hari cuti begini buat aku tambah rasa malas ke dapur. lagipun kalau ke dapur pun takde apa yang boleh dimasak sebab barang dapur semua dah habis. sebelum balik kampung tempohari kami tak pergi market pun. pagi ni masing2 bangun lewat, pasar pun dah tutup agaknya. supermarket cina depan rumah memang dah tentu tutup coz depa raya kan? kalau pun buka bukannya boleh beli apapun coz takkan aku nak beli ayam/daging kat kedai dia. so, hari ni membeli belah di cold storage lah jawabnya.
siap shopping kat cold storage tengok jam dah pukul 12 tengahari. ermm kalau balik rumah pun ambil masa juga nak masak for lunch, hubby ajak singgah kat JM Beriani, isi perut dulu katanya, no point balik rumah dalam kelaparan. me & hubby had mee bandung while budak berdua tu makan nasi beriani sepinggan sorang tapi lauk ayam masak merah dikongsi berdua, membazir kalau tak habis. tau tak yaya ni walaupun dah masuk 4 tahun tapi kalau makan kat luar masih kena minta high chair. kalau tak kesian dia susah nak makan sebab tak nampak makanan. tulah badan kecil sangat. *lol*
dinner malam ni pulak ingat tak maulah makan heavy so aku sediakan lamb burger je with salad & fries, for the kids goreng sosej ayam je. alah bukan susah pun, lamb burger keluar dari kotak hehehe tinggal grill kan aja. tapi yang buat aku hangin satu badan bila incik hubby bawa balik satay ayam & jagung rebus. sudahnya budak2 tak mau makan sosej ayam or even fries yang diaorang suka pun tak dijamah. tak pasal2jadi satu pembaziran pulak... manalah tak hangin.
aku tau lamb burger ni tidaklah begitu menyelerakan compared to satay ayam & jagung rebus tu :-(
bila aku membebel hubby salahkan budak2 sebab diaorang yang merayu2 minta satay & jagung. fahmi pulak salahkan daddy sebab tak call mama bagitau yang diaorang beli satay. baguslah tu semua orang tunding jari. aku cakap kat hubby, fahmi & yaya since masing2 dah pandai cari makan sendiri lain kali mama tak payah susah2 masak, pakat2lah cari makan kat kedai ye. since tukang masak dalam rumah ni mama & kakak, so both of us mogok tak nak masak, we both boleh hidup dengan nugget & roti je. yang lucunya fahmi cepat2 kata daddy yang beli satay bukan dia yang nak. yaya pun cepat2 dia kata daddy yang nak beli satay bukan adik yang nak. terkena hubby kali ni! amboii cekap betul budak berdua tu jaga perut masing2 ye?
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment