Sunyi rupanya menjadi surirumah.
Terutama waktu anak-anak dah ke sekolah dan incik suami ke tempat kerja.
Dan lebih terasa kini bila cik maid tiada - balik bercuti menyambut aidiladha di kampungnya.
Padahal masa dia ada bukannya jadi teman bercakap pun. Macamlah tak tau saya ni, serius sentiasa dan sangat berat mulut untuk bercakap.
Cakap bila perlu sahaja. Yang keluar pun ayat-ayat perintah... :-)
Tapi masa dia ada, setidak-tidaknya saya tak terasa keseorangan sangat. Kita tau ada orang lain di samping kita walau tiada suara. Kalau ada bunyi-bunyian kita tau ada orang lain yang sedang bekerja di dapur, di laman, menonton tv dan sebagainya.
Kalau ada apa-apa berlaku kita tau ada orang yang boleh kita harapkan.
Pagi ini kurang sunyi sedikit. Cik Yaya tak ke sekolah. Dia kata dia tak terlibat dengan sukaneka jadi tak perlu datang.
Dah sampai penghujung semester akhir persekolahan, saya pun tak kisah sangat. Sangat welcome her being at home with me. Ada jugaklah peneman walaupun waktu saya memasak dia dok buat hal sendiri.
Tapi takdelah kita rasa alone sangat.
Bosan ke?
Tak sempat nak rasa bosan sebab sentiasa ada kerja yang perlu dibuat. Masa saya hampir terisi sepenuhnya dari subuh hingga ke malam. Siapkan breakfast, basuh baju, mop lantai, vacuum 1 rumah, masak, lipat kain, gosok baju, buat kek lagi.
Cuma bahu dan belakang badan masih sakit lagi sungguhpun dah masuk hari ke 10 menelan ubat relax otot dan sapu analgesic cream. Itu je yang buat saya cuak nak buat kerja-kerja berat.
Semuanya saya guna tangan kiri. Sakit sangat-sangat tapi tetap mahu mop lantai setiap pagi.
Rasa tak selesa bila tapak kaki menyentuh lantai yang melekit terutama lantai dapur lah kan.
Esok I have to take it easy on house chores. Perlu rehatkan tangan ni betul-betul sebab ada baking commitment. Saya nyaris terlupa yang saya ada 2 tempahan this week.
Janganlah bahu saya sakit lagi... nak bermain dengan fondant pulak tu. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini.
Waktu takde orang bantu mengemas dapur yang berkecah saya lebih suka buat hidangan ringkas sepinggan hidang macam lasagna meatballs ni.
Fahmi minat sangat dengan meatballs versi resipi beef kofta. Saya terpaksa buat lasagna 2 versi, satu with meatballs untuk Fahmi dan 1 lagi tanpa meatballs untuk Yaya. Nasib daddy diaorang tak kisah, dua-dua pun dia makan ;-)
2 comments:
Wahh lasagna. Lama tak makan.
Saya pernah terfikir juga nak jadi surirumah sepenuhnya, tapi rasanya belum sanggup. Takut boring teramat kat rumah nanti.
Kak Azie,
Saya mmg selalu imp[ikan jd surirumah tapi serius x pernah jangka akan jd kenyataan. Dan sejujurnya sy juga 'TAKUT' yang amat.... takut boring dan mati kutu!!!!
Tp dah TERjadi pun... Alhamdulillah.
Post a Comment