Friday, 6 April 2012

Jahat

Sangat jahat betullah saya hari ini
hari Jumaat pulak tu

SCENE 1

Sorang staff subsidiary company ni datang bilik saya
"Puan, Capt H suruh saya bagitau puan arrange kan lunch dengan guess tengahari ni"

Sretttttt... whattt???
Air muka saya dah berubah. Staff ni pun dah perasan muka saya berubah hijau.

"Apahallah dengan Capt H ni? Ada ke pulak saya nak siapkan makan? Apa sedap sangat ke saya masak? Bla... bla... bla..." Ye, saya dah jadi sarkastik, memang hilang composure

Ikut suka dia je suruh saya siapkan makan, ingat saya ni budak suruhan dia ke apa? Secretary pun bukan.

Dah tersengih-sengih staff tadi tu, malu.

"Saya bukan secretary dia, tuh dia kan ada secretary sendiri apasal tak suruh secretary dia atur? Makan pun nak cakap dengan saya..."

Adehhh come on lah, agak-agaklah nak suruh orang buat kerja kan? Kalau setakat nak suruh saya kerja jaga makan minum guests dia, tak payahlah saya selama ni menanggung beban dan liabiliti berbagai. Saya pun suka buat kerja senang.
Ini tidak, suruh saya jadi macam saya sekarang, tak cukup dengan all the liabilities that I have to shoulder kau suruh pulak aku atur makan kau.
Very insultingggg!

Nasiblah, memang mulut agak celupar hari ini.




SCENE 2

Berebutkan 4WD yang dipulangkan oleh seorang staff dengan associate company ni
staff tu surrender lah balik kereta sebab dia kena naik kapal
before this dia kerja kat darat attached dengan associate company ni
tapi kereta ambil dengan kami
semalam saya dah bagitau dengan director kat associate company ni saya nak balik kereta tu, budak-budak kat site nak buat kerja susah takde 4WD
masa tu dia gelak-gelak je, I know she won't let me have the car back
dia pun cakap budak-budak dia nak pakai
heyyyy no wayyy... kereta tu ambil dari saya, kepada saya lah kena dipulangkan
jangan nak hijacked sebarang ye

Pagi ni, my admin manager bagitau dia dapat info 4WD tu ada budak dari associate company nak ambil
whoaaa... cekap sungguh mereka bertindak ye
hokayyy time to become evil
I told my admin manager "You cakap dekat J, he better return the car back to us. Dari sapa dia ambil kunci dulu?"

"Dari kita"

"So, return kat kita lah. Tell him, if he return the car to us, kita refund balik duit dia renew roadtax dan insurans dulu"

Bercahaya muka admin manager saya, tadi malap je.

"Kalau dia pulang kat R***, he gets nothing" hehe tanduk dah keluar.

Ye, saya yakin sebab saya tau company R*** takkan dapat offer dia refund duit roadtax tu... he he he

Macam nilah kena main game kalau nak sesuatu. Selalu kalau sesama orang atas cakap baik-baik, tapi kat belakang kalau berkeras juga kenalah main kasar tapi halus
kena ada game plan, dan kena suruh orang bawah yang jalankan
ye... bunyi macam keji tapi lumrah
we'll see, who wins

No comments: