Monday, 17 January 2011

Cari Sakit

Now, my body has started to ache and feel sore all around. Malam tadi tidur rasa ok je, bangun pagi pun masih sihat walafiat. Bila hubby merungut-rungut bahu, lengan dan badan dia sakit-sakit sampai minta tolong disapukan ammeltz yoko-yoko, saya masih mampu tersenyum sebab walaupun kami buat aktiviti yang sama tapi saya terlepas daripada kesakitan yang dia alami. Heee jangan fikir yang bukan-bukan ye. Saya kata aktiviti yang sama, bukan bersama. Takde kerja nak cerita aktiviti bersama, nak jadi peter porn no.2? Tak kuasa.

Ni lah aktiviti yang sama kami buat semalam.
Boleh figure out what he and the rest of the guys doing? Yes, you are right. Tarik tali!
Tak, bukannya lelaki lawan perempuan. Girls lawan girls, boys lawan boys. Tapi yang ada cuma gambar boys je sebab mamarazzi ni memang rajin ambil gambar. Paparazzi tu bila giliran saya dia dok sibuk lah jadi coach bidan terjun, duk coaching fronting bukan coach saya pun. Dah sibuk jadi coach tak berbayar mana lah dia peduli nak ambil gambar wife dia ni. Selalunya macam tu lah! Hampir setiap aktiviti dia sertai yang saya hadiri mesti ada gambar dia. Tapi bila giliran saya, habuk pun tarak. Menyampah! Lain kali ambil gambar dia tertonggeng je biar padan muka dia.
Sempat dengar taklimat dulu sebelum tarik tali. Yang ini pertandingan tarik tali antara AJK vs penduduk
Sungguh-sungguh tarik dah macam tarik lembu pun ada...
Tenguk tu team AJK punya saiz XXL-XXXL pun ada. Incik darling saya sudah turun size L sekarang pasal tu tak boleh jadik anchorman
Team penduduk saiz M-S saja. And yet diaorang menang walaupun 2-1 tapi AJK tak puas hati...kekeke. Saya sokong siapa? First & 2nd round saya sokong penduduk, tapi 3rd round haruslah saya sokong AJK, kenalah bagi semangat kat hubby sebab nampak sangat team AJK ni harap badan saja lebar...haippp kena babap kang.

Itulah acara yang kami berdua laki bini join semalam kat karnival sukan rakyat anjuran persatuan penduduk taman perumahan kami. Memang fun, siap ada piala pusingan lagi. Precint saya juara kesuluruhan kali pertama jadi dapatlah bawa balik piala pusingan. Yang lucunya, orang duk kata, precint kami yang paling tak bersatu padu bab bayar yuran sekuriti tapi precint kami jugalah yang paling banyak menang acara yang dipertandingkan. Hubby kata "... sebab kitaorang memang pentingkan diri sendiri" . Hahah.

Tapi sungguh, bila tengok jumlah kehadiran semalam, I cannot help but feel that karnival tu sepatutnya diberi nama, karnival sukan rakyat pembayar tegar sekuriti. Sebabnya, yang hadir pun adalah mereka-mereka yang rajin bayar sekuriti dan jumlah golongan ni sangatlah kecil. Seingat saya kali pertama sukaneka dianjurkan hampir 3 tahun lepas, masa tu jumlah sebenar penduduk yang dah mendiami rumah mereka hanyalah 1/3 daripada jumlah penduduk sekarang. Sebab masa tu hanya fasa 1 saja yang dah siap. Rumah kami masa tu belum pun siap lagi. Tapi peserta yang datang masa tu 3 kali ganda daripada jumlah penduduk awal. Yang belum masuk rumah pun datang, bukan orang fasa 2 je, yang fasa 3 baru sign S&P pun datang join sama. Tapi now, almost 3 years later, after 3 phase dah didiami with last phase sudah terima kunci, jumlah yang datang hanyalah 1/3 saja! Sedih sungguh. Itulah realiti hidup bermasyarakat, bukan senang nak bersatu, tapi nak berpecah dan memecah belah lebih mudah. Pasal sekuriti pun boleh jadi punca perpecahan. Takpelah itu satu hal yang malas nak cerita kali ni.

Sebab takde gambar saya tarik tali tak dapatlah saya nak tunjuk bukti melainkan kesakitan seluruh badan yang saya alami sekarang. Ingatkan saya been spared from all the aches sebab tarik tali takde lah lama sangat semalam dan tak sempat pun nak tarik kuat-kuat. Sebabnya, baru je saya nak rasa syok berlawan tarik tali, baru je rasa syok nak pasak tumit kami untuk bertahan, 2-3 orang member depan saya tergolek. Dalam masa beberapa minit saja pasukan lawan berjaya sentap tali sampai kami semua tak sempatlah nak melawan. Cisss... potong stim sungguh!

Macam manalah team saya tak kalah. Kami ber 8 lawan mereka 10 orang. Pulak tu team saya kecil molek dan halus-halus semua, kes tak cukup kasih sayang eh tak cukup makan. Our anchor woman pun sikit punya lah slim, mana ada orang main tarik tali badan slim macam kami. Pasukan lawan sudahlah outnumbered us, body sedap-sedap belaka. Memang tak adil. Tapi sebab semangat kesukanan punya pasal kita sporting je lah, just for fun. Itupun saya jadi ahli bidan terjun, takde plan pun nak join tapi dah tak cukup orang. Tak mau bagi malu precint kami, tak mau kecewakan kawan-kawan saya balun jelah. Akibatnya sendiri tanggung lah hari ni. Cik Yaya terpinga-pinga confuse bila tengok mama dia sinsing seluar jeans, berkaki ayam pegang tali.

Sekarang ni saya rasa sedikit menyesal join tarik tali semalam. Sebab saya perlukan bahu dan lengan yang sore ni untuk menguli fondant malam ni! Huwaaa... azab!

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.