Friday, 28 August 2009

7 Ramadhan 1430H - Prawn Wantan & Roti John

malam ni cuti solat terawih berjemaah kat masjid. aku ambil giliran supervise fahmi buat take home ujian bulanannya yang dah masuk 1 minggu masih tak siap lagi. anak bujang ni buat homework umpama burung belatuk, disuruh ketuk dia ketuk. rupa2nya dia sendiri pun tak faham apa yang ditulis, nak menyebut perkataan itu pun dia tak tahu. patutlah huruf2 yang ditulisnya kadang2 salah, tak make sense langsung! contohnya ada gambar arm kat sebelah kiri kertas ujian dengan arahan tulis/eja anggota tersebut. instead of tulis a.r.m. dia tulis d.r.m. terkulat2 aku membacanya sampai naik juling. bila kutanya apa benda yang ditulis, dia terus geleng kepala. aduhaii... apa benda yang diajar kat sekolah ni? nampak gaya buka sekolah lepas cuti semester ni kenalah aku menghadap cikgu dia.

berbalik kepada solat terawih. ni bukan nak cerita bangga diri tapi sekadar berkongsi kisah harian. masjid kat rumah aku ni luar biasa ramai jemaah yang bertandang berterawih kali ini. sampaikan kereta melimpah ruah sampai ke lorong rumah aku, yang blok jalan terus jangan cakaplah. tapi sejak dua hari lepas aku mula bertandang ke masjid dah agak kurang pula ramainya. pun begitu kanak2 punyalah ramai. which is good, itupun kalau mereka betul2 ikut solat bersama. tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. kanak2 terutamanya yang lelaki dok buat bising yang terlampau sangat. malam tadi aku betul2 naik darah, rasa nak pergi tampar je mulut setiap sorang. yang peliknya parents diaorang buat dunno je.

itulah salah satu sebab kenapa aku tak bawa fahmi ke masjid. aku cuma bawa yaya aja sebab yaya ni behave, dia dah 3 kali ikut berterawih langsung tak buat hal. walaupun solatnya panjang dan lama dia ikut je, kalau dah penat dia keluar saf duduk kat belakang. cuma fahmi je yang aku & hubby kurang percaya sikit... dari pengalaman lepas kami rasa biarlah dia dirumah aja sebab dia punya self control agak kurang berbanding yaya. bukan aku membeza2kan anak, tapi daripada dia datang ke masjid sekadar nak buat bising berlari sana sini menggangu orang solat biarlah dia buat homework je kat rumah.

malam ni just nak tempek gambar starter iftar kami petang tadi. roti john (yang tak sempat snap pic semalam) dan prawn wantan.

No comments: