Monday, 26 April 2010

New Addition In To The Family

Yesterday we welcomed the new addition in to our family.

Yang ini saya tak nurture sendiri in my womb. We decided get one from the nursery, kan banyak anak-anak terbiar perlukan kasih sayang sekarang ni. Jadi semalam we went to visit a nursery not far from home. Nursery yang kami pergi semalam memang banyak pilihan. Yang masih baby pun ada yang dah besar panjang pun ada. Kami tour satu nursery mencari bukan setakat yang berkenan di hati tapi biarlah yang bersesuaian dengan kemampuan kami. Nak ambil yang masih baby rasanya macam tak mampu nak bagi perhatian sepenuhnya sementara dia masih kecil ni. Maklumlah kami pun ada ‘anak-anak’ lain. Nak ambil yang dah besar sikit memanglah mudah tapi bila makin besar bermakna besar jugalah perbelanjaan bulanannya. Lagipun bukannya senang nak bela anak orang ni. Lama juga kami berbincang dengan caretaker semalam. Macam-macam komen dan pandangan yang diberinya untuk memudahkan kami buat pilihan. Akhirnya setelah kami belek-belek semua pilihan depan mata, cium-cium sepuasnya, sesuaikan dengan kemampuan kami, hasil pertapaan kami lebih 1 jam setengah di nursery, inilah anak angkat yang kami bawa balik petang semalam.

A 5 feet bundle of joy in the form of a fragrant frangipani tree! Cantik tak pilihan saya ni?

Haha macam gempak je kan? Takkan sambut baby baru bila masa pulak saya mengusung perut.

The nursery owner kata kemboja kami berbunga orange. Kalau tengok dengan mata kasar nampak pink but it has orange hue with red streaks. I did some research, google up for frangipani’s variant and found that ours falls between the pink variant calles miriwinni dan the multicolour variant called orange splendour. I took some pictures of our flowers and compared them with the pictures of miriwinni and orange splendour. Melihatkan pada bentuk kelopak bunganya, ours look similar to the orange splendour kan? ours, bunga2 yang gugur masa proses mengalih pokok ke tanah saya kutip dan letak dalam mangkuk kecil berisi air
orange splendour variant

Bunga kemboja ni lain warna lain baunya. The nursery yang kami pergi semalam ada macam2 range warna – white, yellow, pink, red, orange. Habis semua saya cium baunya. Dalam banyak2 jenis tu kemboja kuning yang paling wangi bau dia. Ours wangi juga but I prefer the yellow ones actually. Agaknya pasal tulah the yellow ones mahal sikit. We purposely choose yang banyak branches sikit. Kami suka kemboja yang lebat berdaun hijau serta berbunga, just like the one yang kami tengok kat bali dulu. But of course nak dapat yang sebegitu kenalah tunggu 20 tahun! InsyaAllah branches sedia ada ni akan kami buat pruning untuk galakkan pertumbuhan branch baru, biar kemboja kami makin lebat. Tak gemar tengok pokok kemboja yang tegak sebatang dengan daun dua tiga helai aje. We love ours lush. Tapi kenalah rajin menjaganya.

Semalam banyak juga tips gardening yang kami kutip daripada nursery owner tu. Rajin pulak dia melayan kami, barangkali dia sendiri seronok diasak soalan bertubi2, kami pula seronok mendengar lecture percuma dia. Disebabkan pokok kemboja ni tinggi tak dapatlah kami bawa balik sendiri. Alang2 owner nak hantar kami pun pulun beli pokok keladi Sarawak, pokok limau kasturi pilihan hubby dan pokok griber menjalar berbunga kuning pilihan saya. Masa owner hantar pesanan kami sempat juga dia menjengah hampir kesemua tanaman kami di setiap penjuru dari depan sampai ke belekang. Bertambah lagi tips2 dari dia. Bagus betullah servis pak cik ni.

Memang sejak bertahun lama dulu kami mengidamkan keladi Sarawak ni.kalau nak ikutkan boleh aja kutip dari rumah mak mentua tapi jauh pulak perjalanan nak bawa balik dan belum tentu muat dalam kereta.

Hubby minat sungguh dengan pokok2 citrus lately ni. Selepas limau purut kini pokok limau kasturi berbuah lebat dekat 50biji pulak. Yang bagusnya dah tak payah beli daun limau purut dan buah limau kasturi lagi dah. Both item ni memang kerap guna dalam masakan setiap minggu.

Hubby dan saya sepakat nak hias pagar keliling rumah dengan pokok menjalar. Saya berkenan sejenis pokok berdaun lebat berbunga kuning yang saya nampak setiap pagi diperumahan mewah depan ofis saya. Sungguhpun tak jumpa pokok yang sama di nursery semalam tapi dapat yang lebih kurang pun jadilah.

Dek kerana teruja mendapat ‘anak angkat’ baru, hubby sanggup berkebun dalam hujan. Since lubang untuk kemboja dan keladi Sarawak telah siap dikorek sejak beberapa hari lepas, maka eloklah kami tanam terus daripada bertangguh. Esok lusa sibuk bekerja tak sempat pula nak bercucuk tanam. Sempat juga saya alihkan beberapa baris pokok bird of paradise yang terlindung di belakang calanthea; saya alihkan ke hadapan supaya bunga kuning cair dan hijaunya tidak tenggelam disebalik calanthea.

Berpuas hati mengutip tips2 yang diberikan nursery owner semalam, now hubby is set to turn our house in to a nursery! Dulu dia frust sangat sebab hampir semua pokok yang ditanamnya mati. Sangka hubby tangan dia ‘panas’. Disuntik semangat kata2 nursery owner yang sebenarnya tiada trick tertentu tetapi cara penjagaan yang betul menjadi penentu pokok membesar sihat, hubby yakin he can do it. ;-). Apapun keterujaan dia harus ada batasnya; let me be the landscapian sementara dia the gardener. :-) :-) :-)

4 comments:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra said...

sejuk tgn tumbuh segar semua pokok2 kak ;-)

Liasari said...

itu segar dari nursery tu diana... tak taulah sampai kat umah kami berapa lama dia bertahan mcm tu sebelum layu... chop chop! hopefully kekal lah hendaknya

AdanyaKauUntukku said...

main tipu tau..baru nak wish congrats...

tapi congrats gak tu the new edition...huhuhu

Liasari said...

ila,
*lol* hehehe gelak guling2. aci lah tu bleh jugak wish congrats coz pokok mangga yg kami tanam kat same spot sempat bertahan 2 bulan je. kali ni tanam kemboja yg dah besar panjang terus hehe