Sebakul hubby bawa balik telur itik pemberian kawannya masa pergi outstation tempohari.
sebenarnya takde lah sampai sebakul tapi berpuluh biji, banyak lah tu masuk bakul kecil
diberi telur masin satu balang, rasanya kat dalam tu adalah dalam 10 biji
diberi juga telur itik fresh dalam 12-15biji rasanya
saya dah pening fikir hendak kuapakan telur itik ni?
saya goreng sebiji makan begitu saja, my maid kata hanyir tapi saya rasa hmm sedap tak rasa hanyir pun
telur itik ni teksturnya agak keras sedikit berbanding telur ayam
jadi sesuai untuk dibuat masak lemak cili api
tumbuk cili api dengan kunyit hidup, titik serai 2 batang
didihkan dengan santan dalam 700-800ml
bila dah mendidih baru pecahkan telur itik ke dalamnya
kacau perlahan-lahan nak bagi putih telurnya berserdak sikit biar kuahnya pekat
campak daun kunyit hiris bagi wangi lepas tu perasakan garam
wallahhh!
masa tengah masak tu baru teringat, kuning telur itik ni sebenarnya sesuai sangat kalau nak buat jala emas atau buah tanjung
tapi kalau pakai kuning telur je yang putih tu nak kuapakan?
buat macarons? boleh gitu? kekekeke
buat kuih tahi itik je kot ;-)
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment