Mata kiri saya gatal. Dah beberapa hari asyik menggenyeh mata terutama di penjuru sebelah dalam dan luar mata. Dua tiga hari lepas rasa macam bengkak tapi fizikalnya tidak kelihatan bengkak. Nak kata berjangkit teman sekerja yang kena conjuncvitis rasanya tidak, sebab kalau betul berjangkit dah tentu menjadi betul bengkak dan merahnya. Ni bengkak pun tidak, merah pun tidak tapi gatalnya annoys me. Alahan barangkali. Alah dengan habuk dan debu pasir kat ofis ni. Yelah last week kan sibuk pindah ofis, jadi memang keraplah saya duk kat luar ofis yang berpasir dan berdebu ni. Pulak tu saya park kereta jauh sikit dari ofis, hari-hari kena jalan so terlebih exposed kepada debu agaknya ndak pulak bila time nak cross from this building to carpark tetiba angin bertiup kan, makan debu lah jawabnya, tu yang gatal mata. Kalau ikut saranan colleague yang sorang ni dia suruh belit muka dengan shawl setiap kali keluar ofis. Ugh kalau ikut gaya dia dah rupa orang sesat kat desert pulak. Tapi agak effective juga sebab selain daripada tambah gaya, it works sebagai pelindung muka dari habuk dan panas. Kira 2 dalam 1 lah. Alah macam tali pinggang calendar si nabil (raja lawak) tu. Pakai tali pinggang bila nak terkucil tepi jalan boleh tarik buat cover tut** tut**.
Tapi tak dapat saya nak ikut gaya dia, (bukan gaya nabil, gaya kawan saya tu) sebab tak reti sangkut shawl atas bahu macam orang lain kat ofis ni. Saya tak suka banyak sangat aksesori atas badan, rimas dan lemas. Tengok orang balut shawl nampak comel je and feminine… saya ni tak cukup feminine, macam pokok kelapa je tegak sebatang gitu.
Tempohari bila saya pakai gelang antik berbatu warna warni saja nak bagi berseri sikit sebab pakai blouse putih, terus jadi perhatian. Nampak sangat saya tak biasa berhias berlebihan. Tapi hakikatnya memang macam tulah saya, suka simple je tak suka yang sarat barat, barang kemas pun tak reti nak pakai. Kalau gi shopping tak suka bawa handbag, bawa handbag gi keje pun sebab nak sumbat barang essential. Sememangnya saya jenis simple orangnya dan praktikal (alah sebenarnya ko tu tak fashionable ngaku jelah! :-P). Kot nak bergaya lebih sikit pun bila time raya or pergi majlis orang kahwin. Lain pada tu ala pokok kelapa jelah tegak sebatang. Sesuailah dengan karekter saya.
Samalah macam dessert yang saya buat 2 hari lepas ni. Memang macam gitu je rupa dia tak payah nak berhias bagai pun sedap. It look simple dan nak membuatnya pun mudah. Tarte tatin nama dia. It is a French word jadi sebutannya harus ada sedikit diskaun di situ. Lidah pendek ke apa orang perancis ni – sila sebut tart tate.
Tarte tatin ni pada saya umpama upside down apple pie lah kiranya.
Umm yummm...
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment