Saturday, 8 November 2008

Nightmare II

Belum pun hilang debar & rasa nak luruh jantung dek kejadian cik bonnie & en clyde hilang kat parkson, subang parade malam sabtu lepas, tiba2 tengah malam tadi kami dikejutkan lagi dengan kejadian yang hampir2 menyebabkan aku kehilangan en clyde sekali lagi. Nauzubillah hi min zalik... minta dijauhkan.

Kejadian yang berlaku jam 3.30pagi tadi left me shaken... trauma betul. Seperti biasa tiap malam aku & hubby akan temankan budak berdua ni tidur atas tilam mereka (they still share the same room with us). Selalunya dalam half an hour lepas diaorang lelap kami akan beralih ke katil. Tapi malam tadi dek kerana penat sebab masuk tidur pun lewat, aku Cuma terjaga sekitar jam 2.30pagi. Terus kejutkan hubby naik tidur atas katil kami.

I was in a very deep sleep. Tetiba telinga aku menangkap bunyi dentuman kaca yang teramat kuat sampai aku terus terbangun and sat up straight. Rupa2nya hubby pun terbangun serentak denganku. Serentak tu juga kami dengar suara fahmi menangis kuat. Aku yang masih tergamam & terpinga2 terus menjerit kat hubby suruh tengok fahmi. Bayangkan dalam gelap gelita tu dahlah dengan aku yang rabun tak tau apa sebenarnya berlaku tapi naluri aku kata jeritan fahmi ada kaitan dengan bunyi dentuman tu. At first dalam gelap tu I thought that kaca tingkap bilik tidur kami pecah dan serpihannya kena fahmi. Tapi bila aku switch on the light tambah menjerit aku bila nampak siling & roof tiles bertaburan dekat lantai sebelah fahmi.

Fahmi masih menangis kuat, kami belek2 badan dia sambil hubby alihkan roof tiles yang pecah bertaburan atas tilam. Takde pulak nampak kecederaan fahmi, tapi bila aku selak baju dan seluar dia barulah nampak rupanya punggung dan bahagian pinggang dia luka sikit. Mungkin kesan tiles pecah terkena dia tu calar punggung dia. Cepat2 kubersihkan habuk2 pada badan dia, angkat ke atas katil dan dalam masih disoriented tu nanar pulak aku mencari minyak gamat. Yang jumpa cuma krim gamat je so cepat2 sapukan kat luka dia, lepas tu aku peluk dan cuba tenangkan fahmi padahal jantung aku sendiri masih berdegup kencang. Both me & hubby masih blur, disoriented... aku pandang hubby, hubby pandang siling� pelik & confused tak tau apa sebenarnya yang berlaku.

Serius cakap aku terrified habis sebenarnya. Nak keluar dari bilik pun aku takut, sebab aku sangkakan ada orang nak pecah masuk rumah kami. Hubby jenguk2 ke lubang siling yang pecah tu tak pulak Nampak langit, yelah kalau roof tiles jatuh mesti nampak langit kan tapi bila diperiksa elok je intact semua.

Lepas kemas2 bilik kami 4 beranak baring semula, kali ni terpaksalah share satu katil. Dalam pada kami terkejut dengan bunyi dentuman tu percaya tak yang yaya masih boleh tidur lena. Aku tak boleh tidur sebab takut sesangat. Pertama, kalau betul orang nak pecah masuk rumah kami aku takut orang tu datang balik. Kedua, kalau roof tiles tu sebenarnya roof tiles lama yang tertinggal masa orang buat rumah, aku takut entah kat mana lagi yang diaorang tertinggal, takut kalau aku tidur nanti ada lagi yang jatuh timpa kami 4 beranak.

Back to fahmi, syukur doctor dah confirmkan dia takde kecederaan dalaman. Dan syukur sesangat tiles tu tak jatuh atas kepala dia. Hubby sangat2 bernasib baik sebab siling & roof tiles tu jatuh betul2 setentang dengan tempat hubby baring next to fahmi. Kalaulah aku tak terjaga 1 hour before kejadian, rasanya ... tak taulah apa nasib hubby. Thank God semua orang selamat.

Two nightmares in a span of a week are too much for me to take. I still feel shaken and terrified living in this house. Aku rasa sekarang ni hubby pun dah tak sabar nak pindah rumah baru kami. Kejap tadi baru je dia sebut2 pasal rumah baru, pasal alarm system and the security measures for our new house. Semua orang trauma. Aku rasa macam separuh gila malam tadi.


lompong kat siling akibat dihempap roof tiles yang jatuh


debris from the roof tiles yang pecah. selalunya kami susun 2 keping tilam rapat ke dinding setentang dengan siling yang roboh malam tadi



3 keping roof tiles seberat 1/2 kg each... tak dapat bayangkan kalau ia menghempap fahmi... aduhaiii ngeri!



bilalah nak dapat kunci rumah baru ni?

6 comments:

NadiahKhair said...

Alamak Lia..ngeri seyh.
Klau it happen to me pun sure xleh tido and feel secure. Cepat2lah u pindah.

lemongrass said...

Lia,
Ya Allah, ngeri abis baca your story. Syukur sgt2 kat Allah Fahmi and u guys are ok ye. Kalau I pun jadi u,memang lah luruh terus jantung I. Nauzubillah!

Liasari said...

yup nad, mlm tadi nak tidur fahmi dok sebut pasal siling roboh atas dia... sian plak dia pun trauma.

LG,
syukur semua selamat... tp i x sanggup tgk anak2 ditimpa benda2 mcm ni. rumah is supposed to be tempat yg paling selamat kan? esok2pindah umah sendiri nak kena check semua tempat. rumah yg kami sewa ni pun rumah lama dekat 10-12 tahun usia dia. agaknya frame kayu tempat roof tiles ditenggekkan tu dah reput... tapi kena anak i!

Ami said...

syukur fahmi okay,tapi mesti die still terkejut ye.yg pasal hilang dkt shopping complex tue,my niece pon pernah macam tue.tapinye sebab die pegi menyorok dlm fitting room!geram ade,risau lagi lah kan.

Anonymous said...

ishk ishk ishk..seb baik tak kena fahmi..Alhamdulilah semer selamat...

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Ya Allah kak..caner lah bleh jadi mcm ni? nasib baik fahmi tak apa2..seriau nyer dengar....