Thursday, 27 December 2012

Mengena & Terkena : Dari Banyak 'Mata' ke Harry Potter

Semalam saya temankan Fahmi makan sambil layan dia berborak. Cik Yaya tak mau makan. Tapi sibuk melilau ke depan ke belakang. Naik rimas dibuatnya. Saya suruh dia duduk depan tapi tau apa dia buat?
Entah bila masanya dia menyusup ke belakang saya, kononnya nak sergah saya dari belakang lah. Saya terasa ada orang kat belakang, terus saya hulur tangan ke atas bahu dan tangkap kepala dia. Apa lagi, tergelak besar lah Fahmi. Mujur tak tersedak nasi.

Cik Yaya tak puas hati. Sebab dia selalu nak sergah saya terutama masa saya sibuk masak kat dapur tapi tak pernah menjadi. Selalunya dia yang terkejut, sebab belum sempat dia buat apa-apa saya dah sergah dia dulu. Lalu, bersoal jawablah dia dengan saya sehingga Fahmi pun menyampuk sama.

Yaya : Mana mama tau adik ada kat belakang?
Mama : Mama tau. Mama ada mata kat belakang.
Fahmi : Iya ke?
Mama : Ibu-ibu ni kalau abang nak tau,'mata' ada kat depan, kat belakang kat kiri kat kanan. Semua benda dia boleh nampak. Abang nak tau kenapa?
Fahmi : Kenapa?
Mama : Sebab sorang ibu ada anak ramai dan banyak kerja semua nak kena jaga dan buat dalam masa sama. Jadi, kelebihan Allah bagi ibu boleh melihat dan merasa setiap pergerakan sekeliling dia. Tak usahlah nanti tipu Mama, semua Mama tau.

Nanti ada pulak yang kata saya sebarkan ajaran sesat. Maksud saya dengan banyak 'mata adalah 'instinct' atau naluri.

Dahi Fahmi dah berkerut. Yaya dah tarik kerusi duduk sebelah. Wahhh... berminat nampak. Hehe...

Yaya : Tapi mana mama tau adik ada kat belakang mama? Kan kadang-kadang adik jalan perlahan sangat pun mama tau.
Mama : Kita ni kalau berjalan laju ke perlahan ke mesti orang boleh rasa pergerakan kita. Sebab bila kita berjalan, ada geseran dengan angin/udara. 

Makin berkerut dahi budak 2 orang tu. Isyyyy... payah nak explain. 

Mama : Pernah tengok citer harry potter kan? Yang dia pakai selimut halimunan tu
Fahmi & Yaya : (muka blur)

Kakak pulak ikut menyampuk, "Alah yang dia pergi bilik ada cermin ajaib boleh nampak mak ayah dia tu" baru budak berdua tu "Ooohhh..."

Mama : Kan harry potter pakai selimut halimunan, dia terserempak dengan professor sniper.
Fahmi : Ok...
Mama : Walaupun dia pakai selimut halimunan tapi kenapa professor sniper tu masih boleh terasa macam ada orang lalu?
Fahmi & Yaya : Entah...
Mama : Sebab ada geseran pergerakan kita dengan udara macam yang Mama cakap tadi lah... tak nampak tapi kita boleh rasa.

Barulah terangguk-angguk budak berdua tu. Entah ke faham atau tidak.

Fahmi : Ok, kalau Mama kata Mama banyak mata boleh rasa... mesti Mama boleh rasa apa yang Aiman tengah buat sekarang kat rumah dia. Dia tengah berjalan ke berlari?

Errrrkkkkkkk!!!!!!!


Mama : Ehhhhhh.... kalau Mama tau apa yang Aiman tengah buat kat rumah dia, itu bukan boleh rasa lagi dah. Itu ilmu sihir namanya!!!!!


Aduiiiiiiii lahhhh melampau betul anak saya yang sorang ni tau. Dia ingat Mama dia ni ada bela hantu raya ke apa. Penat-penat cari pembayang untuk explain kat dia, sudahnya dia suruh kita tilik apa yang kawan dia buat kat rumah pulak dah. Itu kena tanya Wak Jawa (sinar.fm) lah sebab dia je yang ada geluk jampi. Mak takde dik non! Kekadang fed-up bercakap dengan diaorang, kita jugak yang terkena. Kikikikiki...



Wednesday, 26 December 2012

Kerabu Daun Selom Yang Versatil

Saya paling suka makan ulam daun selom dan pegaga. Sesekali boleh juga pekena daun kaduk. Selalunya letak masa buat sambal tempoyak daun kayu lah. Atau sebagai ulam dalam otak-otak ikan kukus. Kalau makan begitu saja agak 'panas'.





Dah lama juga tak buat kerabu selom ni. Sebab dulu time rajin tiap minggu mesti ada menu ni. Lama-lama naik jemu, rehat terus! Saya buat tempohari sebagai salad dimakan dengan stik salmon. Tak sangka ianya kombinasi yang sesuai, dapat kurangkan mual untuk orang yang tak biasa makan salmon serta sos hollandaise yang very the eggy tu.


Monday, 24 December 2012

Sauce Challenge : Hollandaise Sauce


Feels like challenging myself membuat sos yang orang klasifikasikan sebagai "the hardest sauce to make" dalam hidangan barat. Lama tak makan salmon. Dah bertahun-tahun. Dulu-dulu rajin juga masak salmon makan dengan sos creamy lemon. Ada entry lama tentang ini. Saya nak cari semula pun malas! :-)


Ada new market dibuka di Bukit Jelutong, berhampiran dengan rumah. Jaya Grocer. Now I can get my 'fancy' supplies di sana. Ikan salmon, cod, Oz lamb cuts, grain feed meat adalah termasuk dalam senarai 'fancy' items saya. Tak perlu pergi jauh ke cold storage di Subang Parade lagi dah. 'Fancy items' saya ini boleh je dapat kat giant seksyen 13, shah alam tu. Tapi frozen punya lah... yang segar punya selalu dah lembik macam kena lenyek dengan steamroll. Bau section barang basah pun ada sedikit off. Wahhhhhhh... verlagak! So I bought 2 pieces of norwegian salmon di jaya grocer. Pan fry them dan buat bancuhan sos hollandaise.




Hollandaise is basically sos daripada kuning telur digabungkan dengan mentega cair dan diperisakan dengan perahan lemon serta serbuk lada sulah. Pasal itu warnanya kuning. Bukan sebab letak serbuk kunyit. Masak sos atas dapur dengan api kecil tetapi harus cepat dan sentiasa kacau supaya sebatian kuning telur tidak seperate. Sesetengah resipi galakkan kita guna pasteurised egg, untuk elakkan pencemaran bakteria salmonella kerana sos dimasak sebentar cuma pada suhu yang tidak tinggi. Dibimbangi suhu yang rendah tidak dapat membunuh bakteria (jika ada).



Saya alas salmon dengan sekeping millet cake. Millet cake lagiii!!!! :-)


Saya buat separuh adunan sos hollandaise. Cukup untuk 2 keping salmon.

2 biji kuning telur
2 sudu besar mentega dicairkan dengan suhu rendah
serbuk lada sulah
1/3 cawan jus lemon

Pukul telur dengan jus lemon dan lada sulah. Pukul 1/3 mentega cair ke dalam adunan telur untuk elakkan telur jadi masak (berketul) bila terkena mentega yang tidak cukup suam. Kemudian campur kesemua mentega cair dan letak atas api perlahan sambil kacau (whisk) berterusan sehingga sos pekat sedikit.


Salmon digoreng atas kuali leper dengan minyak sedikit (dalam 1 sudu besar). Saya guna minyak zaitun. Goreng each side selama 4 minit atau sehingga isi salmon bertukar pink.

Saya hidang salmon dengan kerabu daun selom. Tujuannya untuk seimbangkan rasa sos yang very thick dengan rasa telur berkrim. Kerabu kan ada pedas dan masam sedikit hasil dari perahan limau kasturi. Yummms!



Saturday, 22 December 2012

Sambal Berlado Minang

Saya takut cili. Sangat takut makan pedas. Tambahan sejak awal remaja saya sudah mula mendapat gastrik. Setakat makan sos cili yang manis-manis sikit tu bolehlah. Tapi kalau tengok lauk merah menyilau tu memang maaf saya tak sentuh.

Saya cuma mula makan pedas pada usia pertengahan remaja. Kadangkala bila Ma sibuk dengan tempahan menjahit yang bertimbun-timbun, Abah akan beli lauk diluar. Selalunya lauk-pauk dari kedai minang. Kat Seremban memang banyak gerai-gerai kecil menjual lauk minang. Kalau dibesarkan di N9 harus pandai makan masakan minang.  Lauk yang biasa dibeli ialah kari ayam minang, gulai perut lembu sumbat tepung, masak lemak otak lembu (ummm yummmmssss!) dan my favourite adalah ayam goreng dicurah sambal berlado. Dalam pada tak makan pedas tu, bila bertemu sambal berlado ni alahaiiiii tak boleh tolak you! Pedasnya tidak mengetik, tapi sedap sangat. Minat saya makan sambal berlado ni terbawa-bawa sampai saya berhijrah ke Port Klang (masih bujang dan bekerja). Ada satu restoran minang berhampiran ofis. Setiap hari sanggup berjalan kaki seorang diri ke sana. Nasi putih separuh, telur ikan masak lemak dan wajib dijirus sambal berlado banjir!!! Tak perlu banyak lauk janji sambal berlado ada sudah cukup menyelerakan. Harga pun tak mahal. Untuk saya RM1.80 cuma!!! Tak percaya? Hehehe...memang cukup jimat, maklumlah saya baru mula kerja, nak bayar sewa bilik, tambang bas, hutang pinjaman JPA lagi dan mana nak simpan duit nak kahwin. Zaman saya kahwin keluar duit sendiri, kenduri semua tanggung sendiri. Duduk jauh dari keluarga, harus pandai urus duit ringgit. Takkanlah nak minta CPR lagi.

Sampai laa ni masih terbawa-bawa kesukaan makan sambal berlado. Hampir setiap minggu mesti sekurang-kurangnya 1 kali buat sambal berlado. Ada beberapa versi yang saya suka buat. Versi pedas original atau versi sedikit manis.



Cili merah atau cili hijau menjadi bahan utama. Pernah makan sambal berlado yang over the top pedas bila tokey kedai terpaksa guna cili api hijau kerana stok cili besar habis. Humangggg aiii... podeh berapi! Ada seorang kawan pernah kata kalau ada penyakit buasir memang tak boleh makan sambal berlado ni. 






Versi Pedas:
Bahan-bahannya tak banyak. Beberapa tangkai cili merah dikisar kasar, tambah cili api pun boleh. Tumis bawang besar dihiris, kemudian masukkan cili kisar. Letak sekeping asam gelugur. Biar pecah minyak. Masukkan garam ikut selera.


Versi Tak Berapa Pedas Lawa Tiada Manis Ada:
Cili merah, bawang merah hiris, bawang putih 2 ulas digoreng sebentar bagi layu sikit. Tujuan cili digoreng untuk kurangkan pedas. Sejukkan kemudian blend. Dalam kuali panaskan minyak, tumis hirisan bawang merah dengan beberapa potong buah tomato sampai layu, kemudian baru masukkan cili blend kasar tadi.  Biar sampai pecah minyak. Rasakan garam dan gula.

Hidang dengan apa saja yang anda suka. Tempe dan ubi kentang, ayam goreng, ikan keli goreng atau gaul begitu saja dengan nasi panas pun sodap!




My favourite semestinya tempe! N9 meets Jawa. Superb! ;-)
Sejak kecil suka makan tempe goreng. Ma kalau nak suruh saya makan nasi (sebab saya sangat tak suka makan nasi kadang 2 minggu sekali baru jumpa nasi) mesti masak tempe goreng. Rupa-rupanya bila dah besar bertemu jodoh orang Jawa. Mmmpphhh memang berjodoh sangat! (*_^)


Thursday, 20 December 2012

Breakfast in A Pocket

Hari ini kedekut kata-kata. Tuan tanah on super duper busy mode. My right shoulder is aching. Harap boleh bertahan ke penghujung hari. Moga dipermudahkan urusan. Rabbi yassir wala tu a'ssir...

Untuk sementara waktu, jamah mata dengan Egg in Creamy Beef Bacon pocket ini. 





Hidangan breakfast yang yang mengenyangkan. Sedeikit terlebih dos kalori... tapi untuk permulaan hari yang sibuk, why not?

It is basically a tart, bersaiz besar. Berintikan beef bacon yang ditumis dengan bawang dan baby spinash kemudian disirami krim. Tuang dalam pastry crust dan bakar. Saat akhir membakar pecahkan telu sebiji dan continue to bake for another 3mins more untuk mendapatkan runny egg... longer than that will resulted in hard and rubbery egg.


Enjoy!

Monday, 17 December 2012

Millet... Berebut Makanan Burung ;-)

Have you ever heard of millet? I couldn't find the malay word for it. Check dalam kamus DBP pun cuma diberi tafsiran makna - tumbuhan yang menghasilkan dengan banyaknya biji-biji yang kecil; bijirin - sumber kamus dwibahasa DBP.


Kita panggil millet jelah ye tak payah pening kepala. Millet lebih terkenal sebagai bijiran makanan burung. Fahmi kata dedak... ada ka patut hehehe. Ditanam secara besar-besaran di negara-negara miskin terutamanya di benua Afrika. Ianya makanan ruji penduduk di sana serta terkenal juga dalam masakan India. Bijiannya sebesar gula kasar, berwarna kuning jagung. Bila dimasak secara merenih dengan air atau stok ia akan kembang dan lembut, menghasilkan tekstur yang mushy seperti risotto. Atau pendek kata macam nestum budak lah senang cakap. Lerrr udah lah makanan burung, bila dimasak ghopa makanan budok pun nak telan juge? Ehhhhh jangan pandang rendah makanan burung ni ye. Khasiatnya tak terduga. Bagus untuk mengurangkan serangan migrain, protect against breast cancer, elakkan serangan jantung, menurunkan kadar kolestrol dalam badan, malah bagus juga untuk mengawal berat badan kerana sifatnya yang rendah kalori dan berserat. Sedap ke? Uihhhh jangan cakap... saya buat millet cakes atau pegedil makan seketul tak cukup dikkkk... nak lagi dan lagi dan lagiiiiii! Huk oloh.



Lunch hari Ahad, makan pegedil millet dengan straganoff ayam dan salad daun rocket. Uihhh umpama cakap Chef Joe rasa meletup-letup dalam mulut. Hahaha over hiperbola mak!





Sedikit renyah nak sediakan pegedil millet ni. Dah masak kembang kena sejukkan sebentar. Kemudian saya letak lobak merah yang diparut, daun sup yang dihiris kasar, 2 sudu kecil serbuk kari, garam sedikit kemudian bentukkan bulat dan leperkan. Nak goreng kena sejukkan dulu. Kemudian salut dengan telur dan goreng macam goreng pegedil. Kena banyak sabar sebab kalau millet tak bersalut telur dia boleh melekat pada kuali. Apapun it taste so good you want to make it again and again! Saya sendiri rasa terkejut dengan rasanya yang sedap. Macam makan keropok twisties perisa barbeque gitu. Serius!





Mana nak cari millet? Kat Giant ada jual. Atau cold storage. Pergi cari di section organic food. Millet sebekas kecil tu dalam 200gm dijual pada harga RM2++ di Giant while di cold storage dijual mahal sikit RM3.99 kalau tak silap. Apapun it taste better than quinoa yang lebih 4 kali ganda mahal tu. Owhhh quinoa pun saya cuba tapi... mmphh... uhh... susah nak telan you! Nantilah cerita lain ye.



Saturday, 15 December 2012

Pulut Panggang Serunding Kelapa


Pagi-pagi lepas jogging balik rumah bersarapan di laman dengan pulut panggang inti serunding kelapa udang kering extra. Buat sendiri bolehlah letak udang kering lebih-lebih kan? Pastu masak letak inti serunding pun kita bubuh tebal-tebal. Umpamanya pulut nipis inti nampak terbayang-bayang kan? Kalau yang beli kat kedai, mampu? Hehe.






Saya takde lah pandai buat pulut panggang. Tapi kaedahnya tanak pulut, buat jelah macam biasa. Pastu serunding kelapa tu pulak saya buat je macam nak buat inti kuih cucur badak. Yang penting mesti kurang pedas sebab anak-anak suka. Kalau pedas sedap cuma pada selera orang dewasa, anak-anak pulak terkulat-kulat tak boleh makan.






Dulu selalu mr hubby beli yang forzen. Mak cik ofismate dia buat. Sedap memang sedap. Debab-debab pulak tu pulut panggangnya. Sudahlah sedap berlemak, debab pula. Inti dia pun superb. Tapi sekarang susah nak dapat. Laris sangat kot tak menang tangan membuatnya. Beli hak lain tak menepati citarasa pula. Jadi kenalah belajar buat sendiri. Saya buat banyak-banyak lepas tu frozen kan je. Bila nak makan panaskan atas kuali leper.


Mula-mula belajar membalut pulut dalam daun pisang beberapa kali daunnya koyak. Daun pisang saya tak layur atas api. Saya rendam dalam air panas je, biar lembutnya sekata. Jadi senang sikitlah nak membalut. Tapi jangan dapat daun pisang yang muda sangat, alamatnya koyak manjang. Buat kali ini tak dapat banyak pun... 13 batang je. boleh tahan 2 hari jelah kot ;-)

Friday, 14 December 2012

Discover KK in 4 Days: Underwater Up Close & Personal (*_^)

Our last day in KK.

Kami check out dari hotel seawal jam 7.00pagi. Terkejut staff yang jaga counter. Hujan masih renyai-renyai diluar. Kabus juga tebal. Hajat nak bergambar di jambatan gantung tidak kesampaian nampaknya. Apatah lagi nak merasa durian dan buah terap.*Sigh*

Kami sengaja bertolak awal sebab nak elak trafik sibuk. Dan masih ada tempat yang mahu kami lawati di bandar KK. Laluan sepanjang menuruni bukit meninggalkan Kundasang diselaputi kabus yang sangat tebal. Jarak penglihatan tidak sampai 1km pun. Perkampungan di lereng dan cerun-cerun bukit langsung tidak kelihatan. Silap saya tak ambil gambar hari sebelumnya.*Sigh* again. Banyaknya yang saya miss. Sepanjang perjalanan saya memangku d7000 di atas riba, kepala kerapkali menoleh ke belekang memerhatikan puncak gunung Kinabalu yang tebal dilitupi kabus. Dalam hati tidak henti berdoa, moga sempat kabus tebal berlalu bolehlah saya lihat puncak Kinabalu dengan jelas. Pemandangan sekitar gunung sepanjang menuruni bukit sangat breathtaking. Kita berada dipuncak yang tinggi hingga ada ketikakanya kepulan awan berada separas dengan kedudukan kami. Masya Allah... tak terkata dibuatnya.

Sayangnya, sehingga kami tiba di tanah rata, kabus masih belum berganjak dari puncak Kinabalu. Dengan berat hati saya lepaskan pandangan. Tinggallah Kinabalu. Ku keciwa... uhuk... uhukkk...

Sampai saja di KK kami terus cari tempat nak bersarapan. Keluar dari hotel tadi langsung tak isi perut. Since our next stop adalah Universiti Malaysia Sabah maka kami cari kedai makan di keitar Sulaman saja. Alhamdulillah di sini ada 2 buah restoran mamak. Boleh melepas gian makan tosai tapi tosai pulak takde, balun roti canai sajalah. Punyalah ramai students kat kedai ni. Saya rasa sebab harga food yang murah dan berpatutan menjadi tarikan. Lepas sarapan kami ke UMS.


Cari apa di UMS? Mr hubby pun sejak sebelum kami berlepas ke KK lagi berkerut-kerut dahi dia bila saya kata kita ke UMS. Saya rasa takde orang pun yang akan masukkan UMS dalam list places to go in KK. Saya pernah terbaca somewhere ada sebuah muzium di sini cuma saya tak ingat muzium apa. Adoiiii tersangatlah ala makcik-makcik gitu nak pi muzium kan? Tapi ahkak peduli apa. Masuk UMS tak berhenti ambil pas lawatan pun, kami redah begitu aja. Macam kampung awak pulak. Cuci mata tengok bangunan fakulti berciri moden dan students yang berlari-lari kejar bas nak pergi kuliah di awal pagi buat saya tersenyum ingat kenangan lama. Round punya round tak nampak bayang lagi. Mr hubby sudah cuak. Saya pun dah mula rasa macam tersilap perhitungan. Tup tup terpacullah signboard Akuarium & Muzium Marin. Huh! Apalagi up balik mood kami.

Bangunannya kecil saja. Senyap sunyi, tak fancy pun. Namanya pun institut penyelidikan. Tempat orang belajar dan buat penyelidikan. Sambil tu dibuka kepada awam untuk lihat spesis ikan yang terancam serta jarang ditemui. Entrance fee RM5 dewasa. Waktu kami tiba tiada pengunjung lain. Wahhh bermaharajalela lah kami. Tak banyak spesis tapi sangat menarik sebab bukan selalu dapat tengok penyu depan mata dalam sebuah akuarium besar gajah.



Dalam akuarium yang ebsar ini kami ralit tengok ikan-ikan bersaiz biasa. Tak sangka ada penyu yang tiba-tiba muncul dari bawah cermin akuarium. Terloncat mak dua beranak dengan Yaya. Jakun!





Coral hidup berwrna warni ni sangat fascinating. Rasa nak masuk dalam jadi mermaid.



Akuarium besar dibelakang saya itu menyimpan banyak spesis ikan kurau. Kurau harimau, kurau bintang, ada yang berbelang macam zebra. Saiz-saiz ikannya pulak MasyaAllah... gigantic! Umpamanya budak besar Yaya tu boleh panjat dan tunggang ikan-ikan tu. Saya ada masalah sikit, tak boleh tenung lama-lama ke dalam akuarium. Mudah 'hilang' dan tiba-tiba akan terasa diri masuk dalam dunia sebalik cermin, nanti saya sendiri yang terasa takut.


Selepas UMS kami singgah sekejap di 1Borneo. Kompleks membeli-belah yang terbesar di Asia Tenggara. Haruslah singgah sebab kedudukannya yang bersebelahan cuma dengan UMS. Tempatnya memang besar cuma kurang signage. Penat menahan nak terkucil mencari ladies. Kena bayar pulak tu! Kat KL dah tak jumpa toilet berbayar lagi.


Lepas 1Borneo kami ke Perdana Park semula. Had our lunch there. Kemudian ke Masjid Negeri di bulatan Sembulan untuk bersolat zuhur serta mandi. Siap-siap untuk ke airport sebab flight kami jam 6.05petang. So that's it our trip ke KK. Apa yang saya bawa balik dari sana? Nothing much. Brooch mutiara untuk sanak saudara (amboiii macam banyak je!), t-shirt untuk anak-anak buah lelaki, rantai tangan mutiara for anak-anak buah perempuan. Dah itu aja. Cukup!!!

Thursday, 13 December 2012

Ikan Landong Wujud kah?

Dah siap masak. Apa lagi, asam pedas lah. Hidangan asam pedas dah macam hidangan wajib kat rumah kami ni. Seminggu sekali ada 2 minggu sekali mesti repeat lauk asam pedas.

Pembawaan dari keluarga belah  mentua juga kot sebab mereka kan orang Johor. Wajib tau makan asam pedas kalau tidak umpama tak cukup syarat jadi orang Johor. Kalau keluarga belah saya memang tak reti makan asam pedas. In fact my mom tak pernah pun masak asam pedas sehingga lah mr hubby masuk dalam keluarga kami. Lauk pauk dalam keluarga belah saya adalah kombinasi selera pantai timur dan Negeri Sembilan. Kalau sebut masak lemak cili api tu memang kami familiar sangat. Masak kurma ke kan. Jadi bila kahwin dengan mr hubby automatik saya kena belajar masak asam pedas.





Hari ini pergi kedai jumpa ikan Landong. Errrr... ahkak sedikit musykil ada ke wujud ikan ni? Sebab tokey kedai yang cakap ni ikan landong. Isinya lembut. Saya bukannya kenal sangat nama-nama ikan ni. Yang biasa masak tu kita tau lah hehehe. Sekilo RM12, ikannya tak besar sangat ambil 2 ekor bayar RM7.90. Selalu buat asam pedas ikan pari memang licin dikerjakan. Hari ni takde rezeki nak makan ikan pari, ikan landong pun bolehlah. Selain ikan pari saya pernah masak asam pedas guna ikan jenahak dan ikan delah yang jenis bersisik dengan kulitnya bergaris merah, kuning sebelah atas dan isinya pun lembut sangat. Since sekarang jarang pergi market jauh-jauh jadi apa yang ada kat kedai depan rumah itu jelah yang kita lauk kan. 





Sayur wajib ada. Kalau selalu masak sayur kampung hari ini masak sayur omputih pulak. Saya kan tak pandai sangat nak makan sayur-sayur kampung. Bukan tak makan. Makan juga malah saya paling suka ulam daun selom dan daun kaduk di masak sambal kayu. Sayur-sayur lain macam kangkung, bayam, terung ke, peria lagi lah saya tak sentuh, hatta bendi dan taugeh pun ahkak tak makan. Kadang ambil rasa juga kangkung dan bayam tu, buat-buat tak sedar masuk mulut. Cuba bagi brokoli... suruh ratah saja pun saya mau. Jadi hari ini masak tumis sayur-sayur omputih macam brokoli, baby corn dan carrot dengan cendawan shiitake lebihan buat pasta semalam. Sayur-sayur semua saya celur dulu kemudian baru gaul dengan shiitake yang ditumis dengan bawang putih ketuk dan diperisakan dengan stok ayam serta sedikit sos tiram.

Dah cukuplah lauk hari ni. Kalau berbaki sempatlah merasa buka puasa petang nanti. Kalau tidak kubuat je pasta carbonara sekali lagi untuk diri sendiri, habis cerita. Jangan sesapa nak jeles! ;-) Kat rumah ni apa yang saya makan confirm semua orang berebut nak sama walaupun mereka dah ada hidangan masing-masing. Tak tau kenapa... ahkak musykil yang amat.

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12 - Ada Apa Dengan Tarikh?

Ya, ada apa dengan tarikh 12.12.12? Susunan angkanya memang cantik dan menarik. Tapi selain dari itu tidak ada yang signifikan bagi saya.
Ramai yang obses dengan tarikh-tarikh yang cantik. Sehingga ada yang memilih susunan angka seperti 12.12.12, 11.11.11, 10.10.10 sebagai tarikh pernikahan. Tak kurang yang pilih tarikh tersebut untuk melahirkan anak secara pembedahan! Obses.
Senang nak ingat? Pada saya kalau pilih sebarang tarikh secara random dan kemudiannya after 20-30 years masih boleh ingat itu lebih amazing!
Berkat? Keberkatan tidak ada pada tarikh. Keberkatan itu apabila kita memohon padaNya, patuh beribadat kepadaNya, meninggalkan laranganNya.

Saya suka mengingat tarikh. Kadang bukan sengaja mengingat pun tapi dah kecenderungan begitu. Tapi tarikh 12.12.12 ini bukan sesuatu yang akan jadi ingatan pada saya. Tiada yang signifikan melainkan kami sekeluarga makan pasta carbonara yang saya buat for dinner kot? Hehe ;-)


Spaghetti Carbonara dengan brokoli dan beef jerky... yummms





Resipi campur adun sendiri saja.

300gm spaghetti - rebus al dente (saya suka guna no.5 agak halus sedikit)
1 cawan whipped cream
1 cawan thickened cream
2 biji telur
1/2 cawan serbuk keju parmesan
2 sudu besar serbuk lada hitam (tumbuk sendiri)
garam secukup rasa
1 cawan brokoli potong kecil - direbus sekejap
1 peket beef jerky (jenama gourmessa) - dipotong kecil
6-7 biji cendawan shiitake - dihiris

Panaskan sauce pan. Cairkan mentega 2 sudu besar, tumis beef jerky. Kemudian masukkan cendawan shiitake dan tumis hingga sedikit layu.
Dalam bekas lain campurkan whip cread, thickened cream, telur, keju dan garam. Pukul sedikit untuk larutkan telur.
Masukkan spaghetti ke dalam sauce pan. Gaul rata. Diikuti campuran cream tadi berserta serbuk lada hitam dan brokoli. Dengan api perlahan gaul rata semua bahan. Saya tambah sedikit air supaya ia kelihatan basah. Bila kuah memekat, boleh padamkan api dan hidangkan.

P/s: beef jerky sudah sedia masin jadi tak perlu garam banyak sangat. Ikut selera. Cendawan shiitake boleh ganti dengan cendawan lain.


Selamat mencuba!




Saturday, 8 December 2012

Disapa Blogger Silent Reader & Nasi Goreng Kampung Ala Holiday

Taking a break from writing about my holiday in KK.
Sekarang dah kurang post gambar-gambar masakan kan? Kita post gambar masakan pula. Ehhh sebut pasal 'kita', kalau di Sabah 'kita' bermaksud awak berbeza dengan 'kita' di sini ;-).


A couple of weeks ago saya bawa anak-anak dan my nieces jalan-jalan di i-City, Shah Alam. Anak-anak buah saya tak pernah pergi lagi dan mereka teringin sangat nak masuk rumah snow di situ. Lepas masuk snowwalk mereka sambung menabur zakat di taman-taman permainan yang lain pula ditemani maid saya.  Saya dan mr hubby lepak di restoran al-Rawsha sambil mencuba menu arabic food mereka. Tak lama kemudian anak-anak yang dah puas bermain datang ke meja kami. Terpaksa tambah kerusi meja sebab jemaah ramai you!. Nak ambil kerusi dari meja depan tiba-tiba sudah ada pelanggan duduk.


Meja kami agak gamat. Gamat dengan keletah dan kerenah anak-anak yang macam-macam. Memang tak perasan orang keliling. Tiba-tiba saya ditegur, seseorang menghampiri sambil memberi salam. Saya antara percaya dengan tidak sebab tak kenal tuan punya yang beri salam, saya takut juga kalau saya yang perasan, manalah tau yang ditegur orang lain ke. Bila saya lihat ada tangan dihulur sambil tersenyum, oh confirmlah saya. Siapa saya bertanya? Orangnya berbaju kuning kalau tak silap saya, maaflah kalau tersilap sebab simbahan cahaya tidak begitu terang. Rupa-rupanya dialah yang duduk di meja depan saya! She introduces herself, seorang blogger juga dari Johor. Datang ke Shah Alam kerana ada seminar, lalu singgah ke i-City. Seorang silent reader blog saya yang mengecam saya bukan kerana saya tapi kerana wajah my boy, Fahmi yang lebih glamor di blog ini hehehe. Bangga lah anakku itu kalau dia tau! Sayangnya saya tak dapat tangkap nama beliau... Rodiah kah? Ya ampun sekali lagi. Sayang juga beliau tidak meninggalkan jejak... bila saya minta nama blog beliau segan nak beri. Blogger kecil katanya. Ehhh sama lah kita pun blogger kecil, trafik pun ciput. Saya pun malu sebenarnya, rasa macam nak sorok muka dalam baju. Saya terharu dan sangat hargai kesudian beliau menegur saya. You light up my day. Terima kasih.


Okay, blogger yang malas upload gambar masak sekarang masih mood holiday. Lunch di hujung minggu pun cuma nasi goreng kampung saja. Tapi plating haruslah vogue lebih supaya tertambat hati para juri. Kalau tak kena smash malas masak nanti.







Nasi goreng kampung kurang pedas mesti bertemankan sambal belacan untuk yang suka lebih pedas. Takde stok ulam kita tenyeh dengan carrot, daun salad dan timun jelah. Fahmi pelik, dari mana datangnya gelas kecil comel tu dia tak pernah tengok. Alahai anakku dah berkurun dalam lemari mama. Cemana awak nak perasan memang mama jarang guna!




Hubby tanya, nak makan macam mana ni? Pinggan berkaki! Hahaha turunkan sajalah pinggan tu my dear



What's with the hat tanya mr hubby? Hehe saja amik mood resort! sabar jelah dengan isterimu ini.








Thursday, 6 December 2012

Discover KK in 4 Days: Breathtaking Kinabalu Park

Kenapa ye, saya perasan sejak 2-3 hari ni trafik banyak masuk dari Sandakan dan Labuan? Memang sudah biasa begini dan saya je yang baru perasan? Ada silent readers kah dari sana... he he he perahsantan!

Ok, let's sambung cerita. Ada 2 part lagi. Harap ada kebaikan yang boleh diambil, tidak banyak sedikit.


Lepas check in hotel kami berehat kejap. Sempatlah mr hubby lelapkan mata, kesian dia penat driving. Nak saya ganti drive masalahnya kereta manual... kalau auto sudah saya offer diri tapi tak mungkin dia izinkan kot sebab laluan agak bahaya untuk orang yang tak biasa. Jam 4 petang kami keluar menuju Kinabalu Park. Entrace fee murah saja tapi tak ingat berapa. Apa yang ada kat sini? Kinabalu Park ni adalah taman negara yang menjadi habitat hidupan, flora dan fauna secara semulajadi. Ada sebuah taman botani berserta galeri. Malangnya kami lewat tiba sebab pintu masuk ke taman botani tutup jam 4.00 petang. Taman botaninya ni berkonsepkan alam semulajadi, bukan macam taman bunga yang disusun atau kumpul pokok-pokok semua. Pengunjung kena lalu kat satu trail with tour guide, kira macam berjalan masuk hutan. Tu yang rasa rugi sebab terlewat.





Aktiviti utama kat Kinabalu Park ni semestinya lah hiking. Ada disediakan banyak trail sekeliling taman negara for hikers. Macam-macam nama dan setiap trail jaraknya berbeza - Liwagu trail, Silau-silau, Kiau, Bundu Tuhan, Mempening, Bukit Tupai dan banyak lagi. Paling pendek trail Bundu Tuhan yang makan masa 30minit ataupun Mountain view trail yang saya tak tahu jalan masuk dari mana sebab tiada dalam peta - cuma 15minit. Hati sudah membuak-buak suka kerana setiap trail offers pengalaman berbeza. Terasa gatal je kaki ni nak melangkah masuk mana-mana satu trail yang pendek. Terasa rugi sebab kami tak bersedia dari segi pakaian dan kasut untuk explore mana-mana satu trail ini. Lagipun kami lewat sangat tiba, jam 5.00 petang di sini sudah hampir gelap. Huwaaaa ruginyaaaa...!




Kabus agak tebal melitupi puncak gunung Kinabalu. Kecewa tak dapat melihat puncak gunung, kami ubat hati dengan berposing sakan dan pusing keliling satu taman negara ni dengan kereta memalui jalan ber tar. Buat satu pusing sekitar taman negara ni cuma 5km saja. Sekitarnya ada beberapa hentian untuk melihat puncak gunung. Untuk hikers boleh pilih nak bermalam di mana-mana daripada lebih 6 lodge yang terdapat di sini.





Di Kundasang kami menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Dulu lebih dikenali sebagai Perkasa hotel. Lokasinya sangat strategik. Sampai di roundabout pekan Kundasang belok kanan naik bukit. Anda akan melewati sebuah masjid berbumbung hijau yang tersergam atas bukit, you won't miss it. Hotel tidak kelihatan dari pekan sebab ianya terletak di puncak bukit terlindung disebalik pokok-pokok pine yang mewah. Suka pokok pine sangat-sangat! Tapi tak sebanyak pokok pine di Bandung. Heritage hotel is an old hotel. Nampak sangat lusuh dari luar dan dalam. Saya book menerusi agoda.com dapat rate RM172 semalam. Hajat mau book Hotel Pine sebab looks new sikit compare to Heritage tapi fully book. Ada restoran di hotel ini yang pernah masuk dapat dapat pengiktirafan program Jalan-jalan Cari Makan. Alah setakat JJCM je pun. Tak tau lah sedap ke tak sebab kami tak cuba pun. 

Bilik hotel lusuh sesangat and in dire need of refurbishment. Carpet buruk dan kotor ada kesan terbakar, closet pun dah sumbing sana sini, console table pakai computer table berkaki besi je, bilik mandi ada tab mandi tapi cat dah kopak sana sini. Staff hotel juga tidak mesra, kalau di Gaya Centre Hotel siap ada concierge lagi (mewah bagi hotel taraf 3 bintang) tapi di Heritage langsung tiada ucapan selamat datang dari staff di check in counter. Pandai-pandailah kita menegur dan bawa diri. Alahaiii...View sekitar hotel? Bukak tingkap nampak pokok pine jelah..... Nasihat saya, sampai di Kundasang cari je hotel-hotel lain atau homestay pun kira OK dah tak perlu bayar mahal. 


Dari tingkap bilik saya nampak cottage house 2 tingkat yang comel ini. Ye, 2 tingkat, dia ada tingkat bawah tanah. Bukanlah bawah tanah pun tapi dibina di lereng bukit, tingkat bawah tersorok. Cottage ini sebenarnya adalah rumah spa. clocksiwe (left): view petang cuaca masih cerah, view malam gelap gelita mujur ada cahaya lampu, dan subuh jam 6 pagi masih diselaputi kabus.


Hotel tiada aircon ye puan-puan sebab sejuk sangat. Buka saja tingkap bilik. Malam kami menginap hujan turun tak berhenti hingga ke pagi waktu kami check out. Orang tua-tua kata kalau hujan turun tak lebat dan renyai-renyai gitu lambat berhenti, hujan turun terus lebat cepat reda. Benar barangkali sebab kerap terjadi.


Nak cari decent halal food tak jauh dari hotel. Atas bukit depan masjid boleh nampak dari jalan besar ada 2 restoran Islam - Restoran Hidayah berbumbung hijau dan Restoran Intan Catering & Cafe.  Agak mengejutkan saya kepak ayam panggang dijual pada harga RM1.50 sahaja berbanding di bandar KK paling murah pun RM2.50. Tapi selain kepak ayam makanan lain sama je mahal dengan KK ... hehe. Oh ya, di Sabah kepak ayam lebih dikenali sebagai 'sayap'. Bila kita minta kepak dia akan sebut sayap. Mula-mula berkerut juga dahi. Hehe...



Top-far left: Jambatan gantung di hadapan hotel yang tak sempat kami cuba sebab dah malam, view gunung kinabalu dari Intan cafe, bilik hotel, rumah-rumah dilereng bukit yang terjojol cuma tingkat atas saja, papan tanda gereja bersaiz besar biasa kelihatan di mana-mana, kabus tebal menghalang jarak penglihatan mengiringi kami dalam perjalanan pulang pagi itu.


Istimewanya Kundasang di mata saya adalah rumah-rumah/perkampungan yang dibina di lereng/cerun bukit hingga ke lembah. Lebih menakjubkan berbanding rumah-rumah di Bandung (yang juga dibina di lereng bukit) kerana ianya didirikan di luar bandar sementara di Bandung kawasan bandar pesat. Tak ada jalan yang jelas melainkan laluan pejalan kaki. Yang menariknya kalau dilihat dari atas perkampungan itu tidak kelihatan. Sepanjang jalan banyak papan tanda nama kampung tapi rumah tiada. Kita akan tercari-cari mana kampungnya? Jalan masuk pun tak ada. Cuba berhenti tepi jalan dan jenguk ke bawah, wahhhhhhh banyaknya rumah! Ada sesetengah kampung yang ada 2-3 biji rumah di tepi jalan. Kita terfikir "eh... 3 biji rumah pun dah panggil kampung?"... cuba jenguk bawah baru nampak rupa sebenar kampung. Lagi satu, sepanjang perjalanan sebelum tiba di puncak Kundasang walau banyak kampung kiri kanan tapi suasana sunyi sepi. Susah nak lihat orang berjalan di tepi-tepi jalan, melintas apatah lagi. Hatta sebiji motor pun tidak keluar dari celah-celah kampung. Serius tak ada! Baik tengahari mahupun awal pagi. Pelik. Peliklah bagi saya.


Ada beberapa perkara yang buat saya rasa terkilan dan tak puas berada di Kundasang. Rasanya 1 hari tak cukup.

1. Hajat nak merasa durian yang dijual ditepi-tepi jalan tak kesampaian sebab esoknya kami bertolak balik ke KK seawal jam 7.00pagi. Mana ada orang meniaga seawal itu hehe...
2. Saya terkilan tak dapat ambil gambar rumah-rumah sekitar Kundasang yang dibina di cerun dan lereng-lereng bukit. Pagi perjalanan balik nak ambil gambar dah tak nampak apa, kabus tebal sangat.
3. Terlupa singgah ke Kundasang War Memorial park yang terletak di laluan sama ke Desa Dairy Farm. 

Dan yang paling terkil;an dan terkesan hingga kini saya tak dapat melihat puncak gunung Kinabalu itu. Isyyyy... Pagi kami bertolak awal tu lagilah tebal kabus. Sepanjang perjalanan balik menurun bukit/gunung itu saya asyik menoleh merenung gunung. Bagusnya dari atas jalan kami masih boleh nampak gunung Kinabalu. Dalam hati berdoa, moga-moga sempat kabus beralih, minta-mintalah matahari terbit boleh nampak puncak gunung.  Kejap-kejap toleh, hati tak henti berdebar. Tangan sentiasa ready pegang kamera. Tapi tulah... kalau sudah tertulis tiada rezeki saya kali ini memang sampai ke sudah saya tak dapat melihatnya dengan jelas. Huwaaaaaa nak datang lagiii!






Wednesday, 5 December 2012

Discover KK in 4 Days : Rumah Terbalik


Rumah terbakar panggil bomba... rumah terbalik nak buat apa?
Kita pakat-pakat pergi tengok lerrrr...


Tapi sila siapkan duitnya ye. Entrance fee dikenakan untuk dewasa RM10 dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM5. Children below 3 years old masuk percuma. Saya difahamkan Rumah Terbalik ini sebenarnya baru saja dibuka Februari tahun ini (2012). Satu-satunya di Asia Tenggara. Wahhh orang-orang Sabah harus berbangga jadi orang Sabah bah :-). Patutlah masih belum begitu popular dalam review mereka-mereka yang sudah melawat KK (Sabah) in the previous year. Saya sendiri tak tahu tentang rumah ini kalau tak diberitahu oleh kawan fb saya tu. I realised now, itulah kelebihan mempunyai kawan di merata tempat terutama tempat yang ingin kita tuju untuk bercuti hehe.


Rancangan asal pagi ini bertolak awal menuju ke destinasi utama dalam senarai kami iaitu melihat puncak gunung Kinabalu di Kundasang yang terletak kira-kira 1 1/2 jam ke 2 jam perjalanan dari bandar KK melalui Tuaran. Tapi itulah orang kata, kita merancang, Tuhan yang menentukan. Sungguh cantik sekali perancangan Allah kerana rupa-rupanya lokasi rumah terbalik ini terletak di laluan kami ke Kundasang. How's that? Lokasinya di sebuah pekan kecil yang sangat terkenal dalam sebuah lagu suku kaum dusun iaitu "Jambatan Tamparuli". Ye, pekan Tamparuli dalam daerah Tuaran. Kalau anda nak ke Kundasang jangan lupa singgah di sini ye. 


Cuma, janganlah mengharap sangat pada signboard sebab selain daripada KK, tempat-tempat lain diluar bandar KK sangat miskin dengan tanda arah jalan. Kami memandu (hubby pilot, saya co-pilot baca map) dan meredah ala koboi saja. Sebab dalam map sendiri takde panduan arah yang jelas ke Kundasang/Kinabalu Park. Sangat tak mesra alam. Sangka kami memandangkan Kundasang adalah tourist spot yang terkenal sudah tentu banyak signboard yang jelas. Jangkaan kami meleset kerana sebaik keluar dari KK tidak ada satu pun papan tanda menunjuk arah ke Kundasang atau Kinabalu Park. Patutlah kawan saya itu kelihatan sedikit risau malam tadi bila tahu kami nak ke sana. Pesanannya "...ambil jalan ke Tuaran/Ranau/Sandakan...". Mesti melalui Tuaran. Because of poor signboard di persimpangan beberapa kilometer keluar dari KK (landmark penghujung KK adalah 1Borneo Hypermall) kami tersesat sedikit, tersilap ambil simpang tau-tau the road leading to Inanam pulak. Mujur tak jauh sangat dan patah balik. Sebab tersesat ialah bila sampai simpang tu takde signboard tulis ke Tuaran. In fact dari bandar KK lagi saya sebenarnya cuma berpandukan arah dari signboard kecil  "Pusat Latihan Islam Kundasang"... asal ada perkataan Kundasang je saya ikut. Patutlah ada kawan-kawan yang sarankan kami guna GPS/garmin saja bila nak ke sana. Malangnya GPS yang dibawa tak berfungsi. Nak salahkan map di tangan tak boleh juga. Sebab orang buat map berpandukan petunjuk arah sebenar (actual/physical) yang ada di jalan. Kalau kat jalan takde signboard, tiada landmark macam mana nak terjemahkan ke dalam map? Kesimpulannya, bila nak keluar dari KK letak tepilah map yang banyak-banyak tadi ye?


Sepanjang perjalanan my friend dok sms tanya dah sampai mana? Kadang-kadang sukar saya nak jawab sebab saya pun tak tau saya di mana. Bila dah dekat sangat dengan Tamparuli baru ada signboard. Alhamdulillah lega sebenarnya bila jumpa Rumah Terbalik Tamparuli ni. Sebab ia mengukuhkan yang kami on the right track.







Tak boleh ambil gambar dalam rumah. Kami berjalan memijak 'siling' rumah, 'lantai' di atas kepala. Bukan rumah saja terbalik, segala isi rumah semuanya upside-down. Hatta cicak plastik sekalipun! Rumah tak besar mana dan kami diberi guided tour secara berkumpulan. Ada pekerja yang beri penerangan in English atau Malay boleh pilih. Dalam kumpulan kami ada keluarga keturunan Cina yang tak fasih bahasa Melayu jadi kami beri laluan pada mereka. Saya pulak jadi penterjemah pada anak-anak dan adakalanya dah macam tour guide pulak pandai-pandai sendiri sebab tak terkejar penerangan tour guide itu yang laju saja keliling rumah ikut family satu lagi yang menonong. Aisyyy rugi ler bayar RM10 tapi tak sampai 10minit dah keluar, baik tak payah. Takat nak cuci mata je baik tengok gambar je kan? Ahkak kan jenis yang kalau tengok sesuatu mesti tenung, renung dan perhati lama-lama ambil feel gitu dan jenis yang kalau dah tertarik dengan sesuatu mesti belek lama-lama. Lagipun isi rumah ini melambangkan adat suku kaum kadazan. Ada nilai budaya di situ haruslah mau ambil tahu. Tak sesuai pakai guided tour. It would have been better kalau ada penerangan bertulis pada setiap sudut, tak payah bergantung kepada tour guide semata. Oh ye... ada yang tertanya-tanya apa motif cicak plastik dalam rumah tadi tak? Cicak tu bukan saja-saja letak tau. Ada sebabnya. Mengikut kepercayaan orang kadazan, rumah yang bersih daripada cicak dipercayai berhantu (haunted). Hi hi hi hi... 


Habis saja di rumah terbalik, kami sambung perjalanan ke Kundasang. Masih jauh lagi. Laluannya tak ubah seperti nak ke Cameron Highlands dan mirip juga dengan laluan Bukit Tangga di Klawang, Jelebu serta Bukit Putus, Kuala Pilah suatu masa dulu, sekarang bukit putus dah ada jalan pintas yang lurus kan? Laluan memanjat bukit/gunung ni boleh tahan sibuk. Menjadi laluan lori-lori mengangkut barang juga. Adatlah kalau tiba-tiba trafik umpama siput escargot terutama time tengah panjat gunung tu. Mengah!


Sepanjang perjalanan banyak kampung-kampung di kiri kanan dengan nama yang pelik-pelik pada pendengaran saya orang semenanjung. Tapi saya yakin setiap nama ada maksud tersendiri. Adalah satu pemandangan biasa untuk melihat papan tanda besar (lebih besar dari papan tanda jalan) yang menunjuk arah gereja-gereja di setiap kampung. Saya yang jadi co-pilot takde kerja lain, dok mengira berapa banyak gereja. Setiap sebuah kampung mesti ada 1 gereja. Dan kampung-kampungnya rapat-rapat pula. Dah tentu tak terkira banyaknya kan? Macam-macam nama. Surau langsung tiada. Sebagai orang semenanjung ini pengalaman baru bagi saya. Lama kemudian saya tersenyum dengan kegayatan sendiri. Saya terlupa sekejap majoriti penduduk di sabah adalah dari suku kaum kadazan-dusun yang beragama Kristian Katolik. Pemandangan sebegini hampir sama di semenanjung. Cuma bezanya at every turn and corner papan tanda yang kerap kita jumpa adalah petunjuk arah Surau/Masjid. 


Semakin tinggi kereta mendaki semakin sejuk udara di luar. Kami dalam kereta disimbahi terik matahari. Bila turunkan tingkap kereta rupa-rupanya sejuk hingga ke tulang. Sejuk yang benar-benar sejuk jauh lebih sejuk berbanding cameron highlands. Banyak peniaga menjual durian dan sejenis buah yang menyerupai buah sukun di sepanjang jalan menuju ke puncak. Kami teringin nak cuba. Durian di tanah tinggi tentu berbeza rasanya kan? Tapi kawan saya kata sama saja, beza cuma harga. Tak tau lah lebih mahal atau murah kerana kami tak berpeluang. Kepala saya sedikit sakit. Tak mau ambil risiko makan durian waktu kepala sakit nanti makin sakit hilang seronok bercuti. Buah seakan sukun itu sebenarnya adalah buah terap. Ruginya tak merasa!


Kami tiba di Kundasang sekitar jam 11.30pagi. Masih terlalu awal untuk check in di hotel Mount kinabalu Heritage Spa & Resort. Kami berhenti di tepi jalan berhampiran roundabout pekan Kundasang. Membidik sedas dua. Ohhhh sejuknyaaaa!!!! Tak silaplah saya pakai baju 2 lapis dan berstokin. Kami decide untuk mencari mini New Zealand. Haa... padang rumput tempat ternakan lembu frisian ini memang tak boleh miss kalau ke KK. Mesti pergi sebab pemandangannya sangat cantik. Dari roundabout pekan Kundasang tu, belok ke kiri menurun bukit. Jalannya sempit, jalan kampung. Ada sebuah homestay milik orang Islam di sini. Kalau tak mau duduk hotel boleh duduk homestay je, lebih murah. Lepas menurun bukit kena naik bukit pula. Cerunnya hampir 60darjah. Kereta waja sewa kami yang agak nazak merangkak-rangkak panjat bukit. Lori tua pun lebih laju memintas kami. Cobaan... 




Ladang ternakan milik Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd ini berlatarbelakangkan puncak gunung Kinabalu. maka tidak hairanlah ia jadi tarikan bukan sekadar untuk melihat proses perah susu saja. Lihat aja gambar di atas. Dikelilingi rumput hijau yang cantik saujana mata memandang. Rasa mau berguling-guling atas rumput yang umpama karpet ini.


Oh ya, entrance fee perlu dibayar di sebuah pondok kecil yang berdiri in a middle of nowhere. Isyyy kalau saya takut nak duduk dalam pondok tu seorang diri jauh dari orang lain. Fee RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. kalau mau tengok proses memerah susu sila datang jam 3.00 petang. Kami datang awal, dapat tengok lembu saja.




Tapi dapat juga merasa soft icecream yang tidak lah sebegitu halus teksturnya tapi cukup sedap. Aiskrim berharga RM3 dibuat daripada susu segar dari ladang tersebut. Mesti cuba perisa coklat juga, rasanya a bit dark dan chocolatey.






Kami anak beranak posing puas-puas di sini. Tak peduli orang. Batu besar seketul dekat cattle pen pun jadi platform untuk berposing. Kawan saya tanya tak tulis nama atas batu ke? Isyyyy tak mau lah tulis nama atas batu. Itu untuk orang mati saja... atas batu nisan!

Cukup sampai sini saja dulu. Nanti sambung lagi. Penat juga buat entry percutian kali ini. Terasa panjang bebenor... banyak yang saya observe maka banyak yang mahu saya tulis. Bear with me. Lepas check in hotel petangnya kami keluar ronda-ronda lagi. Ke mana? Tunggu...


Tuesday, 4 December 2012

Discover KK in 4 Days : Sapi & Manukan, Aku Datanggggg...

Day 2

Subuh di Sabah sangat awal, seawal jam 4.45pagi. I hardly sleep. Jadi senang lah nak bangun. Biasalah saya bila beralih tempat tidur je memang susah nak lena. Apa kita panggil orang macam ni? Mata mengantuk tapi terkelip-kelip tengok siling. Pejam-pejam pun tak lena. Jeles dengan orang sebelah yang letak kepala je terus berlayar. Lepas solat Subuh dah tak boleh nak tidur lagi, terus bersiap-siap nak ke jeti Jesselton Point. Hari ini melepak di tepi pantai adalah aktiviti utama kami. We'll be going to Pulau Sapi dan Pulau Manukan.



clockwise: (left) Pintu gerbang Jesselton Point, waiting to depart to Sapi island, jeti panjang mengunjur ke laut di pulau Sapi, Fahmi & Yaya polishing their swimming skill (konon!), pristine white beach at pulau Sapi


I was told by the hotel attendant that the first speed boat departing to any one of the five islands yang terletak di bawah Tunku Abdul Rahman Marine Park bermula seawal jam 7pagi. Punyalah bersemangat ahkak nak pergi awal. Maklumlah jam 7pagi kat sana cerahnya macam 8pagi kita di semenanjung. Saya nak cepat sampai sebab nak elak panas. Tak suka berpanas ni... nanti ahkak cair. Macam Che' Lah pulak hihihi. Tapi lambat juga kami gerak ke jeti di Jesselton Point sebab tunggu anak-anak ni liat bangun pagi. Hubby dengan Fahmi pulak breakfast kat coffe house hotel punya lah lama. Saya dan Yaya yang light eater ni sarapan dengan biskut je dalam bilik.


Sampai kat Jesselton Point terus beli tiket. Masih lengang. Oh ye, Jesselton Point ni adalah sebuah kompleks yang besar, kemas, bersih dan selesa. Bukanlah jeti macam jeti ikan semata. Jeti Kuala Muda pun tak serupa gini. Di sini juga tempat feri ke Labuan berlepas. Ada banyak kaunter operator boat yang tawarkan pakej ke pulau-pulau, pilih jelah yang mana satu. Harga lebih kurang sama. Mereka hanya tawarkan khidmat ke 3 pulau sahaja iaitu Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. Yang lagi dua pulau mereka tak cater sebab katanya masih belum ada kemudahan asas seperti tempat makan, toilet dan jeti. You may choose tiket untuk ke 1 pulau pada harga RM23, 2 pulau pilihan pada harga RM33 dan kesemua 3 pulau RM43. Children's rate murah sedikit tapi saya tak ingat berapa. You may also want to rent snorkel at RM10 per piece dan life jacket at RM5 per piece. Adalah sangat rugi tak sewa kat mainland sebab harga sewa kat pulau lebih mahal. Dan jangan pergi tanpa snorkel okeh. Sebab snorkelling adalah aktiviti utama. The undewater punya view tersangatlah cantiknya. 


Orang sewa snorkel saya pulak beli wide brimmed hat yang Yaya pakai kat gambar atas. Dah lama teringin nak satu. Bajet tak nak kulit muka hitam terbakar kena panas. Sayanglah kan, penat mak tempek bedak sejuk bagi putih berseri (putih lah sangattt) tiba-tiba balik dari pulau rentung! Saya lumur krim tabir suria jenama bananaboat tu dari kat hotel lagi lepas tu keep on sapu lagi. Nasib lah swimming suit lengan panjang dan tutup sampai kaki kalau tak mau habis satu tiub krim tu kat saya seorang hehe.


Kami pilih untuk ke Pulau Sapi terlebih dahulu sebab daripada review kawan-kawan lain majoriti cakap pulau Sapi lebih cantik, ikan-ikan dan coralnya pun lebih banyak berbanding Manukan. Dan pulau Sapi is quieter. The boat departs at 8.30am... penat tunggu penumpang lain nak cukupkan kuota 12 orang satu boat. The speed boat ride dalam 10-15minit saja. Saya sangat terpukau dengan kecantikan air lautnya. Biru gelap di kawasan yang dasarnya dalam, dan hijau cerah di kawasan yang agak cetek. MasyaAllah cantikkkk sungguh!


Sampai kat pulau Sapi you have to pay toll pulak RM18. Untung meniaga macam ni. Tapi the RM18 cukai tu applies sekali je, sila simpat resit untuk entrance to next island. Jangan pi buang pulak, naya saja kena bayaq 2 kali.Oh ya, please packed some food sebab kat pulau Sapi tak jual makanan unless anda ambil pakej under tour agent.

And what they said about pulau Sapi are true. Pristine white beach, clear water sampai nampak isi laut, pantai yang bersih sangat, ikan-ikan yang sangat jinak berenang-renang sampai ke gigi air. Terkejut saya bila terasa kaki dipatuk-patuk lembut. The kids terus jumped into the water. Hubby went snorkelling. I stayed out of water. And out of sun. Berlindung di sebalik pokok pine dengan my wide brimmed hat tak lekang dari kepala. Sambil teropong dengan nikon d7000 tu dan membidik berdas-das to my heart content. Ahaks... I jadi life guard haruslah perhati dari jauh je kan mana boleh pergi dekat-dekat air nanti tak nampak 180degrees punya view. Poyo!



clockwise: (right) seronok budak berdua tu main air, (left) my vain attempt to show you anak-anak ikan yg jinak mematuk-matuk kaki


Empat jam di pulau Sapi. Anak-anak tak mau keluar dari air hatta untuk mengalas perut sekalipun. Penat saya tepek krim tabir suria kat badan mereka, sudahnya garing juga! Alahaiiii sudahlah kulit asal memang serupa hot chocolate. Lepas berjemur dah serupa kopi pekat likat melekat!!! Mana tak garing, orang pakai tabir suria bukannya bererti boleh duduk tengah panas non-stop. Kena ada rehat juga. Dan kena top up krim juga. Depa pi bantai berendam sampai kecut jari. I had to dragged them out from water. Bukan anak-anak je. Dengan bapak budak sekali liat nak keluar dari air. Anak-anak biasalah suka main air. Bapak budak dah naik asyik mahsyuk layan snorkelling tengok coral and fish semua. Jangan dia tangkap lentok sama mermaid sudah.


clockwise: (top-right) jeti pulau Manukan, reception house at pulau Manukan which also housed a foot massage corner; the most happening group playing 'galah panjang' caught my eyes; cik Yaya macam chameleon pulak berbaju hijau dikelilingi kehijauan kat pulau ni, sejuk mata memandang


Next we went to pulau Manukan. Jam sudah menginjak ke pukul 12.00 tengahari. Sampai kat Manukan all the benches sudah penuh. Memang ramai pengunjung di sini. Kami cari spot jauh sikit dari gigi air, bentang tikar bawah pokok dan lie down while the kids sambung berendam. Bentuk fizikal pantai di Manukan berbeza. While pantai di Sapi landai, Manukan bertebing tinggi. Dan di sini ikan-ikan hampir tidak kelihatan. Lebih sesuai untuk aktiviti lain seperti para sailing. Kemudahan di Manukan lebih extensive. Di sini ada  disediakan life guard yang mengawal pantai (pulau Sapi tiada), ada restoran dengan gaya penyajian ala hotel dan kedai menjual makanan. Shower roomnya lebih besar, juga ada padang bola dan tempat untuk beriadah. Bersesuaian lah dengan statusnya yang menawarkan chalet penginapan. Lepak-lepak di Manukan rasa selamat dan tenang sangat. Pantainya diselaputi pokok-pokok hijau yang besar-besar. Duduk digigi air panas, tapi dalam 5 meter ke dalam sejuk sangat bawah rimbunan pokok.


Kalau tak kerana perlu bersiap untuk balik ke tanah besar rasanya dah jauh saya belayar (tertidur). Tapi sebab kami kat Manukan pun cuma 1 1/2 jam saja. Memang sengaja duduk lama di Sapi sebab dah tau Manukan tak begitu menarik untuk snorkeling atau mandi manda. On the way balik ke tanah besar kami sempat lah tengok pulau Mamutik sebab boat detour ke sana untuk hantar 1 pasangan ni yang mau ke sana. Mamutik is much smaller than Sapi. Dan sangat sunyi tak ramai pengunjung. Orang kata yang sunyi tanpa pengunjung itu lebih banyak hidupan lautnya!


Balik ke Jesselton point perut pun berkeroncong. Gerai-gerai makan yang menawarkan menu sarapan pagi tadi sudah tutup. Tapi dalam komplek ada foodcourt. Ada juga restoran masakan minangkabau. Kalau tak kisah bayar mahal silalah masuk. Kadar harga memang tak boleh banding dengan restoran minang di semenanjung lah. Hidangan nya juga agak berbeza dari segi rasa. Tekak dah biasa dengan masakan minang di semenanjung yang serupa dengan yang saya jumpa di Bali serta Bandung.


Badan penat. Terasa nak tidur awal malam ni. Jam 6 petang sudah maghrib. Mata pun dah kuyu. Keinginan untuk tidur lebih kuat dari nak keluar makan! Tapi ada janji temu yang sudah diatur dengan seorang kawan fb. Anak jati KK. Janji nak jumpa semalam tapi dia ada kerja. Saya tak kisah sangat sebab tak sedap hati nak ganggu orang. Faham jelah yang bercuti kita, nak sabit orang lain yang sibuk bekerja buat apa kan. Tapi dia dah pesan, jangan beli mutiara tanpa dia. 


Untung juga saya berjumpa dia dan isterinya. Bertambah pengetahuan tentang bandar KK. Rupa-rupanya lokasi di mana hotel tempat kami menginap asalnya adalah laut. Dan deretan kedai-kedai sebaris dengan bank Standard Chartered dihadapan hotel kami adalah sempadan asal yang menghadap laut. Seluas-luas tanah kat negeri sabah, atas air juga orang nak buat pembangunan. Kat mana-mana pun sama. 


Kami dibawa membeli belah mutiara di pasar malam Kampung Air (sila rujuk peta di entri sebelum ini). Shopping while on vacation sebenarnya bukanlah agenda yang saya gemar. Tak masuk list pun. Tapi orang kata tak sah ke KK kalau tak beli seketul dua mutiara. Di sini boleh tawar menawar hingga ke harga yang jauh lebih murah daripada pasar filipina. Kerana tawaran harga bersifat tersangat durian runtuh, maka saya rembat bukan seketul dua brooch mutiara tapi satu tray 12 biji brooch terus! Percaya tak brooch yang biasa dijual pada harga RM25 itu saya dapat pada harga RM5 sebiji hasil jasa kawan saya tawar menawar. Tapi kenalah beli 1 tray, kalau setakat beli 2 ketul nak harga RM5 balik buat sendiri lah. Mampu? Hehe. Saya beli sebagai cenderahati adik beradik, ipar duai semua. Takkan lah saya nak pakai seorang. Saya tak gemar.


Lepas sesi shopping sepantas kilat kami di bawa ke Perdana Park di Tanjung Aru. Perdana Park terletak di persimpangan T menuju ke lapangan terbang. Tak saya sangka di sini ada aktiviti menarik. Setiap malam mulai jam 6 petang ada persembahan Musical Fountain. Air pancut berwarna warni yang keluar mengikut rentak lagu. Hebat kan? Malangnya kami terlewat beberapa minit sebab persembahan itu tamat jam 9.30malam. Saya sempat tengok dari dalam kereta masa menuju ke pintu masuk. 

clockwise: (top-right) with the wife of my fb friend yang bawa kami jalan-jalan ke Perdana Park, Tanjung Aru; watching the colourful fountain; cik Yaya khayal tengok air pancut sampai tak mau balik; colourful fountain in full blast


Anak-anak yang tertidur kerana keletihan cuma sempat tengok colourful fountain yang kecil saja seperti dalam gambar di atas. Takde lagu. Tapi sudah cukup mengujakan anak-anak. Lepas minum di tepi pantai Tanjung Aru berhampiran kuarters lama pekerja kerajaan we headed back to hotel. Penat dan mengantuk sangat. Esok nak bangun awal lagi. Perjalanan esok lebih jauh dan mencabar. Stay tune ;-).