. ianya hampir sama dengan masak lemak pucuk paku yang kami selalu makan cuma lauk ni lebih 'hijau' lagi dan pada yang sukakan rasa tempoyak mesti makan sampai menjilat jari. honestly, aku cukup alergic dengan tempoyak... aduhaii bau dia memang aku tak tahan. tapi entah kenapa rasa terliur pulak nak makan sambal daun kayu.

my mum kalau tau mesti terkejut habis sebab aku tak pernah makan lauk ni setakat cuit sikit je dek kerana tak sukakan tempoyak. in my family ada 2 orang je yang cukup gemar dengan lauk ni, my elder sister and my baby brother. diaorang berdua ni kalau time bulan puasa boleh katakan tiap2 hari menjelajah pasar ramadhan mencari sambal ni. disebabkan my mom bukan anak jati n9, so memang kami tak masak sendiri ye.

nama je sambal tapi instead of merah ianya hijau sebab bahan utama adalah segala pucuk daun yang boleh dimakan. pernah dengar orang cakap resipi asal menggunakan 44 jenis pucuk daun tapi zaman sekarang ni kalau dapat 2-3 jenis pun kira ok dah tu. since hubby balik kampung (umah mil) 2 hari lepas jadi aku pun pesanlah suruh cari daun kaduk, pucuk ubi, pucuk paku dan tempoyak. hubby ni nama je orang kampung tapi rupa daun kaduk pun dia tak kenal... hehe kalah dengan orang bandar macam aku ye? mil dah pelik dengan special request aku tu, ntah apalah menantu dia nak buat ye?

berpandukan resipi rubiah suparman yang pakar memasak lauk pauk kampung ni aku pun kerjakanlah sambal daun kayu semalam. cuma biasalah aku ni kalau tak modified resipi tak sah. aku omit petai (paling tak suka!) tapi tambah pucuk paku dan bunga kantan daripada resipi asal. i just love aroma bunga kantan ni hatta goreng nasi pun aku letak.


pucuk ubi, daun kaduk, pucuk paku, daun kunyit, serai dan bunga kantan dihiris halus. kalaulah ada ulam daun selom semalam dah tentu aku masukkan sekali... ulam feveret juga ni.

petang tadi sempat snap pic bunga bawang ku yang tengah sarat berbunga. nasib dia berbunga musim hujan so yaya tak sempat nak petik, kalau tak botak habis tak sempat kembang dikerjakan tangan gatal yaya.

Sunday, 14 December 2008

Landlord Oh Landlord

we received unexpected visit from our landlord sekejap tadi. i was taking my shower lepas solat maghrib coz we took the children out petang tadi and return home dah dekat maghrib; rain has just started to pour again so aku mandi juga walaupun lewat dan sejuk sebab takut sakit kepala nanti. hubby pulak was busy packing his clothes for a 3 day outstation to melaka and he was about to leave when the guest arrived unannounced.

we dread this visit sebenarnya, we know that they will comeback someday after their unexpected visit in april cuma dalam hati aku berdoa semoga Allah swt bukakan mata hati diaorang to look deep into the issue so that we don't have to go through this dreadful visit again.

when they 1st came in april they said they've been trying to get hold of us banyak kali dah but everytime they came we were not at home. yeah same here, we've been trying to contact them since last year but to no avail. bukannya apa just a courtesy call sebab sejak 3 tahun sewa rumah ni kami tak pernah tengok batang hidung landlord, tak sedap hati juga.

mulanya we were relieved juga bila dapat jumpa diaorang april lepas, bolehlah berkenal2an dengan rapat dan kami ingat akan lebih memudahkan komunikasi dengan mereka sebab rumah ni pun in dire need of repair sana sini. tapi rupa2nya diaorang datang hari tu dengan satu tuduhan bahawa kami dah dekat 11 bulan tak bayar sewa rumah!!! giler apa aku tak bayar sewa 11 bulan pastu boleh lagi duk tercangok depan landlord. logiknya kan kalau orang tak bayar sewa rumah tentu dah lama cabut lari tengah malam kan? mak cik tu cakap dia check statement account dia tapi tak jumpa payment yang kitaorang buat. 11 bulan yang dia claim tak bayar tu pulak bukan recent months tapi dari tahun 2006 ke 2007. minta maaflah makcik, kami ni memang takde duit berkepuk2 tapi tidaklah sampai ke tahap tak berduit langsung nak bayar sewa rumah. yang aku rasa kecewa benda yang dah lama pun dia nak ungkit up, padahal manalah dapat nak cari bank slip tahun 2006 to proof payment. selama ni tiap kali kami bank in duit sewa mesti sms dia tapi takde reply. akhirnya dia mengaku yang dia dah tak pakai no handphone tu sebab dia tak reti pakai handphone sebenarnya! dah tu janganlah bercakap as if kitaorang ni tak pernah nak cuba contact dia.

aku frust betul dengan cara dia bercakap seolah2 menuduh kami ambil kesempatan atas sikap dia yang tak ambil pusing hal duit2 ni. kononnya dia tak berkira sangatlah dengan duit sewa yang dia anggap rendah padahal kata dia rumah lain sewa tinggi sikit. mak cik ni tak sedar agaknya masa aku masuk rumah dia ni takde rupa rumah decent langsung... serupa rumah hantu dengan cakar sana sini kat dinding, cat pun dah lusuh, pam air rosak, pintu dah rompong dimakan dek air. sebab aku duduk rumah dialah rumah ni ada rupa rumah orang.dia langsung tak nak keluar duit sesen pun untuk touch up rumah dia. pendek kata dia tak peduli lah... bayangkanlah 3 tahun kami dok rumah ni dia tak pernah datang jenguk.

hubby suggest kat makcik ni suruh check statement account dia betul2. sebab kekadang duit yang kami masukkan dalam cash deposit teller tu terpaksa split buat 2 transaction so kalau nak tengok selepuk bulat figure tu memang takdelah. ehhh mak cik ni memang dah nama nya orang lama kot dia tak mau gak terima cadangan kami. dia bertegas gak nak tengok selepuk figure tu. payah berbahasa dengan 'orang lama' ni. rigid betul. aku tak nak lah disebabkan perangai dia tu kami pulak yang jadi mangsa. bukan sikit duit 11 bulan tu. akhirnya hubby cuba gak pujuk dia bawa statement dia ke rumah so that kita boleh sama2 review.

tulah semalam rombongan makcik dengan suami & anak2nya datang. hubby agak bengang skit dengan suami mak cik ni yang mula2 nampak berlagak, yelah dah orang sangka kita ni ada hutang dengan dia kan so dia pandang kita pun semacam jelah. bila direview bersama statement tu jelaslah yang tuduhan mak cik tu tak berasas... kan bagus kalau mak cik ni (yang claim diri dia cikgu) bertindak bijak sikit and spare us the misery. akhirnya dia malu dan segan juga dengan kami, dan suami dia yang mulanya berlagak sikit terus diam seribu bahasa. mak cik ni pun awalnya punyalah eksyen tetiba ramah pulak berborak. nak cover line agaknya siap puji2 lagi kami jaga rumah dia elok. bila dia nak balik tu dia minta maaf... aku pun terkejut bila dia minta maaf.

aku sejak dari 1st visit dia aku dah rasa cuak. tu yang malam tadi malas nak berborak sangat dengan dia sebab aku betul2 rasa terluka dan terhina dengan kata2 dia... malas nak ulang kat sini apa yang dia cakap. kerana serangan dia tu aku laki bini kekadang sampai bertekak... berbulan kami tension nak cari balik proof payment tahun 2006 yang memang dah tentu takde, slip bank dari atm mesin tu bukannya tahan lama kan? dakwat dia dah pudar. aku bengang dengan sikap dia yang membuatkan kami jadi mangsa.

sejak kami kahwin kami memang banyak kali berpindah rumah. mula2 kami cuma duduk rumah flat 2 bilik tingkat 4 yang sempit aku gelarkan 'rumah burung'. dekat 1 tahun duduk rumah ni tapi terpaksa pindah rumah teres 1 tingkat yang luas sikit sebab aku dah sarat pregnant kan fahmi masa tu tak larat nak naik tangga tiap hari. masa kami nak pindah keluar landlord siap merayu lagi kami jangan pindah sebab kami tenant yang baik dan punctual. sorry bukan nak bangga diri tapi just laying our track record and testimoni je ;-). sampaikan landlord dengan murah hati offer kami simpan barang2 kat situ kalau tak sempat nak kosongkan rumah dalam tempoh yang sepatutnya.

bila diserang dengan tuduhan tak bayar sewa ni menyirap betul darah aku. bukan nak bangga diri tapi Alhamdulillah setakat ni kami takde masalah kewangan lagi, tak sampai ke tahap tak mampu bayar sewa rumah. logiknya kalau kami ni jahat or ambil kesempatan dah lama kami cabut lari sejak their 1st visit. buat apa nak hang around kan? tapi sayang they don;t see the logic... i wonder if they are in desperate situation because something they said implies so... isyyyy dah tak mau fikir pasal diaorang lagi.

benda2 macam ni buat aku tak sabar nak pindah rumah sendiri. tak kuasa nak layan kerenah landlord macam ni.

Saturday, 13 December 2008

... Jangan Menyesal

So it was a rare full moon last night. No wonder I had this feeling that I’ve never seen a full moon so big and bright like last night. This morning I read on yahoo! it was the year’s biggest full moon actually. I spotted the full moon accidently because I took the children out last night after isyak prayer to buy some buns for their snack and to get myself some magazines. The children were amazed too. According to NASA, the moon's average distance from us is about 238,855 miles (384,400 km). Last night (Friday night) it was just 221,560 miles (356,567 km) away. It was 14 percent bigger in our sky and 30 percent brighter than some other full moons during the year. This was the second phenomenon of the year associated with moon; I missed the moon-venus-pluto phenomenon; that was very insensitive of me (coming from a person who used to be interested in astronomy) ;-P.

Ok, the introduction has got nothing to do with the rest of this entry or the title above. But I couldn’t resist jotting it down. The rest of this entry is basically ‘luahan hati’ seorang ibu. Kebelakangan ni my emotion is in a bit of turmoil. Macam2 hal… sabar jelah ye. Agak2 kalau tak larat nak layan feel free to switch to other blog.

Fahmi is back home. I fetch him from my mum’s place on Thursday morning; being a public holiday for Selangor inconjunction with Sultan of Selangor’s Birthday the office was closed. I hate going through the 2 hours (return) journey to seremban, although it is considered as one of the shortest. Tapi driving alone can be boring and tiresome. Yang aku tak suka bila boring driving alone aku akan mula speeding and ada tendency nak berlumba lebih2 lagi bila ada orang ‘cucuk’ rapat belakang aku. Mulalah cepat keluar tanduk. Kalau hubby ada kat sebelah barulah aku boleh behave. Nah, I strayed away from the topic. Back to fahmi. Ever since he got back from my mum’s place dia asyik dok merengek about wanting to go back to nenek’s house. Hubby isn’t around he left to mil’s place before fahmi got back home. Jadinya aku sorang jelah yang penat dan panas telinga mendengar rengekan fahmi. Asyik minta aku janji akan hantar dia ke rumah nenek lagi which I wouldn’t do for a long long time. I mean I won’t leave him to stay at nenek’s house again unattended by myself. Unless if all of us (me, hubby & yaya) are there. Rasa menyesal bagi dia ‘bercuti’ kat rumah nenek hari tu.

I know he is using nenek’s house as an escapism daripada our strict rules at home. Not that we are very very strict macam other parents. Tapi kat rumah kami ada the do’s and the don’ts lah which non-existence kat rumah nenek. Lagipun kat rumah nenek apa yang dia hendak semuanya dapat. Everyone is spoiling him. Atuk showers him with junk food and toys, Pak Ngah took him out almost every other day, Ucu also took him out almost every other night, and nenek made him sunny fried egg 3 times a day if he asked for it! He was running loose at nenek’s place. All these he wouldn’t/couldn’t get at home.

Malam tadi I blew up with him. Dia buat muka sedih habis merayu2 minta aku hantar dia ke rumah nenek. Mula2 aku pujuk dia, I explained to him why he cannot go and stay at nenek’s house lagi. I told him that nenek tak sihat and tak larat nak jaga dia yang tengah hyper apatah lagi nenek at the same time jaga anak adik aku. The tak sihat and tak larat bit was true enough. My mum kan ada masalah blood pressure dia inconsistence, she used to get dizziness and headache so I don’t want my children to tire her out. Fahmi doesn’t want to understand; or perhaps he doesn’t understand at all. Yelah children at his age hanya tau apa yang dia mahu je. Sampailah ke tahap dia meleleh air mata sebab sedih tak dapat pergi rumah nenek. Entah kenapa aku rasa kecil hati pulak dengan dia. Terus aku suruh dia kemas baju2 dia masukkan dalam beg and I told him I’m going to send him to the bus stop dekat rumah kami so that he can find his own way to nenek’s house. Meraung2 dia tak mau pergi. Aku pulak memang dah tahap naik minyak. I put his bag in front of the door and ask him to decide.

I know my action was rather extreme tapi kalau dah cuba reason out elok2 pun masih tak faham lagi memang aku resort to the extreme lah jawabnya. Aku bukanlah a perfect mother and I’m far from being a children expert. I know this would be something that I will regret in the future. I’m being too hard and too harsh on him. I’m not sure how this incident will influence/taint (touchwood) our relationship in the future, but I’m beginning to regret it already. Sampai bengkak2 mata dia menangis. Finally, aku pujuk dia dengan a sunny fried egg! Macam tulah jadi IBU… tak sampai hati tengok anak bengkak2 mata menangis.

Now hubby can gloat about how right he was when he warns me not to allow fahmi stay at nenek’s house tempohari. He’s going to say “abang dah cakap, jangan menyesal”.

Thursday, 11 December 2008

Rumah Sunyi

today is selangor's public holiday, jadinya aku tak kerja. but still aku kena keluar juga hari ni to fetch fahmi. 2 hari fahmi takde senyap sunyi rumah aku ni. yaya nampak kebosanan takde orang nak mengusik dia. kalau tak bingit telinga kami dengar suara yaya menjerit diusik fahmi. dek kerana bosan mendiamkan diri je sepanjang hari ada juga sesekali si yaya menjerit sorang2... buang tabiat budak ni sorang. tapi sebenarnya dia suka dok sorang boleh jadi permaisuri, habis semua benda dia conquer. hatta aku nak tengok tv pun dia tak bagi, asyik tengok kartun je sampai malam. dah tak pasal2 dia cari gaduh dengan mama pulak.

hubby left to his hometown early morning. huarghhh lagilah bosan... kalau ada hubby rajinlah sikit aku nak ke dapur tapi when he's not around idea memasak semua jadi tumpul. malam tadi dia dah siap pesan suruh aku masak sup tulang sebelum he leaves. being a dutiful & obedient wife aku pun masak kanlah sup tulang malam ni.

malam semalam pulak aku buat rendang daging. aiyooo asyik me'rendang' jelah musim2 raya haji ni. yelah dah dapat daging korban orang bagi tak tau nak buat apa. kami ni bukannya makan daging sangat. aku sendiri sejak kecik tak makan daging, ni bila dah kawin & beranak pinak barulah sesekali makan daging. lagipun sebab masak sendiri kan, so kenalah makan hehehe.

Monday, 8 December 2008

Aidiladha

walaupun tidur lewat malam tadi and rasa berat je mata nak buka and berat je nak angkat badan ni tapi kugagahkan juga bangun and mandi dalam kesejukan pagi yang teramat sangat sebab hujan yang tak berhenti2 sejak malam tadi. pagi ni pagi raya kan, i would not want to miss solat sunat hariraya unless the inevitable happens of course.


hujan tak berhenti dari tengah malam tadi...pokok bunga bawang aku ditakungi air.

lepas mandi i check on kuah lodeh yang aku dah pesan suruh kakak buat (being the only dishes yang aku serah 100% kat dia). fahmi pun dah bangun by that time, baik betul anak mama sorang ni terus je masuk bilik air nak mandi. he knows that everyone akan pergi ke masjid bersolat raya so he doesn't want to miss it. my miss bonnie was the last to wake up this morning, itupun tengok gaya dah tau dia terpaksa because she too doesn't want to be left out. menangis2 mandi pagi, mata pun tak mau buka. suruh stay kat rumah dengan kakak tak mau pulak.


siap juga akhirnya, siap pegang beg telekung dia

maka berjalanlah kami 4 beranak berpayung dalam hujan menuju ke masjid. ternganga jap mulut aku tengok orang punyalah ramai tak pernah aku tengok masjid kat rumah kami ni penuh dengan orang sampai melimpah ruah ada yang solat kat tepi2 longkang sebab kaki lima masjid pun dah penuh. hatta masa solat terawih pun tak sepenuh ini. Alhamdulillah... seronok aku tengok keadaan macam ni.

hubby cakap masjid kami buat korban 4 ekor lembu, tak taulah aku siapa tuan punya lembu2 tu. hubby memang dah plan awal2 lagi dia nak menolong melapah lembu. tapi apa2hal pun kami balik dulu ke rumah lepas solat raya untuk menjamu juadah yang dah penat aku sediakan :-). masjid tu dekat je kat hujung baris rumah aku ni.



lepas menjamu juadah hubby pun bergegas ke masjid semula. siap pakai rainsuit lagi, semangat betul my hero ni. dia dah cakap kalau ada rezeki nak minta tulang rusuk lagi nak suruh aku buat sup! :-)

lepas hubby pergi aku, fahmi, yaya & kakak pun bertolak ke rumah my mum. my borthers and sister with their family kebetulan semua ada berkumpul. aduhhh gamat rumah my mum.

my fahmi kali ni nak stay kat rumah nenek untuk beberapa malam. dia sebenarnya berbelah bagi antara nak have fun kat rumah nenek tapi tak nak duduk lama2. i told him there's no way i can comeback to fetch him after only 1 day coz i have to go back to work esok. muka dia berubah... i know he doesn't want to stay for long. so i told him i'll be back on thursday or paling awal malam rabu to fetch him. after 3 1/2years inilah kali pertama aku berjauhan dengan dia. i told him kalau rindu call mama. huhuuuu tapi aku rasa aku yang tak tahan rindu ni... dah mula rasa kosong sikit jiwa aku. yaya pun boring coz takde kawan, sunyi je rumah aku malam ni takde orang bertekak... i miss him! :-(

Aidiladha Eve

this entry should come yesterday but i was so tired and i've exhaust all my energies towards preparing aidiladha dishes to do this entry.

i woke up sunday morning to finish the decoration for yaya's doll cake. walaupun masih banyak flaw but with the hours spent nak menyiapkan cake ni, i think it is worth the effort. i'm not happy with the ruffles... malas nak buka balik nota study kat internet aku hentam jelah. ni dah kes penat coz asalnya nak cover the doll's body with fondant tapi fondant asyik koyak je, i've waste so much time working with fondant tu yang bila part ruffles tu aku dah penat asal boleh je.


i brought the cake to mum's house today; all the children (my nieces & nephews) menjerit2 kesukaan dan berebut2 nak potong kek tak kurang juga yang berebut nak doll tu.

siap decorate the cake dah dekat jam 1 petang. cabarannya dengan cake ni ialah nak membentuk base cakenya. aku masih kurang kelengkapan, nak beli mould khas dia kat ICCA punyalah mahal nak pengsan aku. so what i did was i made the base guna bundt cake mould size kecil and bake another round cake yang dipotong dan stacke kat atas bundt cake tu, trim sana sini so that dia jadi kecil kat atas & melebar ke bawah. bahagian atas nak sampai ke waist line doll tu aku buat cosmetic skit tepek dengan icing so that doll nanti fit in cantik je. lebih kurang macam arkitek juga kena buat kek ni. lepas solat zohor aku berehat kejap sebelum sambung bekerja di dapur siapkan juadah raya. penat weh kerja sambung menyambung ni.

sambil merebus ketupat sambil siapkan bahan2 untuk buat kuah kacang, rendang ayam dan pulut kuning. bab merebus ketupat ni aku layan je hajat hubby yang tengah ter'over' mood raya dia kali ni. nak jadi cerita, hubby was entertaining fahmi's Qs pasal ketupat while aku jerang rendang atas dapur. hubby let fahmi masukkan ketupat dalam periuk yang penuh dengan air panas mendidih. belum sempat diberi arahan tiba2 fahmi terus je campak ketupat seketul dalam periuk. apa lagi, mereciklah air pansa ke badan dia. menggelitik sakit tapi dia tahan coz kena marah dengan hubby. aku pulak hot dengan hubby for allowing fahmi merebus ketupat without proper guidance. well begitulah bila jadi parents ni kekadang boleh bertikam lidah pasal anak ;-)


hot & bubbling


sebab periuk merebus kecil terpaksa buat 2 kali... 20biji ketupat siap jam 8.30malam fuhh!


rendang ayam atas dapur


kuah kacang siap paling awal


kubogelkan fahmi and put him under shower nak kurangkan perit dan nak elakkan lecur. takdelah teruk mana pun, setakat merah2 sikit je kat dada dia kena percikan air. nasib baik dia berdiri jauh. boleh senyum lagi tu...

Saturday, 6 December 2008

Roasted Lamb Leg?

i was planning to make roasted lamb leg on aidiladha as a special dish for hubby since dia memang lah fan no. 1 lamb. but since he has already made other plan that is merebus ketupat daun kelapa I decided to prepare the roasted lamb for dinner malam ni je. too many special dishes untuk raya pun nanti rambang mata nak makan walhal bukanlah ramai pun kat rumah kami ni.

maka pagi tadi pergilah aku mencari lamb leg di cold storage kat subang parade. malang sekali lamb leg yang medium size around 1.2-1.5kg dah habis. yang tinggal cuma 2kg above... adehhh sapa nak makan? lainlah kalau aku nak menjamu orang. akhirnya aku beli lah potongan lamb shank jer. takpelah aku roast aja janji boleh dimakan.

sambil sibuk2 decorate doll cake yaya sambil siapkan bahan untuk lamb. hubby siap pesan kalau sibuk sangat tak payah buat roasted lamb for dinner, tangguh je esok. dia risau tengok aku kelam kabut nanti jadi tak sedap. ehh mana boleh aku nak hidangkan yang tak sedap untuk dia ;-)



before hubby naik mandi bersiap2 ke masjid for maghrib prayer, lamb dah masuk dalam oven. by the time dia balik lepas solat isya' lamb dah siap terhidang. sampai menjilat tulang... macam flinstone!

Friday, 5 December 2008

Menjelang Aidiladha

we will be celebrating aidiladha in two days' time. we'll be celebrating it here at our home in subang perdana, just like the previous year. since masjid baru hanyalah sepelaung je dari rumah eloklah kami mengimarahkan solat sunat aidiladha di masjid ni aja. i'm a little excited :-). insyaAllah the kids will join us for solat sunat raya. aku nak biasakan diaorang bersolat raya something that i never experience before masa aku kecil. when i was a kid myself hari raya pada aku cumalah baju baru, kuih raya & duit raya; not that my parents are not religious people tapi sebab kami masa kecil nakal agaknya & surau pun agak jauh lagipun abah pagi raya pun kerja jadi tak pernahlah kami dibawa solat raya berjemaah. so i want my children mendalami erti aidiladha dan merasa solat sunat berjemaah yang aku tak dapat experience sendiri dulu.

beraya di rumah sendiri means i have to come up with my own raya dishes. oh i'm so excited about this coz i can cook to my (our) liking. this time around i think i wont be cooking my signature raya dish; nasi minyak. ada sebabnya kenapa which i will tell later. i'm going to make rendang ayam, lemang segera or pulut kuning, kuah kacang and instant ketupat. pretty simple uh? and i wont be making much, i'll just prepare a small portion each. but maybe for hubby i will make something special for him. harap2lah kat cold storage masih ada stock frozen lamb leg that i saw the other day. i'm going to make roasted lamb leg for him. this is sooo not raya dish... but who cares. ;-)

later after solat raya and makan sama2 barulah aku & anak2 bertolak ke seremban to visit my parents. dapatlah makan nasi minyak, ayam masak merah and kari daging kat rumah my mum ;-). hehe pasal tulah kali ni i won't be cooking nasi minyak ;-)

To all readers & friends, We would like to wish you a Selamat Hari Raya Aidiladha.




Note:
Plan nak rebus ketupat segera terpaksa ditukar kepada ketupat asli which gonna take longer preparation time sebab incik hubby bawa balik daun kelapa muda petang tadi! now, there goes my plan to keep everything simple... and in small portion konon! ;-P

Wednesday, 3 December 2008

Poor My Bonnie

yaya is down with fever, flu & cough. it started with fahmi sebenarnya; he gets flu which followed by cough sebab satu hari tu dia main basikal dalam hujan renyai. nak salahkan kakak pun tak boleh sebab dia tengah sibuk buat kerja, fahmi pun dah besar dah pandai buka kunci grill sendiri. akibatnya kena selsema lah dia. his cough & flu were not so bad, i thought that it will go away after 2 days the most. tapi rupa2nya yaya pulak gets infected from him. dan sekarang yang paling teruk demam panas badan together with cough & flu is yaya.

i gave her sponging treatment yesterday. she refused to let me sponge her body sebab sejuk katanya, but eventually she relented coz while doing it i told her stories pasal masa mula2 dia kena demam panas when she was only 6 months old. tersenyum dia when i told her how the nurses had to sponge her body with wet towel to get her temperature down while she can't stop screaming and wailing at the same time. yaya ni suara dia memang halus, tapi kalau dia menjerit sampai nak pecah anak tekak coz she had to force her voice out kalau tak memang tak berbunyi sangat suara dia (ni masa dia kecil la, dah besar ni bingit telinga dengar suara nyaring dia). fahmi was amused with my story; he can't stop grinning (his mischievious grins) and mengusik yaya how she looks like a baby curling sebab kesejukan tak berbaju.

she loss her appetite too. padahal aku dah suruh kakak buat sup ayam semalam. she normally makan bertambah2 kalau berlaukkan sup. i dropped by at home during my lunch break semalam, yaya pesan nak makan apam balik, air ribena & bubur mcD! ooo bubur mcD nak pulak tapi sup ayam buat sendiri tak mau... uisyyy memilih betul selera orang sakit ni. kusuruh hubby belikan semua tu coz aku ni balik kerja lewat takut orang jual apam balik pun dah bungkus by that time. sayangnya tak dapat juga cari apam balik semalam.

kesian pulak tengok yaya makin cengkung padahal baru 1 hari takde selera makan. malam tadi aku siapkan sos bolognese untuk dia makan dengan spaghetti. kan selalunya time aku masak sos mesti dia dah menjerit2 suka bila terhidu bau harum tomato & rosemary, malam tadi dia buat dunno je sebab hidung dia tersumbat!


balik kerja tadi frust betul spaghetti dah habis licin dikerjakan yaya & fahmi. mama dapat merasa bolognese sauce sapu atas pan toasted bread with melted mozzarella. yumm yumm... kenyang juga! :-)

Re-Planning

Fahmi's once a week tutorial class at smart reader ended last saturday. that was his final class and he wont be coming back next year as the centre has ceased its operation. :-(

he is sad upon hearing the news as he wont be seeing his friends anymore. he did make friends with a few of his classmates. there were a few names that always pop ups in his conversation at home i.e. Faris, Haziq, Uzair & Nuha. now, he wont be seeing them anymore.

now, i am busy making a list of kindergarten where i can enrol him. initially i wanted to upgrade him to pre-school module at the same centre next year. it will be very convenient sebab dekat dengan rumah. but now, since it wont be operating anymore i had to quickly find him another place. *sigh*

there is another smart reader centre at subang 2. but for some reasons i have to drop it from my list. i have to also consider the fact that we will (insyaAllah) be moving out to our new house at alam budiman sometime in the 1st quarter next year. which means we have to choose diligently as not to incur double charges on the registration fee.me & hubby had earlier on agreed to send our children to little caliph when we moved to alam budiman; they've just started their operation there. but we cant just let him stay at home until we moved out to alam budiman can we? tambahan pulak he'll be 5 awal tahun depan.

which left us with the only alternative that is to enrol him at the little caliph branch di subang 2. it so happens that this centre operator is the same operator yang buka little caliph alam budiman. so nanti when we moved out tak payah bayar registration fee 2 kali, they can just do a transfer. alhamdulillah ... tak lalu aku nak spend dekat 1k for registration aja. muntah darah nanti dahlah dengan nak pindah rumahnya. yang bagusnya little caliph ada ajar menghafaz ayat2 al-Quran, belajar solat... pendek kata bukan setakat english based tapi Islamic juga. tu yang jadi tertarik sangat.

sounds like i've made up my mind kan? but why i haven't made my move? tulah pasal tengah pening dok fikir pasal transport coz subang 2 is like a few km away from my place sekarang ni dengan nak tempuh heavy traffic pagi2 lagi. i need to sort out his transporation arrangement. sayangnya the centre tak provide transport so kenalah sort out sendiri. kalau tak jawabnya fahmi seharian kena stay kat sana which means i have to pay more for daycare and tetap kena berkejar balik ambil anak lepas kerja. which i cant afford to do. hubby bolehlah tapi kalau dia kena outstation tak ke susah? macam mana pun i'd rather fix him a firm arrangement tak suka chaos dan tak suka dia rasa tak stabil.

so now, fahmi sort of dah settle. yaya pulak. mula2 ingat nak masukkan dia ke once a week tutorial class to replace fahmi but now semua dah jadi haywire kena re-arrange balik our plan including hers. sebenarnya for yaya lagi leceh, coz i don't want to enrol her for pre-school, not yet it will be too soon for her as she's going to be 4 next year. masalahnya apart from smart reader yang lain2 dekat sekitar rumahku ni takde offer short classes. hubby nak hantar ke tabika kemas tapi aku tak nak sebab nak yang english based. ni yang lagi double pening jadinya. melainkan kalau aku hantar dia ke tumble tots. yes that would be perfect dari segi jadual kelas dan english based tapi tiap2 sabtu kena ke subang parade... adoiiii shopping sakanlah jawabnya sementara tunggu kelas dia habis! huwaaaa pokai gini.

mommies, how do you sort out such situation?

Tuesday, 2 December 2008

PC less

at the moment we are PC less at home because the PC is now being service by hubby's friend. hubby sungguh gatal tangan that on sunday he went to install Windows update which was offered on the net. what happen was the update had to be suspended due to some error which rendered us unable to restart the computer. now, we had to re-format the pc and will lose all datas saved. thanks to his itchy hands, all photos taken and saved as a backup will all be gone! :-(

as a result i was not able to update my blog and had to use my pc at the office which i really really hate having doing it.

weekend baru ni i was in seremban. so ambil kesempatan menjenguk jusco. bought myself a pair of new black high heels untuk kerja. my black Bata high heels dah worn out, the toes dah dented teruk malu pulak nak pakai pergi kerja walaupun most of the times kakiku tersembunyi di bawah meja. kebetulan sekarang ni the so called 'Malaysia Savings Sale' baru je bermula sabtu lepas, so dapatlah sepasang Crocodile shoes ni at 20% less. Aku memang selalu beli kasut time sales, murah betul tu yang kekadang grab sampai 2 pasang. kasut2 aku takdelah branded pun, asalkan praktikal & selesa.





saja nak tayang kasut baru ni sebab selalunya aku tak beli kasut yang cutting dia runcing bahagian toes. almaklum jelah tapak kaki aku ni jenis yang kembang kat depan, lemas & sesak jari jemari kakiku. kasut2 aku mesti yang jenis rounded kat bahagian toes. tapi kali ni rasa selesa pulak maybe sebab material dia pun lembut. cuma aku risau sekarang takut muncung kasut ni cepat juga dented. bukan setakat secara semulajadinya aku ni memang kasar tapi sebab kakiku memang sedia panjang, pastu pakai pulak kasut jenis muncung ke depan, sahlah lepas ni naik tangga kena sengetkan tapak kaki takut berlaga kat steps... steps kat office ni size ngam2 tapak kaki aku pulak tuh. tu lah susah kalau dah keturunan tapak kaki 'giant' ni. cari size kasut pun kadang2 takde size, pastu kadang dah jumpa kasut yang cantik tapi cutting pulak tak kena. kasut ni pun first time kubeli size 7 1/2... tak pernah pakai size 7 1/2, kalau nasib baik boleh muat size 7 tapi kebiasaannya aku pakai size 8, kekadang terkena juga size 9! size2 ni pulak jarang ada stok kat kedai... selalu jer gigit jari.

Monday, 1 December 2008

Hectic Weekend

it was a very hectic week which dragged to the weekends; dengan mulanya cuti sekolah maka berderet2lah jemputan wedding. for once aku dah janji dengan shida my best friend from school days yang aku akan sponsor wedding cake dia. her wedding was on saturday the 29th nov. i thought that hari sabtu pagi bolehlah aku deliver kek tu sekali harung masa datang kenduri. but she thought it's gonna be kek hantaran in which case must be handed over to her on friday masa akad nikah. now, aku pun dah lupa apa yang aku cakap and i was so kelam kabut minggu lepas sampai all my plans goes haywire dengan claim insurans kereta hilang tak submit lagi and at the same time nak kena freeze akaun tabung haji aku sebab saving book pun lesap, pastu dengan aku sibuk nak buat cuppies for fahmi's last day at school lagi manalah tak haywire jadinya. tamak aku nih.

alhamdulillah nasib baik bride tak bengang dengan aku. akhirnya the 2 tier fondant cake diguna untuk majlis potong kek sebelah pengantin lelaki. punyalah kelam kabut sampai aku terlupa nak snap pic cake tu.










hubby didn't join us to the wedding. masa kami nak bertolak balik ke subang hari ahad tu hubby dah siap sms suh masak sup tulang rusuk for dinner. wallah... bestnya order :-)


sup tulang rusuk dengan pegedil kentang for me

Friday, 28 November 2008

Spiderweb Cuppies for Farewell

tomorrow will be fahmi's last day at his tutorial class at smart reader. i decided to bake some cuppies for the farewell.



Monday, 24 November 2008

Spiderman Cake

i was practising with rolled fondant yesterday. i spent 2 1/2 hours decorating this cake with a spiderman theme as a preparation towards fahmi's birthday. not that we'll be having a big birthday party but i just feel like wanting to present him with a nicely decorated home made birthday cake for his 5th birthday in january next year. well, maybe if the timing is right he'll be able to celebrate his birthday with his classmates. so i have to practice to perfection with his cake.

ada banyak kesan retak pada fondant but it is not so obvious, ha ha. i should go out and learn the correct way of preparing rolled fondant. i would have cause disgrace to whoever yang invent rolled fondant kalau dia nampak betapa buruknya fondant ku! but you can't strike me out for my effort.

now, yaya also wants me to decorate her cake... she wants princesses theme for her birthday... that is so sissy. i would rather she stick to dora rather than princesses with ruffless and all. ;-P


half done


tadaaa...

i prepared the fondant paste 3 days ahead... sakit tangan nak uli fondant. now i know kenapa fondant cake so priceyyy ;-)

Sunday, 23 November 2008

Hunting & House Inspection

yang hilang dah tentu hilang, kalau dikenang2 sangat pun tak jadi kerja sudahnya. life must go on.

jumaat malam yang lepas kuhantar hubby collect kereta kawan dia; sewa untuk buat pergi kerja sebulan dua ni. kereta iswara lama tapi okaylah asalkan boleh jalan and boleh bawa pergi kerja, daripada takde langsung payah juga. tulah dulu ada motor dijual... betullah kata hubby, kami ni kalau pernah at one time ada banyak kereta & motor (ni bukan statement nak berlagak ye), ada kancil, ada honda civic, ada beemer merah tu & ada motor. lepas tu kami jual kancil, maintain civic & beemer & motor je. setahun lepas jual pulak civic sebab masa tu nak kurangkan hutang coz nak commit loan rumah. ambiklah myvi tu & jual jugak motor honda hubby. tinggal kereta je dua biji. dah elok2 macam tu datang pulak kereta perdana lama hubby yang dah 4 tahun kami jual (tak tukar nama)sebab pembeli tu tak settlekan hutang bank. jenuh juga nak jual balik perdana tu coz dah teruk dikerjakan pembeli; aku tak sampai hati tengok rupa kereta tu yang satu masa dulu pernah berjasa. akhirnya terjual jugak. sekarang ni terfikir, kalau tak jual pun ada juga manfaatnya... hehe dah lah tak payah fikir2 lagi.

life must go on kan? so does my passion for decorating cakes yang masih lagi membara walaupun for the past few weeks agak suam2 kuku gitu. dek kerana dah bosan asyik berulang alik ke bake with yen & bagus in search for icing nozzle tapi semuanya hampeh, akhirnya i decided to go to International Centre of Cake Artistry kat seksyen 14 pj yang jadi pengedar for all wilton products. Rasa amazed sangat2 tengok barang2 dia semuanya wilton! macam alice in wonderland kejap aku. tapi sebab pergi dengan hubby (aku manalah tau jalan area PJ ni) maka aku cuma diberi masa 30mins jer untuk bershopping. macam lipas kudunglah aku... akhirnya dapatlah aku beli set icing nozzle 29pieces ni. mahal sehh... tapi dah suka punya pasal rembat jelah, kalau tak nanti ada pulak orang yang tak lena tidur!





sebelum keluar ke pj tu sempat siapkan mee kari for lunch. ni hidangan orang kurang rajin aka rajin dah beralih ke tempat lain.



lepas ke pj, kami terus ke alam budiman for house inspection. ermmm ada jugaklah defect kat rumah tu. kesan crack sikit, tiles pecah, simen melekat kat cermin tingkap, parquet dented hatta dented pada dinding nun sayup kat tingkat loteng pun aku suruh dia repair (yang ni seriously orang tak nampak kalau tak dongak ke atas. harap maaf ye incik maintenance, dengan shl (developer) ni memang aku takkan kasi chance sikit pun, marah lagi tau.

pic rumah? nanti2 lah ye ;-)

Thursday, 20 November 2008

Di mana Kan KuCari Ganti...

aku cuba stay cool... (as if one can be cool about losing one's hard-earned car), tapi apakan daya setiap kali aku terpandangkan tempat parking myvi ku yang kosong tu aku rasa air muka kuberubah & menggeletar satu badan. sedih sebab kehilangan harta yang aku sayang dalam masa yang sama takut & phobia pulak. sebenarnya kejadian hilang kereta bukanlah yang pertama dalam hidup aku & hubby sejak kami kawin.

masa aku baru pregnant kan fahmi kereta wira merah cili kesayangan hubby pun dirembat orang. kami masa tu baru je nak mulakan hidup berkeluarga, manalah ada duit simpanan sangat. akibatnya dekat 6 bulan jugaklah kami terpaksa pinjam kereta proton saga daif abah aku. aku rasa kalau kereta tu tak hilang mungkin sampai sekarang kami akan pakai. sejak hilang kereta wira tu boleh kata saban tahunlah kami bertukar2 kereta(semuanya 2nd hand & kereta kecik je sebab tak mampu seh)semuanya sebab nak sesuaikan dengan keadaan kewangan kami.

cuma 2 tahun lepas je ada duit lebih sikit tukar pakai honda civic 1.7 yang dah dijual jugak tahun lepas. myvi ni adalah satu2nya kereta baru yang pernah kami pakai. dah hilang ni takde modal aku nak beli kereta lagi... plus phobia nak beli kereta takut kalau sejarah berulang lagi. tensionnya akuuuu!!! kang aku pakai lorry kang.

semalam hubby tanya "abang nak pergi keje pakai apa pulak lepas ni" aku kata "tak payahlah beli kereta lagi, pakai je basikal" kena wrestling aku time tu jugak. cuak lah... kalau sapa yang kena macam aku ni tentu cuak juga.

itulah kata orang, hidup ni umpama roda... kejap di atas kejap di bawah, ada senang ada susah. iskkk!!!

untuk semua kawan2 yang tinggalkan mesej kat sini, terima kasih sebab sudi mendengar keluhan hati aku ni.

Wednesday, 19 November 2008

Nightmare IV

Mesti orang yang read all my previous entry kata apalah dia sorang ni tak sudah2 dengan nightmare nya, dah jadi macam thriller series: nightmare on the elm street pulak except takde freddie kruger (oh ooh just saying his name pun dah rasa spooky) dalam my real life nightmare ni. My fourth nightmare happens on the SP2/7 street, sekitar jam 11malam sehingga 6.40pagi tadi. The real life freddie kruger taklah spooky mcm the one dalam NOTES tapi who ever did it, are not less cruel than kruger. Mangsa kali ini adalah kereta myvi akuuu!!!

Kejam sungguh pencuri tu, sampai hati dia bawa lari kereta myvi aku yang tinggal sebulan je lagi nak cukup 1 tahun. Aduhaiii remuk redam hati aku. Itulah satu2nya dan kereta pertama yang aku beli seumur hidup aku. Sudahlah aku ni masuk 5 tahun kerja barulah dapat merasa beli kereta, ni tak puas lagi bermesra dengan kereta tu dah dikebas orang.

Malam tadi sebelum naik tidur kat tingkat atas, seperti biasa aku mesti selak langsir intai keluar. Lampu kat tempat parking dalam pagar memang sentiasa kami on sebab jiran kiri kanan ni tak pernah on lampu aku jadi risau sikit kalau keliling semua gelap gulita. Masa tu nampak kereta myvi tu masih elok parking kat luar pagar rumah.Tidurlah kami dengan lenanya. Subuh tadi seperti biasa aku bangun jam 6.40pagi untuk solat subuh… Nak ke bilik air ambil wuduk, dah jadi rtabiat aku mesti selak langsir tingkap jenguk ke luar. Eh… kali ni aku Nampak seberang jalan terang (lapang) semacam je, selalunya mesti nampak kelabu (myvi aku kaler kelabu)… tapi mengenangkan kekurangan diri sendiri yang memang dah sedia rabun ni apatah lagi tak pakai cermin mata jadi aku pun abaikan jelah perasaan aku tadi.

Hubby siap2 mandi terus turun bawah, sarung stoking dan kasut sambil pegang kunci kereta berjalan nak keluar pagar (aku masa ni dah kat dalam bilik air). Dalam hati kata dia, dia tertanya2 sendiri jugak kenapa lapang je depan rumah, siapa pulak yang alih kereta (myvi tu memang hubby yang bawa pergi kerja hari2, aku pakai the other one) Time tu barulah dia tersedar yang myvi kami dah lesap! Terus dia ketuk pintu bilik air bagitau “Yangg… kereta abang dah hilang”. Adehhh rasa berat atas batu jemala patik ni tapi aku teruskan mandi… laju pulak aku siap kali ni selalunya makan masa jugaklah.

Separuh hari ku today spend kat atas jalan pergi buat report polis kat balai kg baru subang, pastu diaorang refer to balai sungai buloh… masalahnya kat mana ceruk balai sg buloh pun kami tak tau seksanya nak mencari. Bila dah jumpa rasa daif sungguh balai polis ni sedih pulak aku nak wat report kat situ.

Kenapalah malang datang bertimpa2 ye. Tak, aku bukan nak merungut, tapi tulah lepas satu, satu lagi perkara lain datang. Aku pun tak taulah… apapun sebagai hambanya aku redha jelah, apa nak buat benda dah nak hilang, walau dalam hati aku rasa nak meraung… dalam hati menangis tak berair mata aku. Sayang tau kat kereta tu walau hubby yang pakai full time, tapi sebab itulah hasil penat lelah aku bekerja.
I feel devastated sangat2.
Kepada pemilik2 myvi, berhati2lah ye sebabnya walau pintu kereta myvi ku dipecahkan cerminnya (we presumed so sebab ada serpihan kaca bertaburan) tapi alarm tak berbunyi langsung! I’m a light sleeper okay… dalam tidur kalau bunyi lipas terbang pun aku boleh sedar. Dan aku nak pesan berhati2 bila hantar servis, check balik kenderaan anda. I was told by hubby yang myvi ada i-mob, tapi macam mana i-mob or alarm tak berfungsi… bukan nak tuduh tapi aku rasa ada yang tak kena.

aku sedih… gambar kenangan pun aku takde!!!

note: earlier i wrote i-knob instead of i-mob, hubby email bagitau aku dah silap type, he asked me to quickly change them, buat malu orang kata dia. heheh a note of thank you to him, nasib ada die hard fan macam dia ;-P

Sunday, 16 November 2008

Roasted Chicken Again

3-4 hari lepas hubby teringin nak makan roasted chicken kenny rogers. tapi kan aku malas betul nak makan kat kedai. rasa macam membazir pulak lebih2 lagi time ekonomi nak gawat ni kan. so aku cakap kat hubby tak payah lah pegi makan kat kenny rogers, i'll bring home kenny rogers roasted chicken... heheh ;-)

patutnya aku buat roasted chicken ni for lunch. tapi aku teringat 3 weeks ago aku janji dengan ma nak bawa ma pergi beli kain langsir kat jakel seremban. kebetulan jakel start sale semalam 15 nov. rasa ralat pulak kalau tak jadi sebab semalam ma telefon tanya jadi balik ke tak. ralat punya pasal, aku minta izin dengan hubby nak ke seremban kejap and postpone roasted chicken untuk dinner. boleh gitu?


roasted chicken, mushroom sauce, mashed potato, salad & spiral pasta. spiral pasta tu hidangan untuk kanak2 tapi orang dewasa teringin jugak... tu yang penuh sepinggan



patut pakai rotisserie function masa panggang barulah even golden dia

semalam aku & hubby pergi homedec exhibition kat kl convention centre tu. rasa macam tak percaya je boleh tawaf habis semua 5 hall tanpa rasa penat. tapi tapak kaki aku cramp pulak. dua2 serentak!!! aduiii sakit sehhh takleh berjalan aku.

tapi kan aku rasa sale yang dibuat kat homedec tu tak jujur lah... harga mark up jauh daripada harga asal yang boleh kita dapat kalau pergi showroom or kedai biasa. ingat bolehlah beli hob & hood tapi tak jadi... orang kata barang jual kat ikea agak mahal kan? tapi mahal lagi yang depa jual kat homedec!!! aku cuma beli ready made curtain jer untuk rumah baru, plus comforter set silk untuk hadiah kawin my friend. murah beb!

***********************************************************************************

Herbed Roasted Chicken

1 bird chicken
4 leaves sage
4 cloves garlic
2 quarter lemon
2 tbs butter (lembutkan)
white pepper powder
salt

Rub salt & white pepper all over the chicken. Leave them while you prepare lemon butter & herb marinate. Crushed garlic & sage with a mortar. Squeeze juice from 1 quarter lemon, mix with sage mixture & butter.
Lumurkan all over the chicken and put some under the skin (you'll need to cut skit inner skin to insert the mixture). Another quarter of lemon sumbat dalam chicken cavity, together with lebihan marinate. Kalau suka makan hati ayam also can go in. Marinate for 10mins klu skip pun ok. Panggang in the oven for 30mins at 200C covered loosely with aluminium foil. After 30mins, sapukan lebihan lemon butter and panggang for another 40mins without cover.

Scrapped juices from the tin, transfer to saucepan, tumis cendawan (or skip pun boleh)letak 2 sudu makan tepung gandum, kacau rata sampai berbuih, masukkan 1 cawan air panas. Gaul & let it simmer & agak pekat. Owh don't forget letak garam.