Tuesday, 1 October 2013

Tiramisu ala Chef Ridz


Hello October!


Tiada mood sebenarnya nak menulis panjang lebar. Tapi tak suka juga blog terbiar tak ber update. Check it out Tiramisu yang saya buat sebagai memenuhi hajat Fahmi. Ada sebungkus penuh Saviordi biscuit atau sponge fingers baki buat tiramisu yang dulu. Fahmi asyik tanya apa gunanya saviordi itu. Bila saya jelaskan ianya untuk buat tiramisu, laju je dia minta saya buatkan. Elok pun saya buat sebab dah menghampiri tarikh luput hujung Oktober nanti!




TIRAMISU ala Chef Ridz

Bahan-bahan:
3 Biji telur
6 sudu teh gula
10 gram serbuk gelatin
40ml air panas
175 gram Keju Mascarpone (Saya guna jenama TATUA buatan New Zealand yang jauh lebih murah hanya RM9.90 untuk 200gm dan yang penting HALAL)
175 gram Krim Keju
250 ml Krim Memasak
Serbuk Nescafe (Air panas sebanyak mana diperlukan)
Jejari biskut Span (Saviordi)
Serbuk Koko
Pilihan : 3 sudu Ekstrak Vanilla



Cara-cara memasak:
Asingkan kuning telur dan putih telur
Adunan 1:
Masukkan kuning telur dan gula, pukul hingga campuran sebati sehingga naik dan bertukar menjadi warna kuning.
Tambah keju mascarpone dan keju krim sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur kuning(adunan 1).
Adunan 2:
Dengan menggunakan mangkuk lain, pukul putih telur sehingga lembut dan likat. Biarkan ia sebentar.
Adunan 3:
Tuangkan krim memasak ke dalam mangkuk mesin pembancuh dan pukul sehingga likat.
Campurkan serbuk gelatin ke dalam air panas dan kacau.
Tuangkan adunan gelatin secara sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim(adunan 3).
Tuangkan adunan krim (adunan 3) ke dalam adunan kuning telur(adunan1).Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan Meringue (adunan 2) dan gulung adunan berikut ke dalam adunan krim (adunan 3) sehingga ke semua ramuan sebati dan bergabung.
Dalam acuan kek, letakkan kertas gris dengan ratanya.
Celupkan ke semua permukaan biskut jejari span kedalam kopi yang telah di sejuk. Letakkan biskut jejari span jikalau ia direndam terlalu lama dalam kopi.
Aturkan biskut jejari span tadi ke dalam bekas acuan kek. Dengan menggunakan ‘spatula’, sapukan adunan krim ke atas biskut jejari span yang telah diatur. Sapukan dengan rata dan teliti.Ulang proses berikut sebanyak tiga.
Setelah siap, masukkan acuan tiramisu itu ke dalam peti beku dan biarkan ia selama dua jam.
Keluarkan tiramisu dari bekas acuan setelah struktur kek sempurna.
Taburkan serbuk koko ke atas kek tiramisu dan hiaskan.






Cuma saya nak sebut, kalau anda alah pada Nescafe seperti saya, sila ganti dengan kopi jenis lain. Saya tak boleh minum nescafe hatta dicelup sedikit pun. Kesannya sangat menyeksakan. Tidur malam terganggu. Kejap-kejap tersentak terjaga. Restless gitu. Maklumlah ada caffeine kan. Menyesal tak guna kopi Vietnam sebagai pencelup Saviordi. Dah buat baru teringat kopi Vietnam tu. Kalau guna kopi Vietnam tentu lebih sedap lagi dan yang penting saya tak alah dengan kopi ni. Pun begitu, saya bukan penagih kopi tegar. Minuman pilihan utama saya adalah air kosong ;-).

No comments: