Wednesday, 10 August 2011

10 Ramadhan 1432H - A Perfectly Jammed Day!

Kalau anda duduk di lembah klang you know what I'm talking about. Hari ini memang a perfectly jammed day. Secara kebetulan atau barangkali memang sudah tersurat ada hikmah di sebalik kejadian, pagi tadi hampir kesemua lebuhraya/jalanraya yang menghubungkan ke lokasi-lokasi penting di landa kesesakan yang teruk.

Saya baru je nak naik tol bukit jelutong bila dengar laporan trafik mengatakan nkve dari arah subang ke damansara ada kesesakan teruk. Yang ini saya tak ambil pot sangat sebab hari-hari biasa memang jam pun kat muka hiway bukit jelutong tu. Tak sampai a few second my colleague yang datang dari arah bangi menuju ke pulau indah melalui elite pulak sms kata dia pun trapped in a jammed teruk yang tak bergerak before RnR dengkil. I told her what lies a few kilometres di depan dia - a fatal accident di bandar saujana putra. Pity her, sure lama sangkut kat situ. Dekat federal hiway pulak jalan jam sebab ada jantan buat free show berbogel atas jalan. Sewel kot? Atau high on drugs macam minah african dulu tu.

Hati punyalah seronok sebab terlepas dari kesemua kesesakan tu. But as I approaching bandar bukit tinggi tiba-tibalah ada massive traffic jam juga kat situ. Aikkk tadi takde pun dalam info trafik. Huwaaaa! Ya Rabbi punyalah lama trapped dalam jammed tu 2jam lebih. Hati ringan nak menyumpah seranah tapi cepat teringat pesan ustaz dalam tazkirah malam tadi. Tak jadi nak menyeranah sebab sudah ditarbiyahkan oleh ustaz. Insaf juga saya bila ustaz menegur tabiat suka menyumpah seranah dan marah-marah bila trapped dalam kesesakan. Kerana terlalu sibuk kejar nak pergi kerja dan balik rumah etc kita lupa nak mengingat Allah swt. Kita lupa masa yang kita ada ni adalah pemberianNya tapi kita lupa untuk menggunakan masa ni ke jalanNya. Jadi dalam tempoh masa yang Allah swt ambil dari kita itu sebaik-baiknya dipenuhi dengan berzikir, sebab waktu tu memang tak boleh nak buat apa dah, itulah masa lapang yang terpaksa Allah swt ambil dari kita barulah kita 'ada masa' untukNya. MasyaAllah malunya. Berzikir jelah ingat kat Allah swt.

Nah, pagi tadi anak-anak kurang berselera bersahur. Cik Yaya cuma makan kepak ayam begitu saja tanpa nasi. Fahmi makan roti je. Bila disuakan puding roti blueberry ni barulah berselera sikit.


Saya buat petang semalam. nak makan as dessert masa iftar tak sempat sebab masih panas. Jadi habuan tambahan sahur tadi. Alhamdulillah.


No comments: