I'm a loner. Saya tak suka ber 'clique' atau ada geng, saya boleh kawan dengan sesiapa saja yang ikhlas. Di office saya juga a loner kerana orang susah nak membezakan diri saya dalam waktu kerja dengan personaliti saya yang sebenar. Saya juga seorang superior yang tak boleh diharap, read kalau kamu fikir kamu boleh bodek saya, kipas saya supaya boleh naik gaji atau dapat payung dan kebal daripada tindakan disiplin, kamu silap. Saya kalis bodek. Jadi tak mengapalah kalau kamu tak ingat saya waktu makan, tak bancuh air untuk saya, tak utamakan saya dalam majlis sebab saya pun tak suka kamu buat begitu. Saya terlalu strict dan uptight. Kadangkala kerana tanggungjawab kerja saya terpaksa buat benda-benda yang kamu tak suka. Saya ada satu rahsia, saya juga tak suka. Saya harap kamu faham sebab kita semua ada tanggungjawab masing-masing. Jadi saya rasa tersinggung bila segelintir kamu membenci saya semata-mata kerana kerja yang saya buat. Maaf, tapi tiada maaf, i got to do what i got to do. No hard feelings okay. So tak mengapalah, after years saya sudah terbiasa dengan statistik lebih ramai orang benci saya berbanding yang senang dengan saya. It's ok, i survive being a loner.
Jadi, semalam bila saya diberikan satu sampul coklat bersaiz besar oleh seseorang sebaik sahaja waktu kerja rasmi tamat, saya terpana. Sampul surat coklat biasa digunakan dalam urusan rasmi sahaja tapi saiznya sungguh pelik dengan tulisan yang sangat tak rasmi.
nama yours truly kena rahsiakan (macam lah orang tak tau)
Saya sudah sense something. Lalu saya membuka sampul surat itu dihadapan pemberi. Sekali lagi saya terpana melihat kad ucapan, speechless saya terduduk di kerusi tapi tidak sampai tahap terhenyak (itu effect orang sakit jantung, saya tidak).
Saya tidak berani nak angkat muka sebab saya segan si pemberi melihat air muka saya yang sangatlah menggambarkan perasaan bercampur baur - terkejut, terharu. Bila saya buka kad itu, melihat kandungannya saya bertambah speechless, sangat -sangat tersentuh.
To think orang-orang yang turunkan tandatangan serta punya masa untuk karang ucapan ringkas ini adalah orang-orang yang tak berani mendekati saya, even ada yang pernah terkena tempias beban tanggungjawab yang saya pegang, masih sudi memberi kad ini kepada saya.
To think that after all these years tarikh 29.9 itu come and go begitu sahaja tiada siapa yang peduli (tapi ada juga seorang dua). Tidak, saya tidak pernah minta atau harbours hope orang akan buat sebarang keraian di office semata-mata kerana hari lahir saya. Kerana bila hari lahir orang yang berempat lagi dirai sedang saya cuma lihat sahaja, saya cukup faham apa maksudnya, ye saya tahu di mana saya dalam hati atau minda mereka. Tiada. Selama ini saya bersyukur kerana tiada sesiapa sibuk-sibuk nak celebrate birthday saya, kerana sesungguhnya saya malu dan tidak suka menonjolkan diri. Terima kasih kerana memahami.
Jadi maaf jika tiba-tiba saya tertanya-tanya kenapa kini? Terutama bila saya sudah berkerat rotan berpatah arang di sini (bukan kerana kamu tak pedulikan saya)? Kenapa hati saya disentuh sebegini saat ini? Jadi kamu faham kan kenapa saya tak mahu angkat muka semalam. Kerana the emotion yang tergambar pada wajah saya semalam bukanlah kegembiraan, tetapi terharu, touched, keliru dan kesal. Ye, kesal kerana di saat saya merasakan saya telah hampir menamatkan pusingan akhir saya di sini, di saat saya merasakan saya boleh exit tanpa rasa any bond, saya gagal juga. Saya tak sangka, kamu telah berjaya menyentuh hati saya. Terima kasih, sekurang-kurangnya saya ada memento comel yang boleh buat saya tersenyum in the future.
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment