Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua cyberfriends yang sudi menjengah blog ini
Maaf juga andai ada terkasar bahasa
Dalam rasa teruja menyambut Syawal izinkan saya berpesan-pesan
Pesanan pun datang dari ustaz-ustaz yang beri tazkirah juga
Saya hanya menyampaikan semula
1 Syawal adalah sambutan kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu
Sambutlah dengan cara bersyariat
Dah 1 bulan menahan lapar dan dahaga, 1 bulan mengamalkan kesederhanaan
Raya nanti jangan pulak bantai pulun melantak tak ingat dunia
Hilang pahala puasa, tak bermaknalah kita mendidik hawa nafsu
Raya nanti juga jangan pulak melekat depan TV 24jam, maklum je lah melambak-lambak
movie dan program ASTRO dah susun untuk raya ni
semuanya program hampeh, melalai dan melekakan untuk lured people away
daripada memahami erti raya yang sebenarnya
1 bulan berpuasa sekali pun tak tinggal pergi terawih berjemaah
habis ramadhan teruskanlah mengimarahkan rumah Allah
teruskanlah amalan solat berjemaah, teruskanlah hadiri majlis-majlis ilmu
teruskanlah amalan solat-solat sunat, puasa sunat, membaca al-Quran dan lain-lain amalan yang sunat on top of amalan wajib
sebab apa? sebab dah 1 bulan kita latih diri solat berjemaah, solat sunat semua
kalau kita tak teruskan lepas bulan ramadhan ni tak ke sia-sia kita mendidik hati selama ini?
bak kata ustaz, istimewanya bulan Ramadhan ini kerana Allah turunkan al-Quran
Allah swt memuliakan bulan Ramadhan dengan menurunkan al-Quran dalam bulannya
Ramadhan bukan mulia kerana diwajibkan berpuasa
Jadi janganlah kita menjadi hamba Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah
Janganlah kita beribadah sunat dan solat jemaah semata-mata kerana bulan Ramadhan sahaja
Peringatan ini adalah untuk diri saya juga
Kerana bila kita mengingatkan orang tentang sesuatu kebaikan maka wajib untuk kita
melaksanakannya
Saya tiada niat untuk berbangga diri bila post topik-topik pesanan ini
Melainkan untuk mengikat diri sendiri supaya terus mengamalkannya
Macam saya cakap tadi bila kita sebut kat orang kita sebenarnya sudah mengikat diri untuk buat dan terus buat
Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya dengan izinNya jua
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
No comments:
Post a Comment