Penat dan sangat mengantuk. Semalam tidur lewat sambil pantau keadaan Yaya selepas diberi ubat tahan muntah
Dia kena food poisoning. Yang memeningkan kami dia tak makan benda-benda dari luar.
So we don't really know what is it that caused her food poisoning.
Hari Isnin dia balik dari sekolah agama sambil mengadu pening dan rasa mual.
Lepas maghrib dia cuba makan tapi tak lalu dan terus tertidur.
Selasa dia balik sekolah dengan bekal tdak berusik sedikitpun. Mual katanya.
Perhaps susu yang diminum masa breakfast buat perut dia makin tak sedap sebab kosong skip dinner malam sebelumnya.
Sekarang dia dah ok sikit. Dah boleh makan. Sekarang tengah berehat sambil tonton tv.
Sukalah tu tak pergi sekolah. Takdelah kena marah dengan ustazah sebab tak siap homework.
The day before dia tak sempat siapkan homework sebab lepas maghrib terus tertidur.
Kat sekolah kena marah. Balik rumah mata berkaca-kaca.
Saya cakap kat dia, lain kali bagitau cerita sebenar yang adik tak sihat terus tertidur bukan sengaja tak buat. Biarlah ustazah tak terima alasan pun yang penting adik dah cakap perkara sebenar.
Lepas sarapan tadi terus siapkan homework yang tertunggak.
Malam tadi bergegas bawa dia ke klinik. Doktor nak masukkan ubat tahan muntah melalui rektum tapi Yaya tak mau.
Terpaksa pujuk saya yang masukkan depan doktor. Tak pasal-pasal ahkak merasa pakai glove dan take over bilik rawatan tu kejap.
Doktor pun ketawa tengok gelagat saya baringkan Yaya untuk sumbat suppository, "Mama dia pun dah pandai"
Masakan tidak "doctor" or "nurse" is my middle name
Correction - every mother should add "doctor" or "nurse" as their middle name.
Sebab bila anak jatuh sakit kitalah orang pertama yang nurse them.
Seingat saya dah biasa sumbat suppository ke punggung Yaya sejak dia berumur 1 tahun lagi. Pun sebab kes muntah-muntah sampai keluar buih dan diarrhea.
Takut pada mulanya, sama seperti saya takut dan ngeri nak tengok serta temankan Fahmi berkhatan. Tapi jadi ibu kena ketepikan ketakutan dalam diri and show a brave face depan anak-anak.
Setakat jadi pembantu doktor kat klinik saya OK je
Tapi tolonglah jangan suruh saya suntik orang, saya ngilu! hehe
Which Fighter Jet Prevails: UK 6th Generation or F-35?
-
The BAE Systems Tempest is a proposed sixth-generation fighter aircraft
that is under development in the United Kingdom for the Royal Air Force.
The pil...
10 months ago
2 comments:
bab muntah and masukkan suppository, saya kena serahkan kepada husband saya, sbb saya mmg penggeli, tapi bab suntik, bg kat saya, hehe
anda mmg seorang doktor! hehe
Post a Comment