Wednesday, 30 September 2009

Tsunami Lagi

plan nak upload pics aktiviti beraya ditangguhkan sementara sebab aku rasa ada kisah yang lebih relevan untuk dikongsi bersama. by now everyone probably dah tau pasal tsunami yang melanda kepulauan samoa and other islands surrounding south pacific semalam dan awal pagi tadi. AP reported approximately 15,000 people were affected by the tsunami with death toll keep on rising as banyak lagi mayat yang belum ditemui. ngeri mendengarnya, just imagine being swept away by a 20 feet wave.


aku sebenarnya tak tau pun pasal tsunami ni. tak tengok tv pun semalam dan pagi ni baca online news pun tak sempat habis. kalau tak kerana gegaran yang lasted for about 1 minute masa aku kat office tadi dah tentu aku tak akan tau ada tempat yang dilanda tsunami. aku tak taulah kalau ada tempat lain kat malaysia ni yang terasa gegaran yang aku rasakan around 6.10-6.15pm tadi. aku tengah duduk mengadap pc kat ofis bila tiba2 kerusi aku bergoyang dan bergegar seolah ada orang shake kerusi tu untuk buat aku terjatuh. seketari bos yang duduk meja berhadapan aku pulak dah siap tahan tangan atas meja sebab dia sangka dia pening nak pitam. ternganga2 mulut dia tergamam sehinggalah aku tanya sama ada dia rasa gegaran ke tidak barulah dia berani bersuara.

aku sangka gegaran sikit je, tapi berterusan pulak sampai aku tak berani nak berdiri sebab gegarannya kuat sangat. one of my colleague from another department called my extension just to confirm that it was a quake yang dia rasakan. yelah dah petang2 begitu masing2 tinggal sorang diri kat bilik ada yang terasa macam berkhayal sorang. another colleague yang tengah solat asar kata paip2 air semua berlaga sampai berbunyi2, yang sorang lagi tengah tadah tangan berdoa dengan tangannya yang bergoyang2 masih tak syak apa2 sehinggalah ditegur rakan kat sebelah.

after hampir 1 minit gegaran tu, seketari bos cabut turn ke ground floor tinggalkan aku sorang. aku yang masih tergamam ni sempat lagi off pc & lampu pastu berjalan dengan rileksnya sehinggalah aku nampak kawan yang interkom aku tadi berlari keluar dengan beg tangannya barulah aku panik. mana tak paniknya bila dia cakap semua orang dah keluar except aku je. aku pun patah balik masuk bilik ambil handbag, off lampu dan cabut keluar. sebaik je aku keluar berderai ketawa my boss & colleague lain tengok muka aku panik. diaorang ingat aku tak nak keluar langsung, diaorang dok tunggu je. jahat betul lari tak ajak orang!

aku terus je balik rumah. tekak dah rasa loya bukan sebab pening tapi sebab panik & takut. terbayang muka anak2 kat rumah. seumur hidup tak pernah rasa gegaran sekuat tadi. dulu pernah masa aku solat kat surau ofis tiba2 lantai jadi senget, aku pun ikut senget. pernah juga terasa gegaran yang pendek dan very mild tapi tak serupa macam tadi. semua orang cakap kat negara kita ni selamat, takkan kena earthquake. tapi kadang kita lupa dunia ni dah akhir zaman, macam2 boleh jadi. padang pasir boleh turun salji. perempuan jadi lelaki. pendek kata dah takde apa nak diherankan!

*bila baca berita today baru tau gegaran semalam adalah disebabkan earthquake kat padang, sumatera barat, indonesia dan bukan kesan gegaran tusnami yang berlaku di samoa. it was reported that after the 1st quake another quake at 6+ skala richter followed about 20mins after the 1st one. patut pun masa tengah drive balik rumah terasa tremors taklah sekuat yang pertama tadi. i thought aku ni berimaginasi sendiri...

Satu Hari Di Hari Raya II

after spending 3 days & 3 nights kat rumah mil, kami bertolak ke rumah my parents pulak. ikutkan hati berat nak tinggalkan rumah mil. seronok pula tengok my kids bermain dengan cousins dia, tambahan abang ipar & anak2 serta anak my sil baru je sampai raya kedua tu. budak2 baru nak seronok bermain & berebut mainan kita pulak dah nak beransur balik. fahmi takde masalah nak blend in to the group sebab anak2 buah hubby mostly lelaki. yang lucunya yaya canggung sekali nak masuk dalam group boys yang suka main PS2 tapi been rejected. she resorted to membebel tak tentu arah kat all the boys including her abang, so long as she got something to bebel about, kalau tak nanti dia pulak jadik tak keruan. yelah nak ajak bermain kena reject, what else to do... membebel jelah sebab kena ignore. kesian kat dia, cousin perempuan yang lain dah besar2 semua.

beraya di rumah my parents jauh lebih sunyi dari rumah mil. maklum jelah kami adik beradik cuma berempat, my sister plak last minute tukar plan balik beraya dengan mentua di parit buntar, yang tinggal cuma adik lelaki yang tengah with his family & adik bongsu yang masih bujang. pun begitu kira okaylah sebab rumah ma tak sebesar rumah mil. bayangkan rumah mil yang besar gedabak tu tapi orangnya boleh dibilang dengan jari.

like most people aku ambil kesempatan cuti raya panjang. since dah cuti panjang tu aku decide nak buat jamuan kecil for my old friends sabtu yang lepas. sebenarnya aku terkilan tak dapat berbuka puasa bersama2 diaorang pada 12 september lepas disebabkan aku sendiri kena organise majlis kat rumah bos. so kali ni kira acara 'balas dendam' lah. jamuan yang ikut perancangan awal cuma jamuan kecil for maximum 10orang dah jadi blown out of proportion pulak bila my sister nak contribute 500cucuk satay yang ditempah dari my uncle sebab diapun nak jemput kawan2 satu departmentnya seramai 70orang! amboii kalah tuan punya majlis.tersenyum lega my sis bila satay dia sold out macam hot cakes walaupun kawan2 se jabatan dia yang turn up cuma 1 family je! takpe tetamu lain dah tolong habiskan satay2 tu semua.

my mum pulak to the last minute nak jemput juga kawan2 marhabannya seramai 15 orang. so ma buat lebih nasi dagang with gulai ikan tongkol. angkat jari kat siapa tu ma? walaupun penat mengukus nasi dagang tapi tetap menten senyum.

all my bondas and ayahs (aunties & uncles from my father's side) turun dari rawang, shah alam dan semenyih. my youngest brother pun jemput juga kawan2 dia and he contributes ketupat segera, instant samosa dan take charge of preparing the drinks together with his fiancee.

sementara adik lelaki yang tengah tak jemput sesiapa sebab dia sendiri terpaksa kerja petang sabtu tu. pun begitu, dia kirimkan wife dia untuk sama2 tolong sepanjang majlis. take 5 daripada melayan tetamu... sedondon pulak aku & sis in law ku.

aku sendiri sediakan mee rebus, rendang ayam, cakes, mini cheesetarts dan beli lemang yang dibawa khas dari subang perdana untuk jamu semua tetamu. mengenangkan majlis dah bertambah besar malam sebelum majlis tu kelam kabut hubby cari khemah, mujur ada yang sanggup. bukanlah nak perbesarkan majlis tapi eloklah ada khemah untuk keselesaan tetamu, tambahan rumah kami kecil je.my cakes... nak tayang 3 tier cake dish yang baru kubeli sebenarnya...hehe

atuk, nenek dan sebahagian cucu2 mereka

penat tu memang penat. kelam kabut jangan cakaplah. lebih2 lagi bila masak sendiri. tapi alhamdulillah kami anak beranak tau tugas masing2, sama2 gotong royong walaupun kami tak ramai. bak kata wonderpets kami tak ramai dan kami tak kuat, bila bekerja bersama2 semuanya jadi mudah...hehehe.

Tuesday, 29 September 2009

Allah Selamatkan Kamu...

Allah selamatkan kamu3x...
Allah selamatkan mama...
Allah selamatkan mama...

begitulah nyanyian yaya untuk mama lepas dia & fahmi habis nyanyikan lagu 'happy birthday to you'. hari ni 29.09.2009 bertambah setahun lagi usiaku di era awal 30-an. tak bestnya angka 3 tu, tak pernah suka angka 3.

hubby lupa nak wish happy birthday to me. aku jadi geram lebih2 lagi bila kat ofis tadi bertubi2 sms ucap selamat kuterima termasuk daripada nombor2 yang tak kukenali dan tak kuexpect langsung. disebabkan aku berpuasa sunat syawal hari ni, maka pelawaan belanja makan dari teman2 sepejabat terpaksa kutolak dengan baik. terima kasih sebab ingat tapi maaflah aku segan nak dirai bagai, harap diaorang tak ambil hati. pun begitu, lewat petang sepotong classic cheesecake secret recipe kuterima dari 2 orang teman sepejabat. walaupun bukan sebiji kek tapi terasa luarbiasa sekali harijadiku tahun ini sebab tahun2 sebelumnya takde yang merai, cukup sekadar sms atau ucap selamat secara peribadi. rupa2nya masing2 kata dah beberapa tahun kebelakangan ni birthday aku sering jatuh pada bulan ramadhan, tu yang takde keraian. tak kisahlah, yang penting tanda ingatan sudah memadai.

berbalik kepada kisah geramku pada hubby tadi, hmm akhirnya merasa juga dirai dengan dinner simple kat luar. hehehe... tak rugi merajuk petang tadi ;-P

Monday, 28 September 2009

Satu Hari Di Hari Raya

Sunyi betul pagi raya kat rumah mil sebab majority adik beradik hubby beraya kat rumah mentua. Whereas kami ni melawan arus, tu sebab hanya keluargaku dan kakak ipar (yang beraya sorang) je ada di pagi raya.

Kali ini sesi bersalaman mohon ampun maaf agak kasual sebab tak ramai yang dapat berkumpul. Pernah sekali bila semua keluarga berhimpun kami anak cucu berbaris panjang bersalam2an. Seronok. Suasana begitu memang tak dapat aku rasakan kalau beraya kat rumah my parents. Keluarga sebelah aku agak malu2 kucing untuk acara sebegini, selalunya kami adik beradik curi masa bersalaman dengan ma dan abah secara private.

Pun begitu aku rasa enjoy beraya kat rumah mil. Lepas balik dari surau dan lepas jamah juadah raya kami berehat2 di ruang tamu sambil berposing.

ingat lagi bila aku mention yang kami ada 2 pasang baju raya each? finally aku decide untuk pakai kaler pink di pagi raya kat rumah mil ;-) pic sefamily yang blur ni diambil oleh our maid... memang nak kena ketuk jari dia ni hehe
alahai loving sungguh budak berdua ni... maklum le baru lepas bermaaf2an. tapi tu semua kejap jer ;-P
suka pic ni walaupun kabur dan kecil... kombinasi setting perabut ala nyonya menimbulkan mood 'keluarga peranakan' pulak... padahal rupa ala2 mamak dengan kulit gelap kami berdua. macam aura iklan yasmin ahmad pun iye...kehkehkeh perahsan
testing cermin mata mama dia... kurus betul anak teruna ni semenjak puasa
perempuan melayu terakhir sans selendang
since takde tetamu lagi yang datang beraya yaya dan cousin dia jadi orang pertama mengerjakan kuih raya

Wednesday, 23 September 2009

4 Syawal 1430H - Cerita Raya Eve

ramadhan berlalu, here comes syawal. ini cerita petang raya di rumah mil. kali ini nyaris2 kami beraya dalam banjir. hujan turun dengan selebat2nya petang sabtu tu sebaik aja rendang dagingku kering air. mujur berhenti bila dah nak dekat iftar. kampung mil is known as one of banjir spot kalau musim hujan lebat. hubby kata masa dia bujang dulu pernah beraya dalam banjir, dan aku sendiri pernah merasa banjir separas dada masa raya cina 6 tahun lepas. eihhh serik!

ingat lagi my entry yang lepas when i mention about aku dipertanggungjawabkan masak nasi minyak dan kuah kacang. rupa2nya ada seperkara lagi yang hubby tak bagi tahu aku awal2. buat surprise untuk aku kononnya. pagi sabtu tu aku keluar with yaya ke bandar segamat, terasa macam ada je kekurangan kat dapur dan bilik air rumah mil yang baru siap disambung. kubeli beberapa helai alas kaki yang elok2. masa on the way nak balik rumah hubby call, bising dan cemas je bunyinya sebab aku keluar lama sangat katanya. uhhh i've been gone for 1 1/2 hour je termasuk perjalanan pergi balik hampir 1 jam. rupa2nya hubby nak bagitau yang kali ni mil serah urusan menyiapkan juadah raya pada aku seratus peratus! patutlah hubby cemas sebab jam dah berinjak ke 1 petang tapi satu kerja pun belum mula lagi. and there were only me, kakak and hubby around after minus mil yang sakit kaki. adik beradik hubby yang berbelas orang satu pun tak ada.

huwaaa cemas gila aku sekejap. masakan tidak, nak siang daging 3kg++ untuk dibuat rendang, kuah kacang, rebus ketupat, masak kuah lodeh, sambal goreng, masak kari ayam kampung 6 ekor. rumah pun tak habis kemas lagi. pun begitu aku gagahkan diri... wakenabeb betullah. kenalah kami bahagi2kan kerja. aku potong daging, kakak kupas bawang, hubby and fil isi ketupat. sementara kami semua sibuk di dapur, fahmi & yaya help themselves by running around rumah mil, nak kejar ayam dah habis semua ayam dikerjakan atuk mereka untuk di'kari'kan.
ignore rambut ku yang serabai. tukang masak dah kepenatan
kuali ni nampak je kecik dalam gambar. inilah kuali terbesar yang ada kat umah mil selalu guna untuk kenduri besar2an

apapun, alhamdulillah semua hidangan siap malam raya. aku yang kepenatan seharian di dapur sampai malam tertido awal. subuh raya aku bangun cepat2 nak sambung buat kuah lodeh dan sambal goreng serta nasi minyak. rupa2nya mil dah kerjakan lodeh dan sambal goreng malam tadi masa aku tidur. susah hati agaknya dia tengok aku yang sekeping ni kat dapur. lepas masak nasi minyak aku bergegas siapkan anak2 nak pergi solat sunat hari raya. walaupun aku tak boleh solat tapi kutemankan juga anak2 ke surau, dapat dengar khutbah raya pun sudah cukup bagiku.

Friday, 18 September 2009

28 Ramadhan 1430H - Last Entry...

bukanlah last entry untuk selama2nya, cuma i anticipate that this will be my last entry before i took a long raya break. we are off to hubby's kampung petang ni before berbuka puasa. will be dropping by at my mom's house in seremban for iftar and also to collect lemang yang kuminta abah tempahkan dari kawan dia. hubby nak bawa lemang balik ke kampung. you see, before he met and married me dia bukannya reti pun makan lemang. lepas kahwin dengan aku, kalau aku makan lemang mesti berebut dengan dia. sekarang kami 4 beranak akan berebut makan lemang! bliss... :-)

banyak sungguh pakaian yang nak dibawa balik. i decided to pack all our clothes kepada 2 beg berasingan. one to be left at my mom's house, no point usung beg banyak2ke segamat, we are heading back to my mom's place afterwards. selain pakaian, ada juga bahan makanan yang dibawa balik (apart from kuih raya) i.e. beras basmathi dan bahan2 yang nak dibuat nasi minyak. hubby dah sound awal2 yang mil minta aku masak nasi minyak hari raya nanti. oh wow wieee... rasa macam tak percaya aku disuruh masak nasi minyak. nampak gayanya rumah mil pecah tradisi tahun ni sebab hidangkan nasi minyak di hari raya. aku tak tau keluarga jawa lain, but my in laws side ni pagi2 raya menu tradisi adalah ketupat, kuah lodeh, kuah kacang, sambal goreng, rendang ayam dan sate goreng. agaknya masing2 terkena penangan nasi minyak yang kumasak masa raya 2 tahun lepas tu yang terbayang2...hehehe.

aku juga dah siap goreng 1kg kacang tanah nak dibawa balik untuk buat kuah kacang. kalian tau kan every raya dirumah mil mesti aku diberi tugas tetap buat kuah kacang. padahal aku ni dulu manalah reti sangat memasak main hentam je resipi sendiri. tapi sekarang no problem, gerenti sedap! hahaha.

kami akan beraya dirumah mil sehingga raya ke 2 atau ke 3, lepas tu bertolak ke rumah my mom pulak. nothing much to expect dari raya kali ni, it will be a quiet raya just like before. maklum je aku bukan ramai sedara mara di seremban, most of my sedara ada di terengganu. kalaulah dapat balik raya berkumpul ramai2 di terengganu alangkah meriahnya. masing terbayang keseronokan beraya konvoi ramai2 with all my cousins and uncles and aunties. now, seorang my uncle beraya kali ke2 di shanghai, i haven't seen him for a year now.

okaylah enough my ramblings. tengah malam tadi sambil termenung lepas siapkan tempahan kek terakhir aku terpandang cahaya lampu kelip2 diluar rumah. aku memang suka pasang chasing lights and pelita tiap tahun. sengaja nak bawa mood mengenang zaman kanak2 bila beraya dengan parents dulu. my dad mesti pasang chasing lights and pelita. tradisi yang abah bawa ni betul2 dah masuk dalam diri aku. pun begitu kali ni sedikit frust sebab tak dapat pasang pelita, hubby tak mau belikan minyak tanah! ;-P

kuambil pic ni dari dalam rumah je, dah tengah malam aku sorang2 je tak kuasa nak keluar hehe

Thursday, 17 September 2009

27 Ramadhan 1430H ~ Menjelang Hari Raya



paling tak suka mengucapkan selamat hari raya sebab itu menandakan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dah nak berlalu. pun begitu perasaan tu timbul sebab rasa masih belum puas merasai ketenangan beribadah dan rasa belum cukup memuhasabahkan diri.

apapun menjelang ketibaan Syawal 1430H ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kalau ada salah dan silap, terlanjur kata, terkasar bahasa. sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt, dan yang buruk itu adalah kelemahan saya. saya doakan kalian sekeluarga sentiasa berada dibawah limpahan rahmat dan lindungan-Nya. berhati2 bila memandu pulang ke kampung halaman atau menziarah saudara mara. hopefully semua amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini diterima oleh-Nya. ingat2lah dalam suka dan gelak tawa kita bersenda gurau di samping keluarga tercinta sambil menjamah hidangan yang lazat, ada saudara seagama kita berduka, ada yang tidak dapat mengecapi nikmat sebagaimana kita. oleh itu, marilah kita panjatkan kesyukuran atas limpah rahmat yang Allah swt kurniakan. doa saya semoga kita semua dipanjangkan usia untuk memperbanyakkan ibadah kepadaNya. amin...

terimalah kad ucapan aidilfitri yang serba ringkas ini. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Tuesday, 15 September 2009

25 Ramadhan 1430H

tinggal 4 hari je lagi kita berpuasa. unlike the beginning of ramadhan where fahmi just couldn't stop asking me bila nak raya or esok kena puasa lagi ke? then i told him jangan tanya lagi bila nak raya sehinggalah tinggal lagi 3-4 hari dekat nak raya. but he has since stop asking me that question 'bila kita nak raya'.

alhamdulillah selepas berbelas dan berpuluh hari berpuasa, both my children dah get used to it. budak berdua ni kekadang tak macam orang berpuasa, tak nampak langsung keletihan dia, bermain melompat terkinja, kayuh basikal, bergaduh macam biasa. kadang2 they can go by without taking a nap di siang hari. dan bila bersahur, apart from starters yang ringan2, fahmi kadang2 tak jamah nasi sampai aku pula yang naik risau.

i have instructed kakak to start packing pakaian anak2 dalam travel bag. aku sendiri pun aku mula packing malam esok walaupun kami cuma akan bertolak ke segamat pada jumaat malam after work and iftar dirumah. owh highway menghala ke selatan sure jam gile from nilai to seremban. itu memang hot spot tiap kali musim perayaan atau cuti public. but what to do we don't have much choice sebab raya jatuh hari ahad, sure semua orang berpusu2 nak balik hari jumaat tu. unless kalau kami beraya di seremban, bertolak balik hari sabtu pagi masih okay bagi ku... heheh jangan marah incik hubby.

kuih2 raya untuk mil & my mom juga dah siap diasingkan. aku lebihkan kuih2 raya untuk mil coz umah mil memang ramai tetamu datang. as for rumah my mom kalau boleh ma tak mau banyak2 kuih. aku tetap bawa balik 2 jenis yang jadi kesukaan ma iaitu batang buruk dan tart nenas untuk abah. more of untuk both of them makan bukan untuk hidangan sebenarnya. and abah gets extra coz nanti kubawa balik half of fruit cake yaya, selera atuk dan cucunya sama!

owh btw, teachers fahmi bersorak2 riang bila dapat buah tangan masing2 pagi tadi. rupa2nya baru kutahu fahmi dah 'pecah lubang' awal2 lagi kat teacher lilies. he told her yang 'mama saya nak buat kuih untuk cikgu'... emm tak boleh simpan rahsia betul mamat nih...

good nite, i'm off to sleep, dah penat siapkan carrot walnut cuppies.

Monday, 14 September 2009

24 Ramadhan 1430H - Buah Tangan Buat Cikgu

entry malam ni juga takde kena mengena dengan hidangan iftar. tuan rumah makin sibuk dengan projek baking. my no.1 bos pelawa berbuka puasa kat ofis lagi... aduh dia dah rasa seronok sejak dapat berbuka ramai2 jumaat lepas. minta ampun bos, kalau saya berbuka kat ofis alamat tak makanlah orang di rumah. hari ni sungguhpun tak kuasa nak snap pic hidangan iftar, aku turun juga ke dapur sediakan ikan bakar (another repeat menu) untuk hubby. fahmi dan yaya makan nasi berlaukkan ayam goreng berempah (kakak dah mula ikut resipi yang kubuat semalam hehe), telur dadar dan pegedil kentang.

petang tadi lepas siap masukkan ikan ke dalam oven aku sempat keluar kejap pergi cari paper bag untuk letak buah tangan raya for teachers kat sekolah fahmi. macam2 lah mama fahmi ni, takde kerja cari kerja, bila kepenatan nanti habis satu taman dengar ngauman singa betina dia.

sambil menunggu kek peanut butter tempahan orang sejuk, sempatlah aku menyusun buah tangan ni.
buah tangan serba ringkas ni saja kubuatkan untuk teachers fahmi yang rajin dan sabar layan kerenah dia. almaklumlah anak aku terover hyper. isi kat dalam pepar bag ni cuma 3 benda je, a quarter of fruit cake yang kubuat sendiri, satu bekas kecil biskut mazola yang kubeli - bukan tak boleh buat, memang aku biasa buat pun tapi yang senang2 ni main tunjuk jelah :-P dan sekotak kecil coklat daiana berbalut motif hari raya, memang sesuai sungguh.

dah siap tersusun 4 paper bag untuk cikgu lilies suraya, cikgu shima, cikgu anila dan dr suhaimi (fahmi panggil teacher uncle)

aku minta hubby taipkan ucapan ringkas, tapi hubby terlebih rajin siap scan gambar raya kami tahun lepas... huhu gila glamer betul!esok bolehlah diedarkan kepada cikgu2 semua.

Sunday, 13 September 2009

23 Ramadhan 1430H - Repeat Menu

Juadah iftar petang tadi adalah repeat menu hari2 sebelumnya. Memandangkan ahli rumah ni masing2 takde idea nak makan apa, aku ikut cadangan satu2nya ahli rumah yang ada idea apa dia nak makan. Fahmi cadangkan aku masak nasi lemak dengan ayam goring. Instead of ayam goring biasa aku buatlah ayam goring berempah biar ada kelainan sikit.

Masa on the way ke subang parade tadi hubby baru dapat idea nakkan Bolognese toast sebagai starter sebab tak puas hati Bolognese toast yang kubuat beberapa hari lepas sikit sangat.


Pagi tadi sambil siapkan deko doll kek sempat juga kukus kek buah sebiji untuk yaya. Kesian dia asyik dapat bau kek buah tempahan orang je sampai naik selera dia. Dia minta kek buah without buah, just raisins & sultanas aja. Dia tak sukakan kulit buah oren dan cherry yang biasa kuguna untuk kek buah. Yaya ni kukesan punya deria bau makanan yang sangat baik. Kalau masak sos spaghetti dia boleh melompat bangun terjah dapur, begitu juga kek buah, bau harum rempah2 yang kuadun memang cepat ditangkap deria baunya. Dua benda ni memang kesukaan dia, jadi aku memang tak boleh sembunyikan dari dia.

23 Ramadhan 1430H - Terlanjur... shopping

sahur pagi tadi sekali lagi badan terasa berat nak bangun, apatah lagi mata yang tak mahu terbuka. pun begitu sebaik terdengar alarm berbunyi cepat juga aku tersentak dari tidur. syukur alhamdulillah biarpun aku sendiri tak ingat entah bila aku setkan alarm (rupa2nya sesibuk dan sepenat mana sekalipun aku tetap tak lupa rutin tidurku). kerana kepenatan aku cuma mampu kejutkan hubby bangun. aku sendiri sambung tidur, tak terdaya nak bangun walau untuk seteguk air, apatah lagi bangun berzikir atau mengaji mahupun bertahajud. aduh lemah iman sungguh hamba-Mu ini, padahal imam malam tadi dah ingatkan rajin2lah bangun bertahajud di penghujung ramadah ni.

lepas hubby bangun turun ke bawah untuk bersahur, barulah aku teringat sebenarnya takde satu juadah pun kat rumah sebab aku tak masak semalam. patutlah cepat je hubby masuk semula ke bilik sambung tidur. sempat aku minta maaf sebab terlupa siapkan juadah. ampun hubby.

tengahari tadi selepas deliver sebiji doll kek kat bukit jelutong terus aku dan hubby menuju ke subang parade untuk last shopping raya. tujuan aku hanyalah nak beli 2 helai lagi undergarment xixili dan cari thights for yaya, tapi terus tersasul shopping baju kerja hubby. kebetulan banyak brand yang buat sale 50%. kesian kat hubby banyak kemeja yang dia berkenan dah kehabisan saiz, lalu aku pun dengan cekapnya ronda dari satu brand ke satu brand mencarikan kemeja dan size yang tepat untuk dia. dapat 3 helai kemeja dan sehelai slack untuk hubby in less than 1 hour selepas aku masuk campur. sebenarnya memang sejak dulu aku suka shoppingkan baju kerja untuk hubby. so far pilihan aku tepat untuk dia. kalau nak harapkan dia bershopping memang lambat selesai, cerewetnya boleh tahan... hehe

kemeja charles jordan, charles monsiuer, alain delon dan slack arrow, semuanya ada discount 50%. owh jangan dipersolakan kenapa warna kemeja2 tu hampir sama... personal shopper ni cuma dibenarkan memilih berdasarkan skema warna yang dibenarkan oleh tuan punya body.

Saturday, 12 September 2009

22 Ramadhan 1430H - Berbuka Puasa Berjemaah...

alhamdulillah ... rezeki kami malam ni cukup luas. dapat berbuka puasa percuma kat rumah bos (majlis yang kusebut dalam entry semalam). dapat juga bersolat terawih berjemaah berimamkan mufti negeri perlis yang baru, dato dr juanda. kami semua 4 beranak serta kakak ikut serta, so takdelah masak apa2 hari ni. lagipun aku seharian sibuk mendeko kek sampai sakit pinggang, sudahlah malam tadi tidur lewat sampai tak larat nak bangun sahur. mujur hubby cuit aku hulur air suam segelas.

alhamdulillah majlis berjalan lancar. dalam hati berdebar2 dan risau sebab tak pernah lagi aku tolong organise majlis berbuka puasa yang berskala besar sebegini kat rumah bos. jemputan termasuk budak2 tahfiz dan anak2 yatim dah mencecah 400orang. dengan ruang yang terhad, risau kalau ada jemputan yang tak dapat duduk dan makan. tapi dengar2 semua berpuas hati, masakan tidak siap dapat 'angpau raya' sorang satu, bukan setakat kanak2, mak budak, bapak budak, atok dan nenek budak pun dapat. dengan maid aku sekali pun dapat, tersengih2 dia.

gara2 nak ke majlis ni juga aku tak pasal2 menambah sehelai jubah pertama dalam koleksi pakaian aku. tau jelah aku ni selama ni memang tak reti nak berjubah, segan pun iye sebab rasa macam tak layak je nak pakai jubah ni. tapi tak senang hati juga sebab tak tau nak pakai apa. aku ni bukan suka formal sangat, nak pakai baju kurung harapkan hari jumaat dan raya je. tapi terjumpa sehelai jubah yang simple ni pada harga yang sangat murah rm80 aja, terus aku grab.

sebaik saja habis majlis fahmi ajak kami cari makanan, lapar katanya. amboi hebat sungguh anak teruna ku ini, padahal masa berbuka tadi dia melantak kambing panggang sepinggan. mama dia pun tak dapat merasa kambing panggang tu. mentang2lah dia dapat duit raya lumayan, siap ajak makan lagi.

since aku tak bawa kamera, yelah takkan majlis berbuka puasa dan solat terawih nak bawa kamera bagai, so takdelah gambar nak diupload. tunggulah nanti bila dapat pic yang disnap photographer office ku, adalah sekeping kot aku posing dengan yaya.

Friday, 11 September 2009

21 Ramadhan 1430H - Bermulalah Hari2 Yang Sibuk

malam ni takde entry pasal juadah iftar pasal tuan rumah dah kembali sibuk dengan projek baking. sudahlah balik kerja pun lewat sangat sebab menemankan anak-anak buah buat persiapan majlis berbuka puasa kat rumah bos no.1 malam esok. kesiankan diaorang bekerja keras, maka kukerahkan seorang dua cari makanan untuk berbuka sama-sama kat ofis. ye, memang aku jadi 'tukang arah', tapi bukan senang nak jadi tukang arah kalau tak betul atau pandai bagi direction. alhamdulillah anak-anak buah semua boleh diharap.

hajat hati lepas berbuka ala kadar (sekadar menemankan mereka) nak terus balik rumah. yelah malam ni jadual aku padat, ada sebiji kek menunggu nak dihias, manakala sebiji lagi nak dobancuh adunannya dan dibakar. tetiba terserempak pulak dengan bos no.1, terus diajak sambung meeting lagi, walhal petang tadi baru je habis meeting dengan dia. berbuka dengan bos lah kami tadi kat meeting room, malu-malu kucing masing2 menguis makanan!

akibatnya lewatlah aku memulakan kerja-kerja menghias kek dan mengadun. ini pun kutulis entry ni sementara menunggu kek moist choc yang baru siap dikeluarkan dari oven sejuk. yaya baru saja kuhambat tidur. dah dekat jam 12malam masih lagi riuh dengan suara dia padahal esok dia nak kena bangun awal ke sekolah. terpaksa suruh hubby tidurkan dia. entah boleh bangun entahkan tidak esok. aduhhh lambatnya lagi kek nak sejuk, mata dah berat...

Thursday, 10 September 2009

20 Ramadhan 1430H

takde niat nak upload entry malam ni. tapi sesaja nak jenguk blog sendiri... kebelakangan ni kan aku dah jadi daily blogger hehe. terkezut tadi bila tengok bean counter blog ni dah cecah 11918. aku terjerit terkejut beruk sorang2 tadi, ternganga jap mulut. sebabnya malam tadi masa aku upload entry at that time pun dah dekat kol 12 malam, seingat aku bean counter tu masih sekitar 65++ gitu. alih2 bila jenguk malam ni dah jump to 11+++. biar benar. mana datang that 5,000 sumthing manusia yang menjenguk blog aku yang tak seumpamanya ni. tapi yang peliknya my neocounter register only 5141 visitors je. apa pulak yang tak kena dengan bean counter ni... gatal japs kepala.

Wednesday, 9 September 2009

19 Ramadhan 1430H

diam tak diam dah 19 hari kita berpuasa. hoping dapat puasa penuh. the last time dpt puasa penuh was 2 years ago masa tu still fully breastfeeding yaya. 3 years in a row dapat puasa penuh, bahagianya lah. kali ni kalau ikut perkiraan aku rasanya mungkin tidak, tanda2 'bestfren' nak datang dah ada. huwaaa... tak bestnya kalau dah nak hujung2 puasa ni naik bendera merah, rugi! walau apapun petanda yang datang aku masih berfikiran positif, maybe false alarm, owh yelah tu who are you trying to kid?

sekarang dah mula sibuk nak siapkan tempahan kek. ada yang nak bawa balik beraya kat kampung. kenalah aku pandai mengatur jadual. mujur persiapan raya anak2 dah siap. cuma rumah je tak kemas lagi. kalau kemas awal2 pun nanti aku juga yang sepahkan.

malam ni takde hidangan iftar yang istimewa nak ditempekkan kat sini. kakak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. yup, dia memang dah pandai buat nasi minyak even nasi beriyani pun. tengoklah siapa tok guru dia...hehehe. untuk starter aku cuma goreng frozen karipap yang aku dah buat siap2 2 weeks ago. senang tak perlu nak menggentel tepung setiap hari.

Tuesday, 8 September 2009

18 Ramadhan 1430H

leftover bolognese sauce jangan dibuang. frozenkan terutama kalau yang tinggal tu sikit dan tak cukup for another round of pasta meal coz you can always make bolognese toast.

that's what i always do. and for iftar today i made 4 pieces of bolognese toast for our starter. dipotong 2 setiap keping dapatlah 8 keping. cukup untuk alas perut sebelum proceed to dinner after solat maghrib.

Monday, 7 September 2009

17 Ramadhan 1430H - Cuti Umum Sempena Anniversary Kami...

huh uwekk... cuti umum sempena anniversary kami kunon! hari ni memang public holiday kat selangor tapi sempena Nuzul al-Quran, perasan kejap coz jatuh pada tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 7. wow nice no eh? 7th anniversary on the 7th of september. alhamdulillah syukur pada Allah swt dipanjangkan usia kami, dilimpahkan rezeki yang tak putus, dikurniakan sepasang cahayamata yang tak putus2 entertain us with their antics. doaku pada Allah swt semoga kami dikuatkan kasih sayang antara kami, diberikan kesabaran dan kelembutan hati dalam mendidik anak2, dan terpelihara kami sekeluarga dibawah rahmat dan lindunganNya. amin...

malam ni malas nak merapu panjang lebar. penat & mengantuk. siang tadi i made the trip to seremban semata2 untuk settlekan banking matters kat tabung haji (seremban tak cuti Nuzul al-Quran), collect 2 pasang baju raya yang dah siap dijahit manik by my mom dan to get my hair cut separas bahu. dan rimas berambut panjang, lama tak ke hair salon nasib amoi tukang gunting rambut tu masih cam muka aku.

since hari ni is our anniversary, aku decide untuk gantung apron and let myself be pampered by other people's cooking. alah bukan makan kat kedai pun. kakak yang masak semuanya, kuah lodeh dengan sambal udang. aku cuma siapkan popia goreng je.

Sunday, 6 September 2009

16 Ramadhan 1430H

hari ni hubby minta buat sup tulang. tulang rusuk lembu yang dibelinya dah seminggu duk dalam freezer. aku pun dah kehabisan idea nak masak apa, elok benarlah kalau dibuat sup soto tulang rusuk. tambahan pula bila lagi nak rasmikan ketupat segera yang mil bagi bulan februari lepas. nasib tak expired lagi, bertuah punya menantu hantu sorang ni.

pagi2 lagi dah mula rebus tulang rusuk tu. saja rebus awal2 biar dia sempat sejuk. tujuannya supaya mudah nak ceduk keluar lemak yang akan membeku dibahagian atas sup bila sup sejuk nanti. satu lagi bahan yang sering kugunakan dalam rencah sup ialah kunyit. biasanya aku masukkan kunyit hidup yang diblend dengan rempah sup bertujuan untuk memecahkan lemak. satu lagi cara lain ialah dengan memerah jus limau nipis ke dalam sup. kalau sup ayam jarang aku tambahkan bahan2 ni, cuma sup tulang atau daging aja.

hubby's bowl penuh dengan tulang


since pagi tadi ada banyak perkara yang nak diuruskan lepas letak tulang atas dapur, aku pass baton kat kakak suruh dia jenguk2 rebusan tulang sementara aku dan hubby keluar menjenguk rumah baru kami yang dah siap ditampal plaster ceiling. lepas jenguk rumah straight pergi komplek pkns, shah alam nak cari sampin baju melayu fahmi dan tudung raya aku lah hehe.

kami silap timing pergi kompleks pkns tu, sebab by the time kami sampai dah pukul 12 tengahari which is peak period. padat dan sesaknya kompleks tu dengan orang ramai. sesungguhnya kompleks pkns ni bukanlah destinasi shopping kegemaranku melainkan time nak cari sampin sahaja baru aku tuju ke sini. alhamdulillah dapat 2 helai sampin, warna pink dan hijau sesuai dengan tema baju melayu tahun ni.

hidangan starter iftar kami petang tadi ialah popia basah dan kuih buah melaka. seksa juga nak buat kulit popia, dapat 4 ketul terus aku berhenti tak kuasa aku! hahaha. masa iftar fahmi tanya "mana makanan kanak2?" dia tak puas hati sebab takde starter yang sesuai untuk dia. petang tadi dia minta aku buat donut lagi, tapi tak sanggup dah aku nak berlama2 kat dapur after yesterday's ordeal. sudahnya dia dah yaya berbuka dengan lemang yang ada baki sikit je lagi sebelum both makan ketupat segera dengan kuah sup soto tulang.buah melaka ijau lumut coz pakai perahan pandan ternakan sendiri

budak ni takde keje lain, bangga dapat julingkan mata tanpa bantuan. whereas yaya selalu perlu fokus pada jari yang perlahan2 dirapatkan ke batang hidungnya baru berjaya buat.

Saturday, 5 September 2009

15 Ramadhan 1430H - Bekerjalah kita sekuatnya...

Hari ni memang betul2 kerja mengalahkan buruh kasar. Dari pagi sampai petang asyik duk buat makanan je sampai naik sakit tulang belakang. Jari jemari pun makin kecut sebab bergelumang dengan air, kejap2 basuh itu ini. Selesai siapkan hidangan iftar barulah aku berhenti buat kerja dapur. Ikutkan penat malas nak mengadap pc ni tapi nanti jadi entry basi lagi.

Pagi tadi lepas hantar yaya ke kelas tutorial dia, aku ajak fahmi temankanku ke bagus, nak re-stock barang2 kek. Habis membeli belah terus balik buat tart nenas lagi. Kali ni aku buat 2 adunan dapatlah 154biji lagi. Kali ni resipi yang sama tapi yield tak cukup 80biji macam last week. Agaknya pasal kali ni kubulatkan jem nenasnya besar sikit, maklum jelah nak masuk tekak sendiri mewah banyak pun takpe…hehehe.

Siap membakar tart nenas around 2.30pm, sambung menguli doh donut plak. Fahmi masa ikut aku ke bagus tadi dia pun shopping sama. Nak tau apa yang di tangkap? Dia ambil acuan donut saiz kecil, suruh mama dia buatkan donut sebab dah lama tak makan donut, tiba2 dia teringin. Yup memang dah lama dia tak makan donut, the last one was last year rasanya at dunkin donuts. Now sejak kami sekeluarga ban product US and yahudi memang tak merasa lah dia nak makan dunkin’ donuts lagi. Kalau donut biasa bergula tu memang aku tak beli, sebab aku tak berapa minat makan donut sebenarnya.

So, since fahmi teringin maka aku pun merayaulah on the net mencari resipi doughnut. Aku tak nak yang goring, kononnya nak kurangkan makanan berminyak, jadi aku cari resipi baked doughnut. At the end baked doughnut tak menjadi, jadi keras semacam. Sudahnya aku gorengkan aja, eh eloklah pulak. Tapi resipi yang ini memang tak pakai yis, tapi pakai baking powder.donut & donut ball, separuh disalut gula
separuh lagi disalut chocolate cream (melted cooking choc with egg yellow) dengan colour sprinkles

sementara tunggu doh donut siap sempat aku panaskan periuk kukus. Nak kukus pulut untuk dibuat lemang ‘bandar’. Lemang ni permintaan yaya. Petang semalam dia minta aku buatkan, dan dia dah warning awal2 dia tak mau aku substitute dengan ‘pulut yang ada manis-manisan’ kat atas dia (which she referred to pulut serimuka). Sebab before this aku malas nak masakkan pulut untuk dia kubeli je kuih muih yang berasaskan pulut. Kenapa tak beli je? Memang nak beli, ada jumpa kat param semalam tapi kering bebenar lemang tu macam dah lama. Daripada beli benda yang dah tak sedap baiklah aku buat sendiri. Kaedahnya serupa dengan lemang yang aku buat masa raya haji tahun lepas, balut pulut dengan daun pisang dan aluminium foil pastu bakar untuk kasi garing skit. Gambar takdelah ye sebab tak sempat nak snap dah abis dirembat piranha, bukan anak je makan, mak & bapak dia pun sama hantu lemang.

Dua hari lepas hubby ada forwardkan gambar dan resipi ikan bakar. Secara diplomatiknya dia kata kalau tak buat untuk buka puasa lepas bulan puasa pun boleh. Tapi aku ni kan tak sampai hatilah kalau orang dah berhajat. Kalau hajat anak2 aku usahakan inikan pula hajat suami. Since ada ikan bawal seekor dalam fridge tu eloklah aku buat terus. Tapi resipinya dah terdelete lah pulak. Sudahnya aku adjust je resipi sendiri janji menjilat jari. kalau ada resipi pun bukannya aku follow 100% mesti aku adjust ikut selera sendiri heheh

Friday, 4 September 2009

14 Ramadhan 1430H - Cerita Kuih Raya


1/2 bulan lagi nak raya tapi aku dah siap 1 jenis kuih untuk raya kali ni. bukanlah bermakna aku ni excited sgt nak raya smpi pulun buat kuih awal, pada aku kalau ramadhan sepanjang tahun pun takpe, lagi aku suka. yang part raya ni hanyalah rekaan atau tradisi kita, puasa itu yang sebenar2nya ibadah.

tart nenas yang aku buat ni pun pasal memang dah ada peminat tetapnya saban tahun. kalau musim tak raya pun kadang2 aku buat juga memenuhi selera hubby & anak2. cuma aku buat awal sebab dah tau jadual penghujung ramadhan nanti lagi padat. tak suka dihambat with too many pending matters so i'd better get things done with sementara ada masa. aku pun tak bercadang nak buat kuih raya banyak jenis. last year i made 3 variety, kira banyaklah tu sebab sebelumnya tak ambil pusing sangat pasal nak buat kuih. kali ni aku cuma buat tart nenas aja. kuih ni memang confirm akan habis dipulun tuan rumah sendiri!

diaorang memang hantu tart nenas. last week dapat buat 80biji. itupun dah dekat 30biji habis. fahmi almost setiap hari nak makan tart nenas. dia kalah betul dengan tart nenas sampai at one extent dia nak break fast semata2 geram kat tart nenas. hubby dah endorsed tart nenas ni... tahun depan dia suruh buat jual. i just pursed my lips. semuanya nak dijual?!
satu balang ni muatlah dalam 50biji. esok off day, aku nak buat lagi untuk tambah stok rumah sendiri dan 1 balang untuk rumah my mom. ma dah cakap dia tak nak peningkan kepala fikir pasal kuih raya. nanti terperap dalam bekas kuih takde sapa nak makan. yang aku nak buatkan esok pun semata2 untuk santapan abah. sama macam hubby & anak2 ku, abah memang cukup suka tart nenas dari dulu sampailah sekarang, sama macam abah suka kek buah. aku kan anak, isteri & ibu mithali, yang jadi kegemaran abah, suami & anak2 aja yang aku utamakan. kuih lain minta mahap!!!

Thursday, 3 September 2009

13 Ramadhan 1430H - Entry Basi

begitu ler jadinya kalau entry ni terperap sebulan lamanya. asyik tertangguh je nak upload pics hari sukan fahmi. malas sebenarnya nak mengupload pic yang banyak, tambahan pula nak upload selalu ambil masa yang lama lately ni.

since malam ni takde gambar2 hidangan iftar, cuci matalah dengan pics fahmi on his sports day 1 month ago.berkumpul bawah khemah, fahmi with his friends, syahmi yang far right, aris far left, the one next to fahmi ku tak tahu nama dia.
masa ni masih smart lagi baju tuck ini, lepas jumpa partner in mischief dia tengoklah apa jadi...
tu dia, baju dah berserabai, sedondon dengan shankar yang berdiri depan dia tu. dah 2 kali kubetulkan baju dia sudahnya jadi gini juga... geram betul

farah my niece and yaya ikut juga tengok abang dia bersukan.

bersedia untuk acara lari berganti2. girl yang kat depan dia tu drama queen sungguh asyik nangis jer sampai merah hidung tapi bila disuruh lari okaylah plak
banyak lagi pics lain & video tak larat nak tunggu cik blogger ni slow sangat

Wednesday, 2 September 2009

12 Ramadhan 1430H - Fahmi Lagi...

terkejut lagi tengahari tadi bila received call dari sekolah fahmi. berdebar2 dada aku bila tengok screen hp tertera no. sekolah dia. bila ku pick up teacher lilies dengan lembut dan sopannya bagi salam dan introduce diri. masa tu aku rasa nak cakap scrap the greetings just go straight to the point. dalam hati aku berkata2 apa dah jadi dengan anak aku.

bila teacher lilies bagitau keadaan sebenarnya barulah aku rasa lega. hilang debaran aku tadi. rupa2nya teacher lilies call nak minta tolong pujuk dan tenangkan fahmi yang menangis kat sekolah. kata teacher lagi dia minta makan sebab tak tahan tengok kawan2 yang tak berpuasa makan kat depan dia. adoilah aku dah pesan kat sekolah tempohari tolong asingkan budak2 yang puasa dengan yang tak berpuasa masa morning break dan lunch break. rupa2nya ada juga yang datang tayang2 minuman dan makanan depan budak2 yang berpuasa.

nada suara teacher lilies menunjukkan dia rasa bersalah. sebab katanya dia dah cuba sedaya upaya suruh budak2 yang tak berpuasa makan di taska yang selang beberapa rumah dari situ, cuma masih ada yang tak mendengar kata. well, nak buat macam mana dah namanya pun budak2. tapi kalau kita tak ajar mereka to respect others bila lagi. pada aku bila parents nak mula latih anak berpuasa itu hal (aku tak kata hak) dan terserah kepada pandangan peribadi masing2lah. aku dan hubby cuba sedaya upaya latih budak berdua ni sebelum mereka mencecah usia 6 tahun atas banyak sebab. salah satunya peringkat umur bawah 6 tahun lebih mudah nak mendidik mereka. aku terbayangkan godaan yang dia harus tempoh bila dah masuk sekolah rendah nanti tentu lebih hebat. jadi kami sependapat eloklah dimulakan asas dari sekarang. pun begitu, itu semua usaha kami, yang selebihnya aku panjatkan doa kepada Allah swt biarlah anak2 aku mudah dibentuk dan kuat kesabaran mereka.

tadi dalam telefon kupujuk fahmi. dia kata kenapa budak 6 tahun pun boleh tak puasa. ku katakan padanya kerana dia seorang anak yang hebat, kuat dan bijak maka dia mampu buat apa yang dia nampak orang lain tak mampu buat. maaf bukan nak memuji anak sendiri, tapi saat2 begini kata2 pujian itulah yang penting untuk kuatkan semangat dia. i thanked teacher lilies so much sebab dia banyak bagi feedback sama ada baik atau buruk tentang fahmi.

dan dalam usaha memujuk fahmi tengahari tadi aku janji padanya aku akan masakkan ayam percik dengan nasi lemak istimewa untuk anak mama yang hebat.

my plate, nasi lemak, ayam percik dan pakis goreng belacan. ummm lama tak makan nasi lemak buatan sendiri dan lama juga tak tumis pakis sendiri masih sedap lagi air tangan ku ye! ihiksss... jangan muntahhh kakahakah

Tuesday, 1 September 2009

11 Ramadhan 1430H

terkejut kejap tadi when i learnt that fahmi pernah kena denda duduk dalam tandas disebabkan kenakalan dia. i only found out tadi masa berborak2 dengan dia. fahmi sendiri pun dah lupa apa kesalahan yang dia buat sampai kena denda. yang pastinya dia dan partner in mischief dia, shankar sama2 duk dalam tandas. dan yang denda dia adalah teacher anila yang sangatlah lemah lembut orangnya. rasa macam tak percaya. tak aku bukan tak percaya teacher lemah lembut tu sanggup denda anak aku, tapi aku rasa devastated sangat sebab anak bujang aku ni punyalah 'baik' sampai teacher yang lembut halus suara tu pun tak tertahan dengan kerenah dia. adoilahhh 'baiknya' anak mama. entah apalah yang dia & shankar buat. tebalnya muka nak ngadap teacher2 dia.
minta maap bebanyak lah cikgu, entah gen sapa dia dapat. alahai gen sapa lagi kalau tak aku dengan bapaknya. adoiiii!

kat rumah pun dia nakal juga. suka sangat mengusik adik dia, sampai menangis2 yaya dibuatnya. bayangkan yaya yang bersuara halus tu, kadang2 bila dia tak tahan disakat fahmi dia menjerit sampai naik kasar suara dia. lagi adik dia kata jangan lagilah dia suka buat. aku sendiri pula yang tak tahan dengar suara nyaring yaya berdesing, sudahnya aku yang naik angin. apa aku nak buat dengan kumbang mengada2 ni? petang tadi sementara tunggu iftar dia kena ketuk dengan yaya sebab yaya dah tak tahan sangat kena ejek dengan dia. dia datang mengadu padaku, tapi aku cakap kat dia he deserve it sebab dia yang mulakan. dah tak reti lagi macam mana nak bagi dia faham.

dalam pada bertekak dua beradik tu, fahmi tiba2 minta nak makan pulut. macam tulah dia, dah dekat2 nak iftar baru dia nak cakap apa keinginan dia. mana sempat aku nak rendam dan tanak pulut. kuminta hubby carikan apa jua jenis kuih yang berasaskan pulut. hubby came back with pulut inti kelapa.

aku sendiri pulak terasa nak makan kuih manis. maka kubuat bread and butter pudding lengkap dengan creme angelaise sekali. rupa2nya yaya pun suka, dia attack pudding dulu bila dah puas baru dia makan nasi.