Friday, 31 October 2008

Sigh...

bila bendera merah berkibar ni mulalah bukan setakat selera makan hilang, rasa gian nak main masak2 pun hilang. padahal sejak awal minggu aku dah simpan niat dalam hati since saturday ni is my off day bolehlah aku brush up skill mendeco kek. kali ni ingat nak deco whole cake... tiba2 hilang semua semangat & kemaruk ganti dengan penyakit 'M' = malas & malap (idea semua malap). personally aku rasa pelik sebab dulu2 tak pulak macam ni... sejak tahun ni jelah baru aku perasan ada perubahan angin sikit. tanda dah tua lah tu kot?

sambil blogging ni sambil aku browse website2 masakan nak kipas2 balik semangat membaking bagi membara balik... aku tak kira kejap lagi nak turun masuk dapur nak buat cream puff. pastu esok nak buat butter cake... tapi esok kakak cuti sapa nak tolong aku kemas dapur eh? boringnya nak mengemas! :-(

Wednesday, 29 October 2008

Spaghetti Bolognaise


balik dari bergathering kat bandar mahkota cheras tempohari seisi rumah tergolek... penat sebab 3 days in a row dok berjalan raya, mata dah tak boleh bukak semua tidur... seista lah konon.

bangun je tidur petang tu aku dah garu kepala tak tau nak masak apa... nak masak malas sebenarnya, sambung tidur pun best juga hehehe. akhirnya masuk dapur, belek2 stok bahan mentah dalam fridge tengok ada mince meat so buatlah creamy bolognaise sauce ni. creamy bologanise sauce ni aku letak whipped cream, tak banyak sikit je... jadik lemak2 manis gitu rasa sauce pasta ni. dah pernah buat dulu tapi tak sempat snap pic.

topped with grated mozzarella cheese, letak masa sos masih panas so that dia melt... ummph bertambah you! gemuklah aku macam ni!

Chocolate Cupcake

Hasil daripada ‘memburu’ icing nozzle kat bagus, shah alam few weeks ago, dapat jugalah 2 jenis nozzle yang bentuk star. Tu yang buat aku makin bersemangat nak mendecorate cupcakes. Tidur malam asyik terbayang nak decorate pattern begitu begini… kemaruk sangat aku ni ada ke orang yang obsessed or possessed *lol* macam aku ni? Apa2 jelah… selagi tak dapat buat rasa nak meleleh air liur ni… teruk betul.

Jadi, aku pun buatlah chocolate cupcake yang sangat decadent tu sebagai buah tangan kat kawan2 masa gathering kat bandar mahkota, isnin lepas. Beginilah hasil ‘keras’ tangan ku… not bad eh untuk orang yang tak pernah pergi formal class… cehhh riak pulak tu.


percubaan design pertama

chocolate cupcake frosted with buttercream icing & decorated with chocolate ganache. piping daun masih kurang sempurna... kena practice lagi

individually packed
Letih juga nak hasilkan ganache yang cantik & berkilat, lenguh tangan dok kacau tak henti2 sampai ganache likat. Hasil yang aku dapat kali ni masih belum memuaskan hati... next time cuba lagi.

Hujung minggu ni nak decorate cuppies pakai fondant pulak… bukan rolled fondant tapi pour fondant – sebab aku rasa (aku rasa lah) yang ni mudah sikit untuk orang yang baru bertatih macam aku ni.
By the way, I had my first order for mini fruit tartlet hari sabtu lepas. Pija requested for blueberries only! Dah siap2 packing nak deliver ke nilai malam sabtu lepas, lupa pulak nak snap pic… anyway, thank you pija for your support. Saja je buat suka2 untuk penuhi permintaan kawan ;-)

Tuesday, 28 October 2008

Double Gathering

We went to fazilah’s house at bandar mahkota cheras yesterday (27 oct) for a raya gathering (as planned). kebetulan tuan rumah pun buat open house. kami berkonvoi 4 biji kereta – 3 from seremban sementara me & family dari subang and met the other 3 cars at jusco Bandar Hussein Onn. Konon2nya kami ni ketua rombongan lah sebab kami ni kan kononnya terer jalan kl… tapi kepala keretapi lambatlah pulak… minta ampun banyak2 kat semua sebab aku leka dok packing cuppies sebagai buah tangan kawan2 yang join gathering tu. Malam tadi tidur lewat pulak tu dok decorate the cuppies… tak best betul kalau tak cukup tidur ni, mata rasa berat tapi otak dok ligat berfikir.

Tima kasih kat tuan rumah yang berlelah sediakan hidangan, dengan anak2 kecik pulak tu masih sempat buat bihun soto, nasi impit, kuah kacang, sate, lontong, nasi lemak. Tima kasih juga kat geng2 semua – pija & co, zarina & co, shida & fiancĂ© dan ayoi (yang datang solo coz wife keje katanya, no problem). Harap akan datang kita dapat lagi buat macam ni... dan kumpulkan lebih ramai lagi. Sorry no pics taken kat rumah fazilah sebab masing2 sibuk berborak & enjoy makan.

Actually secara tak sengaja, gathering kat rumah fazilah adalah yang kedua dalam minggu yang sama. Gathering yang pertama was at pija’s house malam sabtu baru2 ni. Ramai pulak yang datang tu yang jadi umpama a gathering gak tu. Memang dah jodoh pertemuan tu ketentuan Allah swt kan, baru je bercakap2 dengan aini last week tentang rancangan nak berjumpa (entah bila tak pasti) tau2 sampai je kat umah pija, dia & family pun ada kat situ. Alhamdulillah…


from left: zarina (the GA yang aku mention dlm earlier entry), aini, myself & angah (front)

dengan anak2 masing2 (yaya terlindung)... tuan rumah baju belang pink yellow masih larat tergelak besar despite huru hara yang anak2 kami buat kat rumah dia ;-)

seronoknya dapat berkumpul ramai2... puas hati! surprisingly, my little princess yang 'bekeng' tu cepat betul dapat kawan. she bonded very well dengan anak bongsu aini (yang pakai baju pink tu). so, bukan aja kami yang enjoy the gathering, but our children too enjoy the company.

Another Delayed Entry - Kawan Lama

The rest of the entries that I will post today were mostly delayed entries. I was not able to blog since 22 october last week due to internet cable disruption di seluruh shah alam/subang area, or so i was told by the streamyx & telekom people. hence all the entries can only be upload now. so jadi macam cerita basi lah. My office had to suffer not only without internet connection but also with limited phone lines and facsimile lines were down as well. Macam mana bisnes nak jalan ni encik telekom?

Kenduri kawin faisal kat mambau tempohari comes as a blessing. Sebagaimana yang telah aku jangkakan, kenduri tu jadi platform pertemuan semula dengan kawan2 lama kat acs dulu. Bermula dari kenduri tu hubungan dengan kawan2 lama bertaut semula. Sehingga hari ni ada je sms atau call kejutan dari kawan2 lama yang dah lost contact. Syukur Alhamdulillah… happy sesangat. Tau jelah kan dah berapa lama aku pendam rindu kat kawan2… dapat sms pun dah happy giler. kalau dapat jumpa jangan terus jadi gila sudah ler *lol*

Hari ni 23 oktober 2008 aku dapat call dari aini… kalau dia tak cakap nama dia aini memang aku tak boleh cam suara dia. Jangan marah ye aini… dulu2 masa kita budak2 masing2 suara halus lunak, sekarang semua dah matured. rupa paras dia masih lagi terbayang2 di mata, in fact for these past few months memang aku asyik terbayangkan kali terakhir aku jumpa dia, tak sangka pulak dapat bercakap dengan dia. I have to thank her so much for reaching out to me. Appreciate sangat2… rupa2nya dia pun tercari2 kawan lama. After 13 years tinggalkan sekolah agaknya masing2 dah mula dihambat rindu yang teramat sangat kat zaman sekolah kot? Heeee…

Aini was the shooter in our netball team kat sekolah. She and another friend, zarina memang selalu rotated position sebagai GA & GS. Dua orang ni memang padanan mantap. Oh my kalaulah aku ada gambar kami sepasukan dulu… ni nak kena cari balik album2 lama. Aku pulak masa tu main defence... nak jadi shooter setakat team rumah boleh lah, kalau school team aku lebih menyerlah sebagai defence…chewahhh masuk bakul angkat sendiri nampak.

Okay back to aini… she got married just a couple of years lepas tinggalkan sekolah. The rest of us masa tu masih huha huha lagi. I was still struggling mencari arah tuju. And that was it… lepas dia kawin I never heard of her again. Until today…

27 oktober ni sekumpulan kecil ex-acs akan berkumpul di cheras kat rumah fazilah (another school mate yang baru jumpa semula masa wedding faisal). Alhamdulillah daripada idea asal sekadar kunjungan raya aku sekeluarga ke rumah dia akhirnya akan jadi satu reunion kecil seramai 4-5 orang kawan2 lama bersama keluarga masing2. Dapat duduk bersila ramai2 ni best… hehe pasangan masing2 harap jangan jeles ye sebab kami sebenarnya tak kira lelaki ke perempuan semua dah macam adik beradik. I can’t wait until 27 october!

Sunday, 19 October 2008

Allah Selamatkan Kamu...

this morning yaya sang


"Allah selamatkan daddy...
Allah selamatkan daddy... Allah selamatkan daddy kami...
Allah selamatkan daddy..."

... her Islamic version of birthday song for hubby who turns 34 today. May Allah bless you always, hubby darling. as for yaya she is so candid that when she opt to sing the birthday song i didn' expect her to change 'kamu' to 'daddy'. she makes the song personalised and brought smile to hubby's face. she's so sweet... that's the thing about yaya, despite her strong headed nature yang selalu buat kita geram but she knows how to make your heart melt. the star (like her namesake) in our house.


i asked hubby if he wants me to make sup tulang rusuk for his birthday because last week he mentioned about sup tulang rusuk. but he wants nasi beriani and ayam masak merah with kurma daging... again! well, who am i to argue with the birthday boy? his wish is my command. aye aye sir!


initially i wanted to make a bitrhday cake tapi i put off the idea sebab tak sempat nak cari icing nozzle etc. so i made a variety of cakes & pastry instead. and memang saja masak lebih in case ada musafir lalu tumpang berteduh ;-).

brownies, blueberry cheese tart and steamed fruit cake




we took a family photo as memento... geram tengok mulut fahmi comot rupanya, every snaps ada je yang bergaya selekeh ;-P

Full Day

musim2 raya ni kan banyak betul dapat jemputan open house. ada yang buat open house tengahari (most common lah), petang or malam... tak kurang juga yang buat open house waktu pagi, agaknya dah maklum orang lain kebanyakan pilih tengahari, petang or malam tu yang timbul idea open house pagi.

semalam kami dapat 4 jemputan open house. tapi disebabkan kesuntukan masa, we have to be very selective. bukannya tak sudi tapi jarak antara satu tempat ke satu tempat lain tu agak mengambil masa, tambahan tau jelah kl ni traffic heavy sentiasa, 'jammed' kepala. elok2 mood nak beraya hati boleh jadi panas, kan?

first open house we attended yesterday was at fahmi's school. they organise makan2 right after the tutorial class ended at 11am. kami tak sangka pulak yang pupils semua disuruh berbaju raya, fahmi wears his usual attire, jeans dengan t-shirt je, tapi yang berbaju raya pun mostly girls lah. cute je tengok nuha (fahmi's gf) berbaju kurung light brown. bagus juga bila buat makan2 gitu ada kesempatan kami berbual mesra dengan the teachers.

next, we went to my bos's new PA's open house kat puchong. amboii tuan rumah memang murah rezeki, tiap tahun buat open house dalam hujan, you! yang bestnya elok je kami sampai hujan pun turun... kiranya kami ni bawa hujan lah ye? sedap menjamu selera nasi dagang terengganu, yaya pulak kalau dah dapat satay ayam memang tak ingat dunia sampai buncit perut dia. hubby pulak puas melepas rindu kat grilled lamb.

dari puchong kami balik ke rumah dulu, solat zuhur & freshen up sebelum ke rumah seterusnya. yang ni dekat je dengan rumah, kat bukit jelutong. it was a birhtday party for puan sally's 3rd son, ariff bum bum. aku pergi dengan anak2 je ditemani kakak. hubby dah tergolek kat sofa, overdose kambing! sakit kepala & panas katanya. huhuhu tulah... nak tegur malas.

memusing jugak cari rumah puan sally. maklumlah driver terover confident langsung tak bawa map. jangankan map, alamat rumah & no jalan pun tak bother nak check. time2 macam ni kenalah gunakan kekuatan mengingat visual... hehe sib baik tak lama memusing dah jumpa.

we left sally's house around 5pm. i was so full i don't think i can't take anymore food. so basically, what we had at sally's house is considered as my dinner lah. tu yang tak terkejar2 nak balik rumah, we headed to ttdi jaya nak cari icing nozzle set kat bagus. lagipun saja balik lambat sikit so that hubby had enough rest without the hassle of the children yang sure grumpy sebab penat. keciwa betul pegi bagus sebab dia cuma jual loose nozzle... itupun banyak pattern yang takde stok. hmmmm... selagi belum jumpa yang dihajati i wouldn't stop.

Friday, 17 October 2008

Alhamdulillah...

This is a delayed entry. Masa tengah2 sibuk lepas cuti rasa tu tak sempat nak post this entry.
I did a detailed blood test a week after raya at this panel clinic of hubby’s kat subang bestari. This is done for the purpose to confirm whether I am or I am not a thalassemia minor. Kenapa tiba2 je nak buat blood test? Sebab masa cuti raya baru2 ni my mom bagitau yang my auntie (my mom’s younger sister) was detected sebagai pembawa thalassemia. Bayangkan after 50 odd years (my auntie lah) baru je tau yang auntie ni pembawa thalassemia. Itu yang cepat2 aku pegi buat blood test. Boleh aja aku cadangkan my mom je yang buat test dulu, tak yah lah aku korbankan 7cc darah aku, dahlah aku ni penakut jarum. Tapi kesian kan orang tua susah nak bergerak, biarlah kita orang muda ni yang take initiative. Aku ni tak lah pandai sangat pasal thalassemia ni tapi kalau tak silap aku masa belajar sains dulu, kalau salah sorang ibu or bapa kita pembawa, anak2 juga boleh jadi pembawa. So aku buat matematik sendiri, iaitu kalau aku ‘bersih’ maknanya both my parents adalah bersih. So aku sorang jelah jadi tikus experiment takpelah kan?

The result came after 3 days. Aku tak cakap dengan ma yang aku buat test. Walau dalam hati aku rasa confident tapi jantung dag dig dug gak… mana tau surpriseeee!! kang nangis pulak aku. Alhamdulillah, the doctor confirmed yang aku takde thalassemia (major or minor)… syukur sangat2. Hubby pun lega sebab dia tak perlu buat blood test since aku dah dideclare clean… kalau tak dia pun kena check juga. Uhhhh penakut sangat dia tu!!!

Monday, 13 October 2008

Where Can I Get Them?

Ateco® 14 piece icing nozzle for beginner selling at USD13.99 per set... or





wilton 29 pieces icing nozzle at USD28.59. where can i get them in kl? ada sesiapa yang tahu please pleaseeee let me know ya! i've been shopping at the bake with yen store yang selalu pergi tu they have just a few pattern je... i need more.

Sunday, 12 October 2008

Nasi Berani Lawan Ayam Takut

to quote what fahmi was refering to when i told him earlier today that i'd be making nasi beriani, ayam masak merah and kurma daging for lunch. he was trying to make fun of my cooking by saying 'abang nak makan nasi berani dengan ayam takut'... saja je yang test mama punya sense of humour. balasannya... dia kena geletek kat tapak kaki sampai menjerit2... harharhar

i made nasi beriani today sempena hubby selesai sempurnakan puasa sunat Syawal. maklum ler aku jarang masak heavy meal during weekdays... we lived on home made roti john, cekodok kentang, bihun goreng dan lauk2 yang biasa dimasak kakak. dah nama pun melayu kan, kalau tak dapat makan nasi seminggu harus penasaran.

aku pula baru hari ni masuk hari ke 6 puasa sunat... kiranya siang tadi masak untuk orang jelah, giliran aku tunggu berbuka tadi. kakak pula bila dengar aku suruh basuh beras 4 pot terus kebingungan dia ingatkan ada tetamu nak datang lagi. sengaja masak nasi & lauk lebih coz hubby nak bawa sikit ke rumah his sister kat sg long siang tadi.

petang tadi kami 4 beranak terpaksa berpecah menuju dua destinasi berbeza. aku bawa yaya ke open house rumah my bos, hubby bawa fahmi ke rumah kakak dia. kelakar kan orang puasa gi open house. tu yang aku sengaja bawa yaya so that dia boleh tolong wakilkan mama menjamah hidangan. nasib anak dara ku itu kuat makan... takdelah nampak janggal sangat aku duduk semeja dengan tetamu lain, well most of them were my officemate jugak.

penatnya weekend kali ni... bukannya apa sebab masa kami penuh dengan pelbagai aktiviti. ingatkan bolehlah cover balik tidur yang tak cukup jumaat malam ritu sebab siapkan cuppies... ermm malam ni kena tidur awal lah.

Lemang Katak

Petang semalam sebaik siapkan juadah untuk tetamu & sambil menunggu ketibaan mereka, sempatlah aku mulakan projek percubaan pertama membuat lemang segera style siti khuzaimah yang kuceduk dari myresipi. Cadangnya nak buat juadah berbuka petang semalam since ada kuah kari ayam tu memang syiok ler... orang lain makan dengan rendang tapi aku lebih suka makan dengan kari ayam.

Kepada sesiapa yang tak tahu aku ni 'hantu' lemang sebenarnya. Pantang jumpa lemang... pantang jumpa kalau tak makan, mesti makan... tapi mesti lemang yang betul2 lemak lah ye? Kalau yang tak cukup rasa or hangus tu minta maaf ler... hehe memilih jugak. Part yang paling aku suka ialah bahagian 'kepala' lemang... ni kira bahagian top ler sebab kat situ terkumpul segala lemak & pati santan... huhu sedappp! Sebut pasal lemang ni ada kisah lucu disebaliknya.

Teringat 8 tahun dulu, aku masih bujang... di malam raya kat rumah my mum bila abah bawa balik lemang yang ditempah dari kawannya kat rembau. kebetulan masa tu musim hujan... beraya dalam hujan tahun tu. Elok lepas berbuka kali terakhir tahun tu, kuminta arwah abang ipar (dia masih sihat masa tu) tolong bukakan... belum sempat keluarkan lemang dari buluh masing2 dah berebut tangkap bahagian 'kepala' lemang dan ngappp!!! aduhhh sedapnya berlemak... syok makan lemang tu tetiba arwah abang ipar yang tengah menguis daun pisang di dasar buluh suruh kami tengok kenapa daun pisang tu pelik sangat. sebab bila di kuis macam melekat kat dasar buluh tak mau luruh. aduhhh... rupa2nya anak katak yang dah 'masak'... eiiii geli tekak... tapi tak mau keluar muntah! sure menggelegak katak tu dalam buluh sepanjang lemang dibakar... eewww.... tu dia bahana lemang musim hujan! sejak dari tu tiap kali lemang dibawa balik ke rumah mesti kami teringat kisah 'Lemang Katak'.

tapi aku tak pernah serik makan lemang... hehehe. hinggakan kisah yang sama turut disampaikan kepada hubby bila dia join family ku. dan hingga kini dia lah yang paling kuat mengusik & mengutuk aku tiap kali aku suarakan hajat nak makan lemang...



rasa dah serupa lemang... rupa jer takde... heheh susah sangat nak jumpa lemang yang betul2 sedap, wat sendiri jelah ;-)

Saturday, 11 October 2008

11 Syawal 1429H - First Raya Guests

we had guests! Alhamdulillah we welcomed our first raya guests today. Two families to be exact. The first family is Fiza's; my friend from school day with her husband and 1 year old son who quickly became fahmi's playmate... they developed a bond almost instantly. lucu tengok anak dia yang 1 tahun tu berebut makan nasi sepinggan dengan fahmi... apatah lagi bila dia suapkan fahmi nasi. So sweet... sayang tak sempat snap pic, leka layan tetamu :-)

Alhamdulillah walaupun hari ni aku bekerja sebenarnya, tapi sempat jugak siapkan roti jala & kari ayam... thanks to kakak sebab kari ayam tu dia yang masak with the help of my guidance over the phone. Nasib kubuat cuppies semalam banyak... so dapat juga hidangkan kat tetamu.

Right after Fiza left, hubby's friend pun sampai with his family. Dah rezeki tetamu2 yang datang agaknya, roti jalan yang masih berbaki tu jadi hidangan lagi. Risau juga orang datang jauh2 setakat hidangkan air jer... tengah hujan pulak tu petang tadi. Aku yang sambil2 layan tetamu sambil jenguk lemang segera yang dikukus atas dapur... nak dihidangkan belom masak lagi. lagipun seganlah pulak sebab lemang kita style orang bandar, ikut resipi siti khuzaimah from myresipi. Si yaya pulak sibuk tak sabar2 nak makan 'nasi pulut' (gelaran for pulut kuning & lemang) yang belum betul2 masak sekata.

Aku sebenarnya happy sesangat terima tetamu hari ni... walaupun penat tapi bersyukur. Bukan ke tetamu tu umpama membawa rezeki?

Friday, 10 October 2008

Mess... Success?!

Phewww!!! I stayed up late tonite to finish decorating the mini cuppies for my son to bring for his classmates tomorrow. I made chocolate cuppies this time around; frost them and sprinkle choc chips on top of it… most kids love chocolate don’t they? Well at least mine does… ;-)

The chocolate cake recipe was easy, but it took some time to cream the butter and sugar together with the ratio of 1/2c butter: 1 1/3c sugar. I double the recipe to produce around 40-45 something mini cuppies (I’ve lost count sebab penat!) yang tak bestnya my cuppies mesti melimpah ruah… dah ikut instruction to fill ¾ full or perhaps my ¾ full tu tak sama dengan orang lain punya ¾? Hehehe… comotlah sikit cuppies ku.

For those who’s been wondering what’s the special occasion, well, there’s no special occasion; not specifically. Saja je buat sempena hari raya ni kan coz last ramadhan fahmi berpuasa so he didn’t join the class for its usual tea break. So fahmi would like to share this treat with all his friends & teacher (s).

Ingatkan senang je nak buat frosting nya… aduiii leceh juga ye and I guess it tooks a lot of practice to get the smooth textured of icing macam orang lain buat tu. Since aku cuma belajar dari internet, kira not bad lah kan? hahaha ni statement nak sejukkan hati sendiri. And my kitchen is in a big mess!!!

Tengahari tadi hubby bagitau all the teachers at fahmi's school been asking if i made them for sell and if yes they'd like to order some.... huhuhu cuppies sememeh gitu nak jual? it is far from perfect malu giler nanti. Fahmi said all his friends likes the cuppies... of course they do, didn't i say kids love chocolates? :-) Next time whenever I'm experimenting with new recipe, I know where to send my sample to... I have more than a handful volunteers at his school.




some decorated with chocolate rice... not in the pic some decorated with chocolate shave

Wednesday, 8 October 2008

Ketupat Segera & Kuah Kacang



ini je hidangan berbuka puasa sunat yang mampu aku sediakan for today. bukannya tak mampu $$ nak sediakan juadah lain tapi stok bahan mentah kat dalam fridge tak banyak sebab last weekend tak sempat nak berbelanja kat pasar. disebabkan bahan mentah (i.e. ayam & ikan) yang limited kenalah aku cari idea nak pelbagaikan hidangan yang tak guna ayam/ikan/daging. since masih dalam mood raya dan kebetulan raya tempohari tak puas sangat makan ketupat, jadi malam tadi kusiapkan kuah kacang awal2. petang tadi kakak just rebus ketupat segera nona & panaskan kuah kacang untuk berbuka. kali ni aku tak guna resipi sendiri untuk kuah kacang, kuceduk resipi from myresipi... emmm memang lain, sedap.

Monday, 6 October 2008

Entry Tertunggak

ehh macam bil air pulak ada 'tertunggak'. tapi tulah patutnya dapat buat entry ni immediately masa raya ke -4 ritu tapi since laptop kaput semuanya tak menjadi... jadilah delayed entry.
macam aku cerita semalam lah kan, aku start posa since raya ke 2 lagi. kebetulan raya ke 2 tu kami dah bertolak beraya kat rumah mil pulak. kat rumah mil takdelah aku main masak2, cuma malam tu kami buat family day so adalah main bakar2 gitu... hehe bakar udang, ayam, ikan & sosej...lepas bakar@ bbq kami bakar bunga api plak... hehe. so my contribution untuk family tu adalah udang & ayam tandoori... aku cuma siapkan perap2 semua pastu bab membakar serah kat orang lain.
jadinya agak beberapa hari jugaklah aku bercuti dari main masak2... tangan pun dah gatal pastu datang ketagih. jadinya hari raya ke 4 tu masa on the way back ke rumah my mum sempatlah sms kat my mum minta dapatkan ayam & lain2 bahan untuk buat bihun soto ayam. cadangnya bolehlah buat juadah berbuka. beginilah hasilnya...
dan juadah berbuka semalam... karipap ayam. abaikan rupa yang menggerutu & herot berot itu ye sebab rasanya sungguh sedap... thank you myresipi (my saviour). seumur hidup tak reti buat karipap... nilah kali kedua.

Sunday, 5 October 2008

5 Syawal 1429H - Home Sweet Home

seronoknya rasa dapat balik ke rumah sendiri. petang tadi lebih kurang jam 4.20pm selamat sampai balik ke subang. sungguhpun kami hanya meninggalkan rumah for 5days in total tapi rindu betul kat rumah ni. walau seburuk dan sesempit mana pun... home sweet home.

alhamdulillah sepeninggalan kami balik beraya kat kampung takde pulak apa2 yang berlaku. maklum le musim2 perayaan macam ni bila suasana sunyi sepi bimbang juga. dan sangat2 bersyukur sebab rumah kami tak diserang oleh 'peter pettigrew' (hmm puan sally tentu boleh agak). 'peter pettigrew' @ 'cik siti' ni kisah yang tak pernah masuk entry lagi. sengaja aku gelarkan peter pettigrew sempena nama watak tikus jadian dalam harry potter: prisoner of azkaban. risau tinggalkan rumah lama2 sebab kali terakhir tinggalkan rumah selama 4 hari masa bulan ogos lepas teruk rumah kami diserang peter pettigrew, sakit hati & sakit jiwa dengan kerenah dia.

enough about peter pettigrew... baik cerita pasal raya 2008 kami. rasa singkat betul masa beraya kali ni sebab hari raya jatuh pada hari rabu (pertengahan minggu). ingatkan dapatlah berblogging sambil beraya tapi laptop kaput lah pulak. tu yang sunyi sepi rumah blog ni. seperti biasa raya kami banyak dihabiskan atas jalanraya je... monday petang lepas kerja baru bertolak balik ke my mum's house. raya kedua pulak bertolak balik ke rumah mil. sabtu pagi balik semula ke seremban.

kat rumah my mum kerja2 menyiapkan hidangan raya kami mulakan seawal tengahari selasa... mujur juga buat awal sebab dah tak larat nak bersengkang mata sampai pukul 2-3 pagi macam dulu2. this year my sis keje so malam raya family dia tak dapat berkumpul sama. pun begitu rumah mum tetap gamat sebab 3 orang my cousin beraya dengan kami sebab my uncle+wife kena transfer ke shanghai 19 ramadhan lalu. so parents diaorg beraya kali pertama di negara orang & since my mum ni kakak sulung so anak2 dia ditumpangkan beraya dengan kami. kebetulan adik ipar pun giliran beraya dengan kami, jadi ramai jugaklah yang menolong di dapur, cepat selesai kerja. anak2 kecil & bapak budak pulak sibuk bermain bunga api & mercun pop pop. riuh rendah rumah my mum... tapi aku enjoy dengan keriuhan malam raya sebegitu.

pagi raya kami ke surau berdekatan untuk menunaikan solat sunat aidilfitri. fahmi & yaya ikut sama. alhamdulillah kedua2 anakku ni dah biasa dibawa ke surau/masjid time2 raya dan luar musim raya. dah pesan awal2 jangan nakal, so takdelah depa buat bising or ganggu orang. yaya siap bertelekung kusuruh solat di barisan belakang.

balik dari surau masing2 berkumpul untuk bermaafan (secara berjemaah). masa nilah si kecil semua dapat duit raya... fahmi paling terasa kemeriahan raya sebab dia dapat habuan dari mama & nenek coz dapat puasa 7 hari. well done anak mama.

selesai acara dirumah, kami rancang pergi beraya beramai2 kat rumah my uncle (adik abah) di taman pulai impian, sikamat. kami adik beradik memang tunggu peluang serang rumah my uncle ni sebab ada satay... hehehe buruk lantak kan? ni satay buat sendiri so dapatlah makan sepuasnya. lagipun rumah dia ada laman yang cantik, dapatlah lepak sepuas2nya. tapi sebelum tu me, hubby & anak2 singgah ke kedai gambar... biasalah tradisi raya kami mesti ambil gambar kat studio tiap kali raya. ramainya orang kat studio, kena beratur macam nak check gigi masa zaman sekolah rendah pulak rasanya. hmmm gambar cuma siap dalam 2-3weeks lagi so tunggu... :-)

aku dah mula ganti puasa sejak raya ke 2. elok je habis puasa ganti nanti terus sambung puasa enam pulak. berbuka petang tadi sekadar karipap inti ayam & ubi kentang. ada inti baki buat karipap bulan puasa yang aku frozenkan. nak cerita panjang2 tak larat dah. penat ler... so cuci mata tengok pic raya & video malam raya jelah ye.

pic me & hubby taken by yaya. purple theme colour kami this year. it so happen that purple is the colour of this raya juga rasanya sebab everywhere i go (shopping mall) banyak betul barang in purple. bagus juga senang nak cari sepatu raya. pipi ku nampak chubby kan? pelik betul takkan baru 1 hari raya dah bertambah berat... huhu

yaya & fahmi sibuk main kucing kat rumah my uncle... naik lemas kucing tu dibuatnya.





model baju raya yang perasan posing dengan rantai purple mama







budak2 & bapak budak main mercun pop pop