Sunday, 12 October 2008

Nasi Berani Lawan Ayam Takut

to quote what fahmi was refering to when i told him earlier today that i'd be making nasi beriani, ayam masak merah and kurma daging for lunch. he was trying to make fun of my cooking by saying 'abang nak makan nasi berani dengan ayam takut'... saja je yang test mama punya sense of humour. balasannya... dia kena geletek kat tapak kaki sampai menjerit2... harharhar

i made nasi beriani today sempena hubby selesai sempurnakan puasa sunat Syawal. maklum ler aku jarang masak heavy meal during weekdays... we lived on home made roti john, cekodok kentang, bihun goreng dan lauk2 yang biasa dimasak kakak. dah nama pun melayu kan, kalau tak dapat makan nasi seminggu harus penasaran.

aku pula baru hari ni masuk hari ke 6 puasa sunat... kiranya siang tadi masak untuk orang jelah, giliran aku tunggu berbuka tadi. kakak pula bila dengar aku suruh basuh beras 4 pot terus kebingungan dia ingatkan ada tetamu nak datang lagi. sengaja masak nasi & lauk lebih coz hubby nak bawa sikit ke rumah his sister kat sg long siang tadi.

petang tadi kami 4 beranak terpaksa berpecah menuju dua destinasi berbeza. aku bawa yaya ke open house rumah my bos, hubby bawa fahmi ke rumah kakak dia. kelakar kan orang puasa gi open house. tu yang aku sengaja bawa yaya so that dia boleh tolong wakilkan mama menjamah hidangan. nasib anak dara ku itu kuat makan... takdelah nampak janggal sangat aku duduk semeja dengan tetamu lain, well most of them were my officemate jugak.

penatnya weekend kali ni... bukannya apa sebab masa kami penuh dengan pelbagai aktiviti. ingatkan bolehlah cover balik tidur yang tak cukup jumaat malam ritu sebab siapkan cuppies... ermm malam ni kena tidur awal lah.

No comments: