Saturday, 2 November 2013

Baby Kailan Ikan Masin tu sebenarnya Pucuk Kobis ye?

Last week mr hubs join kayuhan MTB (mountain bike) di Cameron Highland. It was the same week kejadian tanah runtuh di Ringlet. Laluan MTB tidak membabitkan Ringlet, jadi MTB diteruskan.
Saya dan anak-anak tak ikut serta. Bukan tak diajak tapi kami bosan. 
Masa diperuntukkan sangat singkat, bukannya dapat jalan-jalan pun. Mr hubs cadangkan saya bawa je anak-anak ronda CH sementara dia habiskan kayuhan. Ugh... tak syok lah ronda-ronda bertiga je.


Balik dari CH mr hubs bawa balik sayur-sayuran segar dan sekuntum bunga ros. Erk! Sekuntum jer??? Itupun kata dia auntie yang jual sayur/bunga tu beri percuma suruh bagi kat 'your wife' kata dia. Sabar jelah dapat ros percuma, bukan mr hubs bagi tapi auntie yang bagi!!!
 Takpelah janji selain ros, mr hubs ada bawa balik strawberry kering my favourite tu.
Sayur pulak mr hubs takdelah beli banyak/ Kata dia RM10 untuk 3 jenis sayur. Lalu dia beli 1 peket pucuk kobis (cabbage shoot), 1 peket tomato kecil dan 1 ikat asparagus.
Satu benda kegemaran kami yang dia lupa beli.
Salad Romaine!!!! Salad yang selalu beli kat supermarket tu kan memang datang dari CH, cemana lah dia boleh lupa. Tapi nak buat cemana, wifey dia pun tak reti pesan memesan ni.
Apa je yang di bawa balik saya terima ;-).




Cabbage shoot/baby kailan dari CH ni memang segar dan cantik. Jauh lebih segar dari mana-mana yang dijual di supermarket tu. Maklumlah terbaik dari ladang kans?


Baby Kailan Ikan Masin

1 peket pucuk kobis/cabbage shoot
beberapa batang baby corn dibelah dua
setengah batang lobak merah dihiris
1 batang cili merah dihiris serong
1 biji tomato belah enam
3 ulas bawang putih diketuk
1 keping ikan tenggiri masin jeruk
2 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
1. Pucuk kobis dibelah dua dan rendam dalam air garam selama setengah jam. Kemudian bersihkan dibawah air paip dengan menyelak setiap helaian. Pastikan tiada pasir dicelah-celah daun.
2. Didihkan air dengan sedikit minyak (untuk kekalkan warna hijau). Celurkan pucuk kobis/baby kailan tadi selama 2 minit. Toskan. Celurkan baby corn dan lobak merah pula. Toskan.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis ikan masin sebentar kemudian masukkan bawang putih, cili merah dan tomato.
4. Bila tomato hampir layu masukkan sos tiram dan sedikit air. 
5. Jika perlu boleh tambah garam. Bila sos agak pekat baru masukkan sayur-sayuran. Kacau rata dan padamkan api. Hidang.

Nota: Kalau menumis sayur berdaun terutama kailan saya lebih suka mencelur terlebih dahulu untuk kekalkan kerangupan sayur. Bila dimakan masih terasa krup krupp dia. Tujuan saya letak tomato diawal menumis supaya jus tomato tadi menjadi sebahagian perisa kepada sos/kuah ikan masin dan juga untuk seimbangkan rasa masin ikan jeruk.



Kalau pergi kebanyakan restoran masakan Cina atau Thai, kita minta sayur baby kailan ikan masin pasti sayur inilah yang dihidangkan kepada kita. 
Tapi sekali tengok memang dah nampak rupa kobis. Cuma untuk orang yang tak pandai makan sayur, saya takdelah banyak soal. Janji sedap. Tapi saya tau sangat, baby kailan yang sebenarnya tidaklah rupa gini. Sebab saya selalu beli dan harganya mahal berbanding cabbage shoot mentah. Baby kailan sebenar rupa dia sebiji rupa kailan cuma dia bahagian pucuk yang lebih lembut. Jadi, saya kira di kalangan operator restoran atau tukang masak terma baby kailan adalah diterima pakai sebagai gantian nama kepada pucuk kobis ini. Barangkali bertujuan untuk menjimatkan kos kerana harga baby kailan sebenar sedikit mahal berbanding cabbage shoot???



No comments: