Sehari suntuk berkampung di imigresen Shah Alam,
memang puas hatilah bila akhirnya paspot saya dan anak-anak berjaya diperbaharui!
tiba-tiba pulak yang paling hujung kiri tu nampak cerah kan? tempek bedak 1 inci! hikhikhik
Bunyinya macam susah sangat nak renew paspot
memang pun susah! dan disaster sungguh hari ini
Kami 3 beranak keluar jam 8 pagi - ni kena bebel dengan incik hubby sebab dia kata imigresen buka pukul 7.30pagi... lerrr mana gue tau
tempat pertama yang dituju adalah imigresen Kelana Jaya, dekat sikit dengan rumah
dan kebetulan my sister ada kawan kat sana - motif??? takde maknanya!
sampai je masuk pejabat macam lengang
macammmm..... macam tak sibuk
rupa-rupanya sistem down... aduhhh!!!!
sakit jiwa mak, tak boleh jadi
nak renew paspot anak-anak memang tunggu cuti sekolah jelah... kena pulak hari ni hari jumaat
saya tau ada kaunter imigresen yang buka hari sabtu dan ahad tapi tiada jaminan sebab kalau sistem down depa tak operate jugak
alang-alang saya dah ambil cuti saya heret juga anak-anak ke imigresen Shah Alam
ye, saya tahu kat sana lagi sibuk tapi itu paling dekat dan saya bajet kalau anak-anak lapar atau boring senang banyak tempat nak makan
haaa memang pun senang, dan bab makan ni lah yang menimbulkan huru hara... stay tuned
sampai sana pukul 10 pagi, terus ambil borang baru
lepas tu dapat nombor giliran... makk aiii depan saya ada 60orang lagi!
saya heret anak-anak lepak kat kerusi luar, padat sangat kat dalam tu
telinga masih boleh dengar nombor giliran dipanggil - no problem
1 jam menunggu sambil menahan sabar dengan kerenah anak-anak
silap tak bawa PSP sebab budak berdua ni takde mainan to distract their attention
depa pi bantai bergaduh pulak - cuit sana cuit sini sudahnya berkeriau!
1 jam, 13 nombor je bergerak... adehhh masakkkk! ada lebih kurang 40 nombor lagi
cik Yaya dah berkeriau lapar, Fahmi enggan bergerak dari kerusi sebab dia takut terlepas nombor - very sensible boy ;-)
tapi telinga mak tak tahan dengan keriau cik Yaya ni, tau jelah suara dia pitching memang out habis kan
turun ke bawah lepak kedai atuk kayhepsi! adehhhh langgar habis pantang larang 4 tahun, nak puas kan hati anak punya pasal
saya limitkan masa maksimum 30minit saja, makan pun ringkas main kongsi-kongsi asal dapat alas perut depa
cukup 30minit kami naik semula, masuk pejabat intai nombor
mak aiiiii nak terkeluar biji mata mak, sib baik tak gugur ke lantai
1 jam saya tunggu 13 nombor bergerak, 30minit saya lari 60 nombor bergerakkk!!!!
20 nombor terlepas! adehhh terpaksalah ambil nombor semula
ada sorang brader ni with his children pun miss jugak, beratur semula dengan saya
hampehhh!
ni atuk kayhepsi punya pasal... tu lah sapa suruh pi langgar pantang larang kan dah kena tulah... he he he
bila kita menunggu lambat lah pulak nombor bergerak, maunya tak sakit hati
tapi kali ni memang kami tak berani nak ke mana-mana
Fahmi pun pandai takut terlepas lagi
sudahnya Yaya dan Fahmi bergilir-gilir pergi check nombor giliran dah sampai berapa
he he he senang... saya duduk je menung kat luar
hati resah sebab sepatutnya pukul 6 petang saya dah berada di Hentian Bas Putra nak jemput mak sedara dan sepupu dari terengganu
kalau lambat habis naya lah depa... kena pulak handphone bateri saya kong habisss!
aduiiii lagilah menambah keresahanku!
tapi nak buat macam mana, tahan jelah
saya pun tak tahu kesabaran dari mana yang saya dapat
dengan melayan anak-anak yang tak reti duduk diam, mulut masing-masing banyak bertanya pulak tu
si Fahmi bersinar-sinar mata dia bila nombor giliran kami semakin hampir
bersorak-sorak gembira budak berdua tu bila nombor kami dipanggil! malu pulak saya
akhirnya berkat kesabaran dan azam sungguh-sungguh nak selesaikan semuanya hari ni juga, lagi 10 minit nak pukul 5 petang paspot kami pun siap!
cuba tengok perbezaan wajah masing-masing then and now
terutamanya anak-anak punyalah
Yaya's
jauhnya bezaaaa!!!! nampak sangat yang dulu tu masih baby lagi... and she looks old dengan gaya rambut lurus tu... sikit pun tak senyum sebab pagar (gigi) dah rongak! kikiki
Fahmi's
Adehhhh tak serupa pun! Yang kiri macam putih melepak dan bulat jer... bila dah besar kurus dan garing!
Emmm yang ni bila pulak bersalin kulit! ekekeke Ni semua kesan kualiti gambar. Yang lama tu ambil gambar kat kedai cina, colour saturation dia agak gelap dan lebih berkualiti pada pandangan saya. Gambar yang baru ni pulak ambil kat kedai 'orang kita' pakai digital camera je dan gambar siap in 10mins... colour saturation sangat cair. Gambar saya ni kira kualiti terbaik compared to my children's sebab gambar fahmi dan Yaya blur sangat terutama gambar Fahmi nampak 'goyang'... memang tak professional lah camerawoman tu... sabar jelah bayar RM12 tapi low-quality
so that was it. A day full of disaster.
akhirnya my auntie dijemput oleh hubby... naik komuter turun di hentian subang jaya
saya tunggu mereka di sana je... phewww!
sangat memenatkan!
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment