Friday, 17 June 2011

Sentap

Sambungan entry day trip melaka has to take a back seat. Sesuatu yang lebih kritikal sedang berlaku. Bila kita rasa perkara-perkara yang kita lalui setiap hari sudah direncanakan dengan baik - pagi uruskan anak ke sekolah, pergi kerja, balik kerja, rehat, tidur - tiba-tiba berlaku seuatu yang tidak dijangkakan took over your life just like that. Anda tidak bersedia menghadapinya tapi tidak mampu untuk menolaknya daripada berlaku. Kun fayakun. Jadi bila perkara itu berlaku dalam hidup saya sekarang, walau sekuat mana kita cuba kawal try hard to never let things get out of your hand, tapi satu perkara yang tidak boleh dielakkan which is things that goes around you will eventually hit your nerves, left you emotionally distraught. I think dalam cycle awal saya menghadapi 'perkara yang tidak dijangkakan' ini, sesuatu/seseorang telah hit my nerve. Saya tangkap sentap.

Dan bila 'perkara yang tidak dijangkakan' saya tembungkan ia dengan 'perkara yang direncanakan' tetapi tertangguh-tangguh, saya telah melipatkaligandakan 'sentap' itu. Which left me in emotionally distraught state. Saya lemas. I decided not to go straight home from work yesterday. Saya tidak mahu anak-anak melihat saya dengan rupa yang sangat kusut.

Kenapa tiba-tiba saya tangkap sentap? Kenapalah tiba-tiba saya tangkap sentap bila ada orang kata menantu/ipar dianggap outsider? Saya ni pun bukanlah menantu yang baik atau ipar yang mesra alam buat apa nak sentap.
Barangkali benar juga kata seorang kawan, sebagai ipar saya tidak boleh terlalu outspoken atau masuk campur sangat kalau tak mau kena blacklisted.

Kalau pun ada pandangan saya kena salurkan menerusi suami, saya kena sekat diri daripada bersuara. To which kata-kata kawan saya ni pada mulanya agak sukar nak saya akui kebenarannya. Bila saya bertindak untuk 'perkara yang tidak dijangkakan' berlaku dalam 1-2 minggu ini tidak pernah saya membataskan tindak-tanduk saya itu atas dasar 'hanya' menantu atau outsider. Kalau mahu saya jadi outsider, maaf takkan saya ambil tahu langsung. Tapi 'hati kering' saya rupa-rupanya belum cukup tandus lagi untuk saya tidak mempedulikan kesusahan orang. Apatah lagi orang yang diuji dengan 'perkara yang tidak dijangkakan' itu bukan 'orang luar' bagi saya. Atau perlukah istilah 'orang luar' itu digunakan pakai untuk selected situation sahaj? Bila rasa it benefits you to have this orang luar, so he/she becomes 'family'. When it does not benefits you, now he/she becomes orang luar.

Jadi anda faham sekarang kenapa saya tangkap sentap bila ada orang kata "ipar-ipar jangan masuk campur" atau bila kawan saya kata sebagai ipar saya tak boleh outspoken sangat. Walau ada orang pernah kata saya ni 'hati kering' tapi kenyataannya hati saya belum tandus lagi.

No comments: