Wednesday, 24 September 2008

24 Ramadhan 1429H - Fried Prawn Wantan



since petang ni hubby dah balik & berbuka dengan kami, kenalah masak nasi. tapi lauk pauknya serah kat kakak je masak... untuk mengecurkan selera hubby berbuka, aku cuma buat starter jer, that is fried prawn wantan. sedap di makan sementara masih panas barulah crunchy kulit wantan tu. dip sauce orang malas hanyalah mayonis with few drops of ready made mango salsa sauce.

semalam niat dalam hati nak solat terawih di masjid, yelah hari isnin dah tak jadi pergi sebab kaki kusakit. tapi entah kenapa semalam rasa tak larat jugak. tapi dalam tak larat tu sempat juga buat kuih orang malas. tengok orang lalu depan rumah menuju ke masjid dalam hati meraung2 nak pergi. tapi tulah iman tak berapa kuat lagi... aduhaii rasa kesal sangat.

tiba2 tengahari tadi tengah buat kerja aku menjerit malam ni nak pergi sembahyang terawih! tergelak colleague aku yang duduk meja depan. tu bahana rasa kesal semalam tak habis lagi. sayangnya, petang tadi dapat petanda... huwaaaaa patutlah aku tak sedap hati je sejak semalam... rupa2nya tu tanda2 aku takde rezeki mengejar pahala tambahan penghujung ramadhan. serves me right! tidakkk!

*********************************************************************************

untuk Diana, resipi udang goreng wantan. senang jer bahan2 sedia ada:-

bahan2:
udang harimau atau udang sederhana pun boleh (jgn besar sangat)
1/2 camca teh serbuk paprika (nak pakai serbuk kari pun boleh)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
garam
sekeping keju dicarik2kan
kulit wantan secukupnya

1. Perap udang dengan paprika, serbuk lada sulah & garam. Toskan airnya.
2. Ambil sehelai kulit wantan, susun kepingan kecil keju, letak udang & bungkus. Kalau udang masih agak basah, kulit wantan akan melekat dengan sendirinya. Kalau agak kering sapu air pada hujung lipatan wantan.
3. Goreng dalam minyak yang panas. Boleh hidang dengan sos salsa mangga atau mayonis ditambah perahan limau nipis. Nak pakai sos cili thai pun boleh.

3 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

kak bglah resepi wantan tue ... cam bestt jer ... nak ..nak ;-)

Liasari said...

diana silakanlah mencuba itew resipi ye... semua bahan ready made ;-)

Liasari said...
This comment has been removed by the author.