Tuesday, 31 August 2010

21 Ramadhan 1431H - Kabus Di Pagi Merdeka

Selamat hari kemerdekaan buatmu Malaysia. Malaysia sudah 53 tahun bebas daripada penjajahan British. Secara peribadi saya menganggap diri belum layak menyambut hari merdeka, barangkali hari kemerdekaan ini lebih bermakna buat generasi lalu yang benar-benar berjuang untuk mencapai kebebasan ini. Bagi diri saya sendiri sebagai generasi yang lahir pasca merdeka, saya sering ingatkan diri berhadapan dengan penjajahan dalam bentuk lain. Sehingga saya berjaya kembali kepada cara hidup Islam hakiki, saya belum merdeka.
bangun pagi tadi saya terkejut lihat kabus meliputi bukit depan rumah, terasa damai
limpahan cahaya pelita yang kami pacakkan di taman kecil malam tadi. owh ada model dicelah keladi

mee rebus menu iftar petang tadi. alhamdulillah

Monday, 30 August 2010

20 Ramadhan 1431H - Semai Hari Ini Petik Di Akhirat

sudah 20 hari kita berpuasa. staying awake longer hours than usual has finally taken its toll on fahmi and yaya. mereka berdua sudah semakin liat bangun sahur. awal pagi semalam rasa kesian dan lucu bercampur baur melihat anak-anak saya bersahur dengan mata terpejam rapat. mereka kepenatan, sebab banyak aktiviti di siang hari tanpa makan dan minum, waktu malam ikut ke surau berterawih dan tidur lewat. jadi penat berkumpul sedikit demi sedikit, bila hari berganti hari meninggalkan kesan juga pada tubuh kita. saya sendiri pun cepat mengantuk sekarang.

cuma tinggal 9 hari saja lagi kita berpuasa. cepatnya masa berlalu, banyaknya masa yang telah saya bazirkan. belum dapat ambil kesempatan melipatgandakan ibadah sepuasnya lagi, masih sibuk dengan hal-hal lagho. bila difikirkan terasa macam nak gantung apron dan seal oven 100% di bulan puasa ini, lebih-lebih lagi bila dah tiba ke 10 malam terakhir. tapi kalau saya buat sombong tolak order saya bimbang rezeki makin liat. bila dah fikir sampai ke situ, saya cepat-cepat ingatkan diri, sekarang saya takut kering duit ringgit yang nampak dengan mata kasar tapi saya lupa untuk takut kering dengan pahala yang akan dikutip sebagai bekalan di akhirat nanti jika saya kurang lipatgandakan ibadat.

kalau cakap pasal nak kumpul duit, bulan puasa ni banyak peluang untuk kumpul duit dengan berniaga. yelah, kalau kat negara kita bulan puasa ni rata-rata orang lebih banyak berbelanja. agaknya kalau tengok statistik tentu terkeluar biji mata. jadi peluang berniaga dan kumpul duit sangat lah luas. Lebih-lebih lagi di penghujung ramadhan, lagi dekat nak raya lagi sakan orang bershopping, lagi ligatlah peniaga semusim bekerja. saya dengar ada yang buka gerai di bazar ramadhan sampai jam 4 pagi. hebatnya orang kita bershopping, tak reti tidur ke? atau bajet masa terus bersahur aja.

teringat juga komen seseorang tempohari, kita semua sedar beribadat pada 10malam terakhir ganjaran pahalanya bersamaan dengan beribadat 1000 bulan. lumayan bukan? jadi rugilah orang-orang yang sibuk berniaga tak dapat kejar pahala qiamulail, terawih dan lain-lain. secara berjenaka juga dia berkata, kalau berniaga 10 malam terakhir sampai ke subuh bersamaanlah dengan kita berniaga 1000 bulan. wow penat 1000 bulan dimampatkan dalam 10 malam? penat sungguh.

i was thinking more in the line of 'berniaga 10 malam terakhir, pendapatannya sama lumayan dengan hasil berniaga 1000 bulan!'. wow! tinggi sungguh elemen motivasi dalam statement ini. nak counter balik komen seseorang secara bergurau tu, saya rasa kalau kita bersikap tamak (ini tamak yang baik) sedikit dalam bulan ramadhan ini saya tak nampak halangan kenapa sambil berniaga tak boleh ambil peluang lipatgandakan pahala. berterawih misalnya, tidak semestinya di surau atau secara berjemaah sahaja. sambil menjaga kedai bergilir-gilir lah untuk perform terawih bersendirian. insyaAllah, $$$ dapat, pahala pun dapat. jadi tak ada siapa yang rugi ;-).


hari ini saya masak simple for iftar. kerutuk ayam yang boleh dimakan dengan nasi gemuk atau roti naan, again. tapi tak lengkap kalau tak ada sayur, seringkas-ringkas sayur adalah brokoli, lobak merah dan cauliflower goreng.

Sunday, 29 August 2010

19 Ramadhan 1431H - Segalanya Pisang

iftar di rumah saya hari ini agak ramai. kami terima kunjungan abang ipar dengan anak-anaknya. pertama kali dalam bulan ramadhan ini kami makan di dining room dengan meja panjang 8 kerusi. kebiasaannya kami hanya makan di dapur sahaja, maklumlah bukannya ramai pun. seronok makan ramai-ramai begini, lebih meriah. daripada tak berselera jadi bertambah selera, apatah lagi bila yang datang tu bawa buah tangan.

saya masak gulai lemak pisang muda dengan ikan pari kering. gulai ini memang favourite saya sejak remaja lagi. dulu-dulu abah selalu beli aja di kedai. pisang ada banyak kat rumah. memang asalnya nak dibuat gulai. tapi hubby terbeli pisang yang dah hampir kekuningan. jadi saya peramkan saja biar dia masak sepenuhnya. the next day, hubby beli lagi sesisir pisang yang betul-betul muda. barulah boleh hendak saya gulaikan. itupun rasa gulai sedikit spoil sebab sesekali tergigit pisang yang sudah agak lembut dan manis rasanya. rupa-rupanya pada sesisir pisang yang baru dibeli juga ada beberapa biji yang dah hampir masak isinya. kalau nak buat gulai pisang muda selalunya saya guna pisang emas atau pisang lemak manis. tak pasti kalau ada jenis lain yang boleh digunapakai.

pisang yang dah masak tu saya guna untuk hasilkan kek pisang. saya buat 3 adunan petang tadi untuk dibawa ke surau.

19 Ramadhan 1431H - Mee Bandung

mee bandung ni cuma buat tayangan di bulan puasa sahaja. itupun saya buat pada hari khamis lepas cuma tak sempat nak upload gambar.kalau diluar bulan puasa memang susah nak tengok ianya terhidang atas meja. entah kenapa terasa enak sungguh makan mee bandung kali ini. mungkin sebab dah lama tak makan, kalau terlalu kerap jemu pula kan? masa tengah menumis perencahnya yang sudah semestinya saya buat sendiri, barulah saya terkial-kial mencari air rebusan daging yang dibekukan. saya memang rajin simpan air rebusan untuk kegunaan bila buat sos bolognese atau kuah mee rebus. malangnya tak ada. barulah saya teringat, bulan lepas saya minta kakak bersihkan freezer, maka stok daging itu dah pun dibuang. terpaksalah saya gantikan dengan kuib daging aja. saya kurang minat guna perisa tiruan dalam masakan sebab kebanyakannya ada MSG. lagipun adakalanya saya rasa seperti menipu diri sendiri bila guna perisa tambahan! sungguh tak ori.

yang ini pula kuih serimuka pelangi. resipi asal oleh chef masak terkenal kak hanieliza. tertarik dengan warna-warna pelangi, pasal itu saya buat. padahal bukannya nak makan sangat pun. owh, yaya rajin sungguh tolong saya menggaul adunan. macam tulah dia setiap hari bila saya di dapur dia pun sibuk sama. kalau tak diberi peluang dia merajuk sakan!
sebab buat banyak, maka saya bawa ke surau hari jumaat lepas.

Saturday, 28 August 2010

18 Ramadhan 1431H - Nikmat Segelas Buih

cerita merepek apa pulak lah nikmat segelas buih. tapi betul saya tak mereka-reka cerita. buih ini memang sedap sekali, kena pula berwarna warni cukup menarik perhatian. ini ialah puding buih yang saya buat sebagai pencuci mulut iftar petang tadi. resipi ini hasil terjahan saya dari satu blog ke satu blog, lalu saya berkenan dengan puding buih yang puan hana nun jauh di jepun buat. kagum betul saya dengan kerajinan dia memasak.

sebenarnya ini bukan kali pertama saya menikmati puding buih. kali pertama dulu masa saya berusia sekitar 10-11 tahun, my mum pernah bawa balik puding buih yang dipelajari di kelas memasak perkep (perkumpulan isteri-isteri polis). ye, kalau nak ikutkan my mum banyak menyimpan koleksi resipi kuih muih, kek dan biskut sejak berpuluh tahun dulu, tapi sayangnya belum satu pun diperturunkan kepada saya. barangkali ma tidak terkesan minat memasak saya ni. maklum saja, masa zaman anak dara dulu kupas bawang pun malas. bila dah berumahtangga ni pandai pula nak makan macam-macam.

tekstur puding ini seperti buih yang dimampatkan, sangat ringan, seakan-akan tekstur kek sponge cuma rasanya kosong. jadi perlu dimakan dengan sos kastad. kalau anda tak gemar manis, boleh saja makan puding buih kosong! :-P


menu utama iftar hari ini ialah chicken chop. berselera masing-masing makan termasuklah saya sebab dah lama tak makan chicken chop. yaya yang kebiasaannya menolak chicken chopnya dijirus sos lada hitam akhirnya mengalah. bertambah-tambah sos dia minta dan licin platenya!

esok kita jamu selera ala kampung pulak ye ;-)

18 Ramadhan 1431H - Nasi Gemuk & Kari Kambing

apa pulak lah nasi gemuk ni ye? macam gempak je nama nasi ni. tapi nama sopan dia yang sebenarnya adalah nasi mentega. saya nampak panjang muncung 'oooo' kat bibir puan-puan ;-). ada sejarah disebalik pemberian nama nasi gemuk ni yang berhubung kait dengan cerita saya di zaman U dulu. sebelum bercerita saya minta maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa, saya sekadar berkongsi koleksi anekdot dalam ruang lingkup keluarga saya.

nasi gemuk @ nasi mentega yang saya buat ni mudah aja, anda cuma perlu masak nasi seperti biasa. kemudian di dalam frying pan panaskan 2 sudu mentega dengan crushed garlic disertai secubit garam. bila dah cair dan garlic pun dah agak layu, gaulkan adunan mentega pada nasi. maka terhasillah nasi mentega versi saya.

versi asal saya kutip daripada kisah seorang teman di U dulu. mulut saya yang agak celupar sedikit di zaman muda mudi tanpa segan silu bertanya kepada dia macam mana badan dia boleh jadi montel sebegitu sedangkan adik beradiknya yang lain bersaiz biasa saja. lalu dia yang faham dengan keceluparan mulut saya tanpa rasa tersinggung menceritakan bagaimana masa dia kecil dulu, mak dia selalu buatkan nasi yang digaul planta untuknya. dipercayai nasi planta tersebut telah menyumbang kepada tumbesaran bagai johan terhadap batang tubuhnya.

dan saya, yang so desperate nak melihat anak dara saya si yaya ni berisi sedikit badannya, telah mengambil inspirasi daripada nasi planta yang dibuat oleh mak teman saya dengan mengubah sedikit menjadi nasi mentega. pada hari saya mula memperkenalkan nasi mentega ini kepada hubby dan anak-anak, saya berterus terang kepada mereka tentang kemungkinan kesan yang akan diperolehi hasil kekerapan memakan nasi mentega ini. iaitu wujudnya kemungkinan mereka menjadi montel, itupun jika benar telahan teman saya dulu. sejak itu, nasi mentega lebih popular sebagai nasi gemuk - for yaya's benefit ia digelar sedemikian.

hahaha, begitulah cerita si penglipur lara. dah puas bercerita, marilah tengok gambar hidangan iftar saya semalam.
kari lamb campur mutton ala mamak

saya tak makan dengan nasi gemuk. i had the lamb curry with roti naan instead.

gambar nasi gemuk tiada di sini. sila buat sendiri ye :-)

Friday, 27 August 2010

17 Ramadhan 1431H - Boleh Tidur Puas-puas

yaya baru tersedar yang hari ini hari cuti. dia tak perlu ke sekolah. jadi dia dengan gembiranya menjerit sambil bernyanyi-nyanyi "yea... yea... hari ini hari cuti, boleh tidur puas-puas"

Salam Nuzul al-Quran buat semua. Hayatilah sejarah al-Quran diturunkan kepada kita, umat yang terpilih untuk menerima kitab yang paling sempurna. Bukan orang Yahudi yang jadi umat terpilih, tapi kita yang tak kira bangsa atau keturunan, kita yang beragama Islam ini sangat bertuah kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Jom latih anak-anak kita jadi generasi celik al-Quran, itulah benteng pertahanan kita daripada maksiat dan sudah tentunya azab neraka. Peringatan ini buat diri saya juga.

Thursday, 26 August 2010

16 Ramadhan 1431H - Tharka Dhall & Kek Gula Hangus

selalunya saya selitkan gambar hidangan iftar dalam main entry, tapi sebab entry saya agak panjang macam penglipur lara bercakap sorang jadi saya asingkan hidangan iftar.

setakat ini saya belum merungut ketandusan idea untuk menu berbuka kan? that's because saya dah siapkan list menu untuk 29 hari berpuasa. jangan salah faham, bukannya saya pentingkan makan, tapi sebagai wanita dan ibu berkerjaya kenalah think forward dan plan kerja saya. bagusnya ada list menu yang saya tampal di dinding kabinet dapur bukan untuk kemudahan saya seorang. maid saya boleh rujuk pada list menu untuk siapkan bahan-bahan mentah supaya bila saya balik boleh terus menumis. hubby pula boleh rujuk list menu untuk dapatkan idea bahan mentah apa yang dia perlu beli di pasar malam sebagai bekalan satu minggu. bila kerja dirancang dengan teratur bolehlah saya sebagai tukang masak diraja bekerja dengan lebih efisien di dapur, iye tak?

pun begitu, saya tak nafikan adakala saya tersasar daripada list menu. menu tu tak perfect macam tuan dia juga. macam semalam tiba-tiba saya rasa bosan tengok menu, tambahan masa saya buat list tu saya takde idea hidangan sesuai for the kids. jadi saya decide untuk masak roti canai segera je for them since diaorang pun suka makan roti canai. saya pun suka juga heeee... kalau beli kat kedai mamak tentulah ada kuah dhall yang sedap tu, tapi bila masak roti canai segera kenalah buat kuah sendiri. saya teringin nak makan kuah dhall yang serupa kat kedai mamak. so i made tharka dhall. yang ini memang sebijik sebijon dhall kat kedai. saya look up the recipe kat internet. bila cari resipi saya selalunya search image instead of web sebab nak pastikan rupa makanan tu betul seperti yang saya mahukan. takdelah nanti tersilap resipi, nak resipi dhall mamak tapi dapat resipi dhalca melayu.

tharka dhall. takdelah susah nak membuatnya, jauh lebih mudah daripada dhalca melayu. cuma nak tunggu kacang dhall empuk ambil masa yang lama. rasanya sebab jenis kacang dhall yang ada kat pantry saya agak keras (kacang dhall ada banyak jenis tau). dah rendam 3 jam dan rebus 3 jam pun tak mau lembut apatah lagi hancur. akhirnya saya blend je dhall tu. masa ni saya rasa kalau ada pressure cooker kan bagus.

saya terlebih rajin buat kuih the day before. saya buat kek gula hangus. kek saya tak tinggi jadi tak nampak sangat sarang lebah di dalamnya. ini gara-gara nak kek yang besar so saya pakai loyang lebar. dapatlah kek lebar tapi rendah.

16 Ramadhan 1431H - Ini Bukan Cubaan, Ini Betul-betul...

Tuhan benar2 ingin menduga kesabaran saya rasanya. kereta saya yang baru diservis dan ditukar pad breknya mengeluarkan bunyi bising setiap kali saya tekan brek. memang bunyi itu dah saya kesan sejak hari jumaat lepas, tapi saya fikir it will go away. sehinggalah petang semalam saya dah tak boleh sabar bila bunyinya makin bingit. sungguh terganggu dan memalukan bunyinya sampai saya cannot help but marah-marah seorang diri pada mekanik yang servis kereta saya tempohari. sudahlah logo maker pada bumper hadapan hilang lagi buat kali kedua, tanpa logo itu kereta saya nampak tak berjenis. entah bila masa logo itu hilang tapi saya agak tentu terbang ditiup angin masa memandu laju balik dari terengganu tempohari. nampak gaya kenalah saya keluar duit lagi untuk ganti logo baru. bil servis kereta tempohari pun saya belum claim lagi.

malam tadi saya diduga lagi. masa solat terawih di surau saya tanggalkan cermin mata dan letak dihadapan saya setentang tempat saya sujud. selalunya saya bawa casing sekali, tapi memang Allah nak duga saya agaknya, bila dah sampai surau baru saya teringatkan casing. nak berpatah balik solat isya' dah nak mula. saya tawakkal aja sebab so far takde masalah. sampailah selesai rakaat ke 4 solat terawih tiba-tiba adalah seorang kanak2 lalu depan saya, terjerit juga saya bila dia melintas betul2 selari dengan cermin mata saya. mujur tak terpijak lalu saya alihkan jauh ke hadapan sikit. elok aja saya letak tiba-tiba lalu pulak seorang lagi kanak-kanak yang lebih kecil sikit daripada yang pertama tadi melintas selari dengan cermin mata saya. menjerit sekali lagi tapi bukan saya, mak budak itu. saya tengok cermin mata tu tak beralih tempat dalam hati saya kata ok tak kena. tapi mak budak tadi tak henti2 minta maaf. saya kata tak apa.

selesai imam baca doa, saya capai cermin mata dan sarung ke muka. tak lekat kemas pulak cermin mata ni macam senget je. tak henti-henti tangan saya betulkan kedudukannya tapi pelik asyik herot sebelah. mungkin sebab telekung saya ketat sangat di bahagian muka, kata saya dalam hati. bila bersalaman dengan jemaah, mak budak tadi tak putus2 minta maaf, sampai saya naik hairan. dalam hati saya kata it's nothing la, buat apa nak kalut sangat. tapi sambil berjalan kaki balik rumah saya tak sedap hati sebab cermin mata ni dah buat mata saya naik juling. sampai kat rumah saya buka semua lampu sampai menyimbah2 cahaya kat ruang makan. bila saya pandang cermin dan belek betul2 di bawah cahaya lampu barulah saya perasan, tangkai frame silhoutte saya sudah jatuh sebelah kanan. oh! patutlah mak budak tadi asyik dok minta maaf. saya yang rabun ni tak perasan cermin mata sudah kena pijak! huwaaaa... memang kena juga akhirnya.

sekarang ni nak marah pun tak guna sebab partly salah saya sebab lupa bawa casing. tapi masalahnya macam mana saya nak pakai cermin mata yang senget ni? nak pakai lens masalahnya lens saya pun dah habis tak terbeli lagi. iye, jangan terkejut saya sudah pandai pakai contact lense sekarang, itu cerita lain kali ye. sudahnya saya sangkut tangkai sebelah kanan ni di celah rambut, tinggit sedikit di atas cuping telinga. sepanjang hari ini saya asyik dok betulkan cermin mata je sebab sekejap2 tangkainya melurut ke bawah. tak tahulah tangkai ni boleh diselamatkan atau tidak, apapun kenalah saya beli contact lense baru sebagai langkah berjaga-jaga. masalahnya orang lain beli 1 pair baru RM50-60, saya kena beli 3 pair terus. Pertama, sebab power lense sebelah kanan lebih tinggi dari kiri. Kedua, disebabkan sebab pertama, takde kedai yang nak jual 1 pair aja, sebab kalau jual 1 pair kat saya siapa nak beli pair yang saya tinggalkan tu. Lepas tu jangan tanya saya kenapa tak boleh beli 2 pair aja, jimat sikit kan? sebab bukan saya yang tetapkan strategi jualan, tanya tokey kedai.

bajet bulan ini memang sudah burst. selepas emergency trip balik terengganu tempohari harap2 takde lagi lah emergency expenses yang saya kena keluarkan. rupa-rupanya saya silap... cubaan betul.

Wednesday, 25 August 2010

15 Ramadhan 1431H - "Se amas" Dan "Se riyal"

Masa balik Terengganu tempohari sempatlah saya sakan menjamu tekak dengan kuih muih manis kegemaran saya. Lepas melawat atuk kat hospital, kami singgah di pasar batu 6. Pasar ni memang terkenal dengan deretan gerai kuih muihnya dan sejak kecil memang di sini lah tempat saya bertandang setiap petang. Dekat sangat dengan rumah parents my sister, so petang2 kami pakat kayuh basikal pergi beli kuih. Zaman tu kuih muih murah sangat, semuanya dijual pada harga “se amas” sebungkus – cukup untuk dikongsi 3-4orang.

Memang boleh jadi nanar sekejap kalau masuk pasar ni, habis semua jenis kuih pun nak beli. Tapi saya fokus kepada mencari kuih muih yang hanya dijual pada bulan ramadhan je iaitu jala mas dan nekbat. Beginilah rupa nekbat yang telah kembang selepas dimasak dalam air gula. Seronok bila jumpa nekbat, dah setahun saya dok terliur nak makan nekbat. Akhirnya dapat juga 3 ketul yang sudah siap direndam dalam air gula pada harga “se rial”. Kalau bernasib baik jala mas juga boleh didapati di luar bulan ramadhan tapi kena nasib lah.

Selain itu, saya beli juga akok untuk dibawa balik ke shah alam. Akok gula putih ni kalau simpan dalam fridge boleh tahan lama berbanding akok manisan. Saya beli juga putu mayam pantai timur yang dimakan dengan kuah santan bergula merah sebagai pemanis mulut iftar saya tempohari. Puas lah hati dapat layan sweet tooth saya. Rasanya kalau lama lagi saya duduk di Terengganu tentu makin naik badan saya sebab hari-hari consume makanan bergula!akok gula putih



Nota: “se amas” atau “samas” adalah bersamaan dengan 50sen. “Se riyal” bukan serial adalah penggunaan istilah matawang arab riyal yang bermaksud seringgit.

Monday, 23 August 2010

13 Ramadhan 1431H - Ada Sesuatu Yang Mengusik Hati

semalam anak-anak mewah berbuka dengan juadah yang dibeli di bazar ramadhan. sesungguhnya nafsu makan anak-anak yang baru belajar berpuasa ini sungguh besar. masa saya bawa mereka temankan saya ke bazar ramadhan, macam-macam yang mereka nak. sudahnya kalah juga saya bila berpuluh-puluh ringgit terbang dek melayan nafsu mereka. masing-masing dapat juadah yang mereka mahu - fahmi dapat popia goreng, air soya, kuih penderam aka telinga keling (saya gelar telinga abang sebab word keling itu agak offensive bunyinya). yaya pula dapat agar-agar fruits; yang akhirnya dia tak makan pun dan salahkan saya sebab beli banyak padahal dia yang pilih nak perisa strawberry, nenas dan anggur, dia juga dapat dadih perisa strawberry yang saya ikrar selepas ini takkan saya beli lagi dadih untuk dia sebab terbuang begitu saja!

saya tahu pembaziran akan berlaku. saya salahkan diri sendiri sebab rajin mengheret mereka ke bazar ramadhan di subang perdana. bukannya sebab apa, saya kesian tinggalkan mereka kat rumah sedangkan daddy mereka sibuk bersiap2 nak ke surau untuk majlis berbuka perdana. saya tak ikut sebab banyak benda nak urus, faham-faham ajalah baru balik dari berjalan jauh saya kena pastikan rumah teratur. saya tak galakkan anak-anak ikut, bimbang mengganggu urusan daddy di surau, saya sedia maklum dia perlu bertugas semalam. bila tiada saya, siapa nak kawal anak-anak di surau nanti.

pun begitu, kekecewaan saya sebab anak-anak membazir juadah terubat sedikit bila fahmi dan yaya berebut habiskan nasi tomato 2 bungkus. maaf ye saya langsung tak memasak semalam, masih penat memikul tugas sebagai pemandu jadi saya deserve berehat. kalau ikutkan kepala saya ni ada 1001 benda yang saya nak pulun buat tapi badan ni nak pakai lama lagi, jadi berehatlah walau otak saya ligat. oh ya, yaya kuat makan sejak berpuasa ni, jauh lebih kuat makan berbanding fahmi. yaya kalau makan nasi bertambah-tambah dan selera dia tak surut walaupun waktu bersahur. saya lah yang paling gembira melihat perubahan dia. ada ke harapan nak tengok badannya berisi sikit? tidak juga rasanya sebab saya masih boleh mendukung dia tanpa rasa lelah! dengan berat badan statik 15kg tu, saya rasa lebih enak mendukung dia daripada memeluk sekampit beras 10kg!

ada sesuatu yang mengusik hati bila saya sedar hari ini sudah masuk 13 hari kita berpuasa. semalam hari ke 12. saya rasa agak ralat sebab bila bulan puasa barulah saya teringatkan kaum kerabat yang sudah meninggal dunia - arwah moyang, arwah nenek, arwah abang ipar. barulah saya terhegeh-hegeh nak sedekahkan al-fatihah atau baca surah Yasin untuk mereka. itupun kerana tarikh 12 ramadhan tu sering mengingatkan saya arwah abang ipar kembali ke rahmatullah pada hari tersebut. sedih juga kerana kita yang masih hidup ini cepat benar memutuskan hubungan dengan yang sudah pergi. bila hari dan tahun berganti, kita cepat lupakan mereka, kita lupa hubungan kita belum habis kerana kematian, masih ada tanggungjawab buat mereka. kita lupa sedekah buat mereka. kalau esok-esok tiba giliran kita bagaimana?

Sunday, 22 August 2010

12 Ramadhan 1431H - Permudahkanlah Untuknya

Kami sudah pun berada di alam budiman kembali. Ya benar, it was a short trip back to terengganu. Kelam kabut balik ke sana pada petang Jumaat dan kelam kabut juga balik semula ke sini awal pagi tadi sesudah subuh. Saya tak ambil cuti, jadi tak dapat nak stay lama. My uncle mengomel bila dengar saya dah nak balik, tapi saya sendiri pun rasa tersepit antara keinginan to stay longer dengan tak dapat ambil cuti emergency. Siapa lah yang suka kelam kabut begini, memenatkan dan sakit badan sebenarnya. Lain lah kalau naik flight, tapi tak daya saya nak tanggung tambang untuk 4 kepala, gersang!

Kami sampai ke KL awal juga tadi lebih kurang jam 12.30tengahari, itupun sebab kami bertolak dari terengganu seawal 7.00 pagi dan saya yang memandu sehingga sampai ke R&R Gambang. Bukannya saya speeding sangat pun (walaupun saya memang tak reti nak bawa perlahan, lenguh kaki alasan biasa saya), sebab dari kuala terengganu hingga cherating laluannya adalah jalan kampung/negeri. Bila naik LPT barulah dapat meluncur laju. Sampai di Gambang hubby took over, gaya pemanduan dia lebih relaks. Maklum lah dia dah lama pegang stereng berbanding saya, lebih matang ;-). Untung juga dia ada isteri macam saya yang tak kisah memandu bergilir2 dengan dia. Sampai di rumah saya tidur, tak larat nak tahan mengantuk.

Masa di terengganu saya sempat melawat atuk sekali saja. waktu melawat hospital kerajaan agak terhad tambahan bulan puasa ni waktu melawat sebelah petang dipendekkan. keadaan atuk sangat menyedihkan. bila saya merapati dia sambil menggengam tangan kanannya untuk bersalam saya lihat dia kelihatan lost. dia tak ingat nama saya. bila saya tanya kenal tak pada saya? dalam lemah dia kata kenal tapi saya lihat dia ragu2. bila saya minta dia sebut nama saya, atuk kata tak tahu. saya tanya lagi saya ini anak siapa? soalan ini dia cuma mampu jawab "anak mah (rahimah - nama ma saya)". ramai orang yang dia tak ingat nama, ada yang even worst dia tak kenal langsung padahal dia seorang yang amat mesra dengan cucu2nya.

badan atuk kurus kering. dia tak lalu makan, hatta bubur pun tidak tertelan. kulit pada lengan kirinya dari atas sikut hingga ke pergelangan tangan sudah koyak menampakkan lapisan dermis dan luka dalam. belum dapat dipastikan sebabnya kecuali telahan doktor lengan atuk kena jangkitan kuman. doktor nak kikis lukanya untuk pastikan punca luka sama ada on the surface atau berakar umbi dari dalam. cuma dia perlu dibius sepenuhnya yang menyebabkan doktor bimbang timbul komplikasi kerana faktor usia dan penyakit darah tingginya, maka pembedahan terpaksa ditangguhkan. bahu kirinya agak terperosok ke dalam, kesan daripada kecederaan kemalangan tempohari. sedih sungguh melihat tubuh tuanya dihinggapi sakit sebegitu. kerapkali dia drifted, lost in another world. paling saya tak tahan syahdu bila atuk tiba-tiba menangis sambil mengucap tak putus2 menandakan dia baru tersedar daripada 'hilang' di dunia nya sendiri. saat itu dia meratap kenapa dia jadi begitu? dia meratap kenapa dia tak ingat nama-nama orang. sebak saya melihat dia begitu. apakah...??? jika benar itu tanda2nya saya berdoa pada Allah swt agar dipermudahkan jalan untuknya, kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani anak-anak, cucu2nya dan jiran tetangganya. moga doa saya dimakbulkan, amin.

Saturday, 21 August 2010

11 Ramadhan 1431H - Sampai Hajat

di awal ramadhan saya teringin nak balik kampung, terengganu tempat asal usul dan tanah kelahiran saya. sungguhpun tak dibesarkan di sini tapi hati saya dekat dengan kampung halaman. di sini root saya. tapi dah lama benar tak balik, dah 2 tahunita. kalau dulu ada juga sesekali kena outstation ke sini sungguhpun sekadar day trip tak sempat nak jengah rumah atuk saya, tempat saya dilahirkan. rindu sudah membuak-buak tapi saya cuba untuk tak fikirkan sangat hal ini.

you know from my previous entry yang atuk saya baru-baru ini kemalangan. dia masih recuperating dan saya sendiri belum berkesempatan menjengah dia. kadang-kadang saya pun pelik sendiri, entah apa alasan lagi yang saya tunggu untuk balik menjengah dia. kerja sering jadi halangan, susah nak ambil cuti dan saya pun agak kerap cuti tahun ini. seringkali bila saya cuti macam-macam hal berlaku di ofis. buat saya rimas dan rasa terbelenggu.

jadi bila saya terima berita atuk saya masuk hospital sekali lagi disebabkan komplikasi kemalangannya saya leapt at the chance to go back. petang semalam jam 4.30 petang saya memandu meninggalkan shah alam menuju ke terengganu. sebelum itu saya minta my sister and adik lelaki bongsu hantar ma ke klia. saya belikan ma tiket flight biar ma sampai cepat, saya tau ma dah tak boleh menanggung risau tentang keadaan atuk. bukan saya tak boleh bawa ma sekali balik naik kereta, tapi saya lambat sebab kereta perlu diservis. saya pun tak sampai hati dengar suara ma sebak dihujung talian.

akhirnya, keinginan saya nak balik terengganu tercapai juga... kerana atuk saya masuk hospital kali kedua. that was so shallow. nak tunggu orang sakit baru nak balik.

Friday, 20 August 2010

10 Ramadhan 1431H - Bila Azmil Mustapha Datang...

Azmil Mustapha dijemput beri tazkirah di surau kami semalam. Full house surau semalam sampai ada jemaah wanita yang terpaksa solat berhimpit2 ke dinding belakang surau. Tak tahulah pulak jemaah ramai sebab azmil Mustapha datang atau memang kebiasaan di bulan ramadhan begitu sebab saya baru pertama kali turun berjemaah sejak puasa. Kalau di luar bulan ramadhan memang setakat 2-3 orang je jemaah wanita. Kanak-kanak juga ramai, yang dah bersekolah ikut sama bersolat, yang kecil-kecil buat penambah bingit telinga. No offence here, lumrah kanak-kanak memang suka menangis dan menjerit when they are excited, afraid, anxious or tired. Sebab itu saya tak pernah bawa anak di bawah usia 4 tahun ke surau. Lepas selesai solat terawih kanak-kanak dapat habuan aiskrim Malaysia dan aiskrim impot sebatang seorang. Again, tak tahulah sebab aiskrim ke kanak-kanak ramai datang ke surau. Anak-anak saya turut merasa tumpang sekaki makan aiskrim. A reward for them sebab berpuasa.

Apapun, itu strategi yang baik juga untuk membiasakan anak-anak ke surau. Panggil Azmil Mustapha juga strategi yang baik untuk penuhkan surau. Setidak-tidaknya Azmil Mustapha telah meminjamkan aura nya untuk jalan kebaikan. Dia tidak ajak kita terkinja-kinja di pentas konsert.

Secara kebetulan semalam saya bertemu teacher mimi, principal tadika yaya. Bila bertegur sapa dengan dia, barulah saya tahu rupa-rupanya hanya yaya seorang saja yang berpuasa kat sekolah. Saya jangkakan tentu ada kawan-kawan dia yang berpuasa, kalau tak semua 2-3 orang tentu ada. Sebab yaya tak pernah bercerita dan saya pun tak bertanya. Kata teacher mimi lagi, yaya kuat disiplin menjaga puasanya, sampaikan bekal yang diberi di sekolah pun dia tak mau terima sebab takut termakan. Oh saya rasa part itu memang saya dah tulis nota kepada sekolah minta jangan diberikan apa2 makanan walaupun packed food untuk berbuka. Dan saya rasa yaya refused to take any packed food sebab dia tak mau terjebak macam abang dia. Abang dia dah 2 kali kantoi puasa. Kali pertama sebab dia mengadu tak tahan, lalu cikgu dia beri air tanpa consult saya terlebih dulu (ini kes yang buat saya meluap2 marah sebab they did not respect my instruction). Kali kedua dia kantoi bila cikgu beri party pack untuk di bawa balik (again hati saya mendidih marah sebab sekolah tak sensitive langsung dengan kids yang berpuasa). Before saya tinggalkan surau, teacher mimi minta saya beritahu dia kalau yaya berjaya habiskan sebulan (29hari) berpuasa, dia nak beri hadiah. Tersenyum meleret anak dara saya mendengarnya.

ni kuih cara manis yang saya buat semalam. Hubby terperanjat bila dengar saya buat kuih cara. Dia ingat susah sangat ke nak buat kuih cara sampai wife dia tak boleh buat? Kalaulah saya tahu buat kuih cara ni semudah abc, dah lama saya buat sendiri! Oh, nanti saya buat cara berlauk kesukaan dia pulak, biar buntang biji mata dia.

Thursday, 19 August 2010

9 Ramadhan 1431H - Solat Terawih

sejak minggu lepas saya tercari2 nota solat sunat terawih yang pernah saya dapat dari seorang kawan, ila. sangat berguna nota itu pada saya dulu sebab bila2 saya tak berkesempatan nak solat terawih berjemaah di masjid saya akan buat sendiri di rumah. jadi nota yang lengkap dengan surah2 lazim yang perlu dibaca berserta zikirnya itulah yang saya gunakan sebagai panduan. maklum aja lah kalau di masjid atau surau kita ikut imam, apa imam baca kita ikut.

barangkali nota itu terselit kat buku2 agama yang masih dalam kotak masa kami pindah dulu. hah kan dah terbongkar rahsia kami masih belum habis kemas rumah sejak pindah 8 bulan lepas! saya dah mula keresahan mencari nota itu, sambil dok fikir2 kat mana saya simpan softcopy nya. barangkali ada dalam pc tapi pc kami dah pernah di format semula baru2 ini, tentu tak jumpa dah. akhirnya pagi isnin saya browse email2 lama dalam akaun yahoo saya. saya ingat benar pada kawan yang forward email tu pada saya, cuma saya tak pasti tahunnya. alhamdulillah bila mencari benda yang baik tu dipermudahkan Allah swt. saya jumpa juga email yang dikirim kepada saya pada bulan ogos tahun 2008! sudah 2 tahun masih di mailbox saya.

email2 berguna sebegini memang akan tersimpan kemas dalam akaun email saya. sangat saya hargai. saya lebih suka terima email sebegini berbanding email forward lawak jenaka atau gosip2 liar dan gambar2 lewd yang disangka orang melucukan atau pendedahan gempar kononnya.

kenapa saya cari semula nota solat terawih itu? sebab bila saya tengok jadual terawih di surau saya ni, rasa2nya ada masa2nya saya tak dapat saya nak ikut serta. di tempat saya solat terawih bermula agak lewat, jam 9.30malam dan sejam kemudian. kalau di tempat lama dulu paling lewat jam 10malam saya dah sampai di rumah. bukan saya tak ingin turut serta, cuma kalau habis lewat nanti tak sempat saya tengok2kan homework fahmi dan yaya serta uruskan mereka tidur. sudahlah hubby memang setiap malam akan ke surau, kesian pula budak berdua tu kalau mama dia turut serta setiap malam. jawabnya anak2 memang terlepas seratus peratus ke tangan kakak. tapi kiranya lemah iman juga lah saya ni. patut sebulan dalam setahun saya kejar pahala berjemaah kan? tak apalah, solat terawih itu sunat. menguruskan anak2 itu amanah utama saya. nanti bila diaorang dah besar mudah sikit pergerakan saya.

tak salah kalau saya share di sini dengan anda semua.

Wednesday, 18 August 2010

8 Ramadhan 1431H - Teringat Guru Lama

hari ni masa saya sedang mengemaskini contact list untuk penerima kad hari raya, secara tak sengaja saya find out pensyarah kuliah "isu-isu kekeluargaan" satu subjek elektif agama yang saya ambil di U dulu, iaitu prof madya dr mohamad sabri haron juga adalah seorang penasihat syariah di bank muamalat. orangnya rendah dan kecil aja, tutur katanya lembut. saya terkenang balik waktu saya menghadiri kuliah dia, walaupun kuliah itu terbuka kepada semua tanpa mengira kaum atau agama, tapi majoriti yang hadir adalah pelajar2 pengajian Islam, yang lelaki berbaju melayu atau kemeja lengkap berkopiah, yang perempuan bertudung labuh. dan saya ketika itu satu2nya pelajar yang free hair. terasa agak canggung menjadi satu-satunya orang yang menongkah arus.
apapun, saya suka kuliah dia padat dan sangat informatif, sungguhpun bila dengar tajuk kuliah bunyinya ala-ala kursus pra-perkahwinan.

hari ini hidangan iftar sangat ringkas. nasi goreng sardin dengan barbeku udang. roti john jadi entree sekali lagi. itu saja :-)

Tuesday, 17 August 2010

7 Ramadhan 1431H - Baked Mix Pasta

Alhamdulillah sudah genap seminggu kita berada di bulan ramadhan. semalam ada orang merungut sebab saya buat sosej puff cuma 3 ketul saja, tak cukup sampai berebut mereka 3 beranak (faham2 ajalah siapa 3 beranak tu ye). jadi untuk iftar hari ini saya pun buat baked mix pasta saiz gergasi biar semua orang puas hati makan tak berebut. serius memang portion saiz buffet kat hotel lagaknya. plan asal nak buat lasagna, tapi bila balik rumah lasagna sheet cuma tinggal separuh kotak aja. kalau saya buat lasagna dan baki sauce dimakan dengan spaghetti nanti ada pulak yang berebut lasagna yang cuma sedikit. daripada saya kena bebel 2 hari berturut-turut eloklah saya buat satu jenis pasta dishes saja. tak payah gaduh2 kan.

jadi saya campur lasagna dengan penne. penne yang digaul dengan sauce bolognese pekat saya padatkan di bahagian bawah chafing dish (iye, saya guna chafing dish yang sedang elok lebar serta deep). bahagian atas saya tutup dengan lasagna sheet, baki sauce bolognese dan bechamel sauce serta parutan mozzarella. masih berbaki separuh lagi baked pasta saya, boleh buat sahur.

ingatkan tak kena bebel lah malam ni. rupa2nya kena juga. saya kena marah (bukan marah benci tapi marah2 sayang) sebab buat roti john sekadar 2 keping, sekeping diletak sos tomato untuk anak2 dan sekeping lagi diletak sos cili untuk orang dewasa. pun masih berebut juga. aduhaiii sedap sangat air tangan saya ni agaknya :-P. takpelah lain kali saya buat sekeping sorang ye?roti john yang saya buat guna roti sosej aja

buah melaka pemanis mulut

Monday, 16 August 2010

6 Ramadhan 1431H - Puasa Kampung Style & Baulu Kemboja

Dua hari tak bersiaran sebab tuan rumah balik kampung hubby di johor, ambil kesempatan berpuasa, berbuka dan bersahur dengan mentua sementara masih belum begitu sibuk di awal2 ramadhan ni. Berpuasa di kampung memanglah berbeza rutinnya.

My children bila saya sebut kita nak balik rumah nenek segamat pagi sabtu tu terus je merungut, komen standard - tak best kata fahmi. Terus saya tempelak dia, sekarang awak kata tak best, bila sampai rumah nenek nanti tak cukup tanah awak kejar ayam. Yang ternyata benar, ibu mana lah yang tak kenal belang anaknya sendiri. Dan sememangnya anak teruna dan dara saya ini adalah musang berbulu orang sebenarnya. Sebaik sampai rumah nenek terus aja kedua2nya mengejar ayam, habis bertempiaran lari ayam-ayam nenek.
yaya merapati reban ayam nak menyergah ayam lah tu.

mil pula terus je offer nak jamu ayam kampung kat anak & menantu yang dah lama tak balik ni buat lauk berbuka. agaknya nenek rasa daripada ayam dia jadi bangkai akibat mati terkejut disergah cucu baik disembelih aja buat lauk. jadi saya yang dah penat melarang fahmi dan yaya mengejar & menyergah ayam terus je suruh budak berdua tu tolong atuk & daddy kepung ayam. Alang2 dah kemaruk sangat kejar ayam better put their minat for good use lah kan. Ehhh tau pulak takut tengok ayam berterbangan melarikan diri dalam reban.
hubby brush up skill tangkap ayam, masih belum berkarat lagi skill dia *grins*
adegan sedikit ganas menyembelih ayam

jadi petang itu memang sahlah menu kami kari ayam kampung air tangan mil. saya yang masih batuk2 dan sakit tekak teringin lah nak makan kuih manis2 sebab menu mil semuanya berminyak. saya ajak hubby ke pasar ramadhan di bandar segamat. teringatkan kuih baulu kemboja yang pernah saya jumpa di pasar ramadhan tu 8 tahun dulu. entah masih ada orang yang menjualnya entahkan tidak. oh baulu kemboja ni bukanlah kuih bahulu biasa tu. kuih ni berupa kuih bakar tapi lebih berempah dan bersarang dibahagian dalam. kuihnya jauh lebih sedap dari kuih bakar kerana mewah dengan telur dan gula. no suprise here coz saya memang sweet tooth kan. sayangnya lepas penat tawaf pasar ramadhan sambil dukung yaya sebab ramai sangat manusia, saya pulang hampa.

begini rupa baulu kemboja tu. setahu saya kuih ni susah juga nak jumpa coz hanya orang2 tua saja yang pandai membuatnya. sangat terkenal di daerah tampin tapi jarang orang jual secara komersil, sekadar industri dapur rumah sendiri aja. kalau lah jumpa kuih ni kat mana2 mau saya borong semua. :-)

malam ini berbuka dengan sup ayam yang dimakan dengan ketupat segera dan pegedil daging. saya buat juga sekadar cukup 3 ketul puff sosej yang menjadi rebutan sebab tak cukup! :-)

Friday, 13 August 2010

3 Ramadhan 1431H

finally saya dapat juga tidur lena for at least 4 hours last night selepas telan ubat penahan batuk. after coughing dekat sejam tiba2 batuk saya berhenti dan saya terus drifted. sedar2 dah jam 5 pagi, terus bangun sahur. tapi ubat ini hanya berkesan untuk beberapa jam sahaja, bila kesannya wear off batuk datang balik.

anak2 semakin aktif bila dah masuk puasa hari ke 3. dah mula nyaring suara masing-masing bertekak macam biasa. alhamdulillah, maknanya mereka dah dapat sesuaikan diri lah tu. hari ini tiada entry pasal menu iftar, sebab iftar today hanyalah repeat menu yang pernah saya tempek iaitu spaghetti seafood carbonara. ringkas dan mudah nak menyiapkan, jadi saya tak perlu duduk lama-lama kat dapur. dan menu hari ini pun sesuai sangat dengan tekak saya yang belum boleh makan hidangan berminyak sangat.

jadi malam ini saya cuma nak bercerita sedikit pasal herba saffron yang saya guna masa buat nasi kuning few days ago. saffron yang saya beli dari iran shop few months ago cuma beberapa gram sahaja dijual pada harga RM20. stigma yang berekor ni bila dikumpul banyak2 begini mengingatkan saya pada rupa sesuatu dari kelas sains dan filem look who's talking... sperm! euww!

kalau tak silap ada kedai-kedai India yang jual saffron juga tapi kata orang tak tulen (kata orang bukan kata saya ye). Dan kata gadis Indon yang jaga kedai pak iran tu pula saffron tulen kalau direndam beberapa urat sahaja pun sudah cukup untuk keluarkan warna golden yellow. tapi bukan gadis ini yang kata saffron dari kedai india tak tulen ye, itu orang lain yang kata. :-)

Saffron adalah sejenis herba yang digunakan dalam masakan sebagai bahan pewarna dan perasa. Juga mempunyai nilai perubatan kerana dikatakan bersifat anti-karsinogen. Saffron berwarna merah gelap mengeluarkan warna kuning keemasan jika direndam. Bagi yang tidak tahu saffron sebenarnya adalah stigma pada sejenis bunga dikenali sebagai crocus sativus atau crocus saffron atau bunga saffron yang berwarna lilac.
Crocus sativus adalah sejenis tumbuhan bebawang.
Setiap sekuntum bunga hanya menghasilkan 3 urat stigma sahaja. Menurut laman web http://www.theepicentre.com untuk menghasilkan setengah kilogram saffron memerlukan 225,000 urat stigma crocus sativus. Jadi tidak hairanlah kenapa saffron sangat mahal.
Kalau orang Arab atau Middle East guna saffron dalam nasi biryani, Spanish people pula gunakan saffron sebagai pewarna dan perasa untuk hidangan paella. Orang China pula gunakan ia untuk mewarnakan fabrik. Okay, cukuplah kelas etnobotani dan sejarah untuk kali ini. Kalau rajin google jelah untuk maklumat lanjut. Sekian.

p/s: tuan rumah nak berangkat ke kampung incik hubby esok. dapatlah berbuka puasa dan bersahur dengan mentua. thank you to tempat saya bekerja kerana beri extra saturday off sempena bulan ramadhan ini. see, banyak nikmat yang kita perolehi. :-)

Thursday, 12 August 2010

2 Ramadhan 1431H - Lepak Maut

saya MC (cuti sakit) today. eh saya ni jarang ambil cuti sakit tau, tapi kalau dihitung2 tahun ini kira paling kerap. nak buat macam mana, umur dah meningkat ni kenalah sayang badan, kalau dah sakit jangan dipaksa2 sangat atau nak tunjuk heroin. but being a career mum one can't afford to fall sick lama2. saya batuk teruk malam tadi sampai tak tidur, bila dah batuk tak berkahak ni kepala pun naik berdengung, perut dah la kempis tak daya menahan batuk. sahur pun saya tak bangun, setakat capai botol air tepi tilam dan minum seteguk air suam. nak makan pun tak lalu kalau dah tiap kali buka mulut tersembul batuk. jadi pagi tadi saya pergi klinik, doktor bagi ubat tablet penahan batuk yang belum pernah saya dengar atau cuba. hopefully lepas telan 2 biji before i go to bed malam ni lega lah sikit ye.

anak2 pula alhamdulillah masuk hari kedua ni dah makin boleh bertahan. saya dah bersyarah panjang lebar kat diaorang malam tadi suruh sahur lebih sikit dan minum air milo supaya bertenaga, which they did. itu yang sepanjang hari bertenaga budak berdua tu. yaya sejak balik sekolah mulut dia tak berhenti2 menyanyi dan menceceh sampai letih telinga saya mendengarnya. punyalah bertenaga sampai dia sibuk menemankan saya masak di dapur dengan posing maut dia ni.

sebab saya tak kerja hari ini dapatlah saya tunaikan hajat fahmi nak makan kuih ketayap. tapi gambar tak payahlah tempek kat sini sebab ketayap saya kaler kuning. botol pewarna hijau pecah jadi digantikan dengan pewarna kuning. menu berbuka hari ini ialah nasi lemak, sambal ikan bilis dengan ayam goreng berempah. suka betul anak-anak dan hubby makan ayam goreng berempah sebab dah bosan makan ayam goreng biasa kakak buat. sampaikan hubby kata kalau buka gerai kat bazar ramadhan depan surau jual ayam goreng berempah aja pun ok. ughhh dia tu kalau boleh semuanya dia nak jual!

Wednesday, 11 August 2010

Nasi Kuning Gulai Ikan Tongkol

I made nasi kuning today, served with gulai ikan tongkol for the adults. The kids had roti canai with kuah dhall yang dibeli. Nasi kuning is basically plain rice yang dimasak dengan serbuk kunyit untuk memberi warna, hence the name. Saya tak pasti asal usul nasi kuning di Negara kita, but nasi kuning sangat terkenal sebagai hidangan tradisional Indonesia juga sinonim dengan hidangan nasi tumpeng dengan cara penyediaan yang berbeza. Kalau kat indon nasi kuning dibuat menggunakan lebih banyak rempah ratus seperti daun limau purut, jus limau nipis, halia, serai, parutan kunyit hidup. Ada versi yang menambah rempah ketumbar, jintan, daun salam (bay leaf) dan santan. Penggunaan sedikit jus limau nipis pada telahan saya bukan untuk menghasilkan rasa masam pada nasi tetapi lebih kepada nak memekatkan atau mengekalkan warna kunyit pada nasi. Jenis beras yang selalu digunakan adalah beras biasa atau ada juga yang guna beras wangi dicampur dengan beras pulut.

Jangan pula ada yang keliru antara nasi kuning dengan nasi kunyit ye. Kalau istilah nasi kunyit bagi orang kampung saya di Terengganu bermaksud pulut kuning.selain serbuk kunyit saya letak secubit saffron iran yang saya beli dari iranian dessert shop kat ikea few months ago. mahal sungguh harga sebungkus kecil saffron yang cuma beberapa gram aja beratnya. tapi kalau kita tau dari mana datangnya saffron ni, barulah kita boleh appreciate kenapa ia dijual begitu mahal.

1 Ramadhan 1431H - Pertama Ramadhan Ini

Alhamdulillah ramadhan pertama berlalu dengan baik. Anak2 sihat dan walaupun kedua2nya terbaring je seharian tapi mampu bertahan sampai waktu iftar. Kejutkan mereka bangun sahur awal pagi tadi mudah pula bangun. Tapi kesian sebab tak berselera makan, yaya makan seketul nugget ayam dan seketul sosej. Itupun puas berpujuk. Fahmi okay je tolak kayu dengan batu. Daddy diaorang makan nasi. Saya setakat nugget 2 ketul. Lepas tu minum madu lebah yang dicampur beberapa titis jus lemon buat ubat batuk. Yang lucunya lepas fahmi bersiap nak ke sekolah pagi tadi dia tanya daddy dia "Err abang sarapan dulu ke daddy?". Hahaha dah bersahur masih nak sarapan.

Pagi ni kepala rasa ting tong. Tak cukup tidur sebab malam tadi asyik dok batuk kering sampai nak bernafas pun susah. Bukan susah pasal apa, tiap kali tarik nafas mesti nak batuk, jadi batuk tak henti2 sampai sakit dada. Hubby tanya tak makan ubat batuk ke? Dah terlebih had saya teguk ubat batuk, ikut geram nak je saya telan satu botol terus tapi takde perubahan. Saya cari2 balm habbatus sauda yang diberi orang balik dari mekah, tak jumpa pulak, entah2 tersalah letak. Sudahnya saya turun ke bawah minum madu dengan sedikit perahan lemon. Alhamdulillah barulah kurang sikit batuk, boleh lah tidur.

Saya memang kurang gemar telan ubat batuk even the kids pun saya tak kasi bergantung sangat dengan cough syrup. Memang selalunya madu & perahan limau/lemon yang saya cari dulu. Tapi entahlah sejak doktor bagi ubat hari tu saya telan je sebab saya tak expect batuk menjadi2. Masalahnya effect ubat batuk yang saya teguk earlier buat saya tidur mamai-mamai, camne nak cakap ye - tidur tapi asyik tersentak dan terjaga. Baru je rasa nak lena alarm handphone dah berbunyi. Tu yang pagi ni kepala rasa berat je. Pagi tadi before pergi kerja hubby bergurau dengan saya, dihulurkan gula2 hacks hitam sebiji, disuruh saya makan. Hisyyy mentang2lah saya tak boleh puasa, dia main2 kan saya. Bukan dia tak kenal saya, dia tahu saya tak pernah saya makan minum di siang hari hatta saya tak boleh berpuasa sekalipun. Saya tetap disiplin diri macam orang berpuasa, walaupun dalam keadaan tersorok atau di rumah sendiri belum pernah saya makan. Lebih2 lagi bila anak2 dah belajar berpuasa, tak sampai hati nak makan minum sesuka hati. Biar nanti bila anak2 dah besar sikit mereka pun pandai rasa malu kalau tak berpuasa.

Pertama kali berpuasa di rumah baru terasa lain benar suasananya. Kalau dulu jalan depan rumah saya adalah yang paling sibuk dengan kenderaan lalu lalang ulang alik ke bazaar ramadhan dan masjid. Dengan bunyi orang bersolat terawih dari masjid tambah buat jiwa saya rasa hidup. Tapi sekarang jalan depan rumah sunyi, tidak sesibuk dulu. Tak kedengaran bunyi orang bersolat terawih dari surau. Mungkin bagi sesetengah orang lebih suka sunyi sebegini takde hingar bingar, tenteram. Tapi dah memang jiwa saya suka bunyi pergerakan di sekeliling saya, jadi saya agak kurang seronok bila tak dapat dengar dan lihat kesibukan umat di bulan puasa seperti masa dulu. Atau mungkin jiwa saya ni jiwa orang kampung (walaupun tak pernah dibesarkan di kampung), suka riuh-riuh. Haa... siapa suruh cari rumah yang tak berdepan dengan jalan utama. Kalau suka bising2 carilah rumah depan jalan utama, nanti hari2 dengar bunyi lori, bunyi motor merempit tak tahan pulak. Isyyy isyyy isyyy ada2 jelah... syukur.

Tuesday, 10 August 2010

Berborak Dengan Anak2

ahad lepas sungguhpun agak kurang sihat, larat juga saya meredah cold storage di subang parade nak top up stock frozen food. sambil2 tu saya ajak anak-anak berbual pasal puasa, minta idea kat diaorang pasal hidangan bersahur. amboi puasa pun belum lagi. tapi apa salahnya, kan dah di ambang ramadhan ni. saya saja nak psiko diaorang supaya di permulaan puasa tak ada yang mudah menyerah kalah.

lagipun saya sendiri putus idea pasal hidangan sahur diaorang nanti. kalau boleh biarlah food tu mengenyangkan tapi at the same time saya tahu dan sedar anak-anak saya ni kurang berselera bersahur, lebih2 lagi yaya. saya dah set dalam kepala antara barang yang tak boleh putus bekalan ialah bijirin coco crunch, susu dan roti gardenia butterscoth tu. kalau boleh saya nak mereka ambil protein dan kurangkan karbohidrat supaya mereka tak cepat lapar. bila saya throw out the idea makan nugget ayam untuk bersahur okay tak? cepat2 yaya kata okay je. tapi fahmi pulak mengeluh. kata dia " tak boleh ke kalau makan benda lain macam sosej ke?" terus cepat aja yaya menyambung "haa adik ada idea, apa kata kita buat campur-campur, ada nugget ada sosej... semua boleh makan" saya senyum je sambil tolak troli. pandai juga anak dara saya berdiplomasi. bukan soal makan yang jadi agenda utama saya. tapi yang pentingnya saya berjaya ajak mereka sama2 merencana puasa mereka, bukan sekadar mengikut arahan kita. memang betul mereka berpuasa sebab kita yang suruh, tapi bawa mereka sama2 dalam semua perancangan puasa supaya mereka tidak merasa terpaksa, faham dan seronok.

bila mereka dah seronok dibawa berbincang pasal hidangan sahur, penuh troli saya dengan makanan pilihan mereka. yaya sambar sepeket mini sweet bun, fahmi ambil double pack choco chip cookies yang mama dia boleh buat sendiri, lepas tu berebut pilih nugget ayam jenama apa yang dia suka dan 2 peket sosej ayam jenama ramli & ayamas. saya sendiri? tengok anak-anak berselera makan dah cukup buat saya kenyang ;-)

Monday, 9 August 2010

Sore Throat & Cough

I’m on medication right now. Bukannya sakit teruk pun, it is just that saya kena jangkitan pharyngitis again! due to weeks of inhaling toxic residue from the paint kat office. My room di cat semula, tapi si kontraktor nak save cost punya pasal hentam pakai left over cat from previous renovation work. Cat tu dah terlampau lama sampai keluarkan bau hapak yang teramat. Akibatnya saya yang suffer. Hari2 saya lit up scented candle tapi bau cat lebih kuat menguasai ruang bilik kecil ni. Pasang ambi pur pun sama je, alih2 kepala saya yang sakit sebab tak tahan strong smell cat and ambi pur. Tau jelah hidung saya ni terover sensitive.

Tekak saya bengkak agaknya, nak telan air liur pun rasa sakit yang amat. Jadi saya diberi antibiotic which saya welcome sangat-sangat. Dah dekat nak puasa ni, saya tak mau sakit berpanjangan, semua orang pun begitu kan? Mesti nak badan sihat sentiasa supaya boleh jalani ibadah puasa dengan sempurna. Saya juga diberi multivitamin dan dipesan minum air banyak-banyak sebab blood pressure saya rendah. Has been that way sejak bertahun lamanya. That explains why saya sering rasa dizzy, nak pitam, kadang-kadang tengak duduk buat kerja tiba2 je lost balance, nafas pendek kekadang macam gasping for air pun ada. Orang pening sebab sakit darah tinggi, saya pening sebab tekanan darah rendah. Memang salah sendiri sebab kurang minum air agaknya. Itu harus saya akui. Bekerja dalam airconditioned office ni buat saya kurang dahaga. Bad habit, kena berubah for good.

My children pun tengah on the rebound after each kena attack by a bout of high fever. Now each dapat batuk-batuk. Sabtu lepas balik rumah my mum kami dijamu durian, rambutan dan manggis. Memang elok benarlah buat ubat orang demam kan? Nak salahkan siapa bila anak2 batuk tak berhenti? Salahkan orang2 dewasa yang suka guna phrase “alah rasa sikit buat ubat”… ye menjadi-jadi sungguh ‘ubat’ itu – penyakit terlebih kasih sayang! Puas hati atuk bila semua 7 orang cucu kandung dia berkumpul serentak. Habis segala permintaan cucu dipenuhi. Ada yang berbisik minta belikan nasi ayam madu, sanggup atuk redah dicarikannya. Cucu2 atuk jadikan kereta atuk barang mainan diaorang pun atuk tak marah, sampai seharian duk keluar masuk kereta sampai sakit telinga saya dengar bunyi pintu kereta dum dam dum dam. Agaknya kalau pintu kereta atuk tercabut pun atuk masih boleh ketawa. Cucu2 adalah kelemahan semua atuk dan nenek? Suatu hari nanti saya juga begitu agaknya jika panjang umur, insyaAllah.

Semalam, Ahad sempat juga kami sefamily berkunjung ke rumah keluarga azie di Gombak. Plan asal pagi itu sepatutnya saya join gotong royong membersihkan surau, tapi disebabkan batuk dan sore throat yang teruk sampai suara pun berubah, saya tak jadi ikut. Sekadar kirimkan 2 talam sandwich yang dibawa hubby. Sebelah petang takde agak lapang, bolehlah kami ke Gombak. Fahmi dan yaya pulun rambutan lagi. Saya perhatikan anak2 azie yang sebaya dengan anak2 saya sendiri, lebih kurang sama ligat dan lasak. Dania berani sungguh panjat atas motor atuk dia, tak lama lagi pandailah dia bawa motor :-)

Before I end today’s entry, saya nak ucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua kawan-kawan dan silent readers. Semoga semua diberi kesihatan tubuh badan dan mental supaya dapat beribadah dengan sempurna. To all parents marilah kita didik anak2 kita berpuasa.

Wednesday, 4 August 2010

Cita-cita Saya Bila Besar Nanti...

Yaya brings home her report card yesterday. I was surprised that the school did not make any attempt to organize a report card collection day where parents can discuss their children’s performance at school like any other school did. But it was expected anyway, because hers was a new school, they are hiccups here and there but still I couldn’t hide my surprise that they did not plan their activities well. There was no meetings with parents carried out so far, and the examination was not scheduled properly – parents were not notified of examination week, I only got to know by accident when yaya had to miss school due to fever. If not, I wouldn’t know until today.

Whatever, that is passed and done with. Let’s move on. So I perused her report card, in the inner front page were yaya’s detail. Much to my pleasure the school make it extra special in comparison to other report card by jotting down the children’s top 3 ambitions in priority order. I was smilling when I saw yaya’s first ambition was to become a Doctor then followed by a Nurse. Wow she really likes to tend to sick people and she really knows how to put things in priority order. Aim to go to medical school first but if she don’t secure good grades she can always turns to nursing school. Very clever. Then I move on to her 3rd ambition, where it was written down a Fashion Designer. Terus aja saya ketawa hahaha. Kalau nak dibandingkan dengan tingkah laku dia kebelakangan ini yang suka bergaya, suka melawa, dan kadangkala buat catwalk sorang2, saya rasa profesion yang she prefer most sebenarnya adalah Fashion Designer! Bukan doctor atau nurse. Tapi anak saya ni pandai juga jaga hati mama dia, she knows her mama aspire salah seorang sama ada yaya or fahmi to become a doctor jadi dia letak doctor as her no. 1 ambition. Owhh ke mana pergi pilot? Dah tak masuk list lagi agaknya.

Talking about ambition anak2, saya akui yang saya memang dictate anak2 saya sejak kecil apa yang saya mahu mereka jadi bila dewasa nanti. Bukan memberi tekanan tapi saya mahu anak2 punya hala tuju dalam hidup. Bila saya cadangkan fahmi atau yaya jadi doctor sebenarnya saya cuba tarik minat anak2 supaya punya cita2 untuk jadi manusia yang boleh berbakti semula kepada orang lain. Saya mahu mereka sedar yang setiap dari kita dilahirkan for a reason, bukan untuk suka suki huha untuk kepuasan diri sendiri saja. Ada orang kata “hidup hanya sekali, jadi bergembiralah”. Ya, bergembiralah dengan cara yang baik. I want them mencapai kepuasan hakiki knowing that dengan setiap nafas yang Allah swt pinjamkan kepada mereka, mereka telah guna dengan cara terbaik dan mendorong orang ke arah kebaikan juga atau setidak-tidaknya membantu orang menjadi lebih baik. Mungkin ada parents yang akan kata saya beri tekanan pada anak atau mengongkong. Tapi saya tidak fikir begitu. Saya tidak mahu anak2 membesar fikir tentang diri sendiri sahaja, setiap dari kita ada sebab dilahirkan ke dunia, setiap kita ada tanggungjawab pada agama, pada ibubapa, pada masyarakat. Biar mereka tahu semua itu, insyaAllah saya harap anak-anak saya jadi yang terbaik. Pendek kata tak kisahlah pilih profesion apa pun hatta jadi photgrapher sekalipun asalkan ambil gambar2 yang baik.

Tuesday, 3 August 2010

Bears Fruit

Rasa puas hati when your hard work bears fruit kan? Macam pokok limau purut saya ni. Macamlah kerja susah sangat kan? tapi memang bukan mudah nak membela pokok ni, ada yang tak sampai seminggu dah mati. Ni bila dapat pokok yang mampu berbuah selepas dijaga dipupuk tentulah puas hati walaupun sekarang ni masih lagi putik muda. Rasa happy sangat because mula-mula saya sangka pokok ni barren atau akan ambil masa yang sama untuk berbuah. Maklum jelah pokok pun masih rendah lagi. Berkat rajin tabur baja ikut jadual daun2 nya makin lebat dan akhirnya seminggu lepas saya perasan ada putik bunga halus putih keluar. Sekarang dah banyak putik bunga keluar maknanya more fruits. :-)
putik buah
pokoknya makin lebat
Bila dah berbuah nanti nak buat apa ye dengan buah limau purut ni? Buat cuci kulit kepala heheheh…


p/s: kesian kat pokok mangga jiran sebelah saya. Dah setahun dia tanam tak berbuah lagi. Tapi nak buat macam mana, seketul baja pun dia tak pernah tabur. Pokok macam orang juga, perlu makan, minum & kasih sayang.

Monday, 2 August 2010

Burung & Batu Kerikil

Saya suka bercerita dengan anak-anak saya. Bukan cerita daripada story books, tapi real life story tentang diri saya masa kecil, kenakalan saya dan adik-adik kejar kambing atuk saya semata-mata nak ditunggang, masuk reban ayam arwah nenek mengerjakan telur2 ayam sampai pecah serta penyek anak-anak ayam yang lari bertempiaran bawah rumah dengan kayu (ye memang ter over nakal, sadis) – patutlah anak-anak saya pun suka kejar ayam kat rumah nenek segamat diaorang. Bila fahmi sibuk minta belikan video game saya buka cerita keseronokan bermain ala kampong – main pondok2 bawah rimbunan pokok2 asam jawa sambil masak timah; dekat kuarters polis bekas tapak perang zaman jepun dan komunis memang banyak kelongsong peluru, ketulan timah dan duit syiling lama. Harta karun buat kami! Seharian bermain tak balik rumah bila lapar kami makan buah asam jawa. Main tembak-tembak dalam semak belakang kuarters polis dengan senapang kayu buatan sendiri berpeluru kan biji buah hutan, bila lapar kami makan buah hutan seakan2 tomato kenit berwarna kuning, bijinya banyak macam tomato dan manis sangat rasa dia. Saya suka tengok mulut anak-anak saya terlopong amazed mendengar cerita saya. :-)buah letup letup nama dia

Minggu lepas saya bawa anak-anak dinner malam sabtu di roiboos café, ara damansara. Yaya tengah merajuk dengan saya masa itu sebab tak order kan air milo untuk dia. Bukan saya tak mau beri, tapi dia batuk, kalau diberi milo suam bukannya dia minum pun, membazir aja. Penat memujuk, saya biarkan dia dengan muncung donald duck dia tu. Sambil menunggu hidangan sampai saya belek gelas jus tembikai fahmi. Bentuknya unik, kembang dibawah dan kuncup di tengah dengan mulut gelas mengembang. Bentuk dia mirip kepada vase, mengingatkan saya pada kisah burung kehausan yang cuba minum air daripada takar yang bermuncung tirus. Bila saya sebut takar jangan pulak ada yang ingat saya mencarut, saya guna bahasa lama bagi jug air. Terus saya dapat idea nak break the ice with yaya. Saya pun mula bercerita pada fahmi dan yaya kisah burung tu yang tak berjaya minum air dari takar sebab air terlalu sedikit, muncung takar panjang tirus, tak muah paruh burung nak sampai ke bawah. I was thinking of to tell them the whole story sampai habis. Tapi bila tengok yaya mula bagi perhatian saya cuba to make the story more interesting. Saya minta fahmi dan yaya fikirkan cara macam mana nak tolong burung tu minum air. Fahmi cadangkan terbalikkan takar biar air melimpah tapi kalau buat begitu habis lah kering air meresap ke tanah macam mana buruh nak minum? Yaya suruh buruh angkat je takar, tapi burung takde tangan.

Bila kedua2nya dah give up barulah saya sambung cerita sebenar which is the bird dapat idea masukkan ketulan batu kecil ke dalam takar supaya berat batu menolak air naik ke atas. Lepas tu barulah burung dapat minum!

Habis je saya bercerita fahmi tanya betul ke? Saya kata kalau tak percaya fahmi boleh cuba. Jadi semenjak hari itu, dia asyik sibuk nak kutip batu2 kecil sebab nak buat eksperimen sendiri. Setakat ni dia belum berjaya kumpul batu2 kecil secukupnya lagi. Kesian pulak tengok dia bersungguh2. Harus saya kutip batu kerikil tepi jalan nanti… hahaha.

Sunday, 1 August 2010

A Birthday Invitation

we received a birthday party invitation this week from my aunty (on my father's side) di taman cahaya alam, shah alam. nak celebrate birthday my cousin yang turns 8 on 23 July 2010. masa hari nikah saya 8 tahun dulu dia masih bayi, baru berusia 2 bulan. my auntie lambat dapat baby after berbelas tahun kahwin akhirnya dapatlah nurul asyiqin ni. pasal itu cousin saya jauh jarak usia dengan saya, hampir sebaya anak saya sendiri. yang comel ni agak2 siapa yang membuatnya? hehehe...
birthday girl with her mum kebetulan birthday sama bulan july


walaupun penat baru balik kerja petang sabtu semalam saya gagahkan diri ke rumah dia. patutnya memang dah lama saya menjenguk auntie saya ni, terutamanya sejak dia sendiri pindah ke shah alam bukannya jauh sangat dari tempat saya berbanding rumah lama dia di rawang. bagus juga kami ke sana, dapat isi perut sambil rileks2 dia rumahnya yang dekorasi english style siap ada kolam kecil buatan sendiri. dia suami isteri memang rajin menghias rumah.

tengahari tadi saya masak kari tulang rusuk lembu. hubby ketawa bila dengar saya nak kari kan tulang rusuk lembu tu, kata dia tak pernah dibuat dek orang. takpe biar saya yang buat. dah takde idea nak masak, malas dan penat pun ia juga sebenarnya. saya bermarathon di baking table dua hari ini.