sahur pagi tadi sekali lagi badan terasa berat nak bangun, apatah lagi mata yang tak mahu terbuka. pun begitu sebaik terdengar alarm berbunyi cepat juga aku tersentak dari tidur. syukur alhamdulillah biarpun aku sendiri tak ingat entah bila aku setkan alarm (rupa2nya sesibuk dan sepenat mana sekalipun aku tetap tak lupa rutin tidurku). kerana kepenatan aku cuma mampu kejutkan hubby bangun. aku sendiri sambung tidur, tak terdaya nak bangun walau untuk seteguk air, apatah lagi bangun berzikir atau mengaji mahupun bertahajud. aduh lemah iman sungguh hamba-Mu ini, padahal imam malam tadi dah ingatkan rajin2lah bangun bertahajud di penghujung ramadah ni.
lepas hubby bangun turun ke bawah untuk bersahur, barulah aku teringat sebenarnya takde satu juadah pun kat rumah sebab aku tak masak semalam. patutlah cepat je hubby masuk semula ke bilik sambung tidur. sempat aku minta maaf sebab terlupa siapkan juadah. ampun hubby.
tengahari tadi selepas deliver sebiji doll kek kat bukit jelutong terus aku dan hubby menuju ke subang parade untuk last shopping raya. tujuan aku hanyalah nak beli 2 helai lagi undergarment xixili dan cari thights for yaya, tapi terus tersasul shopping baju kerja hubby. kebetulan banyak brand yang buat sale 50%. kesian kat hubby banyak kemeja yang dia berkenan dah kehabisan saiz, lalu aku pun dengan cekapnya ronda dari satu brand ke satu brand mencarikan kemeja dan size yang tepat untuk dia. dapat 3 helai kemeja dan sehelai slack untuk hubby in less than 1 hour selepas aku masuk campur. sebenarnya memang sejak dulu aku suka shoppingkan baju kerja untuk hubby. so far pilihan aku tepat untuk dia. kalau nak harapkan dia bershopping memang lambat selesai, cerewetnya boleh tahan... hehe
kemeja charles jordan, charles monsiuer, alain delon dan slack arrow, semuanya ada discount 50%. owh jangan dipersolakan kenapa warna kemeja2 tu hampir sama... personal shopper ni cuma dibenarkan memilih berdasarkan skema warna yang dibenarkan oleh tuan punya body.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment