My mum masa sekolah dulu ambil aliran ekonomi rumahtangga. Jadi banyaklah koleksi resipi kek, biskut dan kuih muih lain yang tersimpan dalam buku notanya ini. Tengok rupa pun dah tahu buku ni dah lama. Dari tahun 60an kalau tak silap saya. Akhirnya saya minta juga 'khazanah' yang satu ini dari ma. Pada siapa lagi nak di'waris'kan k'khazanah' nya ini kalau tak pada anak tunggal perempuannya yang seorang ni kan?
Dalam ni ada banyak resipi. Tapi sayangnya kerana kesibukan rutin seharian menguruskan rumahtangga, kami 4 beradik yang nakal dan kesibukan menyiapkan tempahan baju (ye, ma saya ambil upah menjahit), maka tak berpeluanglah saya nak merasa kek, biskut dan kuih muih yang pernah ma pelajari dulu.
Pun begitu, bila ada masa lapang sesekali my mum bakes juga. Antara kek ma buat yang menjadi favourite saya ialah Kek Kelapa. Harus diingati, saya ni bukanlah penggemar kelapa – dari air kelapa sampailah ke isinya memang tak pernah jadi kegemaran saya. I think ramai children pun tak gemarkan rasa kelapa.
Tapi kek yang satu ini surprisingly telah berjaya menambat selera saya. Rasanya kelapa parut yang berwarna warni itu yang buat saya as a child back then berani mencuba.
For a few years my mum will bake this cake untuk saya. Saya tak pernah jumpa kek ni kat tempat lain. Istimewanya kek ini dulu dibuat secara tradisional iaitu pukul telur dan gula dengan coil whisker. Pernah jumpa kan coil whisker tu?
Pic courtesy cik google. Inilah coil whisker yang kami selalu pakai dulu. Dulu manalah ada hand mixer or stand mixer. Kalau ada pun tak mampu nak beli.
Telur dan gula kena pukul sampai pucat dan betul-betul kembang ala-ala nak buat bahulu. Kalau tak cukup kembang nanti kek bantat. Kerja memukul telur ni memang bahagian sayalah (dah namanya pun kek kegemaran saya haruslah saya tolong), tapi lenguhnya bahu dan lengan Allah swt saja yang tahu. Nak bakar kek ni pulak atas api dapur macam buat bahulu. Rasanya manis dan berlemak sedikit dengan bahagian atas keknya ber’sako’ (sakar = merujuk kepada kadar gula yang banyak dalam adunan sehingga mengeras dan berkumpul dipermukaan kek).Tapi bila saya dah meningkat dewasa kek ini semakin dilupakan. Saya pun tak tau kenapa, ada ke sebab selera saya bertukar kepada kek-kek di bakery yang lebih sofistikated?
Sehinggalah few years kebelakangan ini secara tiba-tiba timbul semula keinginan nak makan kek kelapa ni, rindu sangat-sangat rasanya yang sedap dan baunya yang wangi. Sayangnya bila saya tanya ma, resipinya dah hilang! And both me & ma langsung tak ingat sukatan adunannya! Huwaaa. Maka terpendam jelah hasrat nak makan kek kelapa tu.
Kek ini lah yang sering saya bawa ke sekolah bila ada potluck party hujung tahun.
Baru-baru ni saya cuba-cuba meng ‘google’ manalah tau kalau ada orang lain yang pernah buat kek yang sama. Oh memang ada! Tapi sayangnya bahan yang digunakan dan kaedah membuatnya langsung tak sama! Yang saya jumpa rata-rata guna kaedah buat kek moden iaitu ‘creaming method’ = memukul mentega bersama gula which does not hasilkan kek ber’sako’ seperti yang ma pernah buat dulu. Lepas tu semua resipi saya jumpa guna kelapa kering/dessicated coconut walhal ma punya pakai kelapa parut fresh. Ohh aku keciwa!
Tapi dek kerana keinginan yang melonjak saya tekadkan azam buat dengan cara sendiri. And voila! Alhamdulillah my first attempt berjaya! Whooaaa. Seronoknya lah bila tengok kek tu masak dengan eloknya dalam oven semalam. Dan kek saya ber’sako’!
Memang tak sangka my trial and error berhasil. Yang saya tekankan telur mesti dipukul dengan gula. Saya tak boleh recall if butter being used at all atau minyak atau mungkin kedua-duanya tak digunakan langsung. Tapi saya letak juga sedikit minyak supaya boleh stimulate kek raised and lebih ringan. Saya guna tepung self raising sebab malas nak agak-agak sukatan serbuk penaik, kot tersilap agak nanti saya juga yang keciwa. Nah pakai self raisin flour senang, dalam hati berdoa moga-moga tepat pilihan saya ni. Saya beli kelapa parut putih sebiji kat kedai depan. Tapi pakai cuma a quarter je itupun dibahagi 3 untuk warna kuning, merah dan hijau just like mum used to do before. Dan pewarna, saya cuba dapatkan pewarna serbuk macam ma pernah guna tapi saya Cuma jumpa warna merah saja. Umm bolehlah. Yang lain saya guna pewarna gel wilton. Nak pakai pewarna liquid star brand tak sesuai sebab ianya basah nanti ubah warna kek pulak. Alhamdulillah… hasilnya memuaskan hati saya. Lepas lah hajat yang terpendam bertahun-tahun ni. ;-)
Marilah cuba resipi kek kelapa hasil godekkan saya ni. Saya ni cuma pandai buat kek dari resipi sedia ada je tapi bukan pakar mencipta kek. Macam tak percaya akak boleh reka resipi, ni semua Allah swt yang menjadikan.
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh perisa vanilla
1 ½ cawan kelapa parut putih di bahagi 3 dan warnakan ikut suka
Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 40 minit atau hingga penyucuk lidi comes out clean. Kalau dulu ma bakar dalam loyang serupa saya punya cuma lebih besar sebab adunannya banyak. Dibakaratas stove top dan ditutup dengan tutup periuk je. Menjadi juga. Saya tak kuasa lah nak bereksperimen lebih-lebih maka masuk oven jelah. Enjoy!
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
2 comments:
kagum kagum...ko memang ader bakat jadi bakers..first try dah jadik..kalau aku tuh ...ehheheh sekian...
takde gune mentega ke kek ni?
Post a Comment