Mesti orang yang read all my previous entry kata apalah dia sorang ni tak sudah2 dengan nightmare nya, dah jadi macam thriller series: nightmare on the elm street pulak except takde freddie kruger (oh ooh just saying his name pun dah rasa spooky) dalam my real life nightmare ni. My fourth nightmare happens on the SP2/7 street, sekitar jam 11malam sehingga 6.40pagi tadi. The real life freddie kruger taklah spooky mcm the one dalam NOTES tapi who ever did it, are not less cruel than kruger. Mangsa kali ini adalah kereta myvi akuuu!!!
Kejam sungguh pencuri tu, sampai hati dia bawa lari kereta myvi aku yang tinggal sebulan je lagi nak cukup 1 tahun. Aduhaiii remuk redam hati aku. Itulah satu2nya dan kereta pertama yang aku beli seumur hidup aku. Sudahlah aku ni masuk 5 tahun kerja barulah dapat merasa beli kereta, ni tak puas lagi bermesra dengan kereta tu dah dikebas orang.
Malam tadi sebelum naik tidur kat tingkat atas, seperti biasa aku mesti selak langsir intai keluar. Lampu kat tempat parking dalam pagar memang sentiasa kami on sebab jiran kiri kanan ni tak pernah on lampu aku jadi risau sikit kalau keliling semua gelap gulita. Masa tu nampak kereta myvi tu masih elok parking kat luar pagar rumah.Tidurlah kami dengan lenanya. Subuh tadi seperti biasa aku bangun jam 6.40pagi untuk solat subuh… Nak ke bilik air ambil wuduk, dah jadi rtabiat aku mesti selak langsir tingkap jenguk ke luar. Eh… kali ni aku Nampak seberang jalan terang (lapang) semacam je, selalunya mesti nampak kelabu (myvi aku kaler kelabu)… tapi mengenangkan kekurangan diri sendiri yang memang dah sedia rabun ni apatah lagi tak pakai cermin mata jadi aku pun abaikan jelah perasaan aku tadi.
Hubby siap2 mandi terus turun bawah, sarung stoking dan kasut sambil pegang kunci kereta berjalan nak keluar pagar (aku masa ni dah kat dalam bilik air). Dalam hati kata dia, dia tertanya2 sendiri jugak kenapa lapang je depan rumah, siapa pulak yang alih kereta (myvi tu memang hubby yang bawa pergi kerja hari2, aku pakai the other one) Time tu barulah dia tersedar yang myvi kami dah lesap! Terus dia ketuk pintu bilik air bagitau “Yangg… kereta abang dah hilang”. Adehhh rasa berat atas batu jemala patik ni tapi aku teruskan mandi… laju pulak aku siap kali ni selalunya makan masa jugaklah.
Separuh hari ku today spend kat atas jalan pergi buat report polis kat balai kg baru subang, pastu diaorang refer to balai sungai buloh… masalahnya kat mana ceruk balai sg buloh pun kami tak tau seksanya nak mencari. Bila dah jumpa rasa daif sungguh balai polis ni sedih pulak aku nak wat report kat situ.
Kenapalah malang datang bertimpa2 ye. Tak, aku bukan nak merungut, tapi tulah lepas satu, satu lagi perkara lain datang. Aku pun tak taulah… apapun sebagai hambanya aku redha jelah, apa nak buat benda dah nak hilang, walau dalam hati aku rasa nak meraung… dalam hati menangis tak berair mata aku. Sayang tau kat kereta tu walau hubby yang pakai full time, tapi sebab itulah hasil penat lelah aku bekerja.
I feel devastated sangat2.
Kepada pemilik2 myvi, berhati2lah ye sebabnya walau pintu kereta myvi ku dipecahkan cerminnya (we presumed so sebab ada serpihan kaca bertaburan) tapi alarm tak berbunyi langsung! I’m a light sleeper okay… dalam tidur kalau bunyi lipas terbang pun aku boleh sedar. Dan aku nak pesan berhati2 bila hantar servis, check balik kenderaan anda. I was told by hubby yang myvi ada i-mob, tapi macam mana i-mob or alarm tak berfungsi… bukan nak tuduh tapi aku rasa ada yang tak kena.
aku sedih… gambar kenangan pun aku takde!!!
note: earlier i wrote i-knob instead of i-mob, hubby email bagitau aku dah silap type, he asked me to quickly change them, buat malu orang kata dia. heheh a note of thank you to him, nasib ada die hard fan macam dia ;-P
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
11 comments:
laa yer ke,myvi adalah kete idamanku jugak dulu.sabar ye lia,bende dah jadi kan,jahat sungguh sape yg curi tue!!!!
lia pasang steering lock tak?ami dulu kalau turn park kat luar,mesti pasang steering lock&gear lock.sebab kat kawasan tue dulu pon byk case gak.byk2 bersabar yer.
OMG Kak Lia....xsangka leh ilang.dah la baru lagik tuh....terasa gak la coz kitaorg pun pakai MYVI.
Kak Lia, try gi jenjln kedai2 spare part kat kg melayu subang tuh...byk kes kete hilang n last jumpa kat sana n dah hancur kena lerai tuk dijual as spare part!!! huryy up!!!
Ya Allah Lia. Aku rasa ko neih kena buat sedekah ker kenduri doa selamat skit ker...bertimpa timpa sangat nieh..aku yagn baca pun susah hati..nieh plak ko menanggung...sabo yer...Allah nak uji kesabaran ko tuh...
off topic: watie..ehheh aku memula baca nama ko tuh "Colours of Ranggoli" hahahahh
ami,
zmn skg pencuri kete advanced sgt, depa pki tow tarik tarik kete pun ada, ntah apa cara yg selamat. hubby kata bela angsa jaga kete
watie,
kedai potong kat blakang umah yg kena sita psl kes curi kete masih lg guarded by mobile police beat. brani betol depa
nolie,
aku pun terfikir mcm tu jugak... bukan setakat kena wat sedekah, in fact mmg hajat nak wat korban raya haji tp apakan daya kurang mampu pulak tahun ni. nak kena 'pagar' rumah & harta benda dgn ayat al-Quran.
Hi Lia,
sian nya baca citer u, lepas satu satu. I know how u feel sbb dulu pun my hubby's vespa kena curik kat sini then we found it later dah burnt to the rangka aje! banyak2 lah bersabar ye, Allah nak uji u n family...
i didnot know pencuri kete skang sampai macam tue sekali,sampai pakai tow truck?teruknye!!sabar yer lia,kami as your blog reader,boleh kasi supportive words aje,beratnye lia and family jer yg tahu.anggaplah tak ade rezeki(though kete tue definitely bukan rezeki pencuri tue!!!).
LG,
jumpa dlm keadaan dah tinggal rangka?! lagilah sakit hati dah tak boleh nak buat apa. i redha jelah kete ni dah hilang, biarlah tak payah jumpa langsung dpd jumpa tapi dah togel lagi i meraung nnti...heee
ami,
my colleague's aunt kete dia park dlm pagar tapi dgn paga2 tu kena angkat & they tarik kete with tow truck. sapa nak suspect sumthing amiss... sure org igt dia tow kete rosak. hampeh je
Lia...
ni nak bg tau lah
sebenarnya MYVI paling senang kena corik..dia org just bukak bonet keta..dan matikan alarm kereta...dah zasss..kereta ilang...
Keta mak iLa sib baik tak iLang..yang iLang cuma wallet je...tu tengah2 hari buta..org ramai....kenduri kawin tau...
biLa gi bengkel..nak betolkan alarm MYVI tuh....mekanik bg tau...MYVI mmg tak selamat..tapi pencorik yang tau pasal nieH..mesti ada kena mengena gak ngan PERODUA...sbb hanya org PERODUA je tau pasal kelemahan keta nieH...
peliknya..org PERODUA tak bleh buat ape2 ke??? huhuhu
laa betul ke ila... huhu klu gitu pemilik myvi sumer kena extra careful lah
cuma satu je cara.. pecah cermin kereta turunkan handbrake.. lepas tu tow terus.. (pecah cermin keta mmg x bunyi alarm) unless pintu/bonnet je..
liza,
klu gitu useless sgtlah alarm ni kan? keciwaaa mendengarnya
Post a Comment