Monday, 21 December 2009

Making Friends With Nature

aduhh dah bersawang teruk blog ni. lama betul terabai gara2 tuan rumah sibuk menguruskan hal perpindahan ke rumah baru. tak pernah blog ni terbiar tak berupdate selama ini. well, kalau ikutkan memang nak terus sambung blogging sebaik pindah masuk rumah baru 5 disember lepas. malangnya takde line streamyx lagi maka terpaksalah pendam hasrat nak update blog tu.

one of the immediate downside yang kurasakan sejak berpindah ni antaranya ialah takde sambungan streamyx hatta line telefon sama sekali untuk kami buat masa ini sehinggalah suku pertama tahun depan! sucks! soket sedia ada untuk line telefon baru dah kehabisan. pemasangan soket baru masih belum dapat dipastikan sebab telekom baru keluarkan tender kepada kontraktor. so sendiri buat kira2 lah! :-P buat masa ini terpaksa sandarkan harapan pada broadband celcom walaupun merangkak2 macam siput.

bila takde line tepon susah sangat sebab anak2 kami duk kat rumah with maid. kawasan baru agak sunyi lagi tambahan jiran2 tidaklah semesra alam yang mengelilingi taman perumahan ni (owh tempat ni memang masih dikelilingi kehijauan semulajadi!), jadi risau juga hati setiap kali tinggalkan mereka bila aku keluar bekerja. kalaulah ada emergency pada siapa nak minta tolong? maka semalam kugesa juga hubby beli handphone murah2 dengan prepaid. buat sementara waktu telekom gagal memberi bantuan kepada kami mujurlah ada teknologi lain yang boleh kami sandarkan harapan *sigh*. harap2 jangan pulak maid aku lepas ni naik seronok pegang handphone kemudian dibelinya sendiri sebiji untuk kegunaan dia! i dread that! yang kami beli ni diletak diruang makan, khas untuk kegunaan umum bukan peribadi okeh.

setakat ini rumah masih agak kurang kemas. masih ada barang2 yang tersadai dalam kotak. nak kami unload semua sebaik pindah masuk pun tak boleh sebab kitchen kabinet belum siap berpintu. hampir setiap hujung minggu kami tersadai di rumah tak dapat bergerak sebab kontraktor datang sambung kerja berdikit-dikit. sehingga petang semalam tinggal 2 lagi pintu kitchen kabinet yang belum berpasang, sementara divider antara dining dan living hanya tinggal cermin kaca saja yang belum dipasang. sebab itulah masih ada barang2 dapur yang tak dapat diunload sepenuhnya. kalau dah siap berkemas cantik2 pun tak guna sebab setiap kali orang datang buat kerja terpaksa dialih... banyak kerja jadinya! dan setiap hujung minggu juga kami bergelumang dengan habuk sampai hampir lebih daripada 10 kali menyapu dalam sehari rasanya! kesimpulannya after 2 weeks plus pindah rumah kami masih belum settle down.

pun begitu hubby cekap buat kawan baru compared to me. maklumlah aku lebih bertumpu kepada urusan dalaman rumah he he he! he already make friends with our next door neighbour daniel sejak sebelum pindah masuk lagi. kebetulan jiran sebelah rumah ni memang jenis yang peramah - ejen hartanah lah katakan. while i was still busy trying to get the household back on track he managed to make time for morning cycling (good for him) setiap hujung minggu, so jumpalah geng cycling setaman. aku yang beriya nak berjongging keliling taman only managed to do it once, itupun baru pagi semalam with the children who tagged along. we discovered a muddy tasik yang dikelilingi jogging trak and recreational area di hujung perumahan. sayang tasik tu masih belum dibersihkan. no pictures though coz it's not my nature to bring along the camera in all my activities - macamlah i take good pictures kan?

and alhamdulillah despite cuaca mendung dan hujan yang kembali melanda dalam seminggu ni berjaya juga aku siapkan projek tanam rumput dan pokok pagaran pada separuh taman di luar pagar rumah petang semalam. kerja2 mencangkul nak buang rumput asal tu sungguh menyakitkan! all my unused muscles has become sore now sementara kulit tanganku kering dan menggelupas. i need a pair of glove! ah manja sungguh jemari keras ku ini. apapun aku berjaya menahan kegelian melihat cacing2 yang bersalut pada tanah rumput filipina yang kubeli kat nursery di kota damansara. mujur aku cuma tahu kewujudan cacing2 tu masa dah nak menanam, kalau kutahu dari awal tak mungkin aku 'hingin' beli rumput atau tanam rumput sendiri. i'd trick hubby into doing it.

yaya pun teruja nak ber gardening so i let her tanam beberapa pokok pagaran berbunga kecil ni. tapi dia geli nak get her hands dirty. she gets me to dig the holes for her, dia cuma kuis2 tanah tu sikit2 then dia suruh kakak letakkan anak2 pokok tu dalam lubang. part kambus lubang tu baru dia buat and she claimed taman seluas 6inci lebar dan 2 kaki panjang tu sebagai her garden! next time going to get rumput carpet untuk taman sekangkang kera dalam rumah pula... errr yang ni ada cacing juga ke? eww...

No comments: