comelnya anak rusa ni siap bulu mata lentik lagi. agak-agak kalau semua lembu, kambing, ayam semua secomel ini, ada tak orang yang sampai hati nak sembelih ambil dagingnya buat lauk? tak kan? mesti orang simpan buat pet!heheh... agak-agaklah kan kenapa rusa ni Allah swt jadikan dia kecil molek je? mesti ada sebabnya kan, macam durian kenapa kulitnya tebal dan berduri itu sebab to protect isinya. dah lah pokoknya tinggi, kalau kulit nipis sure jatuh gedebuk ke tanah hancur jadinya. so agak-agak rusa ni kenapa kecil molek? kalau malas nak kaji saya nak guna jawapan mudah... because big things comes in small packages!
Bulan puasa lepas adalah sorang my colleague yang baik hati ni bagi saya satu beg kertas sederhana besar. Di dalamnya ada satu bekas rendang ayam dan satu bekas lagi rendang rusa. Terkejut sekejap saya sebab seumur hidup tak pernah makan daging rusa apatah lagi yang di rendang. Tak sangka daging rusa boleh dibuat rendang. Kecur liur saya dibuatnya, tak sabar nak merasa, tapi kena sabar juga lah sebab puasa kan.
Nak jadi cerita, petang itu saya terpaksa berbuka di office je sebab meeting meleret-leret. Walaupun berbuka secara berjemaah petang itu kami dihidangkan nasi briyani JM tapi tidak mengujakan saya berbanding gejolak hati nak merasa rendang daging rusa tadi. Lepas berbuka, kalau nak ikutkan boleh aja saya masuk bilik buka bekas dan ratah rendang. Tapi saya tak mau lah makan dulu sorang-sorang, nak tunjuk dan bagi hubby cuba dulu. Jam di tangan menunjukkan sudah 5 minit melewati pukul 8.00 malam. Apalagi terus saya merempit balik rumah sebab takut tak sempat nak catch hubby di rumah sebab dia mesti dah bersiap nak ke surau untuk solat isyak dan terawih. Sambil driving saya text dia bagitau pasal rendang. Mujur jalan dah tak sesak teruk, sempat saya sampai rumah just nice before he went out ke surau. Cepat-cepat saya buka bekas dan bagi dia rasa dulu dan saya sendiri pun barulah dapat merasa. Ya Allah nikmatnya penantian itu kerana rendang daging rusa ternyata sedap dan lembut sangat menepati gambaran saya.
Sekarang, saya rasa teringin benar nak makan daging rusa lagi. Tapi kat mana nak cari ye? Nak tanya pada my colleague tu seganlah pulak, takut nanti dia bersusah payah lagi suruh wife dia masak. Nak minta resipi pun malu. Saya dengar dari orang harganya RM35 sekilogram. Aduhhh mahalnya, lebih mahal daripada australian lamb yang saya beli di pasar tempohari, RM17-RM22 sekilogram (masa tu saya bantai beli dekat 4kg lebih buat kari for my ipar duai). Heyyy what am i doing comparing lamb with venison? Dah tentulah rusa lebih mahal sebab susah nak dapat, bukannya diternak secara besar-besaran pun. Tak kisahlah, saya nak juga daging rusa mentah, tau lah saya apa nak dibuat nanti.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment