Monday, 9 November 2009

Debar Sambut Menantu!

amboi tajuk entry bukan main lagi ye. meh baca sampai habis ;-).

dalam sibuk dan debar menunggu furbishing works kat rumah baru siap sambil beransur2 packing barang ke dalam kotak, perhatian minggu ni beralih kepada 2 perkara yang bertembung pada hari yang sama iaitu konsert sekolah fahmi dan wedding cake pertama both on 15 november!

aku memang dah sedia nervous pasal nak siapkan wedding cake 3 tingkat pertama ni. walaupun design yang diminta tu simple je tapi nervous seh. nak pulak kena pergi assemble kek kat majlis tu. petang semalam sempat siapkan a few kuntum roses made of gumpaste for the cake. dah lama tak buat bunga and yesterday was the first time buat bunga pakai gumpaste, 4 jam lebih mengerjakan baru dapat 3 kuntum roses mekar dan 3 kuntum kudup. aduiii lembabnya buat kerja... jari jemari dan sore. itu tak termasuk centre rose yang patah sebab eksiden... tensen! malam ni nak menguli fondant pula, entah berapa kilo yang larat kukerjakan sebelum tangan mula merungut lenguh nanti. hmmm... nampaknya inti karipap yang kufrozenkan terpaksalah duduk lama dalam freezer, bagi laluan pada wedding cake dulu.

pagi tadi masa hantar fahmi ke pintu sekolah, teacher lilies bagitau yang fahmi akan masuk 3 acara masa konsert nanti. i already knew that dia akan buat tarian tradisional berkumpulan. adalah sekali dua dia tunjukkan gerak tarinya kat rumah, itupun lepas didesak. he's very reserved when we talked about his konsert. teacher lilies kata he was hand picked by dr suhaimi to lead the choir menyanyikan lagu "london Bridge" sebagai drum major. so mama kenalah latih dia buat gerakan kat rumah tiap2 malam.

lepas tu dia pun terpilih untuk acara pakaian beragam. amboi banyak juga acara dia ye. acara ni betul2 buat aku tersenyum sendiri sebab a few days ago aku baru je bercerita kat fahmi tentang acara pakaian beragam his pak ngah masa kecil2 dulu. pak ngah jadi pengantin lelaki siap ada pasangan lagi. the reason i brought up cerita tu saja je nak kasi dia seronok so that dia tak rasa segan buat persembahan nanti. tak kusangka pula yang fahmi juga terpilih untuk jadi pengantin lelaki berpasangan dengan lydia as the bride! kuang3x... sambut menantu lah aku hari ahad ni ye? hahaha wedding orang, menantu aku!

hmm... baju sanding dah ada, nak kena cari sampin dan tanjak lah pulak. mana nak cari eh?

2 comments:

liza said...

sewa kay mak andamlah sal..
tp siza kecik ni x surelah..
or costume shop xde?

Liasari said...

liza, finally tak yah cari pakaian pengantin... dia jadi pengantin india...hihi